Followers

hari-hari sebelum

assalamualaikum


hari ni rasa nak update blog 


hai , mood masih budak sekolah . dua minggu nanti dah nak jadi mahasiswi . pembetulan , kurang dari dua minggu . barang-barang tak beli lagi . kata excited . ohh , sibuk . masih bekerja tak berhenti lagi . borang-borang dah siap print . photostet jugak dah siap . tinggal surat beranak mak ayah je belum lagi . apakah ?



tiap hari asyik makan banyak . perut cuma kempis bila lapar . dah makan buncit balik . setiap hari kalau shift malam singgah kedai burger order burger ayam tak nak bawang . baru je nak order abang tu dah tahu apa yang saya nak . cuma cakap kuantiti je nak berapa . kadang-kadang balik mencekik pulak nasi goreng kampung tanpa telur dekat kedai pok ta . dah lah murah , sedap pulak . moga di dungun ada kedai murah dan sedap macam ni .



sibuk-sibuk sekarang dah tak tahu pasal budak-budak af . kalau dulu hafal setiap nama . sekarang tak lagi . apakah tanda-tanda semakin matang ? peduli . sekarang imam muda dihati . maharaja lawak kalau tak youtube tak sah . k find , rumah saya tak de astro warna . 




starter moto macam dah nak habis bateri . sekejap boleh start tangan , sekejap start pakai kaki . sampai terpeleot wedges duk hentak-hentak .pakai skirt pun lagak macam lelaki . adakah ? . scooter nak mangajuk ahh tu , saya dah nak pergi .



tv asyik tayang cerita hantu . tak tahu ke saya nak duduk hostel nih ? tapi saya rilek je balik malam sorang-sorang .



jerawat dah semakin meriah kat dahi . jerawat dengki ahh tu tak nak kasi muka saya licin . 



fatin amani dah daftar hari ni kat KUIS , moga baik sahaja disana . i sayang u gila-gila !






hari ni jugak bukak fb ada adik ni sorang yang cantik manis inbox . katanya ada fakers baru . ni nak kasi link . add lah dia . sebab dia promote muka saya . saya naik angin nih .






saya seorang fakers



yang tak leh blah edit gambar tulis nama dia . siap tulis "sayang afiq " lagi ! siapakah ? balak barangkali . jejaskan kesucian gambar saya .macam biasa , mohon jadi diri sendiri . delete gambar saya . dah lah saya add tak apprv . takut eh ? ataupun tak online lagi ? ahh , tak peduli . i cuma nak "stalker" komen-komen kat gambar i






hahh , nak fake lagi ? cuba tekan right klik tengok








p/s : mak saya cakap saya tak de kembar . maksudnya , hanya seorang aqmar jusof kat dunia ni
chill

No comments: