Followers

tips mengulang kaji dalam pelajaran

Assalamualaikum




musim sekolah dah nak start . adik-adik mesti dah banyak shopping peralatan sekolah kan ? dah beli beg , baju sekolah , kasut , pencil box and dll lah kan . teringat pulak zaman sekolah *sambil lap air mata* . sekarang , saya nak bagi tips atau rahsia nak cemerlang dalam pelajaran . so , macam mana cara kita nak ulangkaji kan ? jom kupas sikit jom




1 . sebaik-baiknya , kita mengambil wudhuk sebelum memula kan sesi mengulang kaji . sebab bukan kan kita digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk . syaitan pun tak berani nak datang dekat and goda korang supaya lupakan buku . okay ? wudhuk penting ya .


2 . pilih tempat belajar yang kondusif . contohnya macam bilik perpustakaan , yang berhawa dingin or ada jugak lah kipas kan sebab kalau korang panas and peluh-peluh , korang selesa tak ? takkan . same goes with me . tapi better korang pergi library lah . jadikan library rumah ke tiga korang . sebab rumah pertama rumah sendiri and rumah ke dua pulak sekolah . 


3 . mulakan dengan bismilah dan kemudian beristighfar kerana perlu di ingatkan segala maksiat boleh menjadi penghalang kepada korang memahami ilmu kurniaan Allah swt


4 . baca topik-topik utama dan yang paling penting ingat fakta-fakta yang biasa ditekan kan dalam setiap subjek . contohnya , kalau subjek sejarah , kita perlukan proses penghafalan and kalau subjek matematik , kita perlukan proses latihan


5 . apabila sudah ingat sesuatu fakta itu , cuba tulis di atas kertas semula . ini bagi menguji daya ingatan korang . okay ?


6 . gunakan masa cuti anda untuk mengulang kaji . jangan buat perkara-perkara yang tidak berfaedah . eh ?


7 . wujudkan study group . tapi ada jugak yang tak boleh nak study ramai-ramai kan ? nasihat saya , korang cuba kuasai subjek yang korang mahir and then korang ajar pulak kawan-kawan korang . ini bagus ya untuk tingkatkan ingatan kita . 


8 . tumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru di dalam kelas . sebab 80 peratus kefahaman kita terjadi semasa fokus apabila guru mengajar . maksudnya , di dalam kelas jadi lah seorang yang se serius mungkin dan fokus , bila di luar kelas pula main lah sebanyak mungkin sebab otak kita dah banyak terima ilmu waktu dalam kelas kan . itu baru cool and smart


9 . cuba tanam kan minat membaca . sebab melalui pembacaan lah korang akan dapat tahu pelbagai info . dan melalui membaca lah korang akan nampak seperti orang yang bijak pandai and berilmu . nak ke tak nak ? 


10 . jangan putus berdoa kepada Allah swt . minta lah apa sahaja kepada Nya , kerana Allah swt suka hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya . laku kan solat hajat setiap hari . baca al quran setiap hari . dan yang paling penting jangan tinggal solat . nak jadi cemerlang bukan mudah kalau ia nya tak lahir dalam niat kita sendiri . dan nak jadi cemerlang ni , kamu akan berdepan dengan pelbagai cabaran




based yang di atas tu . korang boleh lah cuba amal kan . ia nya sesuai untuk adik-adik yang nak ambil exam sebenar dan exam-exam lain . exam komputer nak ambil lesen pun boleh . pendek kata semua generasi lah kena amalkan . 




tapi bagi saya . nak cemerlang bukan sebab nak dapat kan banyak A semata-mata , bukan sebab nak dapat anugerah banyak-banyak masa majlis graduasi , bukan sebab nak dapat kan button pelajar target semata-mata . tapi niatkan dalam hati , kamu nak cemerlang sebab kamu nak bangga kan mak ayah kamu :')





dulu :')




kini :)



1 comment:

siti fatimah said...

insyaallah dengan bantuan tip ini saya pasti lakukan