Followers

5ss1 2010 tak baca , aku nak mengajuk

assalamualaikum




hai , korang ingat aku lagi ? apa ? lupa ? eh , kang aku cepuk karang . tahu tak korang "betapa" aku rindu korang ? tahu tak ? rindu aku dah setengah mati nih . ye ye ol je kan . eh , korang tahu tak apesal aku cakap macam tu ? eh , bukan senang-senang aku nak cakap . aku nak ajak , oh tak , aku nak paksa korang pergi reunion ataupun majlis berbuka puasa nanti . nak tahu lebih lanjut , korang pergi dekat group kita . jangan buat-buat lupa . ingat asal kita dari 5 ss 1 . kelas terbersih dan ceria 2010 . ehem ehem ehem . bangga !




oleh itu , aku dengan berbesar hatinya , nak tulis post pasal nak paksa korang . eh , ingat apa ? entry sepesel ni , entry ke 111 . special tak special tak ? ahh , aku tak nak mengediks , aku nak tegas sikit . eleh , macam tak tahu aku kan 




ok , baiklah . aku nak ingat kan korang ni . eh , korang tak nak pergi eh reunion tu ? korang dah lupakan 5ss1 eh ? korang dah lupakan gnses eh ? korang dah lupakan aku ? #ni tak kait . ehh , korang dah lupakan semua ni ? sampai hati korang . nak nangis ahh macam ni . =,= 




korang ingat tak kelas kita pernah dapat A+ untuk kebersihan . kenapa aku asyik ulang yang ni ? HAHA . ahh , korang ingat tak aku dengan fatin pernah buat rosak banting 5mv1 buat tulis nama suhaili dan alang-alang juga aku cipta kain basahan ? HAHA , pastu kitorang kena marah dengan cikgu marina . pastu korang kan tolong siapkan banting tu semula . pasti banting tu dapat yang terbaikkan . bagus kan aku pergi rosakkan banting lama diorang . HAHA . korang ingat tak korang selalu letak kepala atas meja then , ustazah akan ketuk meja kuat-kuat buat kita terkejut pastu kita akan bangun . tak kurang juga ada yang melatah . pian lah tu , orangnya . HAHA 




korang ingat tak setiap pagi setiap hari selasa korang akan copy homework subjek akaun ? korang jangan lupa , sebab aku ingat . korang ingat tak teacer salma pernah merajuk dengan budak kelas kita , sebab ramai yang tak datang kelas tambahan ? korang ingat tak tiap kali kelas tambahan weekend , budak-budak kelas kita akan pakai bagai orang nak pergi kenduri ?xpecially perempuan . tak pe lah , aku pun sama . ehem ehem . korang ingat kedai pok soh nasi minyak akan penuh bila waktu rehat . yang buat order tak menang tangan . 




korang ingat , teacer norwati akan tawarkan hadiah berupa duit untuk selesaikan masalah addmath ? korang ingat tak yang korang akan mengeluh time masa addmath ? korang ingat umi ? tak menang bagi nasihat dekat kita . korang ingat dia akan selalu baling marker pen keluar kelas bila dakwatnya dah habis . ingat tak jilbab dia selalu kotor kena marker pen sebab nak ajar kita matematik . ingat tak cikgu rohani selalu sebut pasal kelas tambahan ? sebab dia yang selalu uruskan kelas tambahan  . ingat tak pasal kisah-kisah cinta budak kelas , halim dengan isya , aliff dengan suliana ? HAHA #tetibe . 




ingat tak ? jap jap , aku mengimbas kembali . ohh ! ahh ! ingat tak cikgu nermani suka nyanyi dalam kelas . ingat tak "ayat gramatis - ayat gramatis " HAHA . ingat tak aqli selalu kena buli dengan budak kelas . ingat tak aqli selalu kembangkan lubang hidung dia ? ingat tak kita selalu akan berusaha untuk dapat markah tertinggi ? 




ingat tak isya kena marah dengan cikgu salmi sebab tak datang exam pergi ambil lesen ? kahkahkah ! ingat tak masa cikgu marina pergi umrah , kita salam peluk cium cikgu marina ? ingat tak yang nabila selalu buat muka toye masa addmath ? ingat tak suliana dengan amalina , student paling senyap dalam kelas kita ? ingat tak mata syakir selalu merah , sebab selalu tidur dalam kelas ? tapi dia dapat A tassawur .ingat bila ada salah seorang yang buat lawak antara kita ? kita gelak sama-sama.  ingat majlis berbuka puasa dengan ustaz mizan ? kita makan sama-sama :( ingat solat hajat dan qiamulail ? kita nangis sama-sama :'( korang ingat kenangan kita sewaktu bulan ramadhan ? :'(




ingat time aku xcident ? korang datang rumah aku melawat kan . korang bawak buah-buah . sekarang boleh bagi lagi sikit ? HAHA . ingat tak masa sambutan raya kat sekolah ? aku nak buat lakonan pasal yang dari mesir , tapi tak jadi kan . ahh , malu ! pastu ingat tak kita sama-sama naik pentas nyanyi lagu ku ada kamu untuk cikgu tajul ? juga disokong oleh kelas lain . aku ingat suhaili tak ingat lagi "suasana hari raya" . dia akan miming bila tak ingat part lirik tapi dia kuat kan suara bila part lirik "kuih dan muih " "ketupat rendang" sebab dia cuma ingat part lirik tu je . harharhar ! 




ingat masa kita nak ambil exam sebenar spm ? kita bermaafan sesama kita . kita buat gila-gila punya study group . kita bagi semangat sesama kita . korang ingat ? :')




korang ingat lepas habis exam kita buat jamuan dekat western geliga food ? korang bergaya sakan eh , korang ambil gambar tak ingat dunia eh . jadi sekarang cakap siapa yang tak rindu suasana ni : 






korang tengok tarikh kat gambar tu kalau korang lupa :'(


jadi sekarang , beri motif kat aku kenapa korang tak nak pergi berbuka puasa ? cakap lah cakap lah , kang aku merajukkan .


korang tak nak tengok ke muka kawan-kawan korang sekarang ? korang tak rindu ? korang tak nak peluk aku ? #perempuan je . aku nak peluk korang ! #pun perempuan je . 


aku tahu korang banyak story pasal korang kat kitorang . so , apa tunggu lagi ? :') . kalau betul korang ingat , korang takkan bagi alasan pun nak pergi ke tak pergi . yang pasti , aku tak nampak muka korang , aku nak merajuk. then , bila jumpa korang aku akan buat "dek" je . hahh , nak ? nak ? tak nak kan . pasti nanti kalau korang jadi pesakit aku , aku nak buat kasar-kasar ! hahh , takut leteww ..HAHA ..tak tak tak , kena pecat aku dengan KKM . 


jadi inilah apa yang aku ingat , aku tahu kalau kita bergabung dan meletup , kita boleh buat novel pasal 5ss1 2010 .  tak , aku tak melampau , aku cakap betul . sambil kenyit mata .


so , ini adalah senjata psycology aku untuk korang . harap korang faham . 


bye ! ooppss , macam kurang ajar kalau tak bagi salam . bye . assalamualaikum :'(





No comments: