Followers

liku-liku jauh seorang mahasiswi

Ini entry panjang.

Jadual :




Hari ni penat tidak seperti biasa . cuaca pada pagi dan tengah hari panas seakan menerjah bahang matahari ke muka . petang pula sebaliknya , mendung .

First class start pukul 8 . dan seperti biasa berkenalan dengan pensyarah , rakan sekelas yang entah mana datangnya , ada yang dari selatan , barat malah majority berasal dari pantai timur . hari ni tak start lagi naik basikal . esok mungkin .

Sesat. Tak tahu mana class.

Dapat mesej,

“nak g mana ohh ?” , by ehsan
(dah tolong popularkan nama mu dalam blog aku , bak sini rm5)

Lantas aku terus cari butang panggilan.menerjah cari nama ihsan.panggilan diangakat . klu diberi terletaknya kelas . sambil tepuk dahi .

Jap lagi ada orang laung panggil aku ,

Qem ! qem ! qem !

Tahu siapa gerangan . ahh , tak mahu peduli . balik-balik hanya mahu senyum . balik-balik hanya mahu minta number telefon dan kemudian kata aku sombong . apakah?

Usai dua kelas , pulang ke kolej . cuaca panas . payung dibuka . ahh , nikmatnya berpayung.

Petang , kokurikulum ,beratur bagai anak-anak darjah satu ,duduk ,diam .kalau tak kena marah . seperti kebiasaan pelajar semester pertama . mana nak dapat ? hanya bila melangkah sebagai pelajar universiti . begitu gah dan agung bila dipanggil mahasiswa ataupun mahasiswi . bangga .

Petang ,

Pbsm . aku pilih pbsm sebagai persatuan . dengan harapan kawad tak de , asyik rawat orang je . yeye ol je , last-last kawad diwajibkan . pengenalan tentang hal-hal berkaitan .uniform wajib ada . ya , wang lagi . mana nak cari ?? ecece , bajet letak tanda soal dua kali . semuanya , dikira dalam bajet rm150 . pelajar universiti memang banyak guna wang . tak nafikan . untuk aku yang tidak membuat pimjaman ptptn , asyik call parents minta duit . tapi setakat ni tak de ahh lagi mintak duit . baru first time untuk bulan pertama di uitm kampus dungun .malu , segan , malu dan segan lagi nak minta duit . memang parents aku tak kasi buat ptptn , mereka bilang boleh tanggung sebab Cuma aku je lagi yang sambung belajar . dan kakak sorang lagi dapat elaun , tak pernah minta duit dengan parents pun .juga dibantu oleh ibu saudara . terima kasih . jasa kalian takkan dilupakan . alhamdulilah


Disini , aku berjimat . perkara yang susah untuk aku lakukan dulu . cuba fikir kemana hilangnya duit gaji aku waktu kerja dahulu ? semuanya untuk shopping . alah , biasa lah perempuan . dan sekarang tiada excuse “biasalah perempuan lagi noktah!”



Makan nasi Cuma sekali sehari . air minum air masak . takpun bancuh je 3 in 1 dekat pantri . ditanggung pula dengan sedikit roti dan  makanan ringan . Maggie cup Cuma tinggal satu je lagi . kerap makan magie sekarang . walhal dulu , aku memang tak suka magie . sekarang tak de masa aku nak pilih-pilih . tolong jangan jadi manja qem . please .


Rindu . aku rindu mak ayah aku , rindu maisarah , rindu rumah , rindu bilik aku , rindu peti ais rumah aku , rindu bawah tudung saji . rindu nak makan makanan mak masak .


Baru seminggu disini , harap aku betah disini , menjalani hidup sebagai seorang yang sederhana


Sekejap

Panggilan ada masuk ,

Ohh , nenek aku . merangkap ibu kepada emak aku . faham ?

“adik buat apa ? makan dah ke ? “
“tak buat apa-apa ( walhal aku tengah berblogging ) , makan dah , makan roti je”
“oloh kesian nya sayang , (tok aku suka panggil aku sayang) , kenyang tak ? “
“Kenyang .eh , eh , eh , laparrrrr”
Dan seterusnya perbualan-perbualan

Sambung

Nenek aku tinggalkan satu pesanan

“adik ingat , kalau adik nak jadi macam kak dila , adik tak boleh boros .makan apa yang ada , tak payah nak beli-beli baju , tak payah nak melawa-lawa lagi , nanti dah kerja tinggi , ikut adik lah nak beli apapun”

Sedih

Cukup disini coretan hari ni . awas ! ini bukan entry menarik simpati hanya sebagai kesimpulan sebuah kehidupan yang biasa dialami . tak salah untuk dikongsi . aku bukan seorang blogger yang di blognya penuh dengan gambar-gambar tempat makan yang best-best , style-style yang menarik . serius aku suka blog-blog sebegini . tak aku nafikan . malah aku peminat setia blogger yang suka berfesyen .disini , aku berhenti untuk  “ melawa-lawa “ . cukup menjadi seorang yang sederhana . pesan nenek aku .pegang erat.blog aku Cuma kisah hidup yang seperti biasa dialami seseorang dan terkadang Cuma aku yang mengalaminya sendiri . hati yakin ALLAH is always by my side


Tak de lagi nak melawa-lawa L




Sederhana bukan setakat ber bawal , masih bershawl , gambar sewaktu minggu mds :





P/s :sebulan lagi balik kemaman :(

No comments: