Followers

surat cinta layang buat ala-ala kim hyun jung

ala-ala kim hyun jung
uitm dungun
06 jun 2011


assalamualaikum,


hai ala-ala kim hyun jung . senyum sikit . malu . saya dah nak keluar uitm dungun hari rabu ni . lepas ni dah tak dapat curi pandang tengok muka awak . tapi yang paling saya suka tengok cara awak jalan . sejibik (nanti awak tolong betulkan ayat ni,ok ?) baek song joo dalam cerita playfull kiss . dan mulalah saya berangan jadi oh ha ni . oh , gedik nya saya .




dua tiga menjak ni , kerap bertembung dengan awak . tadi pun . saya tunduk , saya malu , jantung saya dup dap dup dap . saya nampak awak cool je . hati saya asyik cakap malu malu malu . oh , saya memang macam ni .




awak banyak peminat , tak kira senior atau junior . saya selalu stalker muka buku awak . orang asyik updated wall awak . "terima kasih appr abang **" . awak balas , "terima kasih sebab add" . oh , awak comel bila balas komen peminat awak macam tu *sambil kelip-kelip mata* .tapi saya takut nak add awak . ahh , saya malu sebenarnya . bajet lah awak tahu siapa saya kan . akhirnya , saya add jugak *sambil masukkan kepala dalam baldi*




awak tinggi , lebih tinggi dari saya . orang cakap awak cakap macam control . saya rasa tak . awak cun apa bila cakap macam tu . eh , cun pulak . sory , awak macho bila cakap macam tu k-.hari tu saya pernah nampak awak pergi solat jumaat . pakai kain pelekat petak-petak dengan baju melayu warna hijau . muka awak suci je . baru lepas ambil air sembahyang barangkali . comelnya awak ! berdosanya saya tak tunduk pandangan .




kalau tiga tahun duduk sini , maybe saya akan selalu angau bila bertembung dengan awak . hari tu , awak pernah cakap  dekat student-student perempuan , pakai baju kurunglah comel . saya dah mula tersipu-sipu sebab masa tu saya pakai baju kurung . comel tak saya ?k yang ni gedik .





saya cuma nak tulis sampai kat sini je . ada jodoh kita jumpa lagi . eeeiiii , jiwangnya saya . nanti kalau awak sakit awak , awak datanglah klinik tempat saya kerja tiga tahun lagi . eeeiii , mengada-ngadanya saya . 


saya malu . auww !



pecah kaca pecah gelas ,
sudah baca harap balas ,


yang ikhlas ,
gadis bajet oh ha  ni



1 comment:

azhaniidayu said...

haha, gediknya kawan aku :)