Followers

betapa aku mahu pulang pada zaman sekolah dulu

assalamualaikum




saya aqmar jusof . saya baru 17 tahun , tahun 2010 ni . tahun ni saya spm . tapi saya tak ready lagi . saya selalu main-main dengan kawan saya . saya suka main lompat getah , main kapten tikus , main kahwin-kahwin . dah cukup , kenapa aku makin jadi budak-budak eh sekarang ? mungkin badi aku jadi junior disini . jawapan tak munasabah langsung .




baiklah , saya aqmar jusof . saya baru je masuk 18 tahun bulan lepas . jadi , saya dah boleh keluarkan duit dalam bank tanpa perlu dikuotakan lagi jumlahnya , tak kait k . saya rindu zaman persekolahan . inilah topik sebenar . senyum sikit . so , hari ni saya nak cerita peristiwa-peristiwa di bulan puasa bulan lepas . means saya masih bersekolah di masa itu .




esok nak puasa hari saya dan kawan semua akan makan banyak-banyak dekat kantin . gila tamak kan ? saya ingat classmate saya cakap , zuliani "baik kita makan banyak-banyak hari ni , esok puasa dah " dan seterusnya semua orang gelak . ohh , rindunya . entah ke mana dia sekarang . setiap kali dalam kelas sibuk bercerita pasal makanan . semua makanan sebut , semua nya macam tak dan nak sebut nama makanan yang best-best . dengan harapan , kawan-kawan lain akan menjerit dan akan berkata "bestnya" . ya ALAH rindunya .




jika ada yang tak boleh berpuasa , diorang akan bawak bekal . macam air , gula-gula , kuih-kuih . tak de nya lah kan nak bawak nasi lemak . nak over sangat ? HAHA , so taktik yang akan diguna kan ialah , konon-konon pen akan jatuh dari meja , tangan kanan pegang gula-gula . bila tangan kiri ambil pen , tangan kanan suap dalam mulut . bila ada kawan-kawan lain yang nampak , mesti berbunyi ayat nih " hahh ! tak puasa eh " , yang sorang lagi akan tunjuk isyarat jari dimulut . rindu :( . dan saya pulak , bila tak puasa , akan bawak kek batik dengan air masak . bila waktu rehat , orang duduk ulang kaji , saya dan kawan saya , nick akan pergi dekat bilik wudhuk dan makan selaju-lajunya . time nak bawak makanan tu , kitorang nyorokkan dalam tudung sekolah , sebab takut ada yang perasan . . setakat tu , tak pernah kantoi k . HAHA




then , bila masa belajar semuanya , kepala atas meja . nak-nak masa ustazah . dan tiap kali tu ustazah akan ketuk meja kuat-kuat dan kami akan bangun terkejut dan buat muka selamber bagai tiada apa yang berlaku . tangan pulak sibuk duduk conteng buku teks , kononnya kitorang tak tidur dan fokus se fokusnya . 




bila keesokannya harinya , semua akan bercerita apa yang mak masing-masing masak , masing-masing cakap dengan penuh semangat , konon mak masing-masing masak paling sedap . ya lah kan , mak siapa yang tak pandai masak kan .




kemudian , tiap pagi kami akan laku kan solat dhuha , solat hajat . memandangkan kami memang dah nak ambil exam kan tahun lepas . dan yang paling best , bila ada berbuka puasa dan qiamulail di sekolah . kami terawih sama-sama . kami happy sama-sama . teruja doh dapat tidur sama-sama dekat sekolah . then , kami nangis sama-sama tiap kali ada perkara yang menyentuh hati . ya ALLAH , aku rindu semua ni :'( . pulak , bila dah nak balik , semua mata dah bengkak sebab banyak sangat nangis . di sini , kami rasa bagai kami keluarga . kami peluk kawan masing-masing bila ada yang menangis . kami bertepuk tampar bila ada perkara yang kelakar #ingat tak yang ustaz mizan cakap "ketuat dekat leher pun boleh nampak bila tudung tak mencukupi dengan syarat-syarat ? " masa tu semua akan pandang dekat aku sebab aku ada ketuat kat kening . dan semua akan gelak sakan termasuk aku . kat kening k bukan kat leher ! HAHA . aku rindu :'(





5ss1 2010 #cubalah cari mana saya



ini kelas kami . sentiasa dapat anugerah kelas ceria dan terbersih . #bangga , saya warga 5ssi 2010



mereka kawan dunia akhirat :(



mereka juga . terserlahkan betapa rapatnya kami . that why , saya merindukan semua ni .

kerana mereka lah saya berjaya :')



p/s : sekarang , semua dah melanjutkan pelajaran . moga mereka berjaya dunia akhirat . saya doakan . :(

No comments: