Followers

liku-liku jauh seorang mahasiswi

Ini entry panjang.

Jadual :




Hari ni penat tidak seperti biasa . cuaca pada pagi dan tengah hari panas seakan menerjah bahang matahari ke muka . petang pula sebaliknya , mendung .

First class start pukul 8 . dan seperti biasa berkenalan dengan pensyarah , rakan sekelas yang entah mana datangnya , ada yang dari selatan , barat malah majority berasal dari pantai timur . hari ni tak start lagi naik basikal . esok mungkin .

Sesat. Tak tahu mana class.

Dapat mesej,

“nak g mana ohh ?” , by ehsan
(dah tolong popularkan nama mu dalam blog aku , bak sini rm5)

Lantas aku terus cari butang panggilan.menerjah cari nama ihsan.panggilan diangakat . klu diberi terletaknya kelas . sambil tepuk dahi .

Jap lagi ada orang laung panggil aku ,

Qem ! qem ! qem !

Tahu siapa gerangan . ahh , tak mahu peduli . balik-balik hanya mahu senyum . balik-balik hanya mahu minta number telefon dan kemudian kata aku sombong . apakah?

Usai dua kelas , pulang ke kolej . cuaca panas . payung dibuka . ahh , nikmatnya berpayung.

Petang , kokurikulum ,beratur bagai anak-anak darjah satu ,duduk ,diam .kalau tak kena marah . seperti kebiasaan pelajar semester pertama . mana nak dapat ? hanya bila melangkah sebagai pelajar universiti . begitu gah dan agung bila dipanggil mahasiswa ataupun mahasiswi . bangga .

Petang ,

Pbsm . aku pilih pbsm sebagai persatuan . dengan harapan kawad tak de , asyik rawat orang je . yeye ol je , last-last kawad diwajibkan . pengenalan tentang hal-hal berkaitan .uniform wajib ada . ya , wang lagi . mana nak cari ?? ecece , bajet letak tanda soal dua kali . semuanya , dikira dalam bajet rm150 . pelajar universiti memang banyak guna wang . tak nafikan . untuk aku yang tidak membuat pimjaman ptptn , asyik call parents minta duit . tapi setakat ni tak de ahh lagi mintak duit . baru first time untuk bulan pertama di uitm kampus dungun .malu , segan , malu dan segan lagi nak minta duit . memang parents aku tak kasi buat ptptn , mereka bilang boleh tanggung sebab Cuma aku je lagi yang sambung belajar . dan kakak sorang lagi dapat elaun , tak pernah minta duit dengan parents pun .juga dibantu oleh ibu saudara . terima kasih . jasa kalian takkan dilupakan . alhamdulilah


Disini , aku berjimat . perkara yang susah untuk aku lakukan dulu . cuba fikir kemana hilangnya duit gaji aku waktu kerja dahulu ? semuanya untuk shopping . alah , biasa lah perempuan . dan sekarang tiada excuse “biasalah perempuan lagi noktah!”



Makan nasi Cuma sekali sehari . air minum air masak . takpun bancuh je 3 in 1 dekat pantri . ditanggung pula dengan sedikit roti dan  makanan ringan . Maggie cup Cuma tinggal satu je lagi . kerap makan magie sekarang . walhal dulu , aku memang tak suka magie . sekarang tak de masa aku nak pilih-pilih . tolong jangan jadi manja qem . please .


Rindu . aku rindu mak ayah aku , rindu maisarah , rindu rumah , rindu bilik aku , rindu peti ais rumah aku , rindu bawah tudung saji . rindu nak makan makanan mak masak .


Baru seminggu disini , harap aku betah disini , menjalani hidup sebagai seorang yang sederhana


Sekejap

Panggilan ada masuk ,

Ohh , nenek aku . merangkap ibu kepada emak aku . faham ?

“adik buat apa ? makan dah ke ? “
“tak buat apa-apa ( walhal aku tengah berblogging ) , makan dah , makan roti je”
“oloh kesian nya sayang , (tok aku suka panggil aku sayang) , kenyang tak ? “
“Kenyang .eh , eh , eh , laparrrrr”
Dan seterusnya perbualan-perbualan

Sambung

Nenek aku tinggalkan satu pesanan

“adik ingat , kalau adik nak jadi macam kak dila , adik tak boleh boros .makan apa yang ada , tak payah nak beli-beli baju , tak payah nak melawa-lawa lagi , nanti dah kerja tinggi , ikut adik lah nak beli apapun”

Sedih

Cukup disini coretan hari ni . awas ! ini bukan entry menarik simpati hanya sebagai kesimpulan sebuah kehidupan yang biasa dialami . tak salah untuk dikongsi . aku bukan seorang blogger yang di blognya penuh dengan gambar-gambar tempat makan yang best-best , style-style yang menarik . serius aku suka blog-blog sebegini . tak aku nafikan . malah aku peminat setia blogger yang suka berfesyen .disini , aku berhenti untuk  “ melawa-lawa “ . cukup menjadi seorang yang sederhana . pesan nenek aku .pegang erat.blog aku Cuma kisah hidup yang seperti biasa dialami seseorang dan terkadang Cuma aku yang mengalaminya sendiri . hati yakin ALLAH is always by my side


Tak de lagi nak melawa-lawa L




Sederhana bukan setakat ber bawal , masih bershawl , gambar sewaktu minggu mds :





P/s :sebulan lagi balik kemaman :(

uitm kampus dungun

assalamualaikum ,




apa khabar korang ? hai , saya kat sini sihat . saya rindu korang semua . korang rindu saya tak ? cepat cakap rindu . ceh , perasan . lama tak updated blog . cerita berlambak ,




ok start ,




rasa macam tak privacy bila orang asyik memandang . of course ahh sebab saya berblogging dekat cafe






start 21 mei hari tu saya dah jadi mahasiswi , dan esok , seterusnya pula . dan of course lah bila minggu pertama , ada orientasi yakni minggu mds . 






tak larat yang amat . sumpah , penat gila .mandi cuma sekali sehari . busuk ! kadang-kadang sehari tak mandi . geli lah weh . badan melekit . tapi bukan saya sorang lah  , orang lain pun macam tu jugak . tidur cuma 3 jam sehari . korang boleh ? aku boleh . well , kat sini saya tak jalan , asyik berlari je . ktipu , berjalan jugak . kat sini lemak saya dah jatuh 3 kg . korang ada ? saya ada .






esok dah mula kuliah . dah start belajar . so , setiap hari saya bawak basikal pergi kuliah . semalam parents dah beli . gila nak jalan kaki ? tinggal tulang lah nampaknya . ye ye ol je kan saya naik basikal . dulu tak pernah nak kayuh-kayuh . asyik press moto je . tapi ni semua dugaan sebagai mahasiswi






terima kasih kepada orang-orang yang tak putus bagi semangat kat saya . tak perlulah saya mention sesiapa , yang pasti ramai . terima kasih , sayang korang . saya ni dahlah banyak merungut . nasib baik tahan sebab selalu asyik tengok muka ala-ala kim hyun jung ! auww..kgatal .mengarut-mengarut , i nak study dulu !






ni nak tunjuk gambar kad matrik saya . jap , jangan gelak !




saya tak control cun kat sini .saya hangus , saya gelap , saya hitam , bawah mata saya sama dengan kulit muka saya , kulit muka saya berminyak.dan saya pakai tudung bawal.tapi still rasa chill pakai bawal .


k sekarang boleh gelak


k lah , tak boleh nak menaip lama-lama . segan kat sini ramai orang . cuma doakan saya kat sini ok . sebulan lagi saya balik kemaman :)





entri ni untuk semua yang akan rindu aku.ceh !

assalamualaikum


esok 21 mei  . esok hari lahir hawa lee . esok sehari sebelum ulang tahun kemalangan.esok ? hari pendaftaran sebagai pelajar baru kos perakaunan di uitm dungun . 


malam ni mungkin ramai lepasan spm yang menulis title begini . termasuk aku . senyum terpaksa .


mata masih belum mahu lelap. jam sekarang menunjukkan pukul 10.25 . excited kah nak pergi esok ? ntah , perasaan cuma  blur yang berkabung dalam hati ini . jiwang . ya , sejak kebelakangan ini .


nanti akan rindukan semua . tak percaya . ahh , rindu bukan barang yang boleh nampak . lumrah manusia perlukan penglihatan sebagai bukti . 


esok akan menangis bila keluarga dah nak balik . sebelum tu , tolonglah angkat barang masuk asrama dulu . dah ntah kenapa ntah bawa barang banyak sangat . tak nak balik barangkali . ahh , duduk seminggu sure nak balik . pertahankan kekuatan !



hari ni rasa bersalah jugak . rasa bersalah kepasa ewan , hawa , hilmie dan aqli sebab tak dapat join event diorang . alahh , biasa lah artis , selalu sibuk . ceh , yang menaip ni pun nak termuntah .k tipu , cuma ada hal yang tak dapat dielakkan untuk uruskan sedikit urusan penting . kalau tak macam mana nak daftar esok ? di samping beli keperluan sebagai persedian esok .



terima kasih untuk mak yang teman beli barang dan yang paling penting , keluarkan cash untuk barang-barang tersebut . eh , mak i intai kat belakang


diorang rupanya buat suprise ni


kredit banyak-banyak untuk ewan !


hari ni ramai jugak yang wish , kat inbox ,wall,komen juga chat . terima kasih



salam...esok da nk bertolak kn..
.blajar elok2...semoga semua cita2 awk akan tercapai...semoga awak berjaya dalam hidup...ok..bye2...iklas dari peminat setia awk...hehehe...^_^..


terima kasih juga untuk penghantar inbox ni . i know u are my follower . senyum sikit .



congrates to my bestfren,Aidid Laidin n Aqmar Jusof.baljo leklok,jgn maen2...take care..gonna miss u both")



Aqmar Jusof , Aidid Laidin mu nk g blajo ork? baik lah,aku sayang kamu laju2..ingt aku dlm kuliah mu

(aidid kepunyaan gadis comel nama by  :) 




qem,slmt memasuki dunia luar!hee...goodluck!!be the best among the best k??mnx mf lau 
aq ade wat slh




Qema! Good Luck Dear ....





qem...gudluck r untuk mu,smoge sukses dlam hdup mu lpas ni...mtk mf byk r neh



gud luck..stdy leklok..


korang doakan lah saya kat sana jugak k . 




moga hidup disana penuh dengan warna



saya sayang korang semua !


bye 




p/s : terima kasih untuk yuyu , yang selalu tatarias blog i . sayang ketat-ketat



esok dah nak pergi

assalamualaikum



mungkin lepas ni jarang tulis blog , jarang online . nanti rindu tak ? please lah rindu . k,over.maaf


ini bukan entry gelak terbahak , bukan entri berair mata . ini entry blur .



esok dah start jadi mahasiswi . masa zaman sekolah excited nak masuk u . bila dah sampai masa rasa macam tak nak pergi.masih belum bersedia . 


sebagai semangat nak tempuh spm tahun lepas . macam ni lah meja aku.yang bab result tu berubah sikit . sekarang aku akan pergi kat bangunan tiga tingkat tu.



menempuhi hari-hari baru . menempuhi perubahan baru.menempuhi dugaan baru . menempuhi diri sendiri yang baru.




merindui mak,ayah,maisarah,adik beradik,kawan-kawan,kekasih.




nanti akan cuba untuk balik kemaman sekerap mungkin.




~sedih~





bye

nur kasih the movie

assalamualaikum 



kerah korang cepat pergi tengok nur kasih . sumpah tak tipu , best gila . kalau korang rasa tak best jangan lempang saya . bagi saya best . tu pun kalau korang memang follow dari zaman drama .



ayat yang paling saya tersentuh .


"bagi adam , ambillah segalanya kecuali nur"


tapi saya cool je ahh tengok cerita ni . k tipu . kantoi lap air mata .





macam feel je diri ni nur amina . k perasan ! haha


pastu pergi popular jap , cari barang . ohhemmjayy , lusa dah nak pergi dungun dah .















pastu macam biasa lah 

senyum sikit







dah sampai sini je . btw saya tak hang berdua . saya hang berlima ,
firdaus,ehsan, mahadhir dan fiqah



 cuma gambar ni je sempat ambil .




p/s : takut orang ingat i skandal . i nafikan . ok ?
assalamualaikum



satu persatu urusan disiapkan , hari ni dah settle medical check up , hari ni ada jugak beli barang sikit-sikit . panas . hari ni cukup panas . dugaan Tuhan barangkali . 






hari ni jugak banyak jumpa kawan-kawan facebook



esok nak pergi Terengganu . ambil duit , yayasan nak bagi . rezeki . terima kasih yayasan Terengganu . moh le kita jumpa kat sana ramai-ramai . bajet artis ! ahh , pedulikan



bajet berbelanja terlebih sikit . bila entah nak start belajar berjimat .



Tuhan beri aku kekuatan melawan nafsu berbelanja . amin .



 tup tap tup tap dah nak dekat 21 mei . 
masa berlalu , cepat , tak menunggu sesiapa




sekarang ,bergurau senda lah dengan mak ayah sebelum sedih bila diorang nak balik nanti ,  main lah dengan anak buah sebelum merindui mereka , bawak lah motor selalu sebelum kempunan nak press ataupun nak tekan gear , makan lah sebanyak mungkin sebelum kurus kering kat sana nanti .




p/s : masuk check dengan doktor tadi , dia cakap kenapa jantung saya berdebar-debar ? saya jawab entah . staff nurse ada tanya , saya ada main bola jaring ke ? saya jawab tak , saya main ping pong je . ok , kesimpulannya , mereka ramah :)


dulu aku kau kutuk . sekarang ?

assalamualaikum



esok dah berhenti kerja . tup tap tup tap dah 3 bulan kerja . ringan sangat waktu berlalu . berat jugak kepala nak uruskan hal-hal sambung belajar . kekuatan datanglah , perlukan kamu . stress pergi lah bersama marah . harap tak datang lagi.




di atas cuma , pengenalan . ni sekarang berkait tajuk.



----------------------------------------------------------------------------------



hai kau . senyum . masih ingat aku lagi ? aku ingat dah lupa . ashik poke aku tak henti-henti . kau add aku buat tak layan . kau inbox aku ye ye ol je nak baca . kenapa nak sangat jadi friend list aku ?




dulu kau selalu ejek aku . kau selalu panggil aku minah tonggek . apakah ? kau kutuk nampak pelik leher aku panjang . aku nak baiki sikit kutukan kau , model semua leher panjang a.k.a jinjang . kau ada pernah tengok model tak de leher ? tak de .tapi , aku bukanlah model .pantang aku naik tangga suara kau yang aku dengar dulu . pagi-pagi aku dah kena ejek .




dulu kau peduli ke semua tu ? asal bertembung kau tunduk pandangan kau . apesal ? dulu kau asyik kutuk aku bila aku tunduk , kau kata aku takut . kau tunduk ? malu mungkin . aku rilek je buat muka slumber . tak de hal lah mulut cakap. dalam hati , kau lagi ,serabut ahh !



kau hantar chat puji aku melebih-lebih . kau kata sekarang aku lawa , aku comel , aku..apa lagi ? ntah tak hafal ayat kau . mungkin kau dah bagi ayat ni kat semua perempuan . malangnya aku dapat ayat sama . aku cuma cakap terima kasih , alhamdulilah . dah orang puji takkan aku nak maki-maki balik .walhal dulu , kau kata muka aku bersepah ke tepi jalan . hey dude , aku ingat lagi ayat kau .




kau cakap lagi , terima kasih buat kau berubah . aku tak tahu celah mana aku buat kau berubah . bila masa ntah aku sedarkan kau . kau dah lama aku tak tengok . sejak akhir-akhir ni mungkin bersua . sebab semua orang dah ada fb . termasuk kau dan aku . yang pasti , kalau kau betul-betul berubah , bersyukurlah pada ALLAH , munkin DIA titipkan hidayah untuk kau . siapa tahu ?




kau malukan aku depan orang ramai . kau berlagak kaulah paling hot masa tu . kau nak suruh aku nangis . barulah kau rasa puas sebab sudah tentunya kau menang . tapi aku tak nangis pun . k tipu , depan kau memang aku tahan airmata . belakang , menitis jugak . hey , aku kena buli . bukan dengan perempuan rebut balak . tapi dengan lelaki , konon number telifon tidak berbalas . dah ntah kenapa ntah waktu tu .



 kau kutuk aku kadang-kadang bukan berdasarkan kelemahan aku . cuma melencong ke lain . cuma dari dulu sampai sekarang , aku nak tanya . apa kena leher firaun dengan leher aku ? aku tak pernah pun dengar atau baca , pasal leher firaun . ahh kau . selalu merapu .




dulu , kau curi nasi lemak aku . sampai aku termakan nasi lemak kawan aku . motif ? aku ingat orang main-main sorok nasi lemak aku . waktu nak basuh tangan . aku tengok bungkusan nasi lemak dah berterabur . kau buang nasi lemak aku dalam tong sampah . kau kejam !




kau makan ,kau makan berdiri , kau malas nak pergi basuh tangan . kau ambil air aku buat basuh tangan kau . kau tak sedar air tu air apa . kau ingat air warna putih , air masak . tapi , kau "pandai" jugak . aku bawak bekal air gas . aiskrim soda . kau buta tak nampak ada gas ?




dulu aku tak layan kau , kau dan kau . tak kira lah apa kau buat kat aku . cuma kau asyik dengan perangai nakal , buli aku .




sekarang , sama . aku still tak layan kau . cuma kadang-kadang terkilan dengan "ayat" kau nak mengayat aku . elok-elok aku tak buka cerita soal lama . kau bangkitkan .



siapa yang mula dulu dari dulu sampai sekarang ?



kau kata aku berbeza dari dulu . ya , sebab dulu aku cuma mampu melawan .
pot pet pot pet mula menjawab segala bagi kutukan kau .



sekarang ? aku rasa kelakar bila kau ramai-ramai mintak maaf dengan aku secara serentak.



facebook memang hebat dapat temukan musuh lama



aku berangan cerita aku seolah , boys over flower . aku macam lagak sesuai jandi . tapi korang tak layak f4 . apatah lagi jun pyo
*gila perasan aku*




tak habis-habis




p/s: kau disini menunjukkan ramai 



seruis dah tak peduli


chill


bye




hari-hari sebelum

assalamualaikum


hari ni rasa nak update blog 


hai , mood masih budak sekolah . dua minggu nanti dah nak jadi mahasiswi . pembetulan , kurang dari dua minggu . barang-barang tak beli lagi . kata excited . ohh , sibuk . masih bekerja tak berhenti lagi . borang-borang dah siap print . photostet jugak dah siap . tinggal surat beranak mak ayah je belum lagi . apakah ?



tiap hari asyik makan banyak . perut cuma kempis bila lapar . dah makan buncit balik . setiap hari kalau shift malam singgah kedai burger order burger ayam tak nak bawang . baru je nak order abang tu dah tahu apa yang saya nak . cuma cakap kuantiti je nak berapa . kadang-kadang balik mencekik pulak nasi goreng kampung tanpa telur dekat kedai pok ta . dah lah murah , sedap pulak . moga di dungun ada kedai murah dan sedap macam ni .



sibuk-sibuk sekarang dah tak tahu pasal budak-budak af . kalau dulu hafal setiap nama . sekarang tak lagi . apakah tanda-tanda semakin matang ? peduli . sekarang imam muda dihati . maharaja lawak kalau tak youtube tak sah . k find , rumah saya tak de astro warna . 




starter moto macam dah nak habis bateri . sekejap boleh start tangan , sekejap start pakai kaki . sampai terpeleot wedges duk hentak-hentak .pakai skirt pun lagak macam lelaki . adakah ? . scooter nak mangajuk ahh tu , saya dah nak pergi .



tv asyik tayang cerita hantu . tak tahu ke saya nak duduk hostel nih ? tapi saya rilek je balik malam sorang-sorang .



jerawat dah semakin meriah kat dahi . jerawat dengki ahh tu tak nak kasi muka saya licin . 



fatin amani dah daftar hari ni kat KUIS , moga baik sahaja disana . i sayang u gila-gila !






hari ni jugak bukak fb ada adik ni sorang yang cantik manis inbox . katanya ada fakers baru . ni nak kasi link . add lah dia . sebab dia promote muka saya . saya naik angin nih .






saya seorang fakers



yang tak leh blah edit gambar tulis nama dia . siap tulis "sayang afiq " lagi ! siapakah ? balak barangkali . jejaskan kesucian gambar saya .macam biasa , mohon jadi diri sendiri . delete gambar saya . dah lah saya add tak apprv . takut eh ? ataupun tak online lagi ? ahh , tak peduli . i cuma nak "stalker" komen-komen kat gambar i






hahh , nak fake lagi ? cuba tekan right klik tengok








p/s : mak saya cakap saya tak de kembar . maksudnya , hanya seorang aqmar jusof kat dunia ni
chill

matrik vs uitm

assalamualaikum


senyum sikit




alhamdulilah , syukur dipanjatkan . Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.



hai, saya dapat diploma perakaunan dekat uitm



 saya dapat matrikulasi perlis kos perakaunan






semuanya , akaun subjek strong saya masa spm . tapi masalahnya , saya tengah buntu nak pilih mana .







first sekali apa yang saya fikir ofcourselah tak nak susahkan parents




dah solat istikarah , dengan mak-mak saya solat istikarah untuk anak dia ni 






decide punya decide , ya ! dengan yakin ! bajet letak tanda seru macam tu yakin sangatlah kan . ahh , tak peduli . saya pilih uitm cawangan DUNGUN . find , over bila taip pakai caps lock . huhh .






serius saya dah tanya orang-orang berpengalaman . dah tanya cikgu salmi pun . ada cakap matrik , ada cakap uitm . tapi hati saya kuat pada uitm , hati mak saya kuat pada uitm . cikgu salmi suruh pilih uitm.






so , uitm dihatiku . *versi lagu tema uitm*






excited nak jadi mahasiswi sekarang . tengok dua minggu lagi , "mak ! nak balik ! " 








apa-apa pun . dah jadi mahasiswi ni . eh silap , bakal mahasiswi ni kena lagi berfikiran matanglah . tak de lah nak mengajuk bila mak tak masak nasi . cari lah makanan kau sendiri duduk sana ! dah tak de ahh main tarik-tarik tudung sekolah masa zaman sekolah kan . lepas ni jom kita main tarik-tarik shawl nak ? ceh , perangai budak-budak tak habis-habis . tak de ahh merempit naik scooter lagi . pasni kau jalanlah kaki pegi kuliah . tengok lah balik nanti , i slim dari u ! suka !






apa yang penting sebenarnya , time honeymoon dah nak habis . time    kejar ilmu dah nak sampai . janji dengan diri sendiri nak belajar rajin-rajin . semua akan cakap macam gituh . buatnya endak! tak tak , serius saya nak banggakan parents saya banyak-banyak . serius nak amik gambar sampai lebam-lebam jari duduk tekan button snap bila dah graduate nanti . ceh , kau ! tak nak kalah graduate terus . cubalah korang bayangkan riak muka mak ayah korang.




~time graduated  form 5 (2010)~






ya ALLAH , panjangkan lah umur kedua orang tuaku , agar sempat aku membalas jasa dan berbakti kepada mereka setelah apa yang telah mereka usahakan untukku selama ini .
amin






 serius lah semua hal-hal yang nak urus ni mak saya lah yang duk susah-susah . tapi bukan maksud saya serahkan semua pada mak  . setiap kali adik beradik nak sambung belajar . of courselah mak saya akan usahakan apa-apa urusan . tabik kat mak banyak-banyak ! tabik jugak kat ayah ! tabik untuk adik beradik saya yang banyak tolong adik dia sorang ni !






eh , hari ni hari ibukan . semua orang sambutkan . cemburu ahh kalau cam gini . i pun sambut u ! terharu tengok mak i senyum bila beli kek untuk dia . tahulah korang beli perfume calvin klien , beli tudung ariani , beli kasut prada kat mak-mak korang . i "beli" uitm untuk mak i . baru dapat uitm dah nak kecoh . blah ahh budak ni ! 




serius teruja !




sebelum pergi , i nak makan banyak-banyak . tahu bila duduk sana i akan kurus . apakah ? pelik dengan ayat sendiri . tak percaya barangkali . nak makan lauk asam pedas letak nenas , nak makan gulai tempoyak , nak makan semua yang mak i  masak . tak nak fast food fast food ni . sebab i tahu kat sana ada mcd ! kemaman tak de . lol




k lah , bye








selamat tinggal

bismillahirohmanirahim

assalamualaikum

saat fikiran buntu memikirkan sesuatu , hati mula mendesak minda . dah , tak payah nak cakap apa-apa . aku dah nak pergi jauh . ni yang aku nak sangatkan . jauh daripada semua orang yang ada disekeliling aku sekarang . hati dah lama terpendam . saat  terasa hati dah lama bertapak . apa mungkin aku lepaskan saja ? ya , hati mereka lebih berharga . akur . lepaskan semua beban ni . 



matrik , perlis . tunggu aku . moga orang disana baik sahaja . dah nak mengajuk dengan orang kemaman . nanti aku balik jarang-jarang . balik pun sebab nak jumpa keluarga je . 
moga juga nanti tak jumpa orang yang tak nak jumpa . ceh , sombong ! maaf , terpaksa . tak tahu nak sorok hati celah mana . 




p/s : lelaki harus tahu yang perempuan pantang bila diri dipertaruhkan . cuma perlukan tawaran ikhlas bukannya mainan sekadar nak tunjuk hebat . see , lelaki perlukan perempuan untuk jadi hebat . dah , jangan nak berlagak . saya tolak !


aku bukan miss perfect yang kamu sangka . cukup bila aku menjadi diri sendiri .


bye

faker and stalker

bismillahirohmanirahim


assalamualaikum


nak bagi link dulu




first , saya tak halalkan gambar saya yang awak amik . tak tahu celah mana awak boleh amik gambar saya . maybe awak pernah jadi friends saya dalam fb dan kemudian awak unfriend kan ? entah cuma agak , kalau betul , tahniah ! awak berjaya .



saya bukan nak bergaduh atau nak main kasar . jauh sekali lah kan . cuma nak mention sikit ,awak amik dalam diam cara baik , dan saya mintak awak padam secara baik . tipu kalau tak marah , tapi masih bersyukur awak tak gunakan gambar tu untuk buat benda-benda tak elok . saya tak kenal awak siapa . tapi jom lah kita jadi kawan ? mengaktifkan blog dengan cara dan dunia sendiri . cuma agak melampau bila awak buat cerita untuk diri awak menggunakan gambar saya . mungkin tidak adil bagi follower-follower awak sebab maybe diorang akan rasa tertipu . sila hargai follower awak .



gambar dalam blog yang awak cerita tu sama sekali palsu sebab yang betulnya saya story dalam entri nih





saya kat sini bukan nak aibkan awak . cuma terkilan bila ada orang guna gambar saya tanpa kebenaran saya . saya tak tahu motif awak buat macam tu , mungkin awak ingat saya ada iras dengan awak . tapi saya tak tahu celah mana yang ada iras . 



dah tak nak cakap pangjang , mohon awak delete gambar saya dan jadilah diri sndiri . aktifkan dunia blog dengan cara sendiri .
terima kasih