Followers

3 tahun akan datang

assalamualaikum




dah lewat malam tak tidur lagi . nak study , tak de mood . pemalas betul sekarang . nauzubillah . 




beri berapa tahun untuk sampai ke masa sekarang . seperti kita perlu bersyukur andai masa dulu boleh mengajar kita . saya sebenarnya sedang berangan tiga tahun akan datang . kakak senior ramai plan dah nak kahwin . wawh , sweetnya ! 




baik lah , jika 3 tahun akan datang :






# pada usia 21 tahun ,  saya dah jadi seorang staff nurse bukan jururawat pelatih lagi




# saya akan bekerja di hospital kuala lumpur (HKL) . kenapa ? sebab saya akan minta posting disana . dan lagi satu , HKL lah paling senang dapat . pilih je , dapat kat situ jugak . kalau saya pilih Terengganu , dengan harapan dapat posting kat Kemaman , memang kementerian kesihatan Malaysia akan hantar dekat HKL juga . hospital yang paling sibuk di Malaysia . takpe lah , cari pengalaman .




# saya akan kumpul duit dari sekarang untuk beli aset-aset saya . rumah , kereta dan semua yang patut saya miliki . pastu saya nak hias rumah saya lawa-lawa ! eksitednya ! HAHA




# saya nak pergi buat umrah , dan kalau ada rezeki saya akan buat haji . dan ofcourse lah insan yang akan saya bawa ialah parent saya sendiri .




# kemudian , saya nak pergi bercuti dalam Malaysia dulu . saya nak pergi Langkawi sekali lagi , eh tak , banyak-banyak kali . kenapa Langkawi ? sebab saya suka Langkawi *jawapan takleh blah . 




# pastu , baru lah saya nak pergi oversea . dan ofcourse lah saya nak pergi korea dulu . makan breakfast,lunch dan dinner lepastu jalan-jalan keliling korea dalam masa satu hari dengan LEE MIN HO *ni tak berharap sangat kot HAHA 




# then , saya nak kahwin . saya nak kahwin dengan ala-ala kim hyun jung tapi kawan-kawan cakap dia ada iras remy ishak  . HAHA . moga ALLAH kabulkan doa saya . dan saya akan menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya dan sentiasa ingatkan TUHAN dan kedua ibu bapanya *bakal ayah dan mak mertua sekali . seterusnya , membentuk sebuah keluarga yang bahagia , ameen . *sambil suka kikiki






agak-agak boleh ke ? saya ni dah lah selalu gopoh-gopah kalau cari kunci . *k tak kait :)




# saya akan jaga pesakit saya sebaik mungkin . dan akan memberi perkhidmatan yang terbaik supaya mereka ingat siapa "misi aqmar" . HAHA




# saya akan sambung belajar ke peringkat degree dan akan menjadi lecturer jururawat . tak dapat jadi cikgu , jadi pengajar jururawat pun tak pe . ameen .




# dan yang paling penting , saya nak bahagia bersama orang-orang yang saya sayang . dan mereka ialah mak dan ayah saya .




YA ALLAH , panjangkan lah umur kedua-dua ibu bapa agar mereka dapat melihat kejayaan ku kelak . mereka insan yang terpenting untukku , di dunia dan akhirat . berkati hidup mereka . ameen . 




dan ini lah yang saya mahu 3 tahun akan datang . untuk semua ni , saya perlu belajar rajin-rajin . saya perlu past exam setiap sem . saya tak boleh tidur masa lecturer mengajar . saya tak boleh malas baca buku dan saya perlu fokus pelajaran dahulu . saya laku kan untuk semua itu , dan untuk parent saya . kbai :'(





No comments: