Followers

30 mac 2011 , rompakan di butik selendang miera

assalamualaikum


rasanya aku perlu cerita kejadian semalam .


sebelum aku cerita , nak mention sikit . kat sini aku bukan nak minta simpati ataupun mencari populariti . terima kasih kepada peng"komen" yang telah merendahkan saya pada post yang bertajuk , ketika aku masih kecil . senyum sinis sikit .



semalam , yakni tarikh tajuk tu . aku kerja dari pagi sampai malam sebab aku kene ganti hari yang aku cuti . hari tu  jugak kakak yang jaga sekali dengan aku kerja sampai pukul 6 je . then , aku kene lah jaga sorang sebelum kakak yang sorang lagi sampai pukul 6 .3o ptg .



dari pagi sampai petang ( sebelum pukul 6 ) aku jaga kedai macam biasa lah , layan customer dan bla bla bla . kebetulan hari tu , sale kurang , customer pun kurang . bosan jugak lah tak de customer . kadang-kadang aku duk putar cd maher zain je . sebab cd tu dan cd bacaan zikir yang ada . bosan-bosan jugak , kadang-kadang aku amik gambar sendiri . gila berlagak cun . macam ni . haha




ok , sila gelak . tapi bukan baju ni yang aku pakai masa kejadian



pastu sampai lah masa kakak tu nak balik . aku pun tunggulah customer dekat depan . mean , kalau ada customer masuk boleh lah aku berlagak rajin tolong buka pintu . tak sampai 1o minit lepas kakak tu balik , ada lah mamat ni parking moto depan-depan kedai aku . celah-celah kereta . nasib baik penguatkuasa dah balik . kalau tak mahunya tak kena saman .



dia pandang aku , dia pun senyum .aku seret kaki aku langkah ke belakang sikit . cara dia senyum memang sinis lah . macam ada muslihat . tapi masa tu aku tak rasa apa-apa lagi sebab biasa lah kalau lelaki senyum-senyum gatalkan . tapi aku buat muka serius je lah , buat macam tak nampak . 



selang lima minit lepas tu , alih-alih lelaki tadi masuk butik yang aku kerja tu . dia cakap dengan aku kata nak tukar duit , nak bagi kat anak sedara , anak sedara dia dah tunggu tu . pastu dia terus melulu kat kaunter . aku pun cepat-cepat lah duduk kat mesin duit . weh, berhenti jap . aku terketar-ketar nak taip . haduh .



ok , sambung . dia terus desak aku nak duit tukar . aku cakap tak de . berulang kali aku cakap tak de. tapi dia still degil nak duit tukar sambil seluk-seluk poket . bajet nak tukar ahh tu .



pastu , dia macam mati idea nak paksa aku suruh tukar duit . dia pun buat-buat keluar dan cakap dengan anak sedara dia . padahal tak de orang pun kat situ . aku dah rasa lain macam . hati aku memang dah tak sedap time tu . ingatkan dia nak keluar . pastu dia datang balik kat kaunter . desak lagi .



desak punye desak , dia terus masuk dalam kaunter . dia tolak aku . aku jatuh macam buah nangka atas lantai . dia terus hentak mesin duit . dan tak semena-mena mesin duit terbuka . dia ambik duit rm 50 , masa tu ada rm 350 duit 50 . aku cepat-cepat bangun . nak rampas balik duit daripada tangan dia . so , berlaku lah sedikit pergelutan masa tu . aku cakar-cakar tangan dia sambil tarik duit-duit tu . yang aku pikir aku nak duit tu je balik . dah tak fikir dah takut ke gabra masa tu . dan tak sangka lah aku seberani tu . mungkin kalau aku dalam pengaruh perasaan takut , aku dah lari . pastu dia pulas-pulas tangan aku . dia tenung aku dengan penuh gian . masa tu dia macam mabuk lah .aku memang nak terajang dia punya "tutt" , tapi tak kesampaian sebab aku pakai kain baju kurung riau , jadi sempit lah sikit . apa hal lah hari ni aku pakai kain tu . haishh..


 gelut punyer gelut , duit tu pun terkoyak , so yang terkoyak tu dapat kat aku . jadi dia sempat lah lari .



aku kejar dia , mulut tak henti-henti mintak tolong . rasanya habis volume aku guna . sampaikan lepas insident tu suara aku jadi serak . aku ambil besi kedai . konon nak hentak-hentak dia . tapi tak sempat , dia dah lari naik moto .



masa tu , barulah orang keluar tengok apa yang jadi . bila kat luar tu aku mintak tolong . jerit-jerit . tapi nasi dah jadi bubur . tangan aku dah parkison dah . yang ada dalam genggaman tangan cuma duit yang terkoyak tadi .


ni dia duit tu . sebagai bukti .


aku terus capai phone , aku call bos aku . bos aku suruh bertenang . pastu nanti dia datang . kakak yang sebelah tengok aku dah macam mengigil trauma . barangkali diorang ingat aku akan demam panas lepas kejadian ni . tapi aku still pegi kerja hari ni . kenyit mata sikit .



ok , sambung . kejadian berlaku memang cepat sangat . tak sampai lima minit pun . pastu aku pegi balai polis buat report .



sampai je balai polis , diorang soal aku macam-macam dan aku jawab berdasarkan apa yang aku kena . pastu yang aku bengang sangat tu , dia mentionkan nama perompak tu "beliau" dalam data report tu . so , aku sound lah sikit .

"penjenayah pun guna perkataan beliau ? , terhormat ke ? " . pastu polis muda tu macam malu lah jugak . tolonglah hargai bahasa kita . terima kasih .


dekat satu jam lebih jugak lah pegi buat report . pastu balik pulak kat butik , polis tu buat siasatan . pastu amik gambar tempat kejadian . cari kesan cap jari laki-laki tu . wawh , macam csi ahh pulak . tapi tak se hot csi lah . sory . haha .


bodoh kan perompak tu ? , nak merompak pastu tinggalkan cap jari . sumpah lah aku cakap aku tak suka sebut bodoh-bodoh ni . tapi lelaki laknat ni memang tersangat bodoh . memang lah , kalau dia pandai tak mungkin lah kerjaya dia ambil dadah , malas kerja , rompak duit orang . jap , nak cakap sekali lagi . bodoh !



muka dia hitam gelap , tak de nya nak hitam manis . tuihh! hidung mancung , mata bulat macam nak terkeluar , kurus cekeding , tinggi , ada hitam bawah bibir , naik moto ex5 calour hitam , pakai helmet putih . 



kalau jumpa sure lah aku kan call polis . biar kau membusuk dalam penjara . hidup kau memang dah tak de erti segala bagai lah der , bangkai bernyawa ! mayat hidup ! memang malang lah kalau kau ada girlfriend . weh , merana lah gf kau . bajet aku tulis macam ni , perompak tu baca lah blog aku . haishh . 



masa tu , aku tak bagitaw lagi parent aku . sebab tak nak diorang risau . pastu masa aku bagitaw , mak aku cakap jangan lah berani sangat , sepatutnya aku lari je . aku tak tahu kenapa aku tak lari , kenapa aku nak lawan . mungkin sebagai kesedaran yang aku kena jaga amanah yang bos aku titipkan . 



tapi , kejadian ni memang buat aku lebih berani . buat aku makin matang nak tempuh liku-liku hidup . sekurang-kurangnya , aku ada xperience nak handle kalau benda-benda ni jadi lagi .



so , mana-mana yang ada niat jahat kat aku . jangan pandang aku sebelah mata . aku dah tak fikir soal mati pun masa tu . sebab mindset aku , kalau dah memang ajal kat tangan dia , mati lah . tu semua kuasa ALLAH . alhamdulilah aku selamat . sangat-sangat bersyukur . ALLAH jaga aku dan beri perlindungan pada aku . alhamdulilah .



tapi first sekali aku nak buat kat mana-mana lelaki yang ada niat nak buat jahat kat aku , aku nak sepak dia punya tutt . nah ! highlight sikit perkataan tu. biar sakit menusuk ke tulang .aku tak bicara soal lucah , tapi aku akan buat untuk pertahankan hak aku sebagai perempuan . weh . ni kelebihan aku tau , tendangan maut dan kepala besi ! chill !



p/s : sebelum kejadian ni , aku kerap jugak mimpi pasal-pasal pecah masuk ni . maybe , ada yang tersirat kat situ .


extra p/s : seminggu sebelum kejadian ni , ada lelaki , umur lingkungan 40 han , gila seks dan suka tunjuk " benda" dia kat perempuan . macam-macam lelaki sekarang . tapi tak semuanya macam tu . tu lah , kalau ALLAH , dah tarik perasaan malu dalam diri seseorang . nauzubillahiminzalik . btw , nak termuntah hijau aku dia buat macam tu .



bye

perompak ! segala maki hamun ni untuk kau !

sebelum aku menulis dengan lebih lanjut . ingin aku menyusun sepuluh jari mohan maaf kalau ada sesiapa terasa . tak lain tak bukan aku cuma tujukan kepada mat drug yang dah rompak kedai yang aku keje hari ni .



aku tak boleh cerita dari a sampai z sebab semua dalam siasatan polis . yang cuma aku boleh mention kat sini . kejadian ni berlaku masa aku ada sorang-sorang je kat butik , pukul 6.15 , hari ni ( 31/mac )



ketahui lah selepas usai balik kerja , aku mandi solat dan aku terus buka lappy untuk share pengalaman hidup hari ni . sebelum tu , post untuk kali ni bukan lah untuk meminta simpati dari sapa-sapa atau sekadar mencari populariti . sememangnya tak . 



sila dengar makian aku 


perompak tak sedar diri 
bodoh
terkutuk
paling hina dalam dunia
bengong
setan
lembu
mabuk
bodoh
bodoh
bodoh lagi !
dan segala makian dalam dunia ni hanya untuk kau !



yang paling tak tahan bila buat report polis siap mention nama perompak tu dengan perkataan " beliau " . hahh ! kan dah kene sound dengan aku .weh , nak berlagak sikit aku A+ bm ! baiki ahh der ! tak layak untuk beliau . dia bukan lelaki terhormat . lelaki terkutuk tak kerja rompak duit orang sesuka hati . bodoh ! 



hmm ..banyak lagi aku nak maki-maki ni . tapi macam tak kena dengan lagu ni . haishh , tak baik . tapi aku tak keluarkan perkataan-perkataan yang dasyat .



aku akan cerita kejadian sebenar bila kes ni dah selesai . tolong doakan aku k . amin .



p/s ; tangan aku terketar-ketar bila bergelut dengan dia . dan tak sangka aku seberani tu . weh , aku kejar dia tapi tak dapat . bibir aku kering mintak "tolong" , tapi malang tak de sapa yang dengar . tapi tetap bersyukur aku selamat . cuma tangan macam terkehel sebab nak rampas balik duit tu . tapi aku cuma dapat cebisan duit yang dah terkoyak

p/s :aku masih ingat muka dia & boleh bayang lagi macam mana dia tenung aku bila aku bangun nak rampas balik duit . muka seram . macam ni lah kehidupan orang yang ambil dadah . moga-moga kau mati dalam keadaan terkutuk dan membusuk lah dalam neraka .



maaf , ketahui lah yang aku masih dalam trauma .


pengalaman mendewasakan kita .


terima kasih 


assalamualaikum

ketika aku masih kecil .

assalamualaikum .



first , terasa bajet title kali ni . padahal aku baru berapa bulan je tak jadi student . means , kalau aku dapat sambung pegi belajar tahun ni , aku still student . amin ya  rabbi alamin .  maksud tersiratnya , habis sekolah dah jadi macam orang-orang besar lah . hamboi , banyak cantik ! 




memang aku nak cerita serba banyak tentang zaman aku kecil-kecil dulu . terlampau banyak kenangan . apa orang cakap kenangan manis ? pahit ? . ahh , pengaruh biodata sahaja . tulis dalam kertas buku . bagi kaler-kaler sikit . yang tak tahan , bab makanan kegemaran pun nak rahsia . ewah . cakap lah masakan ibu . baru lah hot . 




masa kecik-kecik dulu , orang panggil aku baby . entah dari mana datang nya , aku sendiri tak tahu . kelakar lah panggil baby . macam bunyi gatal . tak nafikan ada jugak yang panggil aku baby sampai sekarang . mak cik-mak cik yang dulu-dulu suka sembang-sembang dengan mak aku . tapi kebanyakannya akan panggil aku adik . dah besar pun adik lagi . terasa macam nyah . tapi adik lebih cool daripada baby .





masa kecik-kecik dulu , aku suka nangis . nangis meraung ahh . nak cakap nya aku ni suka menangis .tapi yang peliknya , air mata tak de pun . ni time bila dekat pasaraya sebab aku nak 3 gula-gula botol susu . pastu mak aku beli satu je . aarrr , mula ahh aku mengamuk . gila tak malu aku kan masa kecik . tapi bila dah besar aku tak lah nangis sangat . tipu ahh kalau kata tak nangis , nangis lah jugak cuma kalau nak nangis tu  , aku tak suka orang nampak . sebabnya , sebab muka aku buruk gila kalau nangis . tak percaya ? cuba ahh tengok gambar aku masa amik result hari tuh . ahh ! tak nak amik tahu .




masa kecik-kecik dulu , aku rajin nak buat kerja rumah . alaa , biasa lah budak-budak kan , orang tak suruh pun nak buat . biasanya , dulu-dulu kerja angkat kain kat ampaian kerja abang aku . tapi oleh kerana dia malas , dia suruh aku . konon , kalau aku buat dia nak belanja aiskrim nangka . zaman dulu mana lah ada wall's ke , cornetto love ke . tapi sampai sekarang lah aku suka aiskrim nangka . nak ke angkat jemuran tu , aku kena lah ambik kerusi sebab tak sampai . nak dijadikan cerita , angkat punyer angkat kaki aku terperusuk kat tengah kerusi plastik tu . maka kantoilah dengan mak aku , abg tak buat kerja dia . sekarang ? hmm..haram dia nak angkat baju . semua dah jadi kerja aku .




masa kecik-kecik dulu , aku suka ikut mak aku pegi kenduri . dengan harapan nak bawak balik gula banyak-banyak . pastu malas nak gosok gigi . perangai budak-budak macam ni ahh kan .




masa kecik-kecik dulu , aku suka tidur dalam buai . dah umur 7 tahun pun tidur dalam buai . tak malu kan ? korang boleh bayang tak besar gedabaknya kain pelekat buaian tu . wawh , klasikkan tidur buai pakai kain pelekat ayah . pastu mak aku nak buang tabiat aku mak aku cakap kambing nak makan aku sebab tidur dalam buai . so , takut ahh masa tu . langsung tak tidur buai dah .




masa kecik dulu , mintak duit dengan mak duapuluhsen je . mak nak bagi limapuluhsen pun tak nak . cuma nak duapuluhsen . sekarang ? tahu-tahu je lah . haha .




masa kecik-kecik dulu , aku paling takut luka . sebabnya , mak aku tak suka kalau ada nanah-nanah ni . sure dia akan sental luka tu . adik beradik aku sure tak bagitahu mak aku kalau ada luka . siap kitorang berpakat lagi saling nak tutup luka masing-masing sebab tak  nak bagitahu . kalau bagitahu , tak boleh join main teng teng . kelakarkan masa zaman kecik dulu .




masa zaman kecik-kecik dulu , berebut nak naik basikal dengan adik beradik aku . basikal cuma ada dua .kitorang ada 4 orang . so , biasanya along akan gendong kak teh , & angah akan gendong aku . angah tu abang aku lah . family kitorang panggil dia angah .




masa kecik-kecik dulu , punya lah rajin nak pegi mengaji . berebut dengan adik beradik nak amik air sembahyang dulu . motif apa nak cepat ? sebab nak tengok citer sailormoon dulu . sebabnya , yang paling cepat dan lah tengok sebab kene tunggu abang & kakak yang lain bersiap .




masa kecik dulu , suka sangat dengan cerita kartun sailormoon . sampai berebut-rebut dengan kak teh nak cop ketua dulu . konon ketua dia tak boleh bersatu dengan kekasih dia sebab bumi akan berpecah belah . eleh , sekarang bumi kat jepun dah berpecah belah dek tsunami , sailormoon bersatu dengan kekasih dia ke ? ahh , masa kecik pun pengaruh cerita jepun .




masa kcik dulu ,setiap kali ayah aku balik dari laut , malam minggu mesti pegi makan . ayah buat balik udang , ketam , semua ahh . pastu berebut nak yang besar . semua tak dapat . ayah bagi aku yang je yang besar . anak bongsu mesti dapat lebih . haha . tapi sekarang tak boleh nak kumpul-kumpul cam dulu lagi sebab semua dah komitmen sendiri 
:'(



actually nak citer pasal zaman kecik ni memang tersangat banyak .aku sendiri kalau boleh nak balik zaman kecik balik .
ni aku masa zaman kecik :




ok . sila lah gelak .



sekejap je masa berlalu . along dah kahwin . anak-anak semua dah habis sekolah . tapi ayah still kerja . dia kata dia tak boleh tak kerja . sebab dari muda sampai sekarang dia tak penah berhenti kerja cari duit untuk tanggung kitorang . sampailah anak-anak dah berjaya .




mak aku pulak dulu buat kuih secara kecil-kecilan sebab nak tolong ayah & tambah duit sebanyak mana yang mampu . sampai lah sekarang orang cuma perlu tempah call je mak aku . sebab masa dulu . aku & kakak abang aku lah pegi ke rumah-rumah nak jual kuih akok . naik basikal yang ayah aku beli sebab hari jadi along & angah . aku rindu 
:'(




sekarang mak & ayah alhamdulilah dah dapat hasil daripada semua usaha mereka . malah dapat tanggung aku dan adik beradik sehinggak kami dah besar .





masih ingat diingatanku , mak aku kena serang dengan salah seorang warga kampung , perempuan sebab kacau periuk nasi dia buat kuih jugak . wal hal rezeki tu masing-masing . abang aku lah yang jadi ketua keluarga sebab ayah aku tiada , kelaut . dia lah yang pertahan kan mak aku . aku masa tu cuma nangis sebab mak aku pun nangis . dia cakap family aku merempat datang kat kemaman ni . sebab kami memang asal orang johor . tapi dia tak tahu yang ayah aku juga orang terengganu . entah , sampai sekarang hati kecil ni tak mampu nak maafkan dia . walaupun masa tu aku masih kecil . tapi aku masih ingat .dia hina family aku .




aku bangga jadi anak en . jusof  b omar dan pn. fatimah bt . ngah . aku juga bangga menjadi anak seorang nelayan dan penjual kuih .




aku sangat sayangkan family aku melebihi sesiapa sahaja 
:'( 

 zaman ketika aku masih kecil 



bye 





keputusan spm 2010

assalamualaikum




aku tahu aku mungkin terlewat nak post pasal result spm . alaa , chill lah baru 2 hari . hari ni baru hari jumaat . aku sibuk hari-hari . kat tempat kerja kata balik nak update blog , tapi haram , balik aku terus tidur . ok tipu ,sempat berfacebook sekejap .





weh , ni nak citer nak citer pasal hari pergi amik result . skema tak cakap nak citer ulang-ulang ?pedulikan .





23/3 tarikh keputusan spm keluar . so ,aku pergi dalam pukul 10 lebih sikit ,  dengan suhaili . ingat nak suruh mak aku hantar je . tapi mak aku ada kerja pulak . so , pegi sendiri ahh . alaa , dah besar .





sampai dah ramai orang tunggu . cuak jugak lah muka . sapa tak cuak nak amik result kan ? jantung dup dap dup dap tak henti-henti . tangan jangan cakap ahh . sah macam orang parkinson . 





tapi , sampai-sampai result tak boleh bagi lagi sebab tak sampai lagi . jumpa kawan-kawan , debaran hilang , sibuk duk sembang-sembang mentang-mentang ahh lama tak jumpa . pastu aku bajet semuo orang  tgk aku pakai riben klip atas kepala .ahh , malu bukan kepalang . haha . ok , menarik perhatian kah ? sampai ada cikgu-cikgu yang tanya . 










cikgu salmi cakap kat aku kalau tak dapat  "a " akaun cikgu nak amik riben tu , kalau dapat " a " , cikgu tambah satu lagi . haha . aku dah tercengang dah . ok , rilek . ahh , tak . sumpah takut gila .








then , keputusan dah sampai . tapi tak leh amik lagi . aku dah terbayang dah nak beratur amik result macam mana . fikiran aku nak aku beratur belakang sekali . konon bajet ahh . ok , tipu .sebenar nya takut nak mamp** .










tak leh amik lagi sebab cikgu nak panggil yang cemerlang bermula dari straight A . ahh, cuak jangan nak cakap ahh . teramat ! pastu cikgu aida panggil yang dapat straingt A , nadia & wan . pastu bla bla bla dan seterusnya .aku dah hiba dan duka dah sebab nama aku tak dipanggil pun . sampai lah dekat pelajar yang dapat 6A .








JENG JENG JENG !








mula-mula cikgu panggil nama jiji . seterusnya isyatie . kemudian pelajar dari sains satu . sambil menunggu dengan penuh harap . aku rasa nama aku sure tak de. aku tunduk dengan penuh penyesalan . ye , mungkin bukan rezeki aku . 






kemudian , siapa tahu ? mungkin rezeki . nama NUR FAIZATULL AKMAR BT JUSOF dipanggil . wawh , gembira bukan kepalang ,hiba , terharu semua rasa . aku bangun amik result aku kat depan . pastu aku nangis . tapi yang peliknya budak-budak lain yang dpt 6A tak de ahh nangis cam aku . manja kah ? pedulikan ! pastu , cikgu sempat lagi ajuk pasal riben yang aku pakai . haha . glamour ahh riben tu . weh , aku beli kat tempat aku keje . lalala .










tapi masa aku pegi amik result tu macam ada tak kene . aku jalan macam tergedek-gedek . padahal aku rasa laju dah tu . oh , lupa . aku pakai wedges . haha . nah ! padan muka nak sangat pakai . pastu aku peluk cikgu-cikgu aku . ucapan terima kasih tak lekang kat bibir.salam semua cikgu . tak kurang juga cikgu-cikgu yang menyapa aku . bahang ucapan tahniah still terasa sampai sekarang dari orang yang dikenali atau tak dikenali . ahh , terima kasih !








pastu aku call mak aku . air mata tak nak kalah beb . menitis lagi tanpa dipaksa . automatik der . haha . aku bangga dapat banggakan parents aku . sangat-sangat bangga . walaupun aku tak dapat straight A . 






masa tu tak tengok lagi apa yang A ,apa yang B .






aku dapat 6a 3b 1c




BM:A+


BI:B+


SJ:B+


P.ISLAM:A


MM:A-


SC:A-


EA:B+


PP:A+


TAS:A


ADDMATH:C




tu lah keputusan spm aku .








weh . aku dapat A+ akaun . ahh , suka gila . pastu cikgu salmi ucap tahniah kat aku . ahh , terharu sangat-sangat .








nangis lagi . 








aku tak tahu kenapa aku emosi sangat . padahal 6a je . haha . kalau straight A mungkin aku dah pengsan tak bangun-bangun . kalau bangun pun kalau lee min ho kejut . ewah , gatal .








pastu aku ushar kat booth-booth yang ada . aku pegi kat politeknik , ada abang ni cakap yang " awak lah yang dapat 6a tadi kan ? dah tak nangis dah ? tadi telefon sambil nangis-nangis cakap dengan sapa ? " wawhh , dia perhatikan aku . pastu aku just senyum-senyum konon bajet malu . ahh , pedulikan .










balik tu mak aku tengok slip aku . pastu mak aku tanya pasal kawan-kawan aku . mak aku cakap anak kawan dia result tak baik sangat . kawan mak aku cakap anak dia sibuk nak bercinta sangat . pastu mak aku boleh pulak cakap ngn aku  " dulu mak aku tak kasi ber pakwe-pakwe nih , sekarang kalau adik nak tak kisah lah , tapi kene jaga syarat-syarat . yang penting belajar jangan lupa "
wawh  , aku dah teruja ! ok , tipu . haha . calon pun tak de. ok , nak isi borang ? bak sini lima hinggit . haha . ok , malas nak cerita pasal nih . *sadisssss*








hari ni aku pegi pameran kerjaya dekat dewan berlian, mpk . singgah kat satu booth . abang tu ada cakap macam ni auw " awak dapat 6a kan ? yang pakai riben rama-rama tu ? yang nangis tu ? " . haha . pastu aku senyum-senyum je ahh bajet cun masa tu . ewah . sejak dapat result , perkataan ni , riben rama-rama , nangis . 6a .








p/s ; terima kasih yang ucap tahniah . sangat-sangat terharu .






extra p/s ; aku apply semua kos . tapi aku paling harap dapat maktab perguruan . amin . nak jadi cikgu weh ! haha .






undi-undi 






jap tak de orang pun undi akauntan . weh , aku dapat A+ auw  akaun . ceh , berlagak ! tak tak , aku tak pun macam minat akaun tapi cikgu akaun minat . :)




 bye

semakin matang

assalamualaikum



 balik kerja , usai mandi , terus buka lappy . dengan harapan cik gsp nak post entry kali ni . dalam perjalanan pulang dari kerja , cik gsp pandang ke atas langit , wawh , bulan penuh hari ni . subhanaALLAH , maha suci ALLAH yang mencipta sesuatu yang indah .


bercakap soal title , sejak kerja ni , cik gsp rasa lebih matang sekarang . maksud cik gsp bukan lah dulu-dulu tak matang , tapi mungkin sekarang "lebih" matang . cik gsp belajar untuk lebih sabar , belajar menepati masa , belajar berdikari , belajar menabung dan yang paling penting belajar dari pengalaman . 




manusia selalu buat silap .dan cik gsp juga termasuk dalam golongan tu . sedikit demi sedikit , cik gsp belajar membaiki kelemahan diri . dulu asyik-asyik kita yang mintak duit dengan mak ayah , sekarang dah kerja sendiri baru rasa macam mana susah perit nak cari duit . mungkin manusia leka , bila sentiasa di beri peluang .sebab tu , bila kita mintak duit je kat mak ayah , diorang akan bagi . tapi cuba kita cari duit sndiri , rasa pegang duit sendiri atas usaha kita . berbaloi ? yes , sangat berbaloi . 




sekarang , cik gsp jimat duit . mungkin sebab duit sendiri . kalau dulu , duit yang mak ayah kasi sure habis . bila kuar je , comfim akan beli apa-apa . termasuk lah kadang-kadang barang yang tak perlu . juga sekarang ni , nak makan pun rasa nak jimat . bawa bekal , tak lah habis duit . nak lagi jimat , puasa .disamping nak kuruskan badan . sebab kalau duduk rumah , kita tak amik berat sangat hal ni kan . beras dan semua keperluan harian parent kita yang tanggung .




duduk je rumah , kita mungkin tak bergaul dengan orang . mean , kadang-kadang jiran sendiri pun tak pernah berbual . mungkin cik gsp  , ye , sebab cik gsp tak de jiran pun . haha . bila dah kerja , cik gsp banyak berkomunikasi dengan orang . banyak jugak dengan orang-orang yang lebih berusia dan matang . tak kurang jugak wanita yang berkerjaya . kemudian , timbullah keinginan nak jadi macam diorang . 




kadang-kadang orang kerja sebab nak duit je kan . tak fikirkan kepuasan kenapa kita nak kerja . era kini , duit mesti nombor satu . ya , cik gsp tak nafikan . cik gsp banyak jugak amik ot , boleh lah kumpul duit lebih sikit . tak bermakna cik gsp gila duit . cuma cik gsp kadang-kadang terfikir , pegang duit sendiri , apatah lagi dengan usaha sendiri , merupakan satu kepuasan .




kalau dulu , pantang tengok baju lawa sikit , terus nak beli . duit tak de , mintak dengan mak ayah . sekarang , cik gsp lebih tahan nafsu . alaa , perempuan memang tak boleh kan bab shopping-shopping nih ..so , sebagai matlamat dapat gaji , baru beli , dengan harapan orang lain tak kebas dulu . hihi .




cik gsp sekarang tengah kumpul modal nak bukak bisnes kecil-kecilan dengan dua rakan kongsi cik gsp . umum yang tahu cik gsp pernah jual shawl dulu kan ? so , sekarang cik gsp nak bergiat aktif balik dan adalah jugak pertambahan barang-barang yang boleh dijual . 
insyaALLAH , kalau tak de aral kitorang akan start bulan 4 ni ,mungkin awal ,tengah atau akhir . sebab sekarang kita sibuk dengan komitmen kerja masing-masing . so , tengah cari market jugak . doakan lah . bagi customer-customer cik gsp yang dulu-dulu . tunggu lah . senyum sambil kenyit mata sikit . ewah .




p/s : bulan ni , banyak situasi-situasi yang memberi pengajaran untuk cik gsp . dan semua mengingatkan kepada al - Rahman al-Rahim . moga-moga kita berada dibawah keredhaanNya .
amin.



dugaan

assalamualaikum



balik dari kerja hari ni . aku terus mandi . tanpa capai tuala , melulu masuk dengan handbag & helmet . bukan tak sempat takut nak terkucil ! sebab aku basah kuyup balik dalam hujan . bibir aku terketar-ketar , tangan & jari-jari aku kedut seribu .kalah anita sarawak .


hari ni aku shift petang , so balik malam ahh , entah kenapa malam ni hujan .tidak seperti malam biasa yang cool dengan angin sepoi-sepoi . mula-mula tu hujan lebat sangat-sangat . nak redah je , aku takut . al maklum lah , dulu aku xcident pun masa hujan . jadi , aku tunggu lah sampai hujan reda . malangnya , hujan tak reda-reda . aku tunggu di kaki lima deretan kedai berhadapan dengan motor scooter aku . kesian scooter aku mandi hujan , tapi dia cool je .




tunggu dan tunggu . 



pastu , nick nampak aku . dia pergi kat aku . btw , nick kerja dengan mak dia kat kedai makan ( thai food ) . alhamdulilah , nasib nick ada . tak ahh aku cuak sorang-sorang duduk situ . jap , nick tu perempuan bukan lelaki . pastu , nick ajak tunggu kat kedai dia . so , aku ikut ahh , drpd duduk sorang-sorang kat situ . nick datang dengan kawan dia yang kebetulan kerja dengan mak nick jugak . pastu payung muat-muat untuk dua orang je . so , aku amik keputusan pakai helmet je ahh nak lintas jalan . gila hot lah kan pejalan kaki pakai  helmet . ahh , ada aku kisah ? . sampai kat kedai nick , 50 peratus baju aku basah . 




aku pun duduk kat kedai nick di satu ruang meja tengah-tengah . mean , kalau ada pelanggan singgah kat kedai sure akan nampak aku dulu . aku tunggu sorang-sorang . dengan harapan hujan akan reda . nick tanya aku nak air apa , so aku kata lah air teh ais . hujan pun minum air batu . haha . pastu ada ahh sorang laki ni masuk kedai , dia tarik kerusi kat meja aku . aku ingat dia nak duduk situ . rupanya dia nak alih kerusi tu sebab nak lalu . mungkin naluri aku je kot yang rasa macam tu . ok , fine , aku kan perasan . tak malu aku kan ?





pastu aku cover-cover ahh , sebab ramai betul laki-laki lepak situ . segan jugak aku . mana tak nya , aku kan perempuan . pakai baju kurung lagi . pastu jap lagi ada pulak laki-laki yang tegur aku macam ni

" kesian nya dia duduk sorang "




adakah aku bermuka simpati sampai kau kata kesian ? haii , aku tak de apa-apa pun duduk sorang , kau pulak yang kesian . kalau macam tu , cepat call bersamamu aku nak jadi artis buat muka kesian.




pastu aku cover lagi , buat-buat tengok jam . walhal aku tak pakai jam pun . korang rasa diorang perasan tak ? haha . pastu aku buat-buat tekan phone , bajet ada orang mesej padahal tak de pun . 


hujan macam dah serik , tapi still hujan lagi . aku buat keputusan untuk redah je . kalau tak redah , sure aku sampai lambat . mak aku nak ambik tapi aku kata tak payah sebab aku tak nak tinggal scooter aku macam tu je . kalau orang curi macam mana ? bukan senang nak dapat sebuah motor bagi aku yang dari golongan sederhana nih .




so , aku balik redah je ahh . kat parking moto , ada lelaki tu boleh suka pulak kat aku . rilek ahh der , aku tahu kau bawak kereta , aku bawak scooter . aku cool je , kau pulak yang tergelak-gelak . ahh , kalau kau orang yang aku kenal sure aku makan hati dgn kau .




aku bawak moto laju 40 je , tak lebih dan tak kurang . ok , tipu , tak lebih tapi kurang ye . entah kenapa hari ni sikit punya banyak lori . aduh , aku lagi takut . aku tak potong orang pun , cuma orang yang potong aku . lembap macam kura-kura ahh aku nak cakap kat korang . pastu ada pulak mat rempit bawak moto rxz laju gila potong aku . tak takut ke kau ? laju-laju jalan licin hari hujan ? korang jawab korang mat rempit . haha .




kereta tak habis-habis cemburu dengan aku . ashik hon je . padahal aku dah duduk line tepi kiri dah tu . aku tak kacau line kereta pun . dah lah kereta-kereta ni hentam aku bila ada lopak air . basah kuyup aku kene air-air kotor jalanan . boleh korang bayang tak banyak mana bakteria kat badan aku ? tapi aku rilek je . cool ahh . padahal aku geram gila !kene lopak air sikit dah geram kalau dilanda tsunami macam mana ? seharusya , kita kena sabar kan . apalah aku ni . tapi cakap pasal tsunami , kemana hilangnya ultroman yang konon nya boleh lawan raksasa tu ? mana detektif konon yang kecil tu nak siasat kenapa tsunami boleh jadi ? mana ghoku ? sibuk cari dragon ball ? sailormoon ? sailormoon mana ? ahh , fantasi kartun semuanya !jap , doraemaon tak de alat yang sesuai ke ?



ok , dah lupakan . berbalik pada cerita



alhamdulilah sampai jugak rumah . tapi lewat ahh jugak . yang shok nya , sampai je rumah anak buah aku sambut aku dengan tuala . pastu boleh pulak dia kata cam ni 



" bestnya adik acu mandi hujan "




ok , budak-budak .biasa ahh . aku dulu pun macam tu .



padahal aku niat hari ni nak taip blog pasal zaman aku kecil dulu . dah dapat dugaan ni  , taip entry ni jelah 



:)



p/s : tadi masa tangah kerja , mak aku call cakap sepupu aku meninggal . takziah untuk abang farhan dan sekeluarga , al-fatihah .




bubye

pengalaman 7 hari kerja

assalamualaikum



hari ni aku terpanggil nak mengupdate blog .



weh korang ! cik gsp dah kerja 7 hari ? tak percayakan ? percayalah . cik gsp percaya yang cik gsp dah seminggu kerja .




macam-macam pengalaman yang cik gsp dapat bila kerja . malah , mematangkan diri cik gsp . cik gsp jumpa macam-macam jenis aneka masyarakat . hamboi , dah macam kuih raya . berterabur tatabahasa cik gsp . choi !




weh , nak citer nak citer . mula-mula masuk kerja cik gsp agak blur sikit . tak tahu apa-apa ahh .sebagai seorang penggemar shawl , yang cik gsp tahu hanya pegetahuan cetek tentang shawl . btw , cik gsp kerja dekat butik selendang dan tudung . bila ada pelanggan , cik gsp ashik ikut je kakak yang kerja kat situ dan dgr je bila dia layan customer . bila ada customer tanya pasal harga , mula ahh cik gsp terkial-kial panggil kak ah , nak tanya . alaa , biasa ahh , first keje takkan dah boleh hafal semua harga . nasib ahh mula-mula cik gsp dapat customer yang tak banyak karenah .




mula-mula kerja , cik gsp selalu doa dalam hati tak akan ada customer . jahat tak ? haha . sebab cik gsp macam kekok lagi nak layan customer .




pastu dari hari ke hari , cik gsp dah mahir . kadang-kadang semua customer nak layan . cik gsp ajar orang pakai shawl . cik gsp tolong cari tudung yang matching dengan baju .cik gsp harap customer tak putus-putus masuk kedai .




 kadang-kadang ada customer yang datang dengan husband diaorang , alahai , sweetnya . pastu si isteri tanya macam ni  " bang , lawa tak ? " . si suami jawab , " lawa ahh yang , amik lah , abang bayar " . pastu aku pulak senyum-senyum malu , alahai..hmm..




ada yang datang tu dgn bakal husband diorang , cari tudung plain untuk baju kahwin . hmmm , cik gsp senyum lagi . sweet ahh .




ada yang sombong gila , cik gsp senyum pun dia tak senyum . dah lah kening halus gila . sory.




pastu , kalau cik gsp kerja shift pagi , kene ahh kemas butik dulu . mop-mop lantai , lap-lap cermin . sebab butik tu , dikelilingi cermin . yang peliknya , cermin tu buat cik gsp terasa lawa . ceh ! perasan . ok , pedulikan . mesti ahh cermin tu kene bagi nampak orang lawa , kalau tak kalau orang test tudung tapi nampak tak lawa , diorang mesti tak nak beli .dan , orang yang muka bulat pun boleh nampak cam bujur sireh . berbelit tak ayat aku ? ok , baca sekali lagi . 




dah seminggu kerja , cik gsp dah biasa dgn customer . siap sembang-sembang lagi , tak kira tua muda . semua cik gsp bantai . pastu cik gsp puji-puji diorang . biasa ahh , kita kene tarik hati pelanggan . malah , cik gsp dapat pengalaman macam mana nak berkomunikasi dengan orang awam . mungkin mudah sebab cik gsp banyak cakap . tapi cik gsp suka dgn kerja cik gsp . sangat-sangat suka .




tapi , disebalik semua ni . ada satu tragedi buruk. cik gsp bukan nak mengaibkan gadis itu , tapi cukup lah sebagai pengajaran bagi  kita semua . 




ada deretan area kedai cik gsp , kedai jual phone , pekerja dia kene rogol dengan majikan dia sendiri . yang jijik nya lagi , majikan dia tu cina .tidak adil bila dia cuma direman 7 hari sahaja . mungkin orang banyak duit boleh rasuah sape sahaja , boleh ikat jamin dan bayar peguam . habis tu , macam mana dengan gadis tu ? . kadang-kadang undang-undang terlalu kejam bagi wanita . nauzubillah .




tu yang cik gsp takut , sebab tu cik gsp tak lalu kat depan kedai dia . apatah lagi kalau cik gsp balik malam . cik gsp rela lalu kat jalan raya  , dari lalu kat kaki lima kedai dia biarpun lebih jauh dari parking moto . dan mujurlah , dia tidak tertarik dengan wanita berhijab , yang menutup aurat . buat pengetahuan semua , cik gsp dapat tahu yang gadis tu memang ada skandal dgn majikan dia tu , dan gadis tu berpakaian agak " seksa " . kenapa tidak lelaki yang bernafsu buas seperti binatang tu . . . huhh , tak mampu cik gsp nak huraikan . hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk gadis tu .




dan cik gsp selalu doa supaya Allah , lindungi cik gsp . yakin lah , selagi seorang gadis itu menjaga kehormotannya , Allah , akan melindunginya . amin .amin . amin . sebagai gadis yang masih perawan , wajib cik gsp menjaga kehormotan diri . malah semua gadis kat malaysia ni . jaga maruah kita sebaik-baiknya .




cik gsp sangat bernasib baik sebab dapat bos yang prihatin dengan pekerja dia . so , bila malam kene jaga dua orang , tak boleh sorang-sorang .alhamdulilah . tapi , cik gsp kena berhati-hati jugak . cik gsp kene bawak peralatan-peralatan yang sesuai untuk  mempertahankan diri .




buat pengetahuan semua , kedai dia ada jawatan kosong . so , jangan pergi ahh mintak kerja kat sana . ni amaran taw . jangan kerja kat situ . kedai topup cina , sebelah butik alya sarah , taman cukai utama . jangan ! btw , dia nak cari pompuan yang seksi-seksi , tak nak yang pakai tudung . 




pengajaran : patut lah islam mengsyariatkan wanita menutup aurat . salah  satu nya nak lindungi kaum hawa ni daripada lelaki yang bernafsu buas seperti binatang . moga-moga dijauhkan dari kita . amin . korang doakan keselamatan cik gsp. ok .



jap lupa nak bagitaw , cik gsp kene pakai formal untuk pegi kerja , so hari-hari ahh cik gsp pekena baju kurung . auwww.




p/s : hari ini ada satu cerita ajaib , ada customer tu tanya kawan dia bila event yang dia nak guna tudung tu , pastu alih-alih cik gsp yang jawab , 9 hari lagi . pastu dia macam tercengang . haha . btw , 9 hari je lagi result spm nak keluar . takut mak nyah ! auww .



extra p/s : thx untuk yuyu sebab buat header untuk cik gsp .






jap . terkejut cik gsp ramai visitor bagi entry sebelum ni . hamboi korang ! gosip cepat ehh . sory , cik gsp agak emosi masa tu . =)