Followers

nak jadi cikgu , boleh ?

hello
assalamualaikum

heyy kamu semua , tahu tak cik gsp nak jadi apa ? xoxo .hari ni , cik gsp nak cakap pasal cita-cita . 
cik gsp tiba-tiba berfikir soal masa depan . result dah makin hampir . 23/3 mungkin ? . ohh , korang tolong doakan kejayaan cik gsp ok ?hari tu , cik gsp ada pergi sekolah . cik gsp nak tanya pasal ipg ( institut pendidikan guru ) . wawhh . . cik gsp nak jadi cikgu kah ? 
sudah semestinya ! 

sebenarnya , ipg ni dulu maktab perguruan , sekarang dah tukar nama . macam cik gsp ahh . korang tahu tak apa makna gsp ? gadis shawl pelangi . auwww ..gediks kan ? pedulikan . 


berbalik pada cita-cita . korang rasa sesuai tak cik gsp jadi cikgu ? ~teehee~

cik gsp minat ahh jugak nak jadi cikgu ni . dulu masa kecik-kecik cik gsp tak suka nak jadi cikgu-cikgu ni . rasa macam tak hot . tak nak kalah , masa kecik-kecik semua nak jadi yang hebat-hebat . cik gsp nak jadi doktor , pilot , saintis dan korang boleh senaraikan pekerjaan yang hot-hot masa kecik-kecik dulu . alaa , pemikiran belum matang . macam mana cik gsp nak jadi semua tu ? cik gsp bukan dari aliran sains stream . ( saya bangga jadi warga sains sosial,yeah! ) .tapi..tu masa kecik-kecik ahh . pernah jugak orang tanya , cik gsp nak jadi apa ? cik gsp kata nak jadi kucing ( zaman kecik ) . kau gila nak jadi kucing ? hishhh..




kenapa cik gsp jawab nak jadi kucing masa kecik-kecik dulu ? sebab dari kecik sampai sekarang cik gsp geli dgn kucing , takut pun ada , nak-nak masa dia menguap , nampak gigi taring . hishhh ! so , kalau cik gsp jadi kucing , semua orang akan takut tengok cik gsp . apatah lagi gaya jalan cik gsp yang ala-ala model kalau jadi kucing . ewah . tu masa kecik k . masa besar gila nak jadi kucing ? saya manusia sejati . saya juga bukan lobo ( serigala jadian ) . tapi , bila cik gsp tilik-tilik gambar ni , kawan-kawan cik gsp cakap macam kucing .


 sila kata tak ! buktikan kawan-kawan cik gsp salah !




wehh , korang tolong doakan cik gsp dapat jadi cikgu k .




ayah cik gsp pernah tanya , 'adik tak nak jadi nurse ke ?' . cik gsp eleng kepala . cik gsp tak minat . lagi pun , kakak-kakak gsp semua nurse . sorang nurse gigi , sorang nurse bidan . cik gsp nak jadi cikgu .


kenapa cik gsp nak jadi cikgu ?




1
sebab , 3 amalan yang akan dihisab apabila mati anak cucu adam itu  ialah , sedekah jariahnya , doa anak-anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan . lihat lah , even kita dah mati pun pahala tetap masuk . cik gsp slut dengan semua guru . terutama guru-guru yang pernah ajar cik gsp . rindu ahh .



2
kalau jadi cikgu boleh pakai baju kurung yang hot-hot . hot lah sangat . boleh pakai shawl cantik-cantik . bling-bling gitu . melampau ! anak murid silau mata nak belajar . masa zaman sekolah dulu , cik gsp pernah kene denda sebab pakai shawl waktu sekolah . cik gsp pegi pakai baju pj dgn shawl kosong kaler hitam . kene panggil dengan ustazah masa orang perhimpunan . cik gsp tutup muka macam orang baru keluar dari mahkamah . lagi cun kalau cik gsp pakai spek besar kaler hitam . ahh , meletup . ok , sudah ! cik gsp kene tukar dengan tudung labuh kaler merah ( budak tudung sekolah singkat biasa pakai ) , tp cik gsp mintak xcuse dgn ustazah nak beli tudung kat koperasi . so , cik gsp pakai je ahh tudung kaler hitam kosong , berkedut tak bergosok , rm 5 . seharian cik gsp tak kuar kelas . rehat pun tak . malu ! nasib baik tak de pergi makmal .



pegi kelas tambahan pun pakai shawl . wajib .





3
pastu , cik gsp tak kira ahh dapat ajar subjek apa-apa pun . yang penting subjek yang cik gsp mahir . cik gsp mahir tajuk apa ? pedulikan ! jangan banyak tanya . lempang nak ? ! .then , cik gsp nak ajar budak-budak main ping pong . nak handle sukan tu . auww..ni ahh salah satu sukan yang cik gsp terlibat waktu zaman sekolah dulu . indoor , tak kene cahaya matahari . cik gsp kan gediks !




ada style tak ? ewah !





4
nak dapat hadiah banyak-banyak . jadi cikgu yang sporting & caring kat anak murid . sure anak murid suka . apalagi 16 mei . mesti banyak hadiah cik gsp dapat . ngee~~ . 





5
jadi cikgu dapat cuti time budak sekolah cuti . nanti bila cik gsp dah berkeluarga , kalau anak-anak cik gsp cuti , cik gsp pun cuti . lagi pun beruntung jugak anak cik gsp . alaa , anak-anak cikgu kan biasa di dahulukan . padan ahh . atas jasa mak dia orang sebab mengajar . penghargaan ahh tu . wawhh ..suka ni . ( berfikir tentang masa depan , apa ahh anak-anak ni,,hishh! )..jangan fikir lucah . cik gsp tak suka !



6
lagi satu nama cik gsp macam sesuai je dgn cikgu ? apa kene ngene dgn nama ? senyap ahh . tarik telinga kan ! cikgu aqmar . ewah .tak de ahh macam kawan-kawan panggil , qema , qem ..tak de ahh..formal sikit..teehee.. saya suka ! saya suka bila murid cakap . "assalamualaikum cikgu aqmar" ." wah , cikgu aqmar cun ahh" . "cikgu aqmar boleh tolong ajar lilit shawl tak ?""cikgu aqmar awet muda ahh" . sure korang mintak baldi kan nak muntah . silakan . cik gsp pun nak muntah . weh , mintak baldi korang !




berdasarkan hujah diatas . cik gsp memang nak jadi cikgu .tapi
cik gsp nak jadi cikgu sebab nak tolong adik-adik bawah cik gsp jugak . nak berbakti pada masyarakat . nak majukan orang melayu .that the point ! ( bahasa omputeh cik gsp selalu tunggang langgang )






weh..rahsia ni . cik gsp tak pernah dapat a subjek inglish . cuma pernahdapat b sekali je masa f3..selebihnya c & d . macam mana nak jadi cikgu ? cik gsp kene fikir banyak-banyak kali ni .




apa-apa pun..semua bergantung pada result . moga-moga nur faizatul akmar binti jusof mendapat keputusan yang cemerlang didalam spm . amin .




cikgu aqmar




terima kasih doakan cik gsp ! 


p/s : saya dah mula bahasakan diri saya cik gsp . auwww..


bubye

1 comment:

Anonymous said...

insyaALLAH boleh..
bruasaha ea.. :)

~cikgu baru