Followers

ketika cinta bertasbih

hari ni aku dah habis tgk cerita cinta islamik ni . aku pernah baca novel ni dulu . sangat-sangat tersentuh hati kecil ku . bukan dalam novel sahaja , malah dalam filem juga . sumpah , demi ALLAH , aku respect watak dalam cerita ni :

khairul azzam
anna althafulnisa
ayatul husna
malah , lebih tepat , cerita ini megutarakan sebuah cinta islamik .tak perlu bercinta sebelum kahwin . lepas kahwin baru bercinta . mereka lebih mencintai Tuhannya , ALLAH s.w.t & mencintai rasulnya , Muhammad s.a.w . untuk memilih jodoh , mereka serahkan soal jodoh kepada ALLAH . dan kenapa tidak aku ? kenapa tidak kamu ? kenapa tidak kita ?



satu hal yg mnjadi prinsip aku dari dulu sampai sekarang "kalau ALLAH dan janjikan kita dgn dia , kita mesti dgn dia . dan jangan risau kalau tak ada org yg mencintai kita , kerana setiap manusia dicipta berpasangan" .



aku bersyukur sebab aku tak bercinta bt masa skrg .yg lepas ?ok  , pedulikan . tak lain tak bukan hanyalah cinta monyet . lagipun tak ramai pun org yg pernah bercinta dgn aku . cuma dua org . (korang nmpak je aku macam ni , tp aku susah nak bercinta ) setiap kali bercinta aku selalu rasa was-was . mula lah aku lukakan hati org . dan kalau aku bercinta tu tak lebih dari 2 minggu . aku ulang , selama hidup aku , aku baru pernah couple 2 kali dan tak lebih dari 2 minggu . mungkin aku lebih selesa single . aku tak biasa jadi kekasih org . aku tak biasa ada kekasih . kalau dulu..ok , 2 tahun yg lalu.. mungkin ada teman tapi mesra , sekitar 2 bulan (paling lama) .tp tak couple lah . serius..serius..iktlah tak nak percaya pun . 



dulu , masa kawan-kawan ada pakwe , tergediks-gediks jugaklah aku nak .tp tak dapat pun .sekarang . mungkin dah besar , faktor usia yg semakin matang , aku dah tak hingin semua tu . kawan-kawan semua dah jumpa cinta masing-masing tp still bukan jodoh . bg aku setakat bercinta tu bukan jodoh , tp kalau dah kahwin. ye ! jodoh . mungkin ada jgk yg berkahwin bercerai .tu aku tak nak komen lah .apa yg penting sekarang , aku nak cari ilmu. nak jadi org yg hebat .  nak bahagiakan parents aku dulu . 
 bagi aku , jodoh tu tak perlu dicari , dia akan datang sendiri . sekalipun aku tak jumpa jodoh aku kat dunia , aku akan jumpa jugak dekat akhirat . dan harap-harap lah kat syurga . .dan aku hanya mampu berdoa agar diberikan jodoh yg terbaik , yg mampu memimpin aku dan anak-anak ke syurga .terharunya :'( 



 -amin-

perempuan yg suci
adalah perempuan yang dijaga ALLAH
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan
mana-mana lelaki ajnabi fasik menyentuh dirinya
walaupun hatinya.
kerana ALLAH sangat mencintainya

tetapi andai kita bergelumang
dengan cinta yg palsu imannya

dimana ALLAH itu menjaga kita
ALLAH seakan melepaskan kita
kepada seorang manusia
yang lebih banyak mengecewakan kita

jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki munafik
itu bermakna ALLAH ingin mengambil kita kembali
untuk dijaga-NYA , dilindungi-NYA

kenapa masih ragu-ragu ?

kekuatan usah ditunggu
tapi harus dicari
hargailah di atas kesempatan yg ALLAH berikan.



aku still ingat pesan ustazah kamariah "no couple before akad" dan insyaALLAH , aku akan pegang kata-kata beliau . aku masih mahu kekalkan status single aku . juga tidak mahu melukakan hati sesiapa sebab hati aku sekarang masih tidak ikhlas menerima "kekasih" . dan ingin aku tegaskan aku lebih mencintai ALLAH dan rasulku . seterusnya , aku mencintai kdua-dua ibu bapa dan keluarga ku .



perancangan hidup aku sekarang , aku nak belajar , kerja , ada aset-aset , melawat rumah ALLAH dan mengotakan segala impian aku , barulah aku akan bersedia menerima sesiapa pun untuk menjadi teman hidup . bukan istilah kekasih , tetapi suami .dan hal ni , lambat lambat lambat lagi . =)




 moga-moga ALLAH lindungi kita daripada cinta yg membawa kepada kemaksiatan .khususnya kaum hawa .aku tak nak jd seperti segelintir gadis yg usia nya sebaya aku , menyerahkan mahkota mereka kepada lelaki yg belum tentunya jodoh mereka . nauzubillah , jauhkan aku drpd menjadi perempuan sebegitu .amin



p/s : bagi pasangan-pasangan yg bercinta , jagalah batasan pergaulan korang . bagi saya , kalau lelaki itu betul menghormati kita , dia takkan pernah sentuh kita selagi kita belum halah baginya .dan lelaki inilah yg saya cari .


evtra p/s: jangan sambut valentine day !

No comments: