Followers

rahsia kejayaan

assalamualaikum ,






sepatutnya orang post usai dapat result spm . tapi aku baru nak post sekarang . #malu .






ok , jom mula . ohh , btw ! entry ni khusus untuk pelajar pmr dan spm 2011 . 






aku bukanlah budak pandai yang dari sejak azali lagi pandai . aku juga bukan budak bodoh yang dari sejak azali lagi bodoh . aku cuma orang biasa yang sudah tentu nak berjaya dalam hidup . siapa tak mahu ? jarang sekali aku dengar orang tak nak berjaya . melainkan orang yang selalu puas hati walaupun sesuatu perkara yang seharusnya tidak perlu berpuas hati.ya , mungkin mereka lebih faham soal diri mereka .






kehidupan sekolah menengah memang mencabar . masa form 1 and form 2 , kedudukan aku dalam kelas tak lari dari dua dari belakang atau tiga dari belakang , hey , aku jujur , aku tak main-main . 






start masuk form 3 , aku dah mula menampakkan ciri-ciri perubahan . mungkinlah , sebab form 3 kan kita kena redah exam pmr . ya , dari situ aku mula . aku berubah . juga start pakai tudung . masa zaman tu bawallah lagi . tak de nak lilit nih . aku start pakai shawl pun masa aku form 4 . ya , form 4 rasanya . then, sampailah sekarang .






ok,sampai lah tahun 2010 , aku ambil spm . sebenarnya aku memang banyak nak cerita pasal spm ni .tahun spm adalah tahun yang paling banyak dugaan . fikir positiflah , nak berjaya memang banyak halangan . setuju ?






 malas


ni paling kena jauh . expecially malas bangun tidur . terjadi bila"kewanitaan" . so, tak bangunlah solat subuh . 5 minit , 5 minit jadi satu jam . mulalah , kelam kabut nak pergi sekolah . baju tak gosok lagi . mandi tak lagi . last-last kenalah tahan dengan pengawas . denda .






jeruk


aku memang hantu jeruk . aku suka yang masam-masam . tapi untuk exam , aku kurangkan kan lah . tapi bila nak dekat exam sebenar aku makan jugak . chill .




 cinta


ni memang ni  . ni rasanya paling ramai . ni lagi kena jauh ni . ni paling tak best ni . ni , dah cukup . ada orang  kalau ada kekasih dia makin semangat nak study , tapi ada yang tak .apakah ? sebab sesetengah dari mereka sentiasa push untuk bagi semangat dan nasihat . tapi ! tak semua ya . yang bercinta satu umur . ambillah lah peluang belajar sama-sama . yang bercinta junior dan senior ., keraplah berkongsi ilmu . tapi jangan buat benda lain sudah . yang bercinta satu kelas , hahh ! ni bahaya nih . buat nya clash . setahun duduk dalam satu kelas tapi tak bercakap . asyik menjeling-jeling . # ni macam pengalaman ni , tapi bukan sekelas . tett,rahsia ! tapi seeloknya , jauhkan dari cinta . kebanyakkannya banyak memudaratkan kita . aku masa spm tak de pun couple-couple ni . tak percaya sudah .






 minat


ni yang payah sikit ni . asyik angau ni .kadang-kadang baca buku teks sejarah pun boleh senyum sorang-sorang . buku sejarah ada yang lawak ke ? tak de kan . zaman aku , zaman yang top dengan cerita boy over flower . aku dah tengok 7 kali dah tahun lepas . tahun ni dah muak dah kot . aku asyik berangan jadi jandi . sumpah , asyik berangan lah dapat gu jun pyo . tapi tak dapat pun . angan-angan je . 








 pergaduhan


masa form 5 , aku banyak gaduh dengan orang . expecially lelaki . wawh , bajet anti lelaki ahh ni . tak tak , aku tak anti lelaki . pehal ? nak kena laknat . aku bergaduh dengan semua budak lelaki kelas aku . dan mulalah rasa tak best nak belajar dalam kelas sebab asyik nak naik angin . tapi last-last baik jugak . pastu aku dan bff ada bergaduh dengan seorang classmate kitorang . diatas sebab-sebab tertentu . rasanya pergaduhan paling dasyat ahh pernah aku alami . then , berbaik jugak . 








 kemalangan


waktu exam pertengahan . result aku teruk sangat-sangat . aku dapat 4G . dan yang paling teruknya , sejarah aku dapat 14% sahaja . rasanya orang yang tak ulangkaji sejarah boleh jugak dapat 30% . ni disebabkan faktor aku excident . rasanya ramai yang tahu . aku mengalami amnesia sementara . dan ada beberapa perkara yang aku tak ingat . sampai rasanya macam orang gila bila asyik tanya banyak kali . pukul berapa dah ? pukul berapa dah ? pukul berapa dah . cuma dua paper je sempat aku ambil . dan dua paper je lah markah aku yang terbaik sikit .tapi still aku dapat pergi kem daerah . dan aku dapat number 3 dalam kelas . tupun sebab kira aku amik 8 subjek je . nilai gpa jadi tinggilah berbanding classmate aku yang ambil 10 subjek . padahal , markah diorang lebih tinggi sebenarnya .




sampai sekarang lekuk ni ada kat dagu . tapi warna parut dah hilang . 
#mana ada guwa control cun








kemudian , aku mula bangkit seperti waktu form 3 dulu . aku dah tak hiraukan orang-orang disekeliling aku . aku cuma buat kerja sendiri je .sebab masa tu aku banyak terasa hati dengan orang sekeliling aku . terharu bila ada kawan baik aku yang selalu ada dengan aku :"( . slalu kongsi cerita dan masalah .






exam trial , aku naik mendadak . orang siap cakap lagi , " ni sebab dia tak ingat ahh ni dulu , otak dia refresh balik " .






melalui markah exam trial ni aku berjaya merangkul beberapa anugerah dalam majlis graduasi . . ceewaah , merangkul tak tahan tu . 


anugerah pelajar cemerlang aliran sains sosial
anugerah pelajar cemerlang 5ssi
anugerah pelajar cemerlang subjek tassawur islam
anugerah lulus semua mata pelajaran


kedudukan aku dalam kelas ranking 1 daripada 35 orang pelajar dan ranking 9 dalam 252 pelajar dalam tingkatan .
#guwa sendiri tak percaya dapat jadi top ten dalam tingkatan ! suka !



kemudian , tibalah spm sebenar . alhamdulilah , aku berjaya dapat 6a3b1c . walaupun bukan straight a . dan aku juga layak diterima masuk ke universiti . sekarang aku dah tarik diri dari uitm,sebab ?  akan melanjutkan pelajaran lagi . dan sememangnya peluang yang boleh menjamin masa depan .



p/s : aku baru tahu yang subjek akaun , cuma 3 orang yang A+ . salah seorangnya aku . tak mustahil bukan aku yang dari kelas ranking ke 3 ? dan 2 orang lagi dari kelas ranking pertama . 








kalau suka saya boleh like fan page ni aqmar jusof blog



1 comment:

NiCEly-RuDE") said...

paling truk mse mu hilang ingatan..pergh..hahah