Followers

Allah beri petanda , tapi kita leka

assalamualaikum


masih berkesempatan menulis blog lagi . exam dah dekat sebenarnya . insyaAllah tiada apa yang susah melainkan kita yang jadikan ianya susah , dan tiada apa yang mudah melainkan kita yang jadi ianya mudah . alhamdulilah . 


setiap hari bunyi ambulans tak lekang dekat hospital tengku ampuan afzan ni . sungguh , bila dah berkecimpung dalam dunia pra medic buat mata saya betul-betul terbuka melihat kebesaran Allah . baru je habis tajuk mikrob(kuman) dalam subjek baru-baru ni . dan saya mahu kongsi yang tak salah kalau kita nak menangis sebab air mata merupakan salah satu laluan untuk kuman keluar dari badan kita . dan saya juga berfikir , patut lah kanak-kanak suka menangis , sebab nya kanak-kanak lah yang biasa nya dijangkiti kuman-kuman sedemikian . juga orang tua yang kerap menangis , kerana mereka juga tergolong dalam pesakit yang biasa dijangkiti kuman akibat antibodi yang rendah . juga orang-orang yang kerap menangis mengenangkan dosa-dosa nya pada Allah . 


malah , saya berfikir lagi . sebenarnya , mak ayah kita yang selalu nangis . mungkin sebab nya adalah kerana kita . hidup berbakti kepada orang tua , syurga ganjarannya . mana mungkin kita dapat keredhaan Allah jika kita tidak mendapat keredhaan ibu dan ayah . selagi mereka masih ada , berbakti lah pada mereka . menangis lah adalah kerana mereka daripada menagis kerana seorang kekasih yang belum tentu jodoh kita . kita masih punya tanggungjawab , tanggungjawab sebagai seorang hamba , sebagai seorang anak , sebagai seorang pelajar dan sebagai apa yang kita jalani ini . tak perlu risau soal jodoh . jodoh itu rahsia dan janji Allah . jika sudah tertulis dia jodoh kamu . ya , dia jodoh kamu . jadi bagaimana mungkin , kita mencintai seseorang itu jika kita tidak mencintai Allah ? sedangkan hati mereka adalah milik Allah . hati kamu juga milik Allah . hati saya juga milik Allah . 


manusia Allah cipta adalah sebaik-baik kejadian . atas manusia itu sendiri mahu mengguna nikmat itu ke laluan mana . kadang-kadang tanya lah diri sendiri , tulus kah hati ini mengikuti jalan yang lurus ?  Allah tahu siapa hambaNya , Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya . kita takutkan Allah , kita takut neraka Allah , kita takut azab kubur , kita takut sakitnya sakaratul maut , kita takut rasulullah tidak memberi syafaat kepada kita diakhirat kelak :'(



menangis kerana Allah itu adalah lebih baik daripada menangisi sesuatu yang tak mungkin kita miliki . bersyukur dengan nikmat Allah . kita cuma hamba . terkadang tanya lah diri , apa layak untuk aku ke syurga Allah ? apa layak aku bertemu rasulullah ? apa layak aku bertemu ahli-ahli syurga ? apakah kita di kalangan ahli syurga ? apa kita tahu yang kita lakukan itu dosa , dan jika dosa , neraka tempatnya ? kita tahu . kita sedar , cuma terkadang kita leka . syaitan takkan pernah putus asa goda kita kan ? kita mahu berubah , kita punya niat itu , tapi terkadang ada sesuatu yang menghalang bukan ? sebelum kita berubah menuju ke arah yang lebih baik , Allah dah beri dugaan kepada kita kerana Dia sedang uji kekuatan hambaNya , agar kita sentiasa tabah memikul ujianNya apabila kita berusaha untuk ke arah yang lebih baik . juga kerana Dia sayangkan kita :')  #peringatan buat diri sendiri juga .


kemanisan hidup akan dicapai bila kita tak pernah jauh dari Allah . amin . 




juga mahu kamu semua lihat link video dibawah , lihat banyak-banyak kali pun tak pe . okay :')


Rasulullah menangis mengenangkan kita


assalamualaikum





No comments: