Followers

kaya dan miskin tiada beza

 entah kenapa sy nak post entry ini  untuk masa ni.


Kaya dan miskin dah memang sinonim dengan kehidupan di dunia.ada orang lahir-lahir dah jadi kaya sebab bapak dia kaya.ada orang pulak start dari miskin dan atas usaha dan kerja yang bersungguh-sungguh dorang jadi kaya-raya.ada jugak orang yang mula-mula kaya raya lepas tu sebab bankrap jadi pulak papa kedana.walau apa pun, kaya dan miskin kita tetap hamba-Nya yang Maha Esa.Kadang-kadang orang yang miskin lebih kaya daripada orang yang kaya raya.



Ada orang miskin harta tapi kaya budi.
Wang harta bukan segalanya bagi golongan ni.kerja apa-apa pun tak kesa janji ada rezeki.nak bagi makan anak bini.tapi bukan dengan merompak atau mencuri.tak main la benda-benda keji macam ni.cuma yang halal sahaja yang kami cari

.
Ada orang kaya harta tapi miskin budi
Dia ingat dia kaya di boleh buat suka-suka hati.rasuah sana rasuah sini.ugut sana ugut sini.halal haram dah tak kira lagi.nak projek berguni-guni.nak bagi untung kroni sendiri.kesianlah anak-anak bilis macam kami.periuk nasi kami tertutup takde sape nak peduli.eh pegilah mati...

Ada orang miskin dunia tapi kaya akhirat
Kais pagi makan pagi.kais petang pulak buat makan esok pagi.tapi solat tak pernah tinggal walau sekali.sentiasa berdoa dimurahkan rezeki.semoga hidup sentiasa diberkati

ada orang kaya dunia tapi miskin akhirat
24 jam seminggu 7 hari.sentiasa sentiasa di pejabat sentiasa busy.appointment sana appointment sini.solat 5 waktu tak penah peduli.tu belum kira zakat dan haji lagi.habis appointment terus pergi party.arak pulak dah jadi minuman hari-hari.adoyai.apa la nak jadi

Ada orang miskin harta,miskin budi dan miskin akhirat tapi kaya dengan hutang
Gaji seciput ada can nak berjudi.konon-konon kau boleh menang lah pertaruhan tu nanti.bila duit dah pokai ada hati pulak nak mencuri.dah besar-besar hukum agama pun tak reti-reti.last-last pegi pinjam ah long dia bagi tempoh 30 hari.eh lu tak sayang anak bini?


p/s:mungkin orang takkan baca.khususnya orang kaya yang rasa dirinya sudah kaya.tapi perlu diigatkan,harta kamu cuma pimjaman.jadi bersyukurlah dengan harta pimjaman tersebut dan BERHENTI menghina orang miskin !ya sy orang miskin ! semiskin sy,mak ayh saya tak pernah pergi rumah kamu untuk mintak beras ! tak pernah pulak adik beradik sy tak makan sehari ! sy bersyukur sbb sy miskin.daripada kamu yang kaya padahal hakikatnya kamu miskin.maksudnya miskin dgn amal ! last ! kalau kamu kaya sangat , kenapa masih berhutang ?maafkan..




klik untuk besarkan