Followers

pengalaman 7 hari kerja

assalamualaikum



hari ni aku terpanggil nak mengupdate blog .



weh korang ! cik gsp dah kerja 7 hari ? tak percayakan ? percayalah . cik gsp percaya yang cik gsp dah seminggu kerja .




macam-macam pengalaman yang cik gsp dapat bila kerja . malah , mematangkan diri cik gsp . cik gsp jumpa macam-macam jenis aneka masyarakat . hamboi , dah macam kuih raya . berterabur tatabahasa cik gsp . choi !




weh , nak citer nak citer . mula-mula masuk kerja cik gsp agak blur sikit . tak tahu apa-apa ahh .sebagai seorang penggemar shawl , yang cik gsp tahu hanya pegetahuan cetek tentang shawl . btw , cik gsp kerja dekat butik selendang dan tudung . bila ada pelanggan , cik gsp ashik ikut je kakak yang kerja kat situ dan dgr je bila dia layan customer . bila ada customer tanya pasal harga , mula ahh cik gsp terkial-kial panggil kak ah , nak tanya . alaa , biasa ahh , first keje takkan dah boleh hafal semua harga . nasib ahh mula-mula cik gsp dapat customer yang tak banyak karenah .




mula-mula kerja , cik gsp selalu doa dalam hati tak akan ada customer . jahat tak ? haha . sebab cik gsp macam kekok lagi nak layan customer .




pastu dari hari ke hari , cik gsp dah mahir . kadang-kadang semua customer nak layan . cik gsp ajar orang pakai shawl . cik gsp tolong cari tudung yang matching dengan baju .cik gsp harap customer tak putus-putus masuk kedai .




 kadang-kadang ada customer yang datang dengan husband diaorang , alahai , sweetnya . pastu si isteri tanya macam ni  " bang , lawa tak ? " . si suami jawab , " lawa ahh yang , amik lah , abang bayar " . pastu aku pulak senyum-senyum malu , alahai..hmm..




ada yang datang tu dgn bakal husband diorang , cari tudung plain untuk baju kahwin . hmmm , cik gsp senyum lagi . sweet ahh .




ada yang sombong gila , cik gsp senyum pun dia tak senyum . dah lah kening halus gila . sory.




pastu , kalau cik gsp kerja shift pagi , kene ahh kemas butik dulu . mop-mop lantai , lap-lap cermin . sebab butik tu , dikelilingi cermin . yang peliknya , cermin tu buat cik gsp terasa lawa . ceh ! perasan . ok , pedulikan . mesti ahh cermin tu kene bagi nampak orang lawa , kalau tak kalau orang test tudung tapi nampak tak lawa , diorang mesti tak nak beli .dan , orang yang muka bulat pun boleh nampak cam bujur sireh . berbelit tak ayat aku ? ok , baca sekali lagi . 




dah seminggu kerja , cik gsp dah biasa dgn customer . siap sembang-sembang lagi , tak kira tua muda . semua cik gsp bantai . pastu cik gsp puji-puji diorang . biasa ahh , kita kene tarik hati pelanggan . malah , cik gsp dapat pengalaman macam mana nak berkomunikasi dengan orang awam . mungkin mudah sebab cik gsp banyak cakap . tapi cik gsp suka dgn kerja cik gsp . sangat-sangat suka .




tapi , disebalik semua ni . ada satu tragedi buruk. cik gsp bukan nak mengaibkan gadis itu , tapi cukup lah sebagai pengajaran bagi  kita semua . 




ada deretan area kedai cik gsp , kedai jual phone , pekerja dia kene rogol dengan majikan dia sendiri . yang jijik nya lagi , majikan dia tu cina .tidak adil bila dia cuma direman 7 hari sahaja . mungkin orang banyak duit boleh rasuah sape sahaja , boleh ikat jamin dan bayar peguam . habis tu , macam mana dengan gadis tu ? . kadang-kadang undang-undang terlalu kejam bagi wanita . nauzubillah .




tu yang cik gsp takut , sebab tu cik gsp tak lalu kat depan kedai dia . apatah lagi kalau cik gsp balik malam . cik gsp rela lalu kat jalan raya  , dari lalu kat kaki lima kedai dia biarpun lebih jauh dari parking moto . dan mujurlah , dia tidak tertarik dengan wanita berhijab , yang menutup aurat . buat pengetahuan semua , cik gsp dapat tahu yang gadis tu memang ada skandal dgn majikan dia tu , dan gadis tu berpakaian agak " seksa " . kenapa tidak lelaki yang bernafsu buas seperti binatang tu . . . huhh , tak mampu cik gsp nak huraikan . hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk gadis tu .




dan cik gsp selalu doa supaya Allah , lindungi cik gsp . yakin lah , selagi seorang gadis itu menjaga kehormotannya , Allah , akan melindunginya . amin .amin . amin . sebagai gadis yang masih perawan , wajib cik gsp menjaga kehormotan diri . malah semua gadis kat malaysia ni . jaga maruah kita sebaik-baiknya .




cik gsp sangat bernasib baik sebab dapat bos yang prihatin dengan pekerja dia . so , bila malam kene jaga dua orang , tak boleh sorang-sorang .alhamdulilah . tapi , cik gsp kena berhati-hati jugak . cik gsp kene bawak peralatan-peralatan yang sesuai untuk  mempertahankan diri .




buat pengetahuan semua , kedai dia ada jawatan kosong . so , jangan pergi ahh mintak kerja kat sana . ni amaran taw . jangan kerja kat situ . kedai topup cina , sebelah butik alya sarah , taman cukai utama . jangan ! btw , dia nak cari pompuan yang seksi-seksi , tak nak yang pakai tudung . 




pengajaran : patut lah islam mengsyariatkan wanita menutup aurat . salah  satu nya nak lindungi kaum hawa ni daripada lelaki yang bernafsu buas seperti binatang . moga-moga dijauhkan dari kita . amin . korang doakan keselamatan cik gsp. ok .



jap lupa nak bagitaw , cik gsp kene pakai formal untuk pegi kerja , so hari-hari ahh cik gsp pekena baju kurung . auwww.




p/s : hari ini ada satu cerita ajaib , ada customer tu tanya kawan dia bila event yang dia nak guna tudung tu , pastu alih-alih cik gsp yang jawab , 9 hari lagi . pastu dia macam tercengang . haha . btw , 9 hari je lagi result spm nak keluar . takut mak nyah ! auww .



extra p/s : thx untuk yuyu sebab buat header untuk cik gsp .






jap . terkejut cik gsp ramai visitor bagi entry sebelum ni . hamboi korang ! gosip cepat ehh . sory , cik gsp agak emosi masa tu . =)

4 comments:

azhaniidayu said...

tak tahan yang kening halus tu jadi mangse mu . muahhaha .

laki bini . sweet ;)

aqmar jusof said...

op op op..alahi sweet gila !

atierahyowng said...

sweet gile.. aku suke komen ayu..xpasa kening jd tpat sasaran.. haha

aqmar jusof said...

kan kak yong , aku pun selalu berangan bila customer tak dop ..konon tanya laki aku..ewah..gatai !