Followers

lepas geram !

assalamualaikum




usai solat terawih dekat masjid sultan ahmad , terus balik kolej lagi . dan macam biasa , dalam hati selalu wish , sesakkan lah jalan malam ni . guwa malas balik kolej . jahat kan ? hari ni rasa tenang sangat , solat terawih beriman kan ustaz dari syria . bacaan yang menyentuh kalbu . ditambah dengan suasana ramadhan . pulak ada anak-anak yatim berbuka puasa dekat masjid . pendek kata , masjid hari ni meriah sangat . baru feel ramadhan




kemudian , tunggu bas , agak lama lah jugak berdiri tunggu bas sampai nak ambil kitorang balik kolej balik . tak nak nya balik kolej ! tak kisah lah menunggu lama pun , tak pe lah berdiri pun , sebab nanti akan terbiasa bila di wad HTAA . mana boleh duduk kan  .




penantian yang tak dinanti , akhirnya muncul . hai , saya dah sampai kolej "kesayangan" saya . senyum sikit . tapi apa pun agak semangat lah jugak sebab dapat ketenangan dari bacaan surah-surah dari ustaz tadi . sampai je bilik . jeng jeng jeng . arghh , tak payah nak bersuprise sangat , sebab memamg aku akan dapat suprise pun . tak sempat lagi nak rehat sikit , nak minum air sikit , dah kena pasang bendera , then kena kemas peti sejuk , then kena basuh TANDAS . saya ulang TANDAS . ohh , "sukanya" , aku memang suka buat kerja semua ni .




ye lah kan , sebenarnya , aku tak pe nak buat semua ni . dah perempuan , kena buat kerja rumah kan . kat rumah kita kena bersih semua ni . yang aku geramnya , kamu di suruh oleh "mereka" dan "mereka" cuma tahu mengarah . adalah jugak salah seorang mereka yang buat jugak , sebab semua ni tanggungjawab dia jugak . tapi mana kawan-kawan dia nya ? mana ? mana ? ! cuma tahu lihat dari arah bertentangan dan bersembang entah apa entah ! dasar ! hey , korang pun guna tandas tu kan ? ke korang tak pernah mandi ?






dah tu , dah nampak dah aku tengah cuci tandas , tak reti-reti nak bagi laluan ? sibuk duduk basuh baju kau . then , bercakap dengan buayafriend kau . ahh , manjalah sangat kau bercakap tu . dengan kitorang , kau menengking bermaki hamun sekali . tu dengan perempuan tu . dengan lelaki elok pulak kau cakap eh . kau miang kan ? serius aku geram gila dengan kau . start aku datang sini lagi , kau dah ejek klip reben aku kan . aku ingat kau kutuk-kutuk style aku , style kau tu hot gila lah . eleh , style kau ! arghh , tak reti aku nak komen . yang penting , kau ketinggalan zaman . aku bagi salam ada kau jawab ? pandang pun tak ! senyum pun tak ! menjeling pulak kau ! 




kau ingat apa kau pernah cakap ? "binatang" kan ? kau sedar tak yang orang tengok kau macam binatang ? eh , serius aku tak de nak bermaki hamun sangat dekat orang , kalau orang tu tak over melampau . hey , start aku datang depan parents aku doh , kau duduk cakap belakang pasal aku . hey , kurang ajar kau perempuan ? malu lah jadi mak bapak kau . kasar kan main mak bapak ? hey , perempuan siapa mula dulu ? kau atau aku ? aku harap lah , boyfriend kau tu tak de mengena dengan anak beranak aku . ohh memang tak lah , aku nak buat kau sebahagian dari family aku . tetibe pulak aku . HAHA




kau ingat dengan nama glamour kau tu , kau hot sangat . eh , memang tak lah . hey , benci benci  benci gila aku kat kau . kau ingat kat siapa ? lebih baik kau cepat keluar dari sini . sumpah , aku meluat dengan kau . kau cakap jangan mengedik sangat depan senior kan ? kau yang gedik depan lelaki , kau nak bagi motif apa kat aku ? ya ALLAH , meluat nya aku . padahal hari ni mood aku baik , dari pagi semuanya lancar tak de masalah aku hari ni . apa yang lecturer aku tanya , alhamdulilah aku boleh jawab . tapi malam ni . aku memang dah tak tahan dengan kau .




aku bukan lah balik sangat . cuma aku nak bagitahu , bila aku tengok kau , aku rasa macam nak lilit rambut kau kat dinding sampai urat kat dahi kau meregang lebih dari orang pakai botox , aku nak patahkan kaca mata kau guna kepala lutut aku sampai kau terkial-kial meraba bagai orang buta . aku nak patah kan gigi kau , buat kikis salji dalam peti sejuk , biar urat kau rasa geli geliman . aku nak rampas boyfriend kau biar kau merana dan merayu dekat aku suruh lepas kan bf kau #yang ni tipu je .aku nak koyak paper exam kau . biar kau tak dapat jadi nurse , aku nak kunci kau dalam bilik kau sampai kat jadi meroyan dan masuk wad dahlia ! 




dan sekarang aku pula rasa , tak lama lagi aku akan masuk wad dahlia . nauzubillah .




aku tahu berdosa sangat aku hari ni , aku dah hilang sabar . cuba korang fikirkan aku kena dengan minah ni dari hari pertama aku mendaftar disini . aku ingat kau siapa weh , sampai bila-bila aku ingat weh . bila aku kena dengan kau , aku telefon mak ayah aku nangis-nangis mengadu . ye lah aku nak mengadu kat siapa lagi ? nak ngadu dekat kau ? kau yang buat aku jadi macam ni , aku pulak nak ngadu kat kau ? memang tak lah kan . kau boleh bayang tak apa perasaan parents aku bila mereka tengok anak dia tak dapat mejalani kehidupan yang baik disini ? tiap kali anak dia mengadu tak mahu jadi nurse ? dan tiap kali itu , mereka akan pujuk aku ? kau tahu berapa kredit aku dan parents aku habiskan untuk berbahas soal apa yang kau buat dekat aku ? kau KEJAM wahai perempuan !




aku mungkin tak tahan dengan dugaan . ya , ALLAH berikan dia untuk beri ujian pada aku . tapi malangnya , dia terlalu over . aku tak nak maafkan kau dunia akhirat , sebab kau kejam bagi aku dan kejam bagi batch aku noktah !






aku nak beritahu pada seluruh dunia , yang lingkaran bawah mata aku gelap sebab asyik nangis bila dibuli oleh dia . biarlah nak kata aku mengada pun . dia suka lah kan , sebab aku boleh buat raya .



p/s : hari ni ruang chat jangan nak ber hai sangat lah kan . guwa tak de mood . serius . kbye





No comments: