Followers

orang lain nak masuk U , aku nak keluar U

assalamualaikum






title di beri oleh aqli , ni bukan idea aku . cuma terasa cerita gebang bila buat title macam tu . tak kisah , sebab aqli suruh . dia cakap kalau aku tak buat macam tu .ermmm , ntah dah tak ingat apa dia cakap . cuma dia suruh aku janji buat title macam tu . apakah ?






ok , harap-harap urusan nak keluar dari uitm ni akan berjalan lancar . maybe kalau tak ada aral , minggu ni dah boleh balik rumah . tu pun biar surat spa8 dah sampai rumah . wahai abang posmen yang bawak motor laju sampai terbabas depan garaj rumah , jangan melencong ke lain , terus hantar ya surat saya . terima kasih .






harap-harap nanti tak dapat tempat jauh sangat . harap-harap .






aku tak tahu perasaan gembira ni sebab aku dapat nurse atau aku dah lama tak balik rumah . mungkin motif aku cuma nak balik rumah . mungkin . aku sendiri kurang pasti . moga Allah berikan aku jalan . aku dah solat istikarah , aku dah muktamadkan keputusan aku .terima kasih ya Rabb .



bila aku fikir balik . nurse memang banyak kelebihan . apatah lagi aku dapat nurse kerajaan . walaupun semua adik beradik perempuan aku nurse . nanti dah boleh buka klinik , cuma cari doktor je sorang lagi . takpe , biar aku cari buat husband . kgatal !



let's start , nurse belajar dapat elaun , makan tanggung , tempat tinggal tanggung , belajar 3 tahun comfirm keluar dapat kerja , nurse boleh kerja dengan doktor , nurse semua cantik-cantik ( ni paling tak leh blah ) , nurse kerja yang murni bila selalu tolong orang , nurse boleh pakai kereta awal , nurse boleh dapat rumah awal , kakitangan kerajaan bila pencen dapat duit ,. lagi ? dah sampai sini




aku dapat latihan jururawat latihan gred u29 . so , aku belajar campur praktikal 3 tahun lah bila dikira-kira . means , umur 21 tahun aku dah jadi nurse . akhir 21 tahun aku nak beli kereta , then aku nak beli rumah , pastu aku nak kerja sungguh-sungguh ,awal 22 tahun aku nak bercinta , akhir 22 tahun aku nak bertunang , awal 23 tahun aku nak kahwin . apakah ? k yang ni melampau . sambung . kumpul duit , aku nak pergi haji , tak pun umrah dengan parents aku . pastu aku nak buka bisnes . aku nak jual shawl , tudung , semua ahh yang berkaitan dengan hijab . bila dah berjaya sikit , aku nak buka butik tudung . aku kan ada pengalaman kerja kat butik tudung . tapi still masa tu aku jadi nurse lagi . haha . macam mana nak buat dua kerja dalam satu masa ? ahh , nak jadi perempuan yang hebat kena tempuh semua. cewah !



daripada aku mengarut banyak lagi , baik aku berhenti kat sini . tapi tu semua perancangan hidup aku . alaa , chill lah semua orang kena buat perancangan hidup . tak gitu ? cuma ada part-part yang bab kahwin-kahwin tu tak payah peduli . jodoh di tangan Tuhan .



bye



p/s: hari rabu ni , aku balik kemaman ! wawh , sukanya !