Followers

sedarkah kita wahai hamba ALLAH bergelar wanita

assalamualaikum , ini cume perkongsian ilmu juga peringatan buat diri sendiri dan juga para gadis dan wanita yang lain . post kali ini , saya ambil dari pamplet yang diedarkan untuk pelatih-pelatih jururawat . dari biro kerohanian barang kali :) terima kasih :)




oh , sebelum itu saya tahu blog saya kurang pengunjung dah kan . takpe , saya tak kisah . cuma jika ada sesiapa yang masih bersama saya . terima kasih dan moga Allah rahmati kalian . amin .




baiklah ,




sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . lalu , keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis ? beliau menjawab "pada malam aku di isra'kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai siksaan . itulah sebabnya mengapa aku menangis"


# lihat bagaimana Rasulullah sangat menyayangi kita , baginda menangis untuk kita  , apakah kita akan menangis untuk diri sendiri ?


kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya . putri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya 




baginda menjawab : 


aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih 


aku lihat dimana perempuan digantung lidahnya , tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan di atas tengkoraknya


aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubunnya , diulurkan ular dan kala jengking


aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri , di bawahnya dinyalakan api neraka


aku lihat perempuan bermuka hitam , memakan tali perutnya sendiri


aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta , dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka , otaknya keluar dari lubang hidungnya , badannya berbau busuk kerana penyakit kopak dan kusta


aku lihat perempuan yang badanya seperti himar , beribu kesengsaraan dihadapinya 


aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing , sedangkan api masuk melalui mulutnya dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung api neraka 




Fatimah az-zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa begitu ?


Rasulullah s.a.w menjawab , wahai putriku , adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otak mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya


perempuan yang digantung susu adalah isteri yang yang "mengotori" tempat tidurnya


perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya , ia keluar rumah tanpa izin suaminya dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas


perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimya dan suka mengumpat orang lain


perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan bersolek dan berhias supaya kecantikan nya dapat dilihat lelaki-lelaki yang bukan muhrimya


perempuan yang diikat kedua kaki dan tangan ke atas ubun ubun dihulurkan ular dan kala jengking padanya kerana tidak solat dan tidak mandi junub


perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan dusta


perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami 


mendengar itu , sayidina Ali dan Fatimah az-zahra pun turut menangis juga .


dan inilah peringatan kepada kita kaum hawa , sampaikan lah kepada kawan-kawan kita yang lain :')


assalamualaikum





No comments: