Followers

keputusan spm 2010

assalamualaikum




aku tahu aku mungkin terlewat nak post pasal result spm . alaa , chill lah baru 2 hari . hari ni baru hari jumaat . aku sibuk hari-hari . kat tempat kerja kata balik nak update blog , tapi haram , balik aku terus tidur . ok tipu ,sempat berfacebook sekejap .





weh , ni nak citer nak citer pasal hari pergi amik result . skema tak cakap nak citer ulang-ulang ?pedulikan .





23/3 tarikh keputusan spm keluar . so ,aku pergi dalam pukul 10 lebih sikit ,  dengan suhaili . ingat nak suruh mak aku hantar je . tapi mak aku ada kerja pulak . so , pegi sendiri ahh . alaa , dah besar .





sampai dah ramai orang tunggu . cuak jugak lah muka . sapa tak cuak nak amik result kan ? jantung dup dap dup dap tak henti-henti . tangan jangan cakap ahh . sah macam orang parkinson . 





tapi , sampai-sampai result tak boleh bagi lagi sebab tak sampai lagi . jumpa kawan-kawan , debaran hilang , sibuk duk sembang-sembang mentang-mentang ahh lama tak jumpa . pastu aku bajet semuo orang  tgk aku pakai riben klip atas kepala .ahh , malu bukan kepalang . haha . ok , menarik perhatian kah ? sampai ada cikgu-cikgu yang tanya . 










cikgu salmi cakap kat aku kalau tak dapat  "a " akaun cikgu nak amik riben tu , kalau dapat " a " , cikgu tambah satu lagi . haha . aku dah tercengang dah . ok , rilek . ahh , tak . sumpah takut gila .








then , keputusan dah sampai . tapi tak leh amik lagi . aku dah terbayang dah nak beratur amik result macam mana . fikiran aku nak aku beratur belakang sekali . konon bajet ahh . ok , tipu .sebenar nya takut nak mamp** .










tak leh amik lagi sebab cikgu nak panggil yang cemerlang bermula dari straight A . ahh, cuak jangan nak cakap ahh . teramat ! pastu cikgu aida panggil yang dapat straingt A , nadia & wan . pastu bla bla bla dan seterusnya .aku dah hiba dan duka dah sebab nama aku tak dipanggil pun . sampai lah dekat pelajar yang dapat 6A .








JENG JENG JENG !








mula-mula cikgu panggil nama jiji . seterusnya isyatie . kemudian pelajar dari sains satu . sambil menunggu dengan penuh harap . aku rasa nama aku sure tak de. aku tunduk dengan penuh penyesalan . ye , mungkin bukan rezeki aku . 






kemudian , siapa tahu ? mungkin rezeki . nama NUR FAIZATULL AKMAR BT JUSOF dipanggil . wawh , gembira bukan kepalang ,hiba , terharu semua rasa . aku bangun amik result aku kat depan . pastu aku nangis . tapi yang peliknya budak-budak lain yang dpt 6A tak de ahh nangis cam aku . manja kah ? pedulikan ! pastu , cikgu sempat lagi ajuk pasal riben yang aku pakai . haha . glamour ahh riben tu . weh , aku beli kat tempat aku keje . lalala .










tapi masa aku pegi amik result tu macam ada tak kene . aku jalan macam tergedek-gedek . padahal aku rasa laju dah tu . oh , lupa . aku pakai wedges . haha . nah ! padan muka nak sangat pakai . pastu aku peluk cikgu-cikgu aku . ucapan terima kasih tak lekang kat bibir.salam semua cikgu . tak kurang juga cikgu-cikgu yang menyapa aku . bahang ucapan tahniah still terasa sampai sekarang dari orang yang dikenali atau tak dikenali . ahh , terima kasih !








pastu aku call mak aku . air mata tak nak kalah beb . menitis lagi tanpa dipaksa . automatik der . haha . aku bangga dapat banggakan parents aku . sangat-sangat bangga . walaupun aku tak dapat straight A . 






masa tu tak tengok lagi apa yang A ,apa yang B .






aku dapat 6a 3b 1c




BM:A+


BI:B+


SJ:B+


P.ISLAM:A


MM:A-


SC:A-


EA:B+


PP:A+


TAS:A


ADDMATH:C




tu lah keputusan spm aku .








weh . aku dapat A+ akaun . ahh , suka gila . pastu cikgu salmi ucap tahniah kat aku . ahh , terharu sangat-sangat .








nangis lagi . 








aku tak tahu kenapa aku emosi sangat . padahal 6a je . haha . kalau straight A mungkin aku dah pengsan tak bangun-bangun . kalau bangun pun kalau lee min ho kejut . ewah , gatal .








pastu aku ushar kat booth-booth yang ada . aku pegi kat politeknik , ada abang ni cakap yang " awak lah yang dapat 6a tadi kan ? dah tak nangis dah ? tadi telefon sambil nangis-nangis cakap dengan sapa ? " wawhh , dia perhatikan aku . pastu aku just senyum-senyum konon bajet malu . ahh , pedulikan .










balik tu mak aku tengok slip aku . pastu mak aku tanya pasal kawan-kawan aku . mak aku cakap anak kawan dia result tak baik sangat . kawan mak aku cakap anak dia sibuk nak bercinta sangat . pastu mak aku boleh pulak cakap ngn aku  " dulu mak aku tak kasi ber pakwe-pakwe nih , sekarang kalau adik nak tak kisah lah , tapi kene jaga syarat-syarat . yang penting belajar jangan lupa "
wawh  , aku dah teruja ! ok , tipu . haha . calon pun tak de. ok , nak isi borang ? bak sini lima hinggit . haha . ok , malas nak cerita pasal nih . *sadisssss*








hari ni aku pegi pameran kerjaya dekat dewan berlian, mpk . singgah kat satu booth . abang tu ada cakap macam ni auw " awak dapat 6a kan ? yang pakai riben rama-rama tu ? yang nangis tu ? " . haha . pastu aku senyum-senyum je ahh bajet cun masa tu . ewah . sejak dapat result , perkataan ni , riben rama-rama , nangis . 6a .








p/s ; terima kasih yang ucap tahniah . sangat-sangat terharu .






extra p/s ; aku apply semua kos . tapi aku paling harap dapat maktab perguruan . amin . nak jadi cikgu weh ! haha .






undi-undi 






jap tak de orang pun undi akauntan . weh , aku dapat A+ auw  akaun . ceh , berlagak ! tak tak , aku tak pun macam minat akaun tapi cikgu akaun minat . :)




 bye