Followers

manusia , tolong lah

google (tertarik dengan gamba ini)


manusia , tolong manusia . jangan pernah ambil hak orang lain .


" aku jadi begini , aku jadi teramat benci , boleh jadi aku tak mampu untuk memaafkan , manusia yang menipu untuk kepentingan sendiri , dan manusia yang mencuri justeru mengambil hak orang lain . manusia , tolong lah ! "

jadi teringat peristiwa yang dicerita kan di entry  rompakan di butik selendang miera

from facebook

ni apa ni ? berlumba-lumba korang post kat wall kawan-kawan korang . tapi saya rasa ni , gambar berantai . like mesej yang selalu korang dapat kan . korang kena hantar dekat 9 rakan anda , kalau tak demi Allah anda akan dapat musibah . siap cakap "demi Allah" berani ya manusia sekarang , main-main dengan nama Tuhan . okay berbaik pada gambar di atas , i think lebih baik lah dia tulis " kalau anda sayangkan Allah , laku kan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya , dan kamu tidak akan sama sekali mencintai syaitan laknatullah . agree ? dan tak perlu kamu post dekat wall kawan kamu , cuma cukup lah kamu ingat kan dalam hati dan diri kamu . ingat ya , iman ini kadang-kadang tak seteguh mana jika kamu tak berusaha untuk tingkatkan iman kamu . peringatan buat diri sendiri juga :')


" moga Allah swt kuat kan iman yang lemah ini "


assalamualaikum




hala tuju selepas pmr

assalamualaikum


memandang kan status banyak sangat cakap pasal result pmr , so saya pun nak taip entry lah . ada yang kecewa , ada yang happy , ada yang sedang-sedang saja . okay , takpe adik-adik . kamu dah cuba yang terbaik . kamu dah usaha yang termampu . tapi , mungkin bukan rezeki . so , dont be sad . ya , saya tahu tak dapat keputusan yang cemerlang buat kamu rasa down , rasa tertekan , nak-nak kalau tengok kawan-kawan dapat result yang agak "gah" juga . 




baiklah , cool down . berdasarkan pengalaman saya dulu , di antara saya dengan kawan-kawan saya lah yang paling rendah sekali . perasaan rendah diri ? ya , dah tentu ada . tapi alhamdulilah saya juga bersyukur , sebab saya sendiri tak percaya result saya . dan saya lah yang paling lambat ambil result masa tu . datang awal , then beratur nak ambil result , lepas tu asyik suruh orang belakang pintas dulu . then bila tengok kawan-kawan menjerit bagai nak runtuh dewan , saya pulak yang lintas orang depan . kemudian tak jadi , pergi belakang balik . gelabah betul saya masa tu . bila dah tiba masa kat depan cikgu tanya nombor kad pengenalan and nama . lepas tu , hamik kau ! slip peperiksaan pmr . saya dapat 5A je pun . tapi okay lah . alhamdulilah , syukur dah sangat-sangat




then , yang sedihnya . kawan-kawan semua dapat keputusan yang "gah" . so , diorang dapat lah sekolah-sekolah yang "gah" jugak . dan ofcourse lah diorang masuk kelas aliran science . tapi chill dulu , saya pun dapat jugak aliran science . yang bezanya , diorang science 1 and saya science 2 . dalam sebulan jugak lah saya fikir . kadang-kadang saya nak tukar kelas . saya taknak ambil aliran ni . sebab saya macam tak boleh bawak je subjek science stream . okay lepas tu saya tukar kelas . saya masuk kelas sains sosial . dan alhamdulilah , saya betah dengan aliran sains sosial . 




jadi , adik-adik . mungkin sekarang adik-adik tengah fikir , aliran mana nak masuk ni . tapi maybe sekolah dah bahagikan aliran ikut korang punya result kan . takpe takpe takpe . saya cadangkan adik-adik pilih aliran yang "kena" dengan jiwa adik . jangan main serkap jarang je pilih . maybe sebab kawan ambil giliran ni , adik-adik pun ikut kawan nak ambil aliran ni . padahal adik-adik tak minat  ni bahaya ya adik-adik . mentang-mentang orang pandang , aliran science stream ni , student pandai-pandai , adik-adik pun nak ambil aliran ni walhal , adik-adik tak mampu nak bawak subjek-subjek aliran ni . ni pun salah jugak . tapi tak saya nafikan lah student science stream memang pandai-pandai . so , ketahui lah minat adik-adik . ketahui lah cita adik-adik . rasa nak jadi doktor , result pun gempak , go on lah dengan sains tulen ni . okay ? tapi lepas spm pun nanti mesti pening jugak . nak jadi lain , tapi universiti bagi kos lain . terpaksa lah pergi jugak , kata nak masuk u kan . dan kadang-kadang saya fikir , bercita-cita tapi besar jadi lain jugak . like me kot , nak jadi cikgu tapi sekarang belajar sekolah nurse . lepas tu orang yang baca ni pun akan cakap "budak ni tak habis-habis nak jadi cikgu" kan ? hahahaha




okay , tak kira lah kamu nak jadi apa-apa pun besar nanti , doktor ke , cikgu ke , engineer ke dan dll , yang penting kamu dapat banggakan parents kamu . kan ?


"dan janganlah kamu berasa lemah , dan jangan pula kamu bersedih hati , kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"



tips mengulang kaji dalam pelajaran

Assalamualaikum




musim sekolah dah nak start . adik-adik mesti dah banyak shopping peralatan sekolah kan ? dah beli beg , baju sekolah , kasut , pencil box and dll lah kan . teringat pulak zaman sekolah *sambil lap air mata* . sekarang , saya nak bagi tips atau rahsia nak cemerlang dalam pelajaran . so , macam mana cara kita nak ulangkaji kan ? jom kupas sikit jom




1 . sebaik-baiknya , kita mengambil wudhuk sebelum memula kan sesi mengulang kaji . sebab bukan kan kita digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk . syaitan pun tak berani nak datang dekat and goda korang supaya lupakan buku . okay ? wudhuk penting ya .


2 . pilih tempat belajar yang kondusif . contohnya macam bilik perpustakaan , yang berhawa dingin or ada jugak lah kipas kan sebab kalau korang panas and peluh-peluh , korang selesa tak ? takkan . same goes with me . tapi better korang pergi library lah . jadikan library rumah ke tiga korang . sebab rumah pertama rumah sendiri and rumah ke dua pulak sekolah . 


3 . mulakan dengan bismilah dan kemudian beristighfar kerana perlu di ingatkan segala maksiat boleh menjadi penghalang kepada korang memahami ilmu kurniaan Allah swt


4 . baca topik-topik utama dan yang paling penting ingat fakta-fakta yang biasa ditekan kan dalam setiap subjek . contohnya , kalau subjek sejarah , kita perlukan proses penghafalan and kalau subjek matematik , kita perlukan proses latihan


5 . apabila sudah ingat sesuatu fakta itu , cuba tulis di atas kertas semula . ini bagi menguji daya ingatan korang . okay ?


6 . gunakan masa cuti anda untuk mengulang kaji . jangan buat perkara-perkara yang tidak berfaedah . eh ?


7 . wujudkan study group . tapi ada jugak yang tak boleh nak study ramai-ramai kan ? nasihat saya , korang cuba kuasai subjek yang korang mahir and then korang ajar pulak kawan-kawan korang . ini bagus ya untuk tingkatkan ingatan kita . 


8 . tumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru di dalam kelas . sebab 80 peratus kefahaman kita terjadi semasa fokus apabila guru mengajar . maksudnya , di dalam kelas jadi lah seorang yang se serius mungkin dan fokus , bila di luar kelas pula main lah sebanyak mungkin sebab otak kita dah banyak terima ilmu waktu dalam kelas kan . itu baru cool and smart


9 . cuba tanam kan minat membaca . sebab melalui pembacaan lah korang akan dapat tahu pelbagai info . dan melalui membaca lah korang akan nampak seperti orang yang bijak pandai and berilmu . nak ke tak nak ? 


10 . jangan putus berdoa kepada Allah swt . minta lah apa sahaja kepada Nya , kerana Allah swt suka hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya . laku kan solat hajat setiap hari . baca al quran setiap hari . dan yang paling penting jangan tinggal solat . nak jadi cemerlang bukan mudah kalau ia nya tak lahir dalam niat kita sendiri . dan nak jadi cemerlang ni , kamu akan berdepan dengan pelbagai cabaran




based yang di atas tu . korang boleh lah cuba amal kan . ia nya sesuai untuk adik-adik yang nak ambil exam sebenar dan exam-exam lain . exam komputer nak ambil lesen pun boleh . pendek kata semua generasi lah kena amalkan . 




tapi bagi saya . nak cemerlang bukan sebab nak dapat kan banyak A semata-mata , bukan sebab nak dapat anugerah banyak-banyak masa majlis graduasi , bukan sebab nak dapat kan button pelajar target semata-mata . tapi niatkan dalam hati , kamu nak cemerlang sebab kamu nak bangga kan mak ayah kamu :')





dulu :')




kini :)



wordless wednesday









surat untuk hawa , jawapan untuk adam

Surat untuk hawa

Assalamualaikum
Entah bagaimana harus saya katakan , entah darimana saya perlu mulakan . yang hanya saya tahu , saya mahu sampaikan hasrat saya kepada kamu . hasrat yang bagi saya penting untuk layari hidup ini . saya adam , ingin menjadikan kamu yang sah dan halal bagi saya . ya , sepatutnya saya harus mengkhabarkan hasrat ini kepada yang berhak pemilik kamu iaitu ibu bapa kamu .tapi saya sudah sampaikan kepada Allah swt melalui niat dihati saya . jadi bukan kah saya perlu mendapatkan kepastian daripada kamu dahulu hawa ? saya bukanlah terlalu gentlement untuk berhadapan dengan kamu , untuk memberitahu hasrat ini . jujur , saya mahu berjumpa orang tua kamu , tapi saya juga punya was-was . takut-takut pinangan saya akan ditolak . ya , kita tidak pernah berteman . saya mengenali kamu hanya dari jauh sahaja . entah-entah kamu sendiri tidak pernah tahu kewujudan saya . tapi untuk dekat dengan kamu , saya mahu jalinkan hubungan yang halal dengan kamu iaitu dengan mengambil hawa sebagai isteri adam . saya bukan lah seorang yang terlalu uptodate , untuk berkawan dengan kamu , facebook pun saya tiada untuk add kamu . tapi , percaya lah saya bukan sekadar mahu berteman dengan kamu , tapi saya mahu jadi kan kamu sebagai srikandi saya dalam perjuangan hidup ini . pabila istikharah , hati ini kuat mengatakan kamu lah yang Allah swt cipta untuk saya . insyaAllah . hawa , saya tidak mahu menjanji kan sesuatu yang manis untuk kamu , saya tidak mahu berlembut lidah untuk melenturkan hati kamu memilih saya sebagai suami kamu . cukuplah dengan kamu menjadi isteri saya ,semakin ini dapat menguatkan iman saya . cukuplah dengan mencintai kamu , semakin kuat cinta saya kepada Allah swt . hawa , keikhlasan itu bukan sekadar bicara nya , keihlasan itu adalah dari Allah swt . hawa , saya perlukan jawapan kamu . andai kamu berada dalam pilihan , istikharah lah hawa .bismillahirahmanirahim , hawa ? sudikah kamu menjadi yang sah dan halal untuk adam ?



Jawapan untuk adam

Waalaikumussalam
Adam , hawa..hawa… baiklah adam , saya sangat terharu dengan surat kamu . jujur , air mata ini menitis ketika membaca surat ini . saya puji sikap kamu untuk mengambil saya sebagai isteri yakni yang sah dan halal buat kamu . saya puji dengan terus terang kamu ini . adam , saya juga mencari yang halal , jalan yang diredhai Allah swt . saya perlukan seorang khalifah yang boleh membimbing saya ke jannah Allah . yang sama-sama boleh berjuang menjalani kehidupan ini . yang mencari kebahagiaan melalui cinta yang Allah swt titipkan . Adam , saya bukanlah seorang yang sempurna kerana kesempurnaan itu milik Allah swt . untuk berkawan dengan saya , adam tidak perlu punya accaunt facebook kemudian add saya , tidak perlu adam . tanpa saya sedari , rasa ini sudah bertapak di hati saya . sebenarnya , saya sentiasa merasa kan kewujudan kamu . saya juga punya rasa was-was . saya tidak memberitahu kamu tentang rasa ini , kerana saya sudah memberitahu Allah swt . alhamdulilah , Allah swt jaga hati kamu untuk saya  . sesudah istikharah , saya temukan jawapan nya . bismilahirahmanirahim , adam , saya hawa , menerima lamaran kamu , menerima untuk menjadi yang sah dan halal buat kamu , menerima untuk menjadi srikandi untuk kamu . dan yang paling penting perjuangan bagi jannah Allah swt  dan mahukan kamu sebagai imam solat berjemaah nanti . insyaAllah


“ Pabila seseorang itu bercakap menggunakan hatinya , maka yang mendengar itu juga akan tersentuh hatinya “



tips apabila jatuh cinta

assalamualaikum




cinta dengan manusia ? itu perkara biasa . siapa yang tak jatuh cinta , dia bukan orang biasa barangkali . baiklah , entry kali ni kupas soal cinta lah . okay sebelum tu , jaga hati ya :)




1. apabila kamu jatuh cinta , perteguhkan hati kamu , agar tidak lalai dari mencintai-Nya 




2. apabila kamu jatuh cinta , jangan terburu-buru untuk mengatakan cinta kamu pada si dia . tapi beritahu Allah swt dahulu . bukan kah Allah swt yang memiliki hati dia .




3. apabila kamu jatuh cinta , dekat kan diri kamu dengan Allah , mohon agar ini bukan sekadar penyakit hati 




4. apabila kamu jatuh cinta , selidiki si dia agar kamu tidak jatuh cinta pada semberangan orang . kan ingatkan lelaki , alih-alih perempuan . susah tu . nauzubillah ya kamu semua :)




5. apabila kamu jatuh cinta , jaga lah hati agar kita tidak akan pernah berpaling daripada Allah . biar cinta ini yang menguatkan cinta kamu pada Tuhanmu . insyaAllah :')




6. apabila kamu jatuh cinta , jangan kamu tawan hati si dia dengan lenggok rupa paras mu . tapi tawan lah hati nya dengan akhlak kamu yang terpuji . 




7.apabila kamu jatuh cinta ,kamu tidak perlu berubah menjadi orang lain . jadilah diri kamu yang sendirinya . baik atau buruk kamu , itulah keistimewaan kamu . 




8. apabila kamu jatuh cinta , jangan melampaui batas . jaga akhlak kamu , jaga pergaulan kamu , jaga aurat mu , jaga iman mu dan yang paling penting jaga maruah kamu . 




9. apabila kamu jatuh cinta , istikharah lah . mungkin dia jodoh kamu . andai bukan , mohon agar Allah hilang kan cinta ini . bukankah cinta kita hanya layak di miliki oleh orang yang ditakdirkan untuk kita ? habis tu sekarang yang pasang ramai sangat tu kenapa ? hah ! tak boleh tak boleh okay kamu




10. apabila kamu jatuh cinta , jangan lupa siapa kamu , jangan lupa keluarga kamu , jangan lupa ibu bapa kamu dan yang penting , jangan lupa Allah swt




"  tidak perlu terlalu menganggung-agungkan sebuah cinta itu , kerana cinta itu memang sudah sesuatu yang agung . tidak boleh digambarkan melalui kata , tidak boleh diertikan melalui gambar . ia datang dari Allah swt  "




Allah swt berfirman " pasti akan mendapat cinta Ku , orang-orang yang saling mencintai kerana Aku , saling berkunjung kerana Aku , dan saling memberi kerana Aku " (hadits qudsi)




tips berhadapan dengan orang kurang disukai

assalamualaikum




baiklah , dalam hidup ni kita terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam orang . ada yang satu kepala dengan kita , ada yang dua kepala dengan kita dan ada yang berkepala-kepala dengan kita . hah ? macam mana tu ? memang tak dinafikan , kadang-kadang ada orang yang kita suka , ada orang yang kita tak suka . suka or tak suka bukan disebab kan kecantikannya , bukan disebab kan harta nya or so what ever . tapi yang saya maksudkan kat sini adalah dari segi perangainya . so , hari ni jom kita kupas sedikit-sedikit tips yang boleh menolong awak semua menghadapi situasi seperti ini




1 . cuba fikir positif tentang orang yang kita tak suka tu . jangan lihat dari segi aspek perangai nya yang buruk sahaja , cuba pandang dan olah perangai nya yang baik . sebab mustahil , seseorang manusia tu tak pernah buat baik kan ?


2 . sabar . nak menghadapi orang sebegini , kesabaran amat penting . cuba kita jadikan situasi ini sebagai pengajaran buat kita . yang elok jadi kan tauladan , yang tak elok ? nak buat apa ? buang lah . 


3 . boleh jadi Allah SWT memberi ujian kepada kita melalui orang yang kita kurang suka itu . so , kalau bukan dia yang buat kita rasa kadang-kadang naik minyak . mungkin orang lain . mungkin juga orang disebelah anda . cepat tengok siapa kat tepi tu . hee :)


4 . usah peduli apa yang dia katakan , apa yang dia lakukan , apa-apa sahaja berkaitan dengan dia usah ambil peduli . kalau boleh elak sebaiknya elak lah daripada apa sahaja tentang dia . ini boleh jaga hati kita daripada berkata buruk tentangnya .


5 . apabila kejahatan yang diberikan kepada kita . cuba balas dengan kebaikan . mampu tak ? mungkin ini payah kan ? cuba kamu mudahkan . semuanya terletak kepada hati kamu .  kesakitan , kemudharatan yang ditimpa kepada kamu , ianya bukanlah saja-saja Allah nak bagi melainkan Dia telah mempersiapkan yang terbaik untuk hambaNya . maka , perbanyakkan lah kita beristighfar ketika berhadapan dengan seseorang yang sebegini


6 . cuba kawal lidah . jangan sesekali mengeluarkan perkataan carutan . contohnya , jika dia mengatakan kita bodoh , maka kita kata dia bodoh balik . eh , tak jadi ni . maknanya , kita sama je lah perangai dengan dia . nak sama dengan orang yang kurang kita suka tu ? nak ?


7 . jangan post apa-apa tentang orang yang kita tak suka tu , di dalam facebook atau blog . jika mahu post juga , jaga lah sikit perkataan nya . moga ia bermanfaat dan boleh memberi iktibar kepada yang lain juga . yang paling penting , jangan lah di mention pulak nama nya . ingat bahawa , jika kita membuka aib saudara kita sendiri , nescaya suatu hari nanti Allah SWT sendiri yang akan menbuka aib kita . nak ? tak nak kan


8 . tak suka kan dia , tak bererti tak suka kan orang disekeliling dia juga . contohnya , dia berkawan dengan A dan B , jadi kamu juga turut tidak sukakan si A dan B . tu tak elok tu . salah tu .  silap nanti mereka pulak yang tak suka kan kamu


9 . jangan terlalu berfikir soal orang yang kurang kamu sukai itu dengan berlebihan . tenangkan fikiran kamu . antara kamu benar atau salah , cuba lafazkan perkataan maaf . mampu ? berusaha . moga Allah lembutkan hati kamu . insyaAllah




10 . dan yang paling penting , solat dan berdoa lah kepada Allah . Dia yang lebih mengetahui tentang hidup hambaNya . dan perlu kita ingat , doa itu adalah senjata mukmin ! orang-orang di sekeliling anda adalah objek ujian dan cubaan Allah . okay ? bertabah lah





“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)



ini sahaja rasanya . terasa nak updated tentang tips lain pulak lepas ni kot . dan tak lain tak bukan adalah untuk peringatan diri sendiri juga . insyaAllah  . assalamualaikum




apa engok-engok itew ? tak shuke itew le tew ! 






tagged :)

assalamualaikum


okay blog memang ada masalah sikit , tapi takpe lah dalam proses pembaikian lagi . er er er header baru please =,= HAHA , baiklah oleh sebab dah kena tagged post hari ni jawab soalan tagged je lah kan . 


 WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage : mushroom soup (ready made punya)
2. Last phone call : tak de siapa pun kot yang nak call saya
3. Last text message : from fatin amani , sebab saya ada minta something dengan dia
4. Last song : tanpamu by helena and sabidhi
5. Last time you cried : malam semalam kot 

HAVE YOU EVER :
6. Dated someone twice : dated ? tak payah lah dengan mendalah dated ni
7. Been cheated : semua manusia pernah kot
8. Kissed someone and regretted it : tak pernah . soalan apa ni ?
9. Lost someone special : er er er ...
10. Been depressed : selalu , nak nak bila balik kuantan nanti
11. Been drunk and threw up : jauhkan lah . never .

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12 white
13.white
14.white

SINCE LAST YEAR (2010), HAVE YOU :
15. Made a new friend : ramai . nak-nak dalam facebook kan
16. Fallen out of love : er er er , okay soalan seterusnya
17. Laughed until you cried : hurm..
18. Met someone who changed you : ada :')
19. Found out who your true friends were : o course !
20. Found out someone was talking about you : ada eh ? tak pernah tahu dan tak nak ambil tahu
21. Kissed anyone on your FB friend's list : pesal banyak sangat soalan kissed-kissed ni ? no !



general
22. How many people on your FB friends list do you know in real life : 150 maybe
23. What is your dream : sampai sekarang memang nak jadi cikgu . walaupun sekarang ambil bidang lain . apakah ?
24. Do you have any pets : tiada
25. Do you want to change your name : tak kot
26. What did you do for your last birthday : roomate buat suprise
27. What time did you wake up today : 6.00 am solat subuh
28. What were you doing at midnight last night : berangan sebab tak boleh tidur . mesti lah ni kan . haha
29. What is something you can't wait for : graduated , pergi buat umrah dengan my family , insyaAllah :')
30. Last time you saw your mother : hari-hari jumpa sebab sekarang tengah cuti sem
31. What is one thing you wish you could change about your life : sekarang still tengah merangkak-rangkak untuk berubah . moga ianya lebih baik . insyaAllah
33. Have you ever talked to a person named Tom? : tom ? tak de kawan nama mat salleh . haha
34. What's getting on your nerves right now : naik semester dua kot , sebab ramai cakap subjek tough =,=
35. Most visited webpage(s) : facebook, blog
37. Nickname(s) : aqmar jusof . aqmar , qema , qem
38. Relationship Status : inrelationship with Allah
39. Zodiac Sign : cancer
40. He or She : she
41. High School : gnses
42. College : kuantan nursing kolej , kementerian kesihatan malaysia
43. Hair color : bab aurat tak payah nak mention eh
44. Long or short hair : hahhh , ni pun sama !
45. Do you have a crush on someone? : er ?
46. What do you like about yourself? : siapa yang tak suka diri masing-masing kan ?
47. Tattoos : None
48. Righty or lefty : -

WISH:
49. wish ? saya ada banyak harapan . dan harapan yang paling penting buat saya ialah saya nak bangga kan mak ayah saya . itu yang paling penting :')
50. kahwin ? er er er . okay gatal :p

okay siap . thanks nurul liyana


assalamualaikum :)



Tuhan , jaga hati ini agar tidak lalai dengan mencintainya

assalamualaikum




saban hari , hati kadang-kadang memberontak . terlalu asyik terkenang tentang dia . sungguh lalai . saban hari fikiran terkadang merusut , asyik memikirkan tentang dia . sungguh lalai . Tuhan , sekatkan rasa cinta ini , terkadang aku bimbang rasa ini boleh mengalirkan air mata ku . yang sepatutnya tidak harus aku jatuh kan . aku lari dari mendengar soal dia . aku diam bila ada yang berkata soal dia . namun aku tak mampu menutup mata ku . Tuhan , ampuni rasa ini :') . aku tahu ada yang lebih berat ujian nya . ini bukan lah apa sangat jika nak dibanding kan ujian para anbia . ini bukan suratan , ini juga bukan kebetulan . aku percaya janji Mu , aku percaya takdir Mu . aku takut aku leka . aku takut dengan kecemburuan ku yang pada zahir nya aku tahu ia akan memakan diri ku sendiri .




aku tak berani . aku terkadang lemah . aku terkadang tidak menghiraukan rasa ini . tapi rasa ini masih ada . aku sendiri tak mengerti dengan rasa ini . aku rebah dengan rasa ini . Tuhan lindungi aku dari lalai dengan rasa ini . Tuhan kuatkan aku , lindungi aku dari putus asa . 




kata-kata cinta terucap indah , mengalir berzikir di kidung doaku , sakit yang kurasa biar ia menjadi penawar dosaku . butir-butir cinta air mataku , teringat apa yang telah Kau berikan untuk ku  , ampuni khilaf dan salah ku :'(


Tuhan , andai nanti aku jauh dan dia juga jauh , moga kami tidak jauh dariMu . dia yang terindah dalam hidup ini dan ia tidak akan berubah andai Engkau yang mengubahnya . aku percaya janji Mu ya Rabb :') . aku mampu hidup tanpa dia , aku mampu bernafas tanpa dia . ya , aku mampu . kerana Engkau yang memberi hidup ini kepada aku . biar hati ini ikhlas menerima , biar rasa ini pergi . biar jauh sejauh yang boleh . kerana aku , putus asa dengan rasa ini :'(



andai nanti , aku pergi dulu sebelum dia . dan aku tidak sempat melahirkan rasa ini . moga ini jihadku dijalanMu . Tuhan , jaga hati ini agar tidak lalai dengan mencintai dirinya :')



assalamualaikum



lately , banyak hal yang terjadi

assalamualaikum




selepas beberapa perkara yang berlaku , hari ni baru berkesempatan nak taip blog . apa yang terjadi rasanya biarlah saya , family dan orang-orang terdekat sahaja yang tahu . ini dugaan dan Allah akan bersama-sama dengan orang yang sabar . insyaAllah and i always remember my self , please do not act like a child ! like ayah selalu cakap hidup manusia ni berbeza :')




tup tap tup tap semester satu dah pun nak habis , tinggal beberapa hari lagi je dah nak cuti sem .tup tap tup tap dah nak masuk sem dua . result maybe akan dibentangkan 1/12 ni . hopefully semua lulus and hopefully my batch akan dapat 100 peratus markah lulus . amin . saya dah sampai sejauh ini , i mean enam bulan dah , saya takkan berpatah balik . bukan senang nak lalui orientasi masa mula-mula masuk dulu , bukan senang nak sesuaikan diri dengan persekitaran wad dulu . but , sekarang alhamdulilah sangat better dari dulu . thanks to Allah :')




im not the perfect one . saya juga kadang-kadang melakukan kesilapan . siapalah kita kan kalau tak lakukan salah silap . tapi inilah pengajaran yang Allah nak berikan kepada kita . like always lah kan , dugaan kadang-kadang satu situasi yang Allah nak bagitahu sebenarnya Dia rindukan kita :') dugaan juga kadang-kadang sebab Allah nak buang dosa kita yang lepas-lepas .  andaikata kita demam , bukan saja-saja Allah nak bagi kita demam kan ? berfikiran positif okay . and apa yang berlaku ada hikmahnya , kadang-kadang ujian yang kita rasa tak tertanggungkan ? walhal Allah yakin kita mampu mengharungi dugaan yang diberikan olehNya . jelas kan yang Allah takkan beri dugaan kepada seseorang jika kita tidak mampu nak harungi nya . trust your self , Allah akan kirimkan bantuan kepada kita jika kita berada dalam kesusahan . kita tak sempurna ya , Allah yang memiliki kesempurnaan :')




based on the reason . jangan mengeluh jika diberi sesuatu yang kadang-kadang payah untuk kita jalani . menangis dan memintalah padaNya . Dia sentiasa dekat dengan hambaNya , Dia sentiasa mendengar luahan kita kan :') dugaan yang kita jalani sekarang bukan lah apa-apa jika nak dibandingkan perjuangan rasulullah dan para anbia ketika dahulu . proud to your self . you are the choosen one :')






kita perlu tahu Allah sayang kan kita . syurga itu ada . neraka juga ada . ujian didunia menentukan kemana arah kita . Allah bukan saja-saja nak bagi kesusahan dan kesenangan kepada kita . Allah takkan biarkan kita keseorangan . dibahu kiri dan kanan sentiasa ada yang ikuti . percayalah , Allah tak jauh dari kita , mati itu hampir :'(




with kak izzah , orang penting dalam transformasi saya sekarang :')




pernah suatu hari saya amat tersentuh bila mana , anak sedara yang umur 3 tahun nasihatkan acu dia yang dah nak masuk 19 tahun tahun depan , kalau ikut tahun lah kan . dia cakap dengan saya :


" acu kena kuat semangat , ingat sarah , ingan wan , ingat qi , belajar rajin-rajin "


ya Allah :'( , si kecil maisarah pun pandai dah nak cakap pasal life-life ni . ya , acu kena kuat semangat ! :'(



p/s ; jangan percaya dengan seseorang yang boleh membuatkan hati kita gundah gelana . like ayah selalu cakap " manusia ni berbeza " .  # tak lain tak bukan , nasihatkan diri sendiri , kita adalah penasihat terbaik untuk diri kita , jika kita letakkan Allah number satu di hadapan kita . amin amin amin :')






need to say

assalamualaikum




saya tak tahu kenapa , hari ni sangat tension . rasa malu dan tebal muka dengan salah orang lain yang dilemparkan kepada kita . rasa malu yang amat sangat bila dimalukan depan orang yang educated . rasa malu bila di cop tidak lakukan kerja dengan baik , walaupun itu bukan salah saya . i know my job , ya Allah malu sangat . saya takkan rasa marah bila saya kena macam ni jika benar saya yang buat salah . lagipun dah biasa kot dengan kena marah . cuma kadang-kadang lebih baik kena marah daripada dimalukan depan orang yang educated . dan yang paling malu , bila semua tu bukan salah saya . i know my job , i know my job and i know my job ! 




lebih baik diam , tanpa keluarkan suara , cukup lah hari ni saya dimalukan , lepas ni saya takkan biarkan lagi sesiapa sahaja yang nak jatuhkan and nak tindas saya . ya , kesabaran orang ada had nya . just for advice ,




 " jangan apabila di puji sahaja kita berada di depan , dan bila melakukan kesalahan , kita di belakang dan lepas kan kesalahan yang kita buat itu pada orang lain . itu bukan ADIL nama nya . itu PENGECUT ! "



saya juga ada perasaan untuk marah . dan saya amat terasa apabila dimalukan . jika saya salah , saya tampil ke hadapan , saya mengaku dan minta maaf jika saya yang lakukan . tapi jika orang lain yang salah dan kemudian dia past kesalahan dia pada saya . saya akan pertahan kan hak saya . dan saya tak nak berdiam lagi lepas ni okay . sabar saya ada had nya . saya boleh kena marah dengan kesalahan orang lain , saya masih boleh sabar . tapi bila saya dimalukan dengan kesalahan orang lain dan selamba dek je dia kata saya yang buat . oh no , itu saya tak dapat terima . ini mencabar krebiliti kerjaya saya sebagai student nurse .  macam perumpamaan lah kan , you tunding satu jari dekat i , yang selebihnya tunding dekat you . waallahualam . assalamualaikum 




" ya Rabb kuatkan kesabaran yang lemah ini "



p/s : bukan saya sorang je lah kan dah kena macam ni , orang lain pun dah pernah kena . jangan sampai yang kena ni bersuara and you pulak yang akan tanggung malu after you malukan kami . dan jangan over sangat nak kena puji atas apa yang orang lain lakukan . itu ambil kesempatan nama nya . wallahualam #peringatan buat diri sendiri juga , nauzubillahiminzalik





blog yang masih tak sampai setahun ini

assalamualaikum




first of all , thank you for reading my blog . ok baiklah blog saya masih belum sampai setahun , maybe tak lama dah sebab saya buat masa bulan 12 tahun lepas , 3 hari lagi nak masuk new year . then , saya tengok stats blog for overview all time , dari mula saya ada blog ni . so , inilah hasilnya :)



jadi inilah visitor-visitor saya , malaysia diungguli tempat pertama , dan yang paling terharu ada dari egypt juga south korea , agak-agak lee min ho baca blog saya ? HAHA , oktipu . dan semua yang di atas ini . syukran :)



ini post-post yang paling ramai orang buka , okay yang jumpa artis tak nak kalah kan . terima kasih juga ya :)



ini adalah setakat saya taip blog ini :)

dan ini adalah pencarian dari blog saya . nama saya duduk teratas dulu . thank you for reading my blog :)



alhamdulilah , terima kasih :')

kronologi after final

assalamualaikum 




alhamdulilah ,  done with final exam and final osce . sekarang baru lah rasa agak bebas dan tak terikat sangat dengan nota . hee :) sekarang barulah rasa tak bersalah nak menaip blog , tak rasa bersalah nak online facebook , walaupun tiap hari jugak saya online tengah-tengah final ni . apakah ? hee :)




baiklah , biasanya after final boleh lah cuti sem kan ? kan ? kan ? tapi saya....okay saya tak cuti lagi . maksudnya saya kena habiskan masa praktikal saya lagi seminggu dekat hospital tapinya kena tambah lagi dua minggu . means tiga minggu lah untuk praktikal habis final examni . T , T . tapi takpe , berakit ke hulu berenang ke tepian . nak yang mudah-mudah kena hadapi yang susah-susah dulu . lepas tu after praktikal 3 minggu , saya ada dinner pulak dengan student nurse-student nurse kolej saya dekat gambang . so , dah kata dinner mesti ada tema kan ?






ehem ehem , tema dia , glitter of the night . yang ngelip-ngelip tu lah . jadi , sekarang maybe pelatih dah sibuk cari baju , kasut and pelbagai lah kan . and saya ? saya rasa lebih elok saya recycle-recyle baju lama . then , tambah apa yang patut . yang penting masih menutup aurat kan . tak adalah nak glitter sangat kot , yang penting hati kita glitter di mata Allah , taknak gelap-gelap kan ? amin amin amin :) cuma sekarang rasa macam nak cari kasut . adalah jugak ushar-ushar tapi bila dah minat , saiz pulak dah habis , yang tinggal pun display je . tak pakai kasut lah jawabnya nanti . okay tipu . sory :) takpe takpe takpe , misi pencarian kasut masih bermula , banyak lagi tak tengok . dan bila difikir-fikir balik , lama sangat kot saya tak shopping . okay sudah pasal kasut .




dan dan dan , yang paling bestnya , after dinner , saya ada...........cuba teka cuba teka ?? yes , cuti sem ! akhirnya lah kan dapat cuti sem sebulan pulak tu . dapat balik rumah . and then kena lah fikir dalam masa sebulan nak buat apa kan . mesti banyak nak buat nanti . hee :) dan mungkin lebih banyak duduk dalam rumah je kot . masa ni je kot pom pang pom pang nak buat tu nak buat ni . then , bila balik rumah , hurm duduk dalam rumah je kot . ye lah kan , sebab saya cuti sem tak sama dengan kawan-kawan punya cuti sem , diorang habis cuti sem , saya baru nak cuti . tapi takpe , nick and fatin pun ada . hawa pun duduk dekat je . and suhaili ? ya , dah lama tengok suhaili , lama sangat rasa , raya aidilfitri pun tak sempat jumpa , rindu lah nak sembang-sembang dengan dia and rindu nak gelak bila dia buat kelakar . 






dan godek-godek lappy , pergi dekat gambar-gambar lama , eh terjumpa pulak gambar ni





teringat pulak masa nak ambil spm , so semua lah kena bawak ic kan . then , ambil lah gambar pastu boleh pulak tergelak-gelak tengok ic kawan-kawan . elok sangat lah kan , orang gelak yang kita , kita gelak yang orang . HAHA  rindu :') nak balik zaman sekolah balik boleh ? 


sampai dekat sini je lah kot . petang ni saya kena pergi orientasi wad pulak . dan praktikal kali ni saya akan masuk wad medical lelaki , agak busy jugak lah kan wad ni . antara wad-wad terkenal lah kot ke"buzy"an nya . sebelum ni , saya pernah masuk wad surgical and orthophedic (patah) . ya , yang paling best wad surgical and yang paling agak tension wad ortho . semua kaki tergantung je . hee :) tapi best lah jugak , ofcourse lah sebab saya lah yang selalu kena marah kan dengan patient . T , T , saya nak tolong je , bukan nak sakitkan , dah habis lembut dah tu angkatkan kaki T,T .tapi saya nak ucap terima kasih jugak sebab dapat sedarkan saya , contohnya , kalau saya merungut kaki saya lenguh ke ataupun apa-apa yang susah ke , saya kena ingat patient wad ortho , mereka lagilah susah , tercucuk besi lagi dekat kaki , jadi kita kena lihat orang yang lebih susah dari kita , dan bersyukurlah kaki kita masih baik . and , lepas ni jangan nak merempit sangat lah kot , ya adik-adik abang-abang . hargai kaki kamu :) dan lepas ni macam mana lah gayanya wad medical ?


okay lah assalamualaikum




berkorban

assalamualaikum




alhamdulilah , tahun ni masih berpeluang sambut raya haji . moga dipanjangkan umur tahun seterusnya buat kita semua , insyaAllah . amin . baiklah , aspek pengorbanan itu penting menurut saya , bagaimana saat utus hati seorang ibu menangisi pengorbanan anaknya nabi Ismail , bagaimana luluh hati seorang ayah , nabi Ibrahim untuk dijadikan korban anaknya sendiri . di situ lah kita lihat sebuah pengorbanan besar sebuah keluarga , dan baginda melakukan itu adalah kerana Allah swt . jadi bertanya lah dengan diri sendiri , apa pengorbanan yang dapat kita lakukan untuk Allah swt ?




kita cuma hamba biasa , yang kadang-kadang memang tak lepas dari dosa . pengorbanan para anbia , membuka mata kita . tapi bagi saya antara pengorbanan yang kita boleh lakukan untuk kebaikan diri sendiri juga adalah kerana Allah , diantara nya memutuskan hubungan yang tidak halal yang sedang kita jalani di detik dan diketika ini . i means couple lah kan . ya , itu juga adalah pengorbanan . pengorbanan dari sudut apa ? pengorbanan kita meninggalkan orang yang kita sayang demi mencari redha Allah , demi mencari sebuah cinta yang halal . itu juga pengorbanan bukan ? 




refer kepada mengapa manusia boleh bercinta di usia yang muda , contohnya student-student sekolah menengah , tak kurang hebat lagi student sekolah rendah dah ada boyfriend atau girlfriend , ini hebatkah ? tak dinafikan setiap orang punya perasaan cinta , setiap orang wajar jatuh cinta , walhal diri saya sendiri juga barangkali . tapi , bila difikirkan balik , cinta Allah kita perolehi atau tidak , ini pula nak lebihkan cinta manusia , sesetengahnya lah kan , tapi tak semua . betul tak ? jadi adalah lebih hebat apabila meninggalkan seseorang itu adalah kerana mahu mencari cinta Allah .




mencari kemanisan selepas yang halal adalah lebih baik daripada mencari kemanisan dengan cara tidak halal ini . kita mungkin suka apabila boyfriend kita nyanyikan lagu untuk kita dicorong handphone , tapi saya lebih suka maher zain nyanyi kan lagu for the rest of my life untuk isterinya , kerana itu halal baginya , kita mungkin suka kekasih bagi hadiah dekat kita , tapi saya lebih suka si suami yang bagi hadiah dekat isteri dia , kita mungkin suka lepak , tengok wayang , makan-makan , jalan-jalan dengan boyfriend , tapi saya lebih suka seorang suami yang bawa isterinya ke jalan syurga yang diredhai Allah , kita mungkin rasa sweet bila seseorang lelaki yang ajnabi pegang tangan kita , tapi adalah lebih manis jika suami kita yang pegang tangan kita , lebih manis jika suami itu pimpin kita diakhirat untuk dibawa ke syurga bersamanya . itulah cinta sampai syuga . dan itu adalah kerana halal baginya . 




jodoh manusia , Allah sudah tentukan . kamu lepaskan seseorang itu sekarang , dengan harapan kamu mahu cari redha Allah , dan niat kamu adalah kerana Allah , Allah akan gantikan kamu dengan yang lebih baik . rahmat Allah itu luas jika manusia benar-benar mencari Nya . kamu sedih tinggalkan dia sekarang , kamu sayang sangat dekat dia , kamu rasa derita tinggalkan dia . tapi adakah kita rasa sedih dan derita apabila jauh dari Allah , sebenarnya Allah cemburu , Dia cemburu bila kamu asyik dengan kekasih yang belum tentu jodoh kamu . saya selalu baca yang kadang-kadang Allah beri kamu bertemu orang yang salah untuk bertemu dengan orang yang benar-benar dicipta kan untuk kamu . tapi bagi saya , Allah tak BERI , cuma Allah TUNJUK kepada kamu . 




kamu perlu tahu , seseorang lelaki itu masih punya kedua ibubapanya untuk ditanggung , kamu perlu tahu seseorang lelaki itu masih punya tanggungjawab untuk menggalas segunung ilmu , kamu perlu tahu kadang-kadang kamu lah yang boleh lalaikan dia . kamu perlu tahu mereka akan jadi imam kepada kamu nanti , dan sekarang biar kan dia menambahkan bekalan imanNya ,kamu perlu tahu , kita boleh jadi fitnah buatnya ,  dan kamu amat perlu tahu , hatinya milik Allah , sekuat mana pun tangisan kamu tinggalkan dia , kalau Allah dah pegang hati nya untuk kamu , ya , its yours . datang lah mana-mana perempuan cantik kepadanya , datang lah perempuan-perempuan kaya kepada nya , tapi dia milik kamu . so dont be sad , Allah is alway be your side 





kita boleh nilai


kamu juga perlu tahu sebab sayang lah mereka meninggalkan kamu , sebab sayang juga mereka simpan rasa itu agar tidak mencemarkan kesolehan kamu dengan mendalah couple ini , sebab sayang lah dia tinggalkan kamu kerana Allah , sebab sayang lah mereka sedang mencari ilmu untuk jadi imam yang baik untuk kamu dan mungkin untuk anak-anak kamu nanti , siapa tahu mungkin . sebab sayang lah mereka takut kamu lalai daripada mengigatiNya , sebab sayang lah mereka jaga batasan hati mereka , mereka pendam rasa cinta mereka kepada kamu kerana mereka tahu hati kamu juga milik Allah , dan sebab CINTA lah suatu hari nanti mereka akan berjumpa orang tua kamu untuk mengambil kamu sebagai yang halal buat mereka . Allah lebih tahu :')




segala yang kurang adalah dari saya , juga adalah nasihat buat diri saya sendiri . assalamualaikum :')






 ianya sangat hebat apabila kita mencintai orang yang mencintai Allah lebih daripada mencintai kita , kerana kita sama-sama tahu , hati masing-masing milik Allah :")


bertabahlah ! pengorbanan untuk Allah , redha Allah yang kita cari . salam idul adha , tak lambat lagi kan ?



saya masih saya yang dulu


assalamualaikum 

sory dah lama tak updated blog , serius busy sangat-sangat , sementelah pulak exam dah dekat , tapi kadang-kadang takpe lah kot sebab tak ramai sangat pun yang baca blog saya . tapi alhamdulilah still ada yang baca , terima kasih ya :')


saya bukan lah saja-saja nak hilangkan diri . baiklah , minggu lepas baru balik kemaman sebab dapat cuti , insyaAllah jumaat ni balik lagi sebab cuti raya haji pulak , sekejap je kan tahun ni dah masuk bulan haji . dan bila lama dah tak balik , saya ambil peluang untuk jumpa bestfriend-bestfriend , walaupun ada juga yang tak dapat datang . no wonder lah , sebab semua sekarang ada komitmen masing-masing kan ?


 kalau nak hang sekarang dengan kawan-kawan rasanya tak macam dulu lagi kot . sebenarnya , kawan saya ajak pergi tengok movie , seperti biasalah macam dulu-dulu , tetapi....ya ada tapi nya ...bukan tak nak . terlintas juga nak hang macam dulu dengan kawan-kawan , nak tengok movie sama-sama , shopping sama-sama , cari shawl sama-sama . cuma , saya dah janji dengan diri sendiri , saya dah tak nak tengok wayang lagi , shopping takpe..hee :)  jadi , ya Allah susah nak terangkan . cuma saya masih aqmar yang dulu , mungkin ada lain sedikit , mungkin ada yang tak sama , munkin saya jarang hang dengan kawan-kawan , tapi percaya lah saya masih aqmar yang dulu :') . sory nick , nanti kita keluar sama-sama , tapi bukan tengok movie , kita shopping-shopping okay ? hee :)



kadang-kadang saya rindu kehidupan yang dulu , dan disaat itu lah saya berfikir , saya bersyukur sebab Allah jadi kan saya yang sekarang ini , betul , rahmat Allah itu luas :') . 

masa saya mula-mula pakai tudung labuh , kakak saya sendiri macam tak percaya . dan bila saya gosok untuk pakai , dia siap cakap lagi 'aku tahu kenapa kau nak pakai tudung labuh adik , mesti style sekarang kan ?' dan saya berfikir , betapa saya  sebelum ini mementingkan style semata-mata dengan tidak menutupi aurat saya dengan sempurna  . sampai kakak saya cakap macam tu  , tak percaya nya dia


juga apabila berdepan dengan bakal-bakal nurse kolej saya , mesti ada yang pandang atas bawah atas bawah , sampai saya rasa tak selesa ,  tapi sekarang tak lagi . no wonder jugak sekarang dah ada kak senior yang tanya saya , sejak bila pakai macam ni ? dulu bukan awak pakai macam-macam kitorang ke ? awak "gewe" dengan ustaz ke ? dia ubah awak ? atau dulu awak memang pakai tudung labuh pastu datang kolej ni pakai shawl dengan skirt-skirt ?(maybe nak cakap culture shock ) , saya pun macam gelak je lah kan , mungkin kalau saya tak datang kolej ni , saya tak pakai macam sekarang , wallahualam , Allah saja lah yang tahu . dan bukan "gewe-gewe" ustaz yang ubah saya , saya tak jumpa mana-mana lelaki pun yang buat saya macam ni , it just datang dari diri sendiri .  betul lah dulu , itu semua dugaan di mana Allah nak uji saya . alhamdulilah , 


dari raya aidilfitri sehinggalah nak masuk raya haji ini , saya kekalkan penampilan saya yang sekarang , cuma kadang-kadang saya tak mahu kawan-kawan saya fikir , saya dah lain , hey , aku still qema yang dulu lah . kita still boleh gurau-gurau macam dulu , okay ? hee :)


assalamualaikum :) doakan saya dapat jawab final exam okay ?:)