Followers

berbuka puasa

assalamualaikum




hari ni hari ahad . hari ahad mean off diet . so , boleh ahh makan makanan sedap-sedap ikut suka hati kita . cafe cuma sediakan makanan dari hari isnin hingga hari sabtu sahaja . jadi tak payah lah makan makanan diet je kan . kemudian , akhir bulan timbang berat , ukur bmi , huhh . saya bukan masuk sekolah nurse , saya masuk the biggest loser . sebab tu saya makin kurus sekarang . benci ! benci ! benci ! #padahal suka




hari ni berbuka puasa kat padang . save kos mungkin . rasa suasana orang tiada rumah juga . tapi syok . sangat syok . boleh tengok gelagat orang . satu padang penuh dengan semut-semut manusia . ada yang berfamily . ada yang berkawan-kawan . ada yang ber couple-couple . ehem ! ehem !




mula-mula beli makanan tak ingat dunia . saya beli nasi ayam "boxing" . siap ahh mana-mana orang kacau aku ! aku boxing karang ! HAHA . tapi tak habis pun :) tamak kan . pastu saya beli kek batik , ni memang sahlah kan . sebab makanan favourite saya . kuantan memang syurga kek batik saya rasa . pergi sana ada , pergi sini ada .tapi tak boleh tanding yang buatan kemaman punya . padahal buat sendiri pun boleh . boleh , tapi bak ahh bagi dapur kat saya . kat sini mana ada dapur . 








otw nak pergi . depan bilik . ni lah asrama saya 



padang ni , berdekatan dengan bazar , so boleh lah beli makanan kat sana je . yang paling penting , berdekatan dengan masjid . jadi , lepas berbuka boleh lah tunaikan solat maghrib selalu :)



jadi tak lengkap lah kalau tak ambil gambar sorang-sorang sekeping untuk di upload menjadi profile pic . HAHA



kemudian saya mula teringat , kalau kat rumah ni mesti berbuka puasa dengan mak dan ayah . dah mula nak sedih dah :(




k lah , sampai disini sahaja buat masa ini . terima kasih .




p.s : terima kasih untuk beberapa hamba ALLAH yang sudi sedekah kan kami surat khabar untuk kami duduk :)





No comments: