Followers

30 mac 2011 , rompakan di butik selendang miera

assalamualaikum


rasanya aku perlu cerita kejadian semalam .


sebelum aku cerita , nak mention sikit . kat sini aku bukan nak minta simpati ataupun mencari populariti . terima kasih kepada peng"komen" yang telah merendahkan saya pada post yang bertajuk , ketika aku masih kecil . senyum sinis sikit .



semalam , yakni tarikh tajuk tu . aku kerja dari pagi sampai malam sebab aku kene ganti hari yang aku cuti . hari tu  jugak kakak yang jaga sekali dengan aku kerja sampai pukul 6 je . then , aku kene lah jaga sorang sebelum kakak yang sorang lagi sampai pukul 6 .3o ptg .



dari pagi sampai petang ( sebelum pukul 6 ) aku jaga kedai macam biasa lah , layan customer dan bla bla bla . kebetulan hari tu , sale kurang , customer pun kurang . bosan jugak lah tak de customer . kadang-kadang aku duk putar cd maher zain je . sebab cd tu dan cd bacaan zikir yang ada . bosan-bosan jugak , kadang-kadang aku amik gambar sendiri . gila berlagak cun . macam ni . haha




ok , sila gelak . tapi bukan baju ni yang aku pakai masa kejadian



pastu sampai lah masa kakak tu nak balik . aku pun tunggulah customer dekat depan . mean , kalau ada customer masuk boleh lah aku berlagak rajin tolong buka pintu . tak sampai 1o minit lepas kakak tu balik , ada lah mamat ni parking moto depan-depan kedai aku . celah-celah kereta . nasib baik penguatkuasa dah balik . kalau tak mahunya tak kena saman .



dia pandang aku , dia pun senyum .aku seret kaki aku langkah ke belakang sikit . cara dia senyum memang sinis lah . macam ada muslihat . tapi masa tu aku tak rasa apa-apa lagi sebab biasa lah kalau lelaki senyum-senyum gatalkan . tapi aku buat muka serius je lah , buat macam tak nampak . 



selang lima minit lepas tu , alih-alih lelaki tadi masuk butik yang aku kerja tu . dia cakap dengan aku kata nak tukar duit , nak bagi kat anak sedara , anak sedara dia dah tunggu tu . pastu dia terus melulu kat kaunter . aku pun cepat-cepat lah duduk kat mesin duit . weh, berhenti jap . aku terketar-ketar nak taip . haduh .



ok , sambung . dia terus desak aku nak duit tukar . aku cakap tak de . berulang kali aku cakap tak de. tapi dia still degil nak duit tukar sambil seluk-seluk poket . bajet nak tukar ahh tu .



pastu , dia macam mati idea nak paksa aku suruh tukar duit . dia pun buat-buat keluar dan cakap dengan anak sedara dia . padahal tak de orang pun kat situ . aku dah rasa lain macam . hati aku memang dah tak sedap time tu . ingatkan dia nak keluar . pastu dia datang balik kat kaunter . desak lagi .



desak punye desak , dia terus masuk dalam kaunter . dia tolak aku . aku jatuh macam buah nangka atas lantai . dia terus hentak mesin duit . dan tak semena-mena mesin duit terbuka . dia ambik duit rm 50 , masa tu ada rm 350 duit 50 . aku cepat-cepat bangun . nak rampas balik duit daripada tangan dia . so , berlaku lah sedikit pergelutan masa tu . aku cakar-cakar tangan dia sambil tarik duit-duit tu . yang aku pikir aku nak duit tu je balik . dah tak fikir dah takut ke gabra masa tu . dan tak sangka lah aku seberani tu . mungkin kalau aku dalam pengaruh perasaan takut , aku dah lari . pastu dia pulas-pulas tangan aku . dia tenung aku dengan penuh gian . masa tu dia macam mabuk lah .aku memang nak terajang dia punya "tutt" , tapi tak kesampaian sebab aku pakai kain baju kurung riau , jadi sempit lah sikit . apa hal lah hari ni aku pakai kain tu . haishh..


 gelut punyer gelut , duit tu pun terkoyak , so yang terkoyak tu dapat kat aku . jadi dia sempat lah lari .



aku kejar dia , mulut tak henti-henti mintak tolong . rasanya habis volume aku guna . sampaikan lepas insident tu suara aku jadi serak . aku ambil besi kedai . konon nak hentak-hentak dia . tapi tak sempat , dia dah lari naik moto .



masa tu , barulah orang keluar tengok apa yang jadi . bila kat luar tu aku mintak tolong . jerit-jerit . tapi nasi dah jadi bubur . tangan aku dah parkison dah . yang ada dalam genggaman tangan cuma duit yang terkoyak tadi .


ni dia duit tu . sebagai bukti .


aku terus capai phone , aku call bos aku . bos aku suruh bertenang . pastu nanti dia datang . kakak yang sebelah tengok aku dah macam mengigil trauma . barangkali diorang ingat aku akan demam panas lepas kejadian ni . tapi aku still pegi kerja hari ni . kenyit mata sikit .



ok , sambung . kejadian berlaku memang cepat sangat . tak sampai lima minit pun . pastu aku pegi balai polis buat report .



sampai je balai polis , diorang soal aku macam-macam dan aku jawab berdasarkan apa yang aku kena . pastu yang aku bengang sangat tu , dia mentionkan nama perompak tu "beliau" dalam data report tu . so , aku sound lah sikit .

"penjenayah pun guna perkataan beliau ? , terhormat ke ? " . pastu polis muda tu macam malu lah jugak . tolonglah hargai bahasa kita . terima kasih .


dekat satu jam lebih jugak lah pegi buat report . pastu balik pulak kat butik , polis tu buat siasatan . pastu amik gambar tempat kejadian . cari kesan cap jari laki-laki tu . wawh , macam csi ahh pulak . tapi tak se hot csi lah . sory . haha .


bodoh kan perompak tu ? , nak merompak pastu tinggalkan cap jari . sumpah lah aku cakap aku tak suka sebut bodoh-bodoh ni . tapi lelaki laknat ni memang tersangat bodoh . memang lah , kalau dia pandai tak mungkin lah kerjaya dia ambil dadah , malas kerja , rompak duit orang . jap , nak cakap sekali lagi . bodoh !



muka dia hitam gelap , tak de nya nak hitam manis . tuihh! hidung mancung , mata bulat macam nak terkeluar , kurus cekeding , tinggi , ada hitam bawah bibir , naik moto ex5 calour hitam , pakai helmet putih . 



kalau jumpa sure lah aku kan call polis . biar kau membusuk dalam penjara . hidup kau memang dah tak de erti segala bagai lah der , bangkai bernyawa ! mayat hidup ! memang malang lah kalau kau ada girlfriend . weh , merana lah gf kau . bajet aku tulis macam ni , perompak tu baca lah blog aku . haishh . 



masa tu , aku tak bagitaw lagi parent aku . sebab tak nak diorang risau . pastu masa aku bagitaw , mak aku cakap jangan lah berani sangat , sepatutnya aku lari je . aku tak tahu kenapa aku tak lari , kenapa aku nak lawan . mungkin sebagai kesedaran yang aku kena jaga amanah yang bos aku titipkan . 



tapi , kejadian ni memang buat aku lebih berani . buat aku makin matang nak tempuh liku-liku hidup . sekurang-kurangnya , aku ada xperience nak handle kalau benda-benda ni jadi lagi .



so , mana-mana yang ada niat jahat kat aku . jangan pandang aku sebelah mata . aku dah tak fikir soal mati pun masa tu . sebab mindset aku , kalau dah memang ajal kat tangan dia , mati lah . tu semua kuasa ALLAH . alhamdulilah aku selamat . sangat-sangat bersyukur . ALLAH jaga aku dan beri perlindungan pada aku . alhamdulilah .



tapi first sekali aku nak buat kat mana-mana lelaki yang ada niat nak buat jahat kat aku , aku nak sepak dia punya tutt . nah ! highlight sikit perkataan tu. biar sakit menusuk ke tulang .aku tak bicara soal lucah , tapi aku akan buat untuk pertahankan hak aku sebagai perempuan . weh . ni kelebihan aku tau , tendangan maut dan kepala besi ! chill !



p/s : sebelum kejadian ni , aku kerap jugak mimpi pasal-pasal pecah masuk ni . maybe , ada yang tersirat kat situ .


extra p/s : seminggu sebelum kejadian ni , ada lelaki , umur lingkungan 40 han , gila seks dan suka tunjuk " benda" dia kat perempuan . macam-macam lelaki sekarang . tapi tak semuanya macam tu . tu lah , kalau ALLAH , dah tarik perasaan malu dalam diri seseorang . nauzubillahiminzalik . btw , nak termuntah hijau aku dia buat macam tu .



bye

1 comment:

akuNAJWA said...

eden yg membacenye plak yang berdebau.