Followers

tak tahu nak letak title apa.

assalamualaikum korang



senyum sikit




weh . eh kasar cakap weh weh . sebelum kerja aku asyik duk cakap duduk rumah tak mencabar langsung . nah , bila kerja semua aku hadapi . wah , bajet tak ? ye , bajet




aku dah berdepan dengan lelaki gila seks , drug addict dan sekarang aku tengok budak-budak black mental tumbuk-tumbuk depan kedai tempat aku kerja . gila tak takut tengok dress up diorang ? tersentap hati mak nyah ! rambut tak nak kalah dari dinosour-dinosour zaman purba dulu . aigoo . telan air liur aku tengok . diorang gaduh dengan geng-geng diorang je pun . baru lepas jaming barangkali . aku tak tahu style apa yang diorang bawak .  kalau budak-budak indie main jaming tak de lah dress up cam gitu . skinny ye lah kan . diorang ? nah , siap pakai legging lagi ! skirt petak-petak ala bugis . muka ganas gila . tengok dah tahu busuk . ( kalau diorang baca , sure cari aku nanti ) i amik langkah berani u ! pakai celak ikut sunah nabi . tapi , kenapa still orang takut tengok muka korang . 



i pakai celak , u oll takut tak ? tak takut . terima kasih




tak main kayu-kayu beb . guna besi terus . mulut jangan cakaplah . "bodoh" memanjang . pastu budak-budak cina teruja je tengok remaja melayu bergaduh . tak malu kah ? aku yang melayu tak gaduh ni malu . aku tengok aku pun takut . then,bila polis datang barulah semua lari . yang tu kesitu , yang tu kesana . para penonton yang tengok pun turut sama blah . wawh , hot lah abang-abang polis , baru parking kereta , semua dah lari .  ada yang rakam . hahh , tengok bila melayu gaduh je nak rakam . pastu sebarkan . konon , banggalah  dapat rakan orang gaduh . 




jalan punyalah sesak dek orang nak tengok . nah , tayang filem ekstrem tak berbayar . siapa tak nak tengok ?




dah , nak cakap tu je . 








p/s :moga ALLAH buka pintu hati diorang , tunjuk jalan yang benar , berada di landasan yang betul , jadi hamba yang beriman . amin .




p/s: dah ada awek , tapi still nak ngorat perempuan lain , (tak de kena mengena pun dengan cerita diatas , cuma sengaja nak bagitahu) kalau saya jadi awak , dah lama saya tinggal laki-laki macam ni .




chill , kau jugak yang ajar aku kan . terima kasih .


bai :) 

jodoh , ajal , maut urusan TUHAN

assalamualaikum


*senyum sikit*

eh , double chin ? sejak bila ? ( buat-buat tak percaya)





hari ni saya dah cool sikit




entry-entry sebelum ni asyik emo kan ? asal sikit nak stress , asal sikit nak marah . alaa , rileklah der . guwa chill ahh ni .


ok,sudah . jom story mory about tittle tu .



first , salam ucapan takziah untuk isyatie sekeluarga atas pemergian ayah tercinta . semoga roh arwah dicucuri rahmat . alfatihah .



isya yang tabah k . ni ujian ALLAH . qema tahu kisah isya . isya selalu kongsi kisah isya kat kitorang . jujur , qema slut dengan isya . mungkin kalau qema jadi isya , qema tak dapat nak tanggung semua ni . sebab asyik-asyik nak stress . apa-apa pun ingat yang ALLAH takkan bagi ujian kat hambaNYA , kalau hambaNYA tak mampu nak hadapi . qema tahu isya kuat . yang tabah sekali lagi .
*sorry tak angkat phone masa isya call , sory sangat*





----------------------------------------------------------------------------------




entah bila entah , ada sorang kawan bagitahu saya ada kawan saya nak kahwin . berbelit tak ayat ? k macam ni , ada kawan lama saya masa zaman kanak-kanak dulu nak kahwin . wawh , umur 18 tahun dah nak kahwin . tapi tapi tapi ! dia kahwin bukan sebab nak cover something ok . eh eh , ada orang buat-buat tak faham . dah lah malas meleret nak terangkan . sebenarnya , kawan saya tu kahwin sebab pilihan keluarga . keluarga dia jodohkan dia dengan bilal masjid apa ntah tak ingat . maybe dah sampai jodoh dia .



 tahniah .moga kekal hingga akhir hayat .dia jugak pernah cakap kat saya dulu . dia nak berbakti kepada ibu bapa dan seterusnya suaminya . alahai , moga ALLAH berkati beliau . amin .



----------------------------------------------------------------------------------



alhamdulilah urusan temuduga spa8 50 peratus dah siap .sijil dan keperluan lain dah siap packing kemas-kemas , tinggal tandatangan pengetua dan berlatih macam mana nak interview . harap-harap nanti bila datang sekolah dapat sabar dengan kerani tu . cuma satu yang diharapkan , cakaplah elok-elok dengan saya . kita ada budi bahasa . terima kasih .



satu persatu masalah dah diselesaikan 



nenek saya selalu pesan , kita jangan tinggal baca alquran . sebab alquran beri kita ketenangan . alquran sumber untuk kita selesaikan masalah . bukan boleh fikir logik akal semata-mata nak selesaikan sesuatu . even kita penat sangat pun kerja ( ditujukan untuk saya sendiri) , jangan lupa nak baca dia . dia peneman kita dalam kubur nanti . dan alquran sumbernya datang dari ALLAH , semakin kita dekat dengan ALLAH , semakin bahagia kehidupan kita . dan ingat yang kita ni sebenarnya semakin dekat dengan mati . jangan pernah kita lalai dengan melupakan ALLAH , sebab ALLAH tak pernah lupa kita . jangan persoalkan apa yang ALLAH bagi , sebaliknya bersyukurlah , DIA tahu apa yang terbaik untuk kita . 



sesungguhnya solatku , ibadahku ,cintaku , hidup dan mati ku hanyalah pada ALLAH s.w.t


:"(


alhamdulilah. terima kasih ya RABB 


cuba lihat pantai, laut , ada penghujung tak ? cuba lihat hidup kita atas dunia . ada penghujung tak ? ada . MATI . (selalu ingat mati mendekatkan kita pada DIA ) 
:"(






bai bai

tawaran lagi :)

assalamualaikum 


sesudah hampa menyinggah diri sejak kebelakangan ni ,sesudah air mata kering dek hilang semangat , sesudah bingung dalam membuat keputusan , sesudah . emmm , apa lagi ? ok . dah ahh . ok ok nak sambung ni . akhirnya , saya mula bangun daripada terjatuh . umum yang tahu , saya memang sangat menharapkan dapat tawaran maktab perguruan . umum jugak yang tahu saya nak jadi cikgu . dan umum  yang tahu saya tak dapat tawaran tu . silalah kutuk . ni yang nak nangis ni . tiba-tiba nak emo .





asyik berkerut dahi . ke kening ? tahu *sambil angkat bahu*




entry sebelum ni , saya ada cakap saya dapat tawaran temuduga MIAT uniKL kan ? nak bagitahu sikit . saya tak nak pegi temuduga tu . kenapa ? saya dah pilih keputusan saya . mungkin MIAT bukan bidang yang akan saya ceburi . dan usahlah tanya banyak kenapa lagi dan lagi . nak saya bagi jawapan artis . ok , no komen . *maaf unikl,saya bukan pelajar yang anda cari,tett*



bila dah fikir panjang pasal temuduga MIAT , bila dah dapat keputusan pulak . kebuntuan lain mula muncul balik .




"korang! i dapat tawaran spa8 !" 
*ayat gediks*




ya , saya dapat tawaran temuduga untuk latihan jururawat u29 dan latihan penolong pegawai kesihatan persekitaran .tapi , masalahnya cuma kene pilih satu .so , decide punya decide . search google punya search google . belek-belek gaji . belek-belek jawatan . saya pilih latihan jururawat .dulu mati-mati saya tak nak jadi jururawat . ayah saya siap tanya lagi dulu . sekarang ? alahh , guwa tak de pilihan der . upu punya result tak kuar lagi . elok guwa cari backup .





ni nak mengada bagitahu sikit . kakak sulung saya jururawat pergigian, abang saya dulu dapat tawaran attenden tapi tak pergi , kakak atas pada saya jururawat masyarakat .  saya dapat tawaran TEMUDUGA jururawat .lagi . emm . dah ahh , adik beradik saya 4 orang je pun . keluarga jururawat ? haha . senyum sikit .




ni kakak yang atas pada saya . jururawat masyarakat . sekarang belajar kat batu pahat .






apa-apa pun . tolong doakan saya ok ? terima kasih korang . sayang ketat-ketat .








bye

tawaran

assalamualaikum


tak tahu nak kata berita ni gembira atau tak . yang pasti setiap apa yang kita dapat . of course lah kita kena bersyukur . alhamdulilah . i dapat tawaran uniKL MIAT ( avionics) . so , ianya berkaitan dengan penerbangan and so whatever . decide punya decide , i fikir better i pegi cuba . mana tahu ALLAH bagi rezeki i kat sini . siapa sangka ? manusia cuma mentadbir tapi ALLAH yang mentakdir .



sapa-sapa yang dah apply tu , boleh lah check nama korang kat link ni 





uniKL ni ditaja sepenuhnya oleh MARA . means kalau lah temuduga tu dapat . kalau lah ok . i said kalau . mintak lah dapat schoolarship dari mara . tu pun mesti lah result kena cemerlang . berbelah bahagi sebenarnya nak pegi . tapi bila i tanya semua orang . dorang memang suruh cuba . i pun dah tanya cikgu . takpe lah , ni cuma temuduga , tak salah cuba . 



doakan ya . may ALLAH bless me . amin . terima kasih .



bye

awas . ini entry berair mata.

assalamualaikum



awas , sila baca title di atas .


saya dah check temuduga maktab perguruan . dukacita dimaklumkan , KPM tulis macam ni 


Haraf Maaf, Maklumat anda telah kami proses.
Nama anda [NUR FAIZATULL AKMAR BT JUSOF]-[93072101****] tidak tersenarai dalam calon layak temuduga,
Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011




last-last tak taip pun "terima kasih"



ahh ! sedih yang amat . saya nak sangat tawaran ni .



ni yang saya ada apply uitm program temudua komunikasi media dan penyiaran.  




ni keputusan dia :"(




No KP Anda : 93072101****

Harap Maaf, 

Anda tidak terpilih untuk dipanggil ke temu duga.
Permohonan anda akan diproses untuk Program Tidak Bertemu Duga berdasarkan pilihan 1 sehingga 8.



Keputusan adalah muktamad !





siap buat tanda seru lagi . kejam !


dah tak tahu nak kata apa . balik kerja terus buka lappy sebab nak check . shawl pun tak bukak lagi . then , hampa . hampa .hampa .



*saya sedang menangis sekarang*



tolong sape-sape jangan hantar chat nak kenal . saya tengah fikir masa depan saya selepas ni . ya ALLAH .



mungkin ada dosa-dosa saya . mungkin ALLAH nak bagi pengajaran . redho , mungkin bukan rezeki saya . mungkin ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk saya . sumpah , sedih yang amat . 




saya tak nak cakap panjang . saya harap dapat tawaran lain . amin .
ni yang saya apply masa isi borang upu ,harap-harap terpilih antara satu . amin .





UiTM - E2210 DIPLOMA PERAKAUNAN


UiTM - E2130 DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA#


UTM - T2340 DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH

UiTM - E2220 DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN


UTM - T2271 DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PERAKAUNAN)


UiTM - E2230 DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM


UTHM - B2801 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT


UiTM - E2810 DIPLOMA SAINS KOMPUTER


tolong doakan jugak ye . terima kasih .




bye