Followers

surat untuk hawa , jawapan untuk adam

Surat untuk hawa

Assalamualaikum
Entah bagaimana harus saya katakan , entah darimana saya perlu mulakan . yang hanya saya tahu , saya mahu sampaikan hasrat saya kepada kamu . hasrat yang bagi saya penting untuk layari hidup ini . saya adam , ingin menjadikan kamu yang sah dan halal bagi saya . ya , sepatutnya saya harus mengkhabarkan hasrat ini kepada yang berhak pemilik kamu iaitu ibu bapa kamu .tapi saya sudah sampaikan kepada Allah swt melalui niat dihati saya . jadi bukan kah saya perlu mendapatkan kepastian daripada kamu dahulu hawa ? saya bukanlah terlalu gentlement untuk berhadapan dengan kamu , untuk memberitahu hasrat ini . jujur , saya mahu berjumpa orang tua kamu , tapi saya juga punya was-was . takut-takut pinangan saya akan ditolak . ya , kita tidak pernah berteman . saya mengenali kamu hanya dari jauh sahaja . entah-entah kamu sendiri tidak pernah tahu kewujudan saya . tapi untuk dekat dengan kamu , saya mahu jalinkan hubungan yang halal dengan kamu iaitu dengan mengambil hawa sebagai isteri adam . saya bukan lah seorang yang terlalu uptodate , untuk berkawan dengan kamu , facebook pun saya tiada untuk add kamu . tapi , percaya lah saya bukan sekadar mahu berteman dengan kamu , tapi saya mahu jadi kan kamu sebagai srikandi saya dalam perjuangan hidup ini . pabila istikharah , hati ini kuat mengatakan kamu lah yang Allah swt cipta untuk saya . insyaAllah . hawa , saya tidak mahu menjanji kan sesuatu yang manis untuk kamu , saya tidak mahu berlembut lidah untuk melenturkan hati kamu memilih saya sebagai suami kamu . cukuplah dengan kamu menjadi isteri saya ,semakin ini dapat menguatkan iman saya . cukuplah dengan mencintai kamu , semakin kuat cinta saya kepada Allah swt . hawa , keikhlasan itu bukan sekadar bicara nya , keihlasan itu adalah dari Allah swt . hawa , saya perlukan jawapan kamu . andai kamu berada dalam pilihan , istikharah lah hawa .bismillahirahmanirahim , hawa ? sudikah kamu menjadi yang sah dan halal untuk adam ?



Jawapan untuk adam

Waalaikumussalam
Adam , hawa..hawa… baiklah adam , saya sangat terharu dengan surat kamu . jujur , air mata ini menitis ketika membaca surat ini . saya puji sikap kamu untuk mengambil saya sebagai isteri yakni yang sah dan halal buat kamu . saya puji dengan terus terang kamu ini . adam , saya juga mencari yang halal , jalan yang diredhai Allah swt . saya perlukan seorang khalifah yang boleh membimbing saya ke jannah Allah . yang sama-sama boleh berjuang menjalani kehidupan ini . yang mencari kebahagiaan melalui cinta yang Allah swt titipkan . Adam , saya bukanlah seorang yang sempurna kerana kesempurnaan itu milik Allah swt . untuk berkawan dengan saya , adam tidak perlu punya accaunt facebook kemudian add saya , tidak perlu adam . tanpa saya sedari , rasa ini sudah bertapak di hati saya . sebenarnya , saya sentiasa merasa kan kewujudan kamu . saya juga punya rasa was-was . saya tidak memberitahu kamu tentang rasa ini , kerana saya sudah memberitahu Allah swt . alhamdulilah , Allah swt jaga hati kamu untuk saya  . sesudah istikharah , saya temukan jawapan nya . bismilahirahmanirahim , adam , saya hawa , menerima lamaran kamu , menerima untuk menjadi yang sah dan halal buat kamu , menerima untuk menjadi srikandi untuk kamu . dan yang paling penting perjuangan bagi jannah Allah swt  dan mahukan kamu sebagai imam solat berjemaah nanti . insyaAllah


“ Pabila seseorang itu bercakap menggunakan hatinya , maka yang mendengar itu juga akan tersentuh hatinya “



No comments: