Followers

tips berhadapan dengan orang kurang disukai

assalamualaikum




baiklah , dalam hidup ni kita terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam orang . ada yang satu kepala dengan kita , ada yang dua kepala dengan kita dan ada yang berkepala-kepala dengan kita . hah ? macam mana tu ? memang tak dinafikan , kadang-kadang ada orang yang kita suka , ada orang yang kita tak suka . suka or tak suka bukan disebab kan kecantikannya , bukan disebab kan harta nya or so what ever . tapi yang saya maksudkan kat sini adalah dari segi perangainya . so , hari ni jom kita kupas sedikit-sedikit tips yang boleh menolong awak semua menghadapi situasi seperti ini




1 . cuba fikir positif tentang orang yang kita tak suka tu . jangan lihat dari segi aspek perangai nya yang buruk sahaja , cuba pandang dan olah perangai nya yang baik . sebab mustahil , seseorang manusia tu tak pernah buat baik kan ?


2 . sabar . nak menghadapi orang sebegini , kesabaran amat penting . cuba kita jadikan situasi ini sebagai pengajaran buat kita . yang elok jadi kan tauladan , yang tak elok ? nak buat apa ? buang lah . 


3 . boleh jadi Allah SWT memberi ujian kepada kita melalui orang yang kita kurang suka itu . so , kalau bukan dia yang buat kita rasa kadang-kadang naik minyak . mungkin orang lain . mungkin juga orang disebelah anda . cepat tengok siapa kat tepi tu . hee :)


4 . usah peduli apa yang dia katakan , apa yang dia lakukan , apa-apa sahaja berkaitan dengan dia usah ambil peduli . kalau boleh elak sebaiknya elak lah daripada apa sahaja tentang dia . ini boleh jaga hati kita daripada berkata buruk tentangnya .


5 . apabila kejahatan yang diberikan kepada kita . cuba balas dengan kebaikan . mampu tak ? mungkin ini payah kan ? cuba kamu mudahkan . semuanya terletak kepada hati kamu .  kesakitan , kemudharatan yang ditimpa kepada kamu , ianya bukanlah saja-saja Allah nak bagi melainkan Dia telah mempersiapkan yang terbaik untuk hambaNya . maka , perbanyakkan lah kita beristighfar ketika berhadapan dengan seseorang yang sebegini


6 . cuba kawal lidah . jangan sesekali mengeluarkan perkataan carutan . contohnya , jika dia mengatakan kita bodoh , maka kita kata dia bodoh balik . eh , tak jadi ni . maknanya , kita sama je lah perangai dengan dia . nak sama dengan orang yang kurang kita suka tu ? nak ?


7 . jangan post apa-apa tentang orang yang kita tak suka tu , di dalam facebook atau blog . jika mahu post juga , jaga lah sikit perkataan nya . moga ia bermanfaat dan boleh memberi iktibar kepada yang lain juga . yang paling penting , jangan lah di mention pulak nama nya . ingat bahawa , jika kita membuka aib saudara kita sendiri , nescaya suatu hari nanti Allah SWT sendiri yang akan menbuka aib kita . nak ? tak nak kan


8 . tak suka kan dia , tak bererti tak suka kan orang disekeliling dia juga . contohnya , dia berkawan dengan A dan B , jadi kamu juga turut tidak sukakan si A dan B . tu tak elok tu . salah tu .  silap nanti mereka pulak yang tak suka kan kamu


9 . jangan terlalu berfikir soal orang yang kurang kamu sukai itu dengan berlebihan . tenangkan fikiran kamu . antara kamu benar atau salah , cuba lafazkan perkataan maaf . mampu ? berusaha . moga Allah lembutkan hati kamu . insyaAllah




10 . dan yang paling penting , solat dan berdoa lah kepada Allah . Dia yang lebih mengetahui tentang hidup hambaNya . dan perlu kita ingat , doa itu adalah senjata mukmin ! orang-orang di sekeliling anda adalah objek ujian dan cubaan Allah . okay ? bertabah lah





“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)



ini sahaja rasanya . terasa nak updated tentang tips lain pulak lepas ni kot . dan tak lain tak bukan adalah untuk peringatan diri sendiri juga . insyaAllah  . assalamualaikum




apa engok-engok itew ? tak shuke itew le tew ! 






No comments: