Followers

ketika aku masih kecil .

assalamualaikum .



first , terasa bajet title kali ni . padahal aku baru berapa bulan je tak jadi student . means , kalau aku dapat sambung pegi belajar tahun ni , aku still student . amin ya  rabbi alamin .  maksud tersiratnya , habis sekolah dah jadi macam orang-orang besar lah . hamboi , banyak cantik ! 




memang aku nak cerita serba banyak tentang zaman aku kecil-kecil dulu . terlampau banyak kenangan . apa orang cakap kenangan manis ? pahit ? . ahh , pengaruh biodata sahaja . tulis dalam kertas buku . bagi kaler-kaler sikit . yang tak tahan , bab makanan kegemaran pun nak rahsia . ewah . cakap lah masakan ibu . baru lah hot . 




masa kecik-kecik dulu , orang panggil aku baby . entah dari mana datang nya , aku sendiri tak tahu . kelakar lah panggil baby . macam bunyi gatal . tak nafikan ada jugak yang panggil aku baby sampai sekarang . mak cik-mak cik yang dulu-dulu suka sembang-sembang dengan mak aku . tapi kebanyakannya akan panggil aku adik . dah besar pun adik lagi . terasa macam nyah . tapi adik lebih cool daripada baby .





masa kecik-kecik dulu , aku suka nangis . nangis meraung ahh . nak cakap nya aku ni suka menangis .tapi yang peliknya , air mata tak de pun . ni time bila dekat pasaraya sebab aku nak 3 gula-gula botol susu . pastu mak aku beli satu je . aarrr , mula ahh aku mengamuk . gila tak malu aku kan masa kecik . tapi bila dah besar aku tak lah nangis sangat . tipu ahh kalau kata tak nangis , nangis lah jugak cuma kalau nak nangis tu  , aku tak suka orang nampak . sebabnya , sebab muka aku buruk gila kalau nangis . tak percaya ? cuba ahh tengok gambar aku masa amik result hari tuh . ahh ! tak nak amik tahu .




masa kecik-kecik dulu , aku rajin nak buat kerja rumah . alaa , biasa lah budak-budak kan , orang tak suruh pun nak buat . biasanya , dulu-dulu kerja angkat kain kat ampaian kerja abang aku . tapi oleh kerana dia malas , dia suruh aku . konon , kalau aku buat dia nak belanja aiskrim nangka . zaman dulu mana lah ada wall's ke , cornetto love ke . tapi sampai sekarang lah aku suka aiskrim nangka . nak ke angkat jemuran tu , aku kena lah ambik kerusi sebab tak sampai . nak dijadikan cerita , angkat punyer angkat kaki aku terperusuk kat tengah kerusi plastik tu . maka kantoilah dengan mak aku , abg tak buat kerja dia . sekarang ? hmm..haram dia nak angkat baju . semua dah jadi kerja aku .




masa kecik-kecik dulu , aku suka ikut mak aku pegi kenduri . dengan harapan nak bawak balik gula banyak-banyak . pastu malas nak gosok gigi . perangai budak-budak macam ni ahh kan .




masa kecik-kecik dulu , aku suka tidur dalam buai . dah umur 7 tahun pun tidur dalam buai . tak malu kan ? korang boleh bayang tak besar gedabaknya kain pelekat buaian tu . wawh , klasikkan tidur buai pakai kain pelekat ayah . pastu mak aku nak buang tabiat aku mak aku cakap kambing nak makan aku sebab tidur dalam buai . so , takut ahh masa tu . langsung tak tidur buai dah .




masa kecik dulu , mintak duit dengan mak duapuluhsen je . mak nak bagi limapuluhsen pun tak nak . cuma nak duapuluhsen . sekarang ? tahu-tahu je lah . haha .




masa kecik-kecik dulu , aku paling takut luka . sebabnya , mak aku tak suka kalau ada nanah-nanah ni . sure dia akan sental luka tu . adik beradik aku sure tak bagitahu mak aku kalau ada luka . siap kitorang berpakat lagi saling nak tutup luka masing-masing sebab tak  nak bagitahu . kalau bagitahu , tak boleh join main teng teng . kelakarkan masa zaman kecik dulu .




masa zaman kecik-kecik dulu , berebut nak naik basikal dengan adik beradik aku . basikal cuma ada dua .kitorang ada 4 orang . so , biasanya along akan gendong kak teh , & angah akan gendong aku . angah tu abang aku lah . family kitorang panggil dia angah .




masa kecik-kecik dulu , punya lah rajin nak pegi mengaji . berebut dengan adik beradik nak amik air sembahyang dulu . motif apa nak cepat ? sebab nak tengok citer sailormoon dulu . sebabnya , yang paling cepat dan lah tengok sebab kene tunggu abang & kakak yang lain bersiap .




masa kecik dulu , suka sangat dengan cerita kartun sailormoon . sampai berebut-rebut dengan kak teh nak cop ketua dulu . konon ketua dia tak boleh bersatu dengan kekasih dia sebab bumi akan berpecah belah . eleh , sekarang bumi kat jepun dah berpecah belah dek tsunami , sailormoon bersatu dengan kekasih dia ke ? ahh , masa kecik pun pengaruh cerita jepun .




masa kcik dulu ,setiap kali ayah aku balik dari laut , malam minggu mesti pegi makan . ayah buat balik udang , ketam , semua ahh . pastu berebut nak yang besar . semua tak dapat . ayah bagi aku yang je yang besar . anak bongsu mesti dapat lebih . haha . tapi sekarang tak boleh nak kumpul-kumpul cam dulu lagi sebab semua dah komitmen sendiri 
:'(



actually nak citer pasal zaman kecik ni memang tersangat banyak .aku sendiri kalau boleh nak balik zaman kecik balik .
ni aku masa zaman kecik :




ok . sila lah gelak .



sekejap je masa berlalu . along dah kahwin . anak-anak semua dah habis sekolah . tapi ayah still kerja . dia kata dia tak boleh tak kerja . sebab dari muda sampai sekarang dia tak penah berhenti kerja cari duit untuk tanggung kitorang . sampailah anak-anak dah berjaya .




mak aku pulak dulu buat kuih secara kecil-kecilan sebab nak tolong ayah & tambah duit sebanyak mana yang mampu . sampai lah sekarang orang cuma perlu tempah call je mak aku . sebab masa dulu . aku & kakak abang aku lah pegi ke rumah-rumah nak jual kuih akok . naik basikal yang ayah aku beli sebab hari jadi along & angah . aku rindu 
:'(




sekarang mak & ayah alhamdulilah dah dapat hasil daripada semua usaha mereka . malah dapat tanggung aku dan adik beradik sehinggak kami dah besar .





masih ingat diingatanku , mak aku kena serang dengan salah seorang warga kampung , perempuan sebab kacau periuk nasi dia buat kuih jugak . wal hal rezeki tu masing-masing . abang aku lah yang jadi ketua keluarga sebab ayah aku tiada , kelaut . dia lah yang pertahan kan mak aku . aku masa tu cuma nangis sebab mak aku pun nangis . dia cakap family aku merempat datang kat kemaman ni . sebab kami memang asal orang johor . tapi dia tak tahu yang ayah aku juga orang terengganu . entah , sampai sekarang hati kecil ni tak mampu nak maafkan dia . walaupun masa tu aku masih kecil . tapi aku masih ingat .dia hina family aku .




aku bangga jadi anak en . jusof  b omar dan pn. fatimah bt . ngah . aku juga bangga menjadi anak seorang nelayan dan penjual kuih .




aku sangat sayangkan family aku melebihi sesiapa sahaja 
:'( 

 zaman ketika aku masih kecil 



bye 





5 comments:

akuNAJWA said...

sayu plak cite mu ni qema *lap air mate*

aqmar jusof said...

ohh . ye ke ? ewah..haha..

tres.0.siete said...

kesian kat mu..mri ar, kawen ngan aku, aku taggung mu plok...btw sedak lagu mu...cter dok sedih ngak...

hilmierohzlan said...
This comment has been removed by the author.
aqmar jusof said...

saya menulis bukan untuk menarik simpati . sekadar nak berkongsi sebuah pengajaran . bukan nak promote cerita sedih . cuma ingin mengulang pengalaman lama . dan lagi satu , mak ayah saya mampu tanggung saya . saya juga mampu tanggung diri saya . terima kasih .