Followers

rutin harian

assalamualaikum




lappy siap rajin lah jugak update blog . tu pun kalau ada masa terluang . saya sibuk . saya sibuk sangat-sangat . tapi rasa nya minggu ni relaks sikit . 




pagi , dalam bulan puasa ni saya bangun pukul 4.30 pagi untuk sahur . kadang-kadang depend lah jugak . kadang-kadang tak bangun , terlajak sampai pagi . then pukul 7.15 saya dah kena masuk kuliah dah sebab pukul 7.30 memang dah start dah belajarnya . 




walaupun kami baru pelatih , tapi jadual kami ikut waktu kerja . so , kalau bulan puasa dari pukul 7.30 a.m hingga 4.30 pm . kalau hari biasa pukul 8 pg hingga 5 ptg . dan kami cuma boleh rehat untuk makan dan solat pada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang . 1 jam je pun . 




balik kuliah , solat asar . lepas tu , saya basuh baju pulak . masa pulak depend jugak sebab kita perlu menunggu giliran untuk memberus baju , membilas , dan meletakkan downy . ada yang tanda baldi diorang dulu . so , saya masih perlu tunggu untuk tuan punya baldi datang dahulu , kemudian dia basuh baju dia dan kemudian kawan dia datang , kawan dia pulak basuh baju dia dan kemudian baru lah saya . lama tak ? sekejap je kan (tangan ke dada mata ke atas) . lepas tu saya pergi jemur baju pulak . kemudian , kalau ada masa terluang sikit , saya rehat lah sekejap .




6.30 petang saya dah kena turun dah dekat dewan makan . kalau datang lambat tak de tempat lah nak berbuka . sebab pelatih ramai . lepas berbuka puasa , saya solat maghrib dan seterusnya bersiap untuk kelas prep . kalau tak de kelas prep saya pergi terawih . kelas prep ialah kelas dimana kita perlu membuat ulangkaji atas apa yang kita belajar pada hari itu juga . tak boleh tak datang , kedatangan diambil . cubalah ponteng kalau nak kena !




saya cuma boleh cuti pada hari sabtu dan ahad sahaja . masa tu baru rasa relaks sikit . dah jadi kebiasaan bila mata lebam tak cukup tidur . dalam kelas asyik mengangguk sebab mengantuk . kuiz ? yakin dengan jawapan . tapi eja pulak salah . rasanya saya lah yang paling lemah dalam kelas bagi subjek anatomi dan fisiologi . tapi alhamdulilah , subjek lain masih  boleh jawab . puan afrah setiap kali kelas mesti akan tanya saya dulu setiap soalan . saya tahu saya pelajar lemah :( . tak termasuk lagi , saya kena ingat setiap prosedur-prosedur klinikal . ye lah , nanti bila masuk wad terkial-kial tak tahu buat apa . mula lah nanti kena marah kan . 




saya tak sempat nak bertext dengan sesiapapun . sebab phone mana boleh bawak setiap kali pergi kelas . kalau ada spotcheck memang kena lah kan . saya "masih" budak sekolah .




jadi , saya memang tak sabar nak balik cuti raya ni . then , bila balik kuantan pulak saya kena tempuh mid exam pulak . doakan saya . nak-nak subjek anatomi dan fisiologi . bukan senang nak kaji semua sistem dalam badan manusia :( tapi seronok jugak . sebab sekaranh ohhhh , baru lah saya tahu kenapa macam ni macam tu . dan saya dapat lihat kebesaran Allah :)






sampai disini sahaja , saya kena buat lakonan untuk assigment . alhamduliah assigment lakonan pertama berjalan lancar dan ada positive feedback daripada semua . saya jadi mak cik yang banyak complain dalam wad . lakonan ? ni nak jadi nurse ke , nak jadi artis ? haha . klah , sampai sini sahaja . bye semua ;. have a good day tomorrow :)





No comments: