Followers

aku dah lama nak post tapi baru sekarang post

assalamualaikum


aku sendiri tak tahu kenapa aku nak tulis entry ni . yang aku tahu , aku memang nak tulis . aku nak taip ni weh . weh , betul ke aku nak 
cerita ni ? weh , aku takut ahh nak cerita . 


tak pe , pikir positif , blog aku bukan selalu jadi perhatian pun .
korang pernah rasa menyesal tak ? pernah kan . aku pun pernah . tapi menyesal + bersyukur .


mungkin kes ni bersangkut paut dengan love story . tapi sapa lah aku nak bercakap soal cinta . sebab , aku ni selalu mainkan perasaan orang . walaupun pada mulanya aku tiada niat tapi akhirnya tetap aku lukakan hati orang . orang kata cinta pertama susah nak lupa . ya , mungkin . tapi aku susah nak lupa cinta ke dua .



kalau aku kata aku rindu kat teman tapi mesra aku , korang nak gelak tak ? weh , silakan gelak . yang pasti aku tengah layan perasaan yang dah lama aku nak lupakan ni . tapi kenapa tak boleh ? !  . start pada  tragedi 13/11 tu berlaku , aku memang nak lupakan dia . tapi ! tak boleh .



orang kata kita perlukan masa untuk lupakan seseorang , tapi boleh tak orang bagitahu lama mana masa tu ?aku nak sekarang . aku dah penat bermain dengan perasaan ni . penat bermain dengan helah hati  . 


aku tak pernah cerita kat siapa-siapa semua ni .kecuali kawan-kawan terdekat aku . dan sekarang aku berani buat pengakuan kat blog . 



kisah ni berlaku setahun lebih yang lalu

 munkin dia dah lupa tarikh-tarikh ni ;


ogos 31 
seseorang pernah luah perasaan kat aku . dia kata dia suka aku . pastu aku terima dia . aku sendiri tak tahu kenapa aku terima dia . 
seminggu lepas tu , aku bagitahu dia cara baik yang aku anggap dia kawan je . aku kata aku tak biasa sebab aku dgn dia dah lama kawan . korang mungkin tahu macam mana perasaan dia . 


hari-hari berikutnya , aku sendiri keliru dgn perasaan aku . mungkin secara lurusnya aku nak bagitahu kat korang yang aku memang dah jatuh hati kat dia . tapi aku malas layan perasaan aku . aku just kata kat diri aku biar lah apa-apa pun , aku takkan layan perasaan aku . lagipun , masa tu , dia pun tak nak kawan aku dah , langsung tak contact aku .




raya pertama 2009
aku luah perasaan aku . aku kata aku suka dia . aku tak pasti banyak mana aku text dia . yang pasti memang banyak . yang aku ingat aku cuma cakap aku nak bagitahu dia sesuatu . tapi dia langsung tak reply mesej aku . aku tak putus asa , aku text dia lagi . pertama kali aku bersungguh-sungguh nak meluahkan kat orang .pastu , dah beberapa text aku hantar akhirnya..akhirnya..dia reply..sumpah aku ingat dia takkan reply , aku macam cuak . betul ke aku nak text dia yang aku suka dia . so , aku beranikan diri untuk bagitahu dia .



hari-hari selepas tu , aku jadi baik dengan dia . mungkin title bagi relationship ni 'teman tapi mesra' . mungkin bajet hot dengan kisah teman tapi mesra linda onn dengan fahrin ahmad . kita declare nak kapel lepas habis spm .




masa ni ,aku rasa aku gemuk sikit . tak , mungkin banyak . hari-hari kita text . kadang cakap telefon . sampai mak aku marah sebab jari tekan phone je . btw , mak aku tahu pasal aku ngan dia . family dia pun tahu . dia biasa jugak ahh datang umah aku dulu beli mee goreng mamat dekat kedai pok ta hantar kat  aku .  kadang-kadang aku pergi jugak umah dia sebab nak pimjam novel , kakak dia suka baca novel termasuk mak dia .




kita memang rapat masa tu . ramai jugak yang tahu pasal kiteorang .dulu aku suka sambung nama aku dgn nama dia . qema***** . orang suka ringkaskan nama dia . tapi aku suka eja penuh . dia selalu bagi motivation kat aku pasal study . dia teror addmath , so sebelum exam akhir tahun ting 4 aku study dengan dia kat libry . kawan-kawan aku pun ikut jugak . aku suruh dia ajar bab simultaneous bla bla ..aku tak ingat dah tajuk ni . tajuk tu ahh dia ajar aku . 


aku kirim dia suruh beli gula-gula . so , dia beli ahh .aku nak bayar tapi dia tak nak . pastu aku paksa dia suruh amik jugak .aku letak dalam raga motor dia . masa tu , dia dah nak balik ,dia nak pergi cari gitar dengan kawan dia . pastu , dia text aku , dia kata duit tadi dekat celah cermin scooter aku . dia tak amik pun .  
 


masa birthday dia aku beli hadiah kat dia . hadiah pertama and last aku bagi . aku bagi anak patung pompuan kaler pink gelap pakai spek ikat rambut dua . gila bagi hadiah macam tu kat lelaki kan ? xoxo


dia pun pernah kasi aku hadiah , anak patung kuda , pooh & yang paling aku sayang hiasan sangkut dekat phne . tapi aku tak letak pun kat phne , aku letak kat kunci scooter . hiasan tu simple , tapi comel sangat . kawan-kawan aku siap tarik-tarik lagi sebab nak tengok .



beberapa hari lepas tu .



13/11
semuanya dah tak de makna . aku mintak putus dengan dia secara tiba-tiba .korang pelik kenapa aku mintak putus walhal aku tak kapel kan ? aku sendiri pelik .aku tak tahu macam mana nak bagitahu perasaan aku masa tu .tapi yang pasti ada sebab kenapa aku buat macam tu , aku tak leh bagitaw kenapa aku bt semua ni . aku tak nak aibkan beberapa pihak .tapi aku tetapkan dalan hati aku , aku lakukan ini kerana ALLAH .aku kena ikhlas . aku yakin semua ada hikmah .dan korang boleh bayangkan perasaan dia . aku terima kalau korang kata aku jahat . aku jugak terima kalau dia kata aku jahat .


hari ke hari , aku berlagak cool depan dia . masa tu baru masuk tahun baru form 5 . 


hari ke hari jugak aku boleh nampak dia makin benci kat aku . aku masih berlagak cool . aku tak cerita kat sapa-sapa pun kenapa aku buat macam tu . sampailah satu hari aku rasa macam nak bagitahu seseorang . aku tak boleh simpan rahsia ni . aku nekad , aku bagitahu nick , pastu aku bagitahu atyn n ct .atyn , nangis dengar aku explain , mungkin aku agak emosi masa tu 






19/4
masa tu ada perlawanan bola baling . aku tak dapat buat elok-elok . sekali can pun aku tak cuba sumbat bola . aku cuma boleh bagitahu , yang aku tengah kalah dengan keadaan hati aku .takat benci dia kat aku yang boleh aku mention sampai tahap dia tak nak pandang aku sikit pun . aku faham . aku cuba untuk tidak emo . tapi , aku tetap emo .balik dari lawan bola baling , aku ada text dia . dia reply , 



"tahun ni kan tahun spm , study ahh sungguh-sungguh , kalau ada jodoh tak kemana"



aku rasa tersindir dengan kata-kata dia . dan sememangnya betul apa yang dia kata . aku terima .



aku tekankan dalam fikiran aku , minda aku , hati aku , dalam masa 5 hari aku kene lupakan dia . sebagaimana dia lupakan aku . dalam masa 5 hari aku tak tengok pun dia . aku tak bercakap soal dia . aku sibukkan diri aku . aku tak dengar lagu-lagu sedih , aku tak baca novel-novel sedih , semua yg berkaitan dengan hati & cinta aku tak sentuh .aku jadi serius , aku tak de bergurau dgn kawan-kawan aku . aku tak dengar kisah cinta sape-sape , aku tak tengok tv berkaitan dengan cinta .





22/5
aku xcident , nick bagitaw dia aku xcident , tapi..dia buat tak tahu je .dan ada kata-kata dia yang buat aku terasa hati sangat , tapi aku takkan tulis kat sini . aku lupa dia . aku cuma tak ingat dia sorang je . yang aku ingat aku baik dengan dia dulu , tapi kenapa dia tak lawat aku  ? ayat tu yang aku selalu persoalkan . sampai lah satu hari , aku buka album lama aku . aku tengok ada kertas . kat tepi kertas tu , ada tulisan " masjid geliga , last exam , with him " . sebab cuma tu yang aku simpan masa aku dgn dia dulu . yang lain aku dah buang sebab aku nak lupakan dia .




aku ingat sape dia .aku kenal tulisan yang nombor-nombor tu..  .ye , tu dia . aku dah ingat sape dia .




aku tak bagitahu sapa-sapa yang aku dah ingat dia . kawan-kawan sibuk cerita sapa dia . tapi aku tak nak dengar . padahal masa tu aku dah ingat .




aku teruskan hari-hari aku seperti biasa . aku struggle untuk spm . aku selesa dgn kehidupan aku selepas xcident . 




aku tak cuba lupakan , sebab aku tahu , kalau kita berusaha untuk lupakn , kita takkan lupa , tapi bertambah kuat ingatan tentang dia . tapi kita jadikan pengajaran . setiap orang yang hadir dalam hidup kita , bagi pengajaran dalam hidup kita .



dia memang baik , jauh sekali dengan aku yang jahat ni . sekarang dalam hati dia dah tak de aku . tapi dalam hati aku masih ada dia . aku takkan simpulkan tentang soal cinta dan sayang . tapi aku simpulkan sebagai pengajaran . kehidupan manusia berbeza .




tapi aku ingat apa yang kitaorang janji dulu . nak kapel lepas spm , nak lari keliling padang bola . apa motif ? kononnya aku nak buat ala-ala cerita stairway to heaven . sebab dia nak ajar aku main bola . nak solat berimam kan dia . 




dan aku pernah solat berimamkan dia masa sekolah dulu . sebab dia jadi imam untuk solat hajat setiap  pagi . kiranya , satu janji dah ditunaikan . janji yang lain ? takkan pernah wujud .




aku kena profesional . kadang-kadang aku rasa aku hipokrit , aku nasihat kat kawan-kawan aku soal cinta segala bagai . aku berlagak aku ok , aku takkan nangis . nick , selalu kata , dia slut dgn aku  sebab tabah . tapi aku rasa aku tak setabah mana pun .tapi aku selalu kata kat nick , senyum je ahh , tak de masalah yang tak boleh diselesaikan . aku selalu bergantung dengan ayat tu . mungkin ayat motivasi diri aku sendiri .nak dibandingkan kisah nick dgn kisah aku , mungkin aku tak mampu jadi nick . apa-apa pun aku bersyukur dengan semua situasi ni . Allah dah tunjukkan kebenaran di mata aku . Allah bagi semua yang aku nak . tapi bila tiba masa Dia nak tarik balik , kita kene redho . semuanya hak milik Dia .kita cuma pimjam .




masa aku dgn dia dulu , dia selalu sebut pasal janji Allah . dan dari dulu sampai sekarang aku sentiasa berpegang dengan janji Allah .




kalau Allah dah janjikan kita dgn seseorang tu , kita mesti dgn dia jugak , sebab tu janji Allah .




dan sekarang aku dah jadi kebal dgn soal cinta . bukan aku tak nak terima sapa-sapa pun . cuma aku takut korang akan terluka . sebab aku akan bandingkan korang dengan dia . dan sudah semestinya tak sama .aku tak cakap aku tunggu dia , sebab penantian tu sangat memenatkan , aku tak cakap aku tak nak orang lain aku cuma nak dia sorang je , sebab aku sendiri tak tahu sapa jodoh aku .aku takkan yakin kan hati aku yang dalam hati dia ada aku lagi , sebab dalam hati dia dah ada orang lain . aku takkan lukakan hati aku dengan selalu tipu hati aku .




aku takkan pujuk hati aku dgn kata   " ohtakpe"    lagi sebab aku tak nak tanggung semua ni lagi . dan setiap hari , aku berharap agar aku lupakan dia . melalui hidup seperti dulu yang normal sebagai kawan .dia dah buang aku dalam hati dia sebagaimana dia buang number aku dalam contact dia .



tiada dendam , tiada benci .



aku ikhlas dengan semua ni .




p/s : cincin yang biasa aku pakai dah lama hilang , aku pernah buat wish , kalau cincin tu sampai kat aku balik , maknanya aku dgn dia ada jodoh . tapi sampai sekarang cincin tu aku tak jumpa .mungkin tak baik untuk prcaya . tapi ini adalah motivation kat aku yang kalau dia bukan jodoh kita , seribu tahun akan datang juga dia bukan jodoh kita .



bukan mudah untuk melihat orang yang kita cinta , mencintai orang lain .



 cintailah Allah dan rasul secinta-cintanya sebelum mencintai manusia .



jap , aku jugak tak mengharap aku dengan dia jadi macam dulu balik sebab sememangnya mustahil. 

~byebye~

7 comments:

aqmar jusof said...

serius aku pikir dua kali nak post..

azhaniidayu said...

ramai r fan mu Qema . buahaha

aqmar jusof said...

fan maksud mu ?

nur ily said...

oh!!menarik gila...:))

aqmar jusof said...

ili..thx..menarik ? cerita lama..

cik MISI Nadia :) said...

kemar, bez :')

aqmar jusof said...

ala kak nad . cerita lama ni . semput tak baca ? hahahaha