Followers

matrik vs uitm

assalamualaikum


senyum sikit




alhamdulilah , syukur dipanjatkan . Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.



hai, saya dapat diploma perakaunan dekat uitm



 saya dapat matrikulasi perlis kos perakaunan






semuanya , akaun subjek strong saya masa spm . tapi masalahnya , saya tengah buntu nak pilih mana .







first sekali apa yang saya fikir ofcourselah tak nak susahkan parents




dah solat istikarah , dengan mak-mak saya solat istikarah untuk anak dia ni 






decide punya decide , ya ! dengan yakin ! bajet letak tanda seru macam tu yakin sangatlah kan . ahh , tak peduli . saya pilih uitm cawangan DUNGUN . find , over bila taip pakai caps lock . huhh .






serius saya dah tanya orang-orang berpengalaman . dah tanya cikgu salmi pun . ada cakap matrik , ada cakap uitm . tapi hati saya kuat pada uitm , hati mak saya kuat pada uitm . cikgu salmi suruh pilih uitm.






so , uitm dihatiku . *versi lagu tema uitm*






excited nak jadi mahasiswi sekarang . tengok dua minggu lagi , "mak ! nak balik ! " 








apa-apa pun . dah jadi mahasiswi ni . eh silap , bakal mahasiswi ni kena lagi berfikiran matanglah . tak de lah nak mengajuk bila mak tak masak nasi . cari lah makanan kau sendiri duduk sana ! dah tak de ahh main tarik-tarik tudung sekolah masa zaman sekolah kan . lepas ni jom kita main tarik-tarik shawl nak ? ceh , perangai budak-budak tak habis-habis . tak de ahh merempit naik scooter lagi . pasni kau jalanlah kaki pegi kuliah . tengok lah balik nanti , i slim dari u ! suka !






apa yang penting sebenarnya , time honeymoon dah nak habis . time    kejar ilmu dah nak sampai . janji dengan diri sendiri nak belajar rajin-rajin . semua akan cakap macam gituh . buatnya endak! tak tak , serius saya nak banggakan parents saya banyak-banyak . serius nak amik gambar sampai lebam-lebam jari duduk tekan button snap bila dah graduate nanti . ceh , kau ! tak nak kalah graduate terus . cubalah korang bayangkan riak muka mak ayah korang.




~time graduated  form 5 (2010)~






ya ALLAH , panjangkan lah umur kedua orang tuaku , agar sempat aku membalas jasa dan berbakti kepada mereka setelah apa yang telah mereka usahakan untukku selama ini .
amin






 serius lah semua hal-hal yang nak urus ni mak saya lah yang duk susah-susah . tapi bukan maksud saya serahkan semua pada mak  . setiap kali adik beradik nak sambung belajar . of courselah mak saya akan usahakan apa-apa urusan . tabik kat mak banyak-banyak ! tabik jugak kat ayah ! tabik untuk adik beradik saya yang banyak tolong adik dia sorang ni !






eh , hari ni hari ibukan . semua orang sambutkan . cemburu ahh kalau cam gini . i pun sambut u ! terharu tengok mak i senyum bila beli kek untuk dia . tahulah korang beli perfume calvin klien , beli tudung ariani , beli kasut prada kat mak-mak korang . i "beli" uitm untuk mak i . baru dapat uitm dah nak kecoh . blah ahh budak ni ! 




serius teruja !




sebelum pergi , i nak makan banyak-banyak . tahu bila duduk sana i akan kurus . apakah ? pelik dengan ayat sendiri . tak percaya barangkali . nak makan lauk asam pedas letak nenas , nak makan gulai tempoyak , nak makan semua yang mak i  masak . tak nak fast food fast food ni . sebab i tahu kat sana ada mcd ! kemaman tak de . lol




k lah , bye








3 comments:

daheedahiyah said...

gudluck there!seronok sgt bce blog kema..:)keep it up!

azhaniidayu said...

tahniah kawan
:) gudluck ! nanti dah success jangan lupe kat aku . tehee :P

aqmar jusof said...

dahiyah : yeah gud luck ! btw thx !! :) hihihi


ayu : ayu takkan lupa kat mu :"(