Followers

touching

assalamualaikum




sekarang hati sikit-sikit nak touching . nak terasa ni , nak terasa tu . sekarang bukan masa nak bergurau dengan semua . hati dua tiga hari ni cukup sensitif . esok padahal nak pergi sambung belajar balik dah . esok dah . kuantan je pun . tak jauh sangat . bukan soal ini sebenarnya . jauh dekat tak menjadi isu . isu sekarang , aku kadang-kadang tak tahan dengan dugaan . aku kurang sabar sekarang . berdosa nya aku YA ALLAH . 




" ya Allah , aku perlukan pertolongan Mu . jadikan aku , aqmar jusof yang dahulu . bukan yang sekarang . amin "




senyum itu terkadang perlu , terkadang tidak . situasi sekarang , mungkin tidak


p/s : tak nak cakap dengan siapa-siapa sampai pagi esok . tak nak chat dengan siapa-siapa . tak nak wall to wall dengan siapa-siapa . tak nak text dengan siapa-siapa :(

esok

assalamualaikum 




post sebelum ni dah bercerita soal esok , tapi title still esok . haha , gelakkan aku




entry ni khusus untuk kawan-kawan baik aku : 





















mahu mencari kawan seperti mereka ini agak susah mungkin . merekalah bergaduh , merekalah gelak sama-sama . merekalah berkongsi masalah . serius takkan lupakan korang .


p/s : jangan tukar number phone . nanti susah nak contact . kan nanti , aku sebatkan korang kan ! haha . pastu alih-alih aku yang tukar number phone . kbye , doakan aku kat sana . chill

ya , hari jumaat dah lusa dah pun

assalamualaikum




senyum banyak :)




lusa dah nak start sambung belajar balik . hari tu padahal dah post soal nak sambung belajar ni . tak pe , tak de hal . yang lepas uitm dungun , yang sekarang kolej kejururawatan kuatan .
ramai yang tanya saya , kenapa pergi kolej ? ehem ehem , nak cakap sikit . ini bukan kolej semberangan kolej . ini bukan kolej yang kena bayar mahal-mahal tuh . ini kolej manyak beri untung ! haha . tak de lah . sebenarnya kolej yang saya nak pergi ni di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA , dikelola oleh spa8 , kerajaan sebagai penaungnya . so , kat sini saya tak payah lah nak keluarkan duit . semuanya ditanggung oleh kerajaan . habis je 3 tahun saya belajar , jadilah saya seorang nurse yang baik hati dan sayangkan pesakitnya . haha . ni dah lebih .




kali ni tak sama macam nak pergi uitm dungun hari tu . dulu feeling habis tak nak pergi dungun . semangat budak sekolah masih membara . ye lah , aku dulu pun mana pernah duduk asrama kan . so , lepas dah timba sedikit ilmu dan pengalaman di sana . aku lebih matang nak atasi kesenangan dan kesusahan hidup . sebab ofcourse lah kehidupan lepas ni lebih mencabar . of courselah hari-hari akan tengok darah . k pengsan . haha . tak de lah , aku ok apa dengan darah .




so , baiklah sekarang akan berhijrah ke kuantan . tak de lah jauh sangat . rezeki aku selalu dapat dekat . mintak-mintak posting nanti diorang hantar kat dekat-dekat jugak . amin .




banyak perkara nak kena selesaikan . tandatangan ni , tandatangan tu , pastu angkat sumpah lagi . medical check up lagi sekali . ambil darah lagi . ujian saringan air kencing lagi . penat jugak dua tiga hari ni . tapi alhamdulilah , half dah siap . half baru ? nak pergi lusa dah pun . ohh , cik aqmar tolong jangan buang masa sangat !




nanti akan selalu berkerjasama dengan doktor . nanti akan belajar soal teori dan praktikal . nanti kalau sakit , datanglah hospital tengku ampuan afzan . aku belajar kat sana . pastu , kan best kalau ala-ala kim hyun jung ada . haha . tetibe .




dah tak tahu nak cakap apa . weh , sekejap je . pejam celik pejam celik . aku dah besar . dah habis sekolah , dah sambung belajar , then , 3 tahun lagi akan berkerja . sekejap nya masa . dulu aku rasa kecik je lagi . suka main kahwin-kahwin dengan kawan-kawan . buat lari gincu mak . marah mak sebab gincu patah . haha . dah cukup .





entah macam mana lah rupa aku pakai uniform nurse . pastu nanti janganlah panggil aku misi aqmar . sebab ayat misi macam subjektif sangat . macam misi dan visi . panggil saya cik aqmar . choi !



kalau dekat dungun ada ala-ala kim hyun jung , nanti dekat kuantan biar ada ala-ala lee min ho pulak . haha .

ahh gila kuat berangan . ni hahh , satu lagi penyakit aku .


p/s : saya paling pantang kalau orang lelaki panggil kita suruh pergi kat dia . hishh , sangat pantang ! tolong hormat orang perempuan boleh ? pastu jangan nak mengada sangat . even , shahir yang panggil aku suruh pergi dekat dia pun aku tak pergi , sebab dia dah ada rozita che wan . aku merajuk dengan dia . haha . k yang ni tipu . kalau shahir betul-betul panggil aku , pengsan lah aku . 



this is what i feel . really need alone now

assalamualaikum 




i thought you are my love . i thought you are my everything right now . the last person i'd love . i believed it was you . i was smiling only for you .i thought it was happiness . i believed in your love . but all is lie . your love is entire lie . this love make me cry . you captured my heart . and took away my love . i wanted to be loved by someone . and love this person .  this person was you .  as an idiot i believe in it . that is was love is lie . i hope that you will came to me . even you hugely hurt . and that you made me sad . i will only wait for you . but all is lie . everything is lie . you dont know who me . even you had looked me before that . and i believe , you doesnt remember me couse im only 3 weeks there :'(







i try to forget and erase , i know this is not me . im aqmar jusof . will never lost about love and about "ala-ala kim hyun jung"

i told myself a lie thinking that person will not come to me . he is not my destiny .




really want to be like them . oh aqmar ! just forget it . nonsense 
:'(



p/s : i should not be your cute stalker ( bajet ahh sangat ) . couse i  stalk your fb last yesterday . this is really hard . unfair . ohh "ala-ala kim hyun jung" i like you and i like your eyes . forget him :(







entri pendek

assalamualaikum






saya akan diactive facebook saya untuk sementara . kerana ada masa saya perlu menyendiri . jangan risau . ini buat sementara sahaja . ohh , btw blog saya tak privatekan . bye semua . terima kasih







ini entry ke 89 . istimewa barangkali

assalamualaikum






buat pertama kali , berterima kasih kepada pencipta muka buku . walaupun banyak jugak keburukan muka buku nih . tapi , tetap jadi pujaan hati semua orang termasuk saya . sudah .




tanpa muku buku , saya tak boleh nak stalker awak . hey , hari-hari saya stalker awak . malu ! kalau tak stalker macam mana saya nak tahu perkembangan awak . yahh , mungkin ini agak malu  . k sekarang saya sangat-sangat malu  .# weh , bajet lah ala-ala kim hyun jung kenal aku . dia tak kenal pun aku . eh , awak pernah tengok saya k . mungkin awak dah tak ingat . ye lah , saya yang asyik tak malu tenung awak . awak tak perasan eh , orang yang selalu tenung awak dulu ? k ini melebih .






setiap hari saya tengok ramai budak perempuan post kat wall awak . saya cemburu . saya cemburu . tapi awak tak balas pun . mungkin awak sibuk barangkali . saya tak pernah pun post kat wall awak . saya segan . saya tak de ayat nak post . walaupun kalau nak hantar "hey , thx approve" . atau pun  sekadar post " :)" . ahh , tak mungkin sama sekali saya post begitu . saya rasa dari post sebegitu , baik saya post ayat tulisan biru yang biasa diguna oleh friend list saya bila diorang komen post saya . seperti ? "kita bako je , kita bako je , soley soley" dah cukup






ala-ala kim hyun jung , saya suka awak . itu sahaja . 





dan saya suka mata awak 



ya ALLAH , jodohkan lah aku dengan nya , sebagai pembimbing aku ke syurga Mu . kerana dia punya ciri itu dari sudut pandangan mata hatiku . amin .






ps: andai detik ini , awak terasa nak buka fb saya , dan awak lihat gambar profile pic saya , awak jangan ingat tu boyfriend saya . dia kawan baik saya dari darjah satu lagi .macamlah awak nak tahu sangat dan macamlah awak akan terlintas nak klik nama aqmar jusof . HEY , SAYA FRIEND LIST AWAK . (jap lagi mesti ramai yang cari nama ala-ala kim hyun jung nak tahu nih , ni nama yang aku bagi je lah , nama dia lain . HAHA)











akhirnya , posmen hantar pun surat

assalamualaikum ,




tengah-tengah online mak guwa bagitahu , posmen hantar surat . mengelabah guwa lari , jantung tup tap tup tap tak berhenti . seolah guwa buat larian pecut dari pintu bilik ke pintu pagar . 






zufffffffffff ! #bunyi moto (tapi guwa rasa bunyi moto lain , ngilu gigi guwa buat bunyi moto macam mana , alih-alih bunyi ni yang jadi)






laju , cukup laju . baru je guwa sampai depan pintu , abang posmen dah hilang . takpe , guwa faham . surat melambak , Terengganukan cuti hari ahad . bola Terengganu menang ! yeah ! of course lah abang posmen kena bawak laju jugak . takut tak sempat duduk depan tv pukul 3 tengok cerita Marimar . k , ni mengarut






lepas tu , guwa dengan gelojohnya buka surat urusan seri paduka baginda . bukan calang surat guwa dapat . dua lagi surat dari uitm guwa letak tepi je . mak guwa pun dah bedebau tunggu guwa tengok surat tawaran penempatan . guwa buka dah ni , buka dah . ahh ! tersekat pulak . buka tak habis . 






guwa tarik surat tawaran ke atas . tangan guwa dah macam orang parkinson dah ni . guwa tengok kat hujung-hujung . guwa baca tan tan tan dah kat belakang tu . dalam hati cakap , sah ! sah ! sah ! kelantan dah ni . mak ai jauh ni . guwa dah cuak nih . cuak nih .






guwa bulatkan mata balik . baca bagai budak darjah satu . guwa belajar a b c balik . ahh , gila menipu . tak de maknanya . rupa-rupanya , kolej kejururawatan kuantan . lahh , kenapa tak tulis besar-besar . ye ye ol je guwa , padahal dah besar dah , siap highlight lagi . 






alhamdulilah , dekat je . dekat sangat . dekat lagi dari dungun . dekat lagi dari sabah dan sarawak yang diwar-warkan . kemaman ke kuantan 45 minit je pun . kakak guwa pun duduk sana . cuma dia dekat klinik lain . dan guwa ofcourselah dekat hospital tengku ampuan afzan  . so , kalau nak balik nanti , tak payah nak tahan bas tong aik , bas mira , bas adik beradik , bas sp bumi , trandisional . guwa bolehlah balik dengan kakak guwa . suka ! tiap-tiap minggu guwa boleh balik , sebab tiap-tiap minggu kakak guwa balik kemaman ! tolonglah jangan excited sangat . nanti mesti ada oncall . wawhh ! guwa dah tahu ni bab oncall oncall . excited guwa nih . gediks guwa nih .






1 julai ni dah start lapor diri . 






itu sahaja buat masa ini yang boleh dikongsi . doakan guwa kat sana k . nanti kalau sakit datang lah HTAA , insyaallah guwa bantu . slogan yang biasa nurse pakai dekat baju dia tu , ketip sana ketip sini , button yang comel-comel tuh dia tulis , "kami sedia membantu" . so , memanglah saya akan bantu korang . olololo , comelnya cakap macam tu . ini dah perasan .dah berterabur dah , sekejap guwa , sekejap saya . bajet gangster ahh guwa-guwa nih . haha











kdah , sampai sini je ok . bye




#cepat bukak kbsworld sekarang , super junior tengah nyanyi tuh , ( 10.14 pm )









belajar dari orang yang TIDAK meyukai kita

assalamualaikum



dalam hidup ni , ada orang suka kita . ada orang tak suka kita . basic hiduplah tu .kita tak boleh paksa orang suka kita , tak boleh jugak nak paksa jangan tak suka kita .



sebenarnya , orang yang tak suka kita (OYTSK)  ni lah mengajar kita . mereka lebih cenderung mencari keburukan dan kesalahan kita . orang yang pandai dia takkan biarkan . dia akan cuba membaiki kelemahan atau keburukan sendiri . dengan harapan apa yang OYTSK ni bercakap salah .



contoh : OYTSK cakap kita bodoh . cuba kita nilai diri kita . betul ke kita bodoh ? kalau betul , tingkatkan ilmu kita . biar kata-kata mereka salah .

#tapi, bagi pendapat saya . hanya orang yang bodoh sahaja akan mengatakan orang lain bodoh . jarang sekali orang yang pandai berkata bodoh kepada orang lain . mungkin ada , tapi tak ramai . so , berhati-hati dengan perkataan subjektif iaitu bodoh . boleh jadi ia akan menimpa diri kita sendiri .dan satu lagi , TUHAN ciptakan manusia lebih baik daripada makhluk lain . yakni , manusia punya akal . 



orang yang mengatakan seseorang itu bodoh perlu ada ini :

 " tanda orang yang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci , lidahnya selau basah dengan zikrullah dan matanya menangis kerana penyesalan terhadap dosa "



adakah anda sifat ini ? kalau ada sekalipun , anda tak layak berkata bodoh kepada orang lain .



hari ni saya ada dengar faizal tahir cakap dalam iklan galaksi "kalau awak tak kenal orang tu , jangan memandai nak judge orang tu" sokong ft !



so , kesimpulannya jangan mudah berkata jahat kepada seseorang , nilai diri sendiri dulu . saya tahu ini bukan sifat anti atau suka . ini adalah sifat dendam . sikap tak puas hati dan ingin menjatuhkan orang lain . 



wanita bukan harus dihina , di maki dan dicaci . terkadang dunia sudah menjadi seperti zaman jahiliah dahulu , sang lelaki membuang dan menanam hidup-hidup kanak-kanak perempuan . cuma bezanya sekarang , konsepnya lain . hayati perjuangan Rasulullah dalam membela wanita ketika dahulu . itu yang perlu lelaki faham . bukan mengherdik , mencaci dan memaki . apatah lagi berkata jahat dan dusta .





" saya mahu hidup bebas dari perkataan jahat lelaki tu . dan cuma satu , saya harap dia tak ganggu saya lagi , kerana dendam dia yang tak sudah tu "

biar takdir tentukan

assalamualaikum






"apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit dada , ucapkan lah lailahaillahallah "



mungkin ini ada payah . mungkin ini adalah sukar . macam mana nak gambarkan ? pilihan . dalam hidup , sesuatu perkara yang sukar untuk kita tentukan ialah pilihan . kita pilih jalan tu . so , means kita harus mengharungi jalan tu .



setiap orang , ALLAH dan tentukan rezeki tersendiri . jadi kadang-kadang kita tak perlu gusar nak hadapi hidup . tetapi , ALLAH juga berfirman yang tidak akan berubah hidup seseorang itu selain dia yang mengubahnya sendiri .



jadi pandai susah . jadi bodoh susah . jadi miskin susah . jadi senang susah . jadi cantik susah . jadi hodoh pun susah . basic .



depend dengan diri kita sendiri . if you like , go with it . ini adalah keputusan saya . masa depan yang saya pilih . i know about my self . 



ianya adalah seperti , orang bertanya " hey, dah ada boyfriend ? " . " tak , tak ada , mengarut lah semua tu " . " ala , cammonlah takkan tak de boyfriend " . trend . trend sekarang semua ada kekasih . so , bila ditanya orang yang tak de kekasih , jawapannya harus " ya , saya ada bf " walhal tak de . mereka perlukan jawapan sebegitu .



ianya juga seperti , ambil adik pulang dari sekolah . naik motosikal . pakai kain batik , pakai blouse , tudung cukup diselempangkan . tunggu dan terus menunggu . adik call pakai public phone , cakap hari ni ada kelas tambahan balik lewat . pulang ke rumah balik . #saya tak de adik



ianya juga berkaitan dengan , mak malas masak hari ni , jom kita keluar makan je lah . 



ianya , orang yang duduk line kanan . tapi bawa kereta slow . yang kereta kiri pulak memotong . jom,pergi ambil lesen balik .



ianya seperti . hey , adik cantik manis , mahu isi minyak berapa ? rm 20 . 



ianya juga adalah seperti , bila keputusan penempatan SPA8 nak keluar ? jangan bagi tempat jauh-jauh sangat .



k dah sampai sini . i



sometimes when i say im okay , i want someone to look at me in the eyes , hug me tight and say i know you are not

#and that someone must be , perempuan , parents dan muhrim . chill

slot akasia : pertunangan melampau !

assalamualaikum ,


hari ni tiada idea nak berblog , cuma nak tayang gambar . boleh ? alright , thank dear :)

watak :

aqmar jusof : bakal ibu mertua
hawa lee : pengantin
wan azahani idayu : bakal tunang tak jadi



' bestnya dalam bakal menantu artis ! '

' ooopps ! akhirnya dapat kahwin dgn anak dia ni , nanti boleh lah aku kikis harta dia ! teruja ! '


 ' artis salam cium tangan aku ! '

' yes ! sah aku bertunang dengan anak dia ! '



' menunjuklah sangat aku beli cincin tu buy one free one je '

' kamera , wartawan mari dekat , tengoklah cincin bertatahkan belian i ni ! u ada ? tak de '


'datang jugak bakal tunang tak jadi ni , aku ingat tak nak datang dah . padan muka kau , bercinta tanpa restu aku . tett , tak dapat kahwin dengan anak aku . *senyum sinis*

' terpaksa buat muka gembira ,wartawan ramai nih , nanti boleh lah aku jadi artis ! aku nak kahwin dengan anak kau !'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

k dah cukup mengarut semua , ceritanya lain , semalam pergi kenduri kahwin rumah kawan . kakak dia kahwin . majlis sangatlah meriah , yang paling penting , makanan best sangat ! i dah tak boleh bab makan ni. haha .





bakal mak mertua pulak yang terlebih


p/s : tiba-tiba rindu suasana uitm dungun :(



rahsia kejayaan

assalamualaikum ,






sepatutnya orang post usai dapat result spm . tapi aku baru nak post sekarang . #malu .






ok , jom mula . ohh , btw ! entry ni khusus untuk pelajar pmr dan spm 2011 . 






aku bukanlah budak pandai yang dari sejak azali lagi pandai . aku juga bukan budak bodoh yang dari sejak azali lagi bodoh . aku cuma orang biasa yang sudah tentu nak berjaya dalam hidup . siapa tak mahu ? jarang sekali aku dengar orang tak nak berjaya . melainkan orang yang selalu puas hati walaupun sesuatu perkara yang seharusnya tidak perlu berpuas hati.ya , mungkin mereka lebih faham soal diri mereka .






kehidupan sekolah menengah memang mencabar . masa form 1 and form 2 , kedudukan aku dalam kelas tak lari dari dua dari belakang atau tiga dari belakang , hey , aku jujur , aku tak main-main . 






start masuk form 3 , aku dah mula menampakkan ciri-ciri perubahan . mungkinlah , sebab form 3 kan kita kena redah exam pmr . ya , dari situ aku mula . aku berubah . juga start pakai tudung . masa zaman tu bawallah lagi . tak de nak lilit nih . aku start pakai shawl pun masa aku form 4 . ya , form 4 rasanya . then, sampailah sekarang .






ok,sampai lah tahun 2010 , aku ambil spm . sebenarnya aku memang banyak nak cerita pasal spm ni .tahun spm adalah tahun yang paling banyak dugaan . fikir positiflah , nak berjaya memang banyak halangan . setuju ?






 malas


ni paling kena jauh . expecially malas bangun tidur . terjadi bila"kewanitaan" . so, tak bangunlah solat subuh . 5 minit , 5 minit jadi satu jam . mulalah , kelam kabut nak pergi sekolah . baju tak gosok lagi . mandi tak lagi . last-last kenalah tahan dengan pengawas . denda .






jeruk


aku memang hantu jeruk . aku suka yang masam-masam . tapi untuk exam , aku kurangkan kan lah . tapi bila nak dekat exam sebenar aku makan jugak . chill .




 cinta


ni memang ni  . ni rasanya paling ramai . ni lagi kena jauh ni . ni paling tak best ni . ni , dah cukup . ada orang  kalau ada kekasih dia makin semangat nak study , tapi ada yang tak .apakah ? sebab sesetengah dari mereka sentiasa push untuk bagi semangat dan nasihat . tapi ! tak semua ya . yang bercinta satu umur . ambillah lah peluang belajar sama-sama . yang bercinta junior dan senior ., keraplah berkongsi ilmu . tapi jangan buat benda lain sudah . yang bercinta satu kelas , hahh ! ni bahaya nih . buat nya clash . setahun duduk dalam satu kelas tapi tak bercakap . asyik menjeling-jeling . # ni macam pengalaman ni , tapi bukan sekelas . tett,rahsia ! tapi seeloknya , jauhkan dari cinta . kebanyakkannya banyak memudaratkan kita . aku masa spm tak de pun couple-couple ni . tak percaya sudah .






 minat


ni yang payah sikit ni . asyik angau ni .kadang-kadang baca buku teks sejarah pun boleh senyum sorang-sorang . buku sejarah ada yang lawak ke ? tak de kan . zaman aku , zaman yang top dengan cerita boy over flower . aku dah tengok 7 kali dah tahun lepas . tahun ni dah muak dah kot . aku asyik berangan jadi jandi . sumpah , asyik berangan lah dapat gu jun pyo . tapi tak dapat pun . angan-angan je . 








 pergaduhan


masa form 5 , aku banyak gaduh dengan orang . expecially lelaki . wawh , bajet anti lelaki ahh ni . tak tak , aku tak anti lelaki . pehal ? nak kena laknat . aku bergaduh dengan semua budak lelaki kelas aku . dan mulalah rasa tak best nak belajar dalam kelas sebab asyik nak naik angin . tapi last-last baik jugak . pastu aku dan bff ada bergaduh dengan seorang classmate kitorang . diatas sebab-sebab tertentu . rasanya pergaduhan paling dasyat ahh pernah aku alami . then , berbaik jugak . 








 kemalangan


waktu exam pertengahan . result aku teruk sangat-sangat . aku dapat 4G . dan yang paling teruknya , sejarah aku dapat 14% sahaja . rasanya orang yang tak ulangkaji sejarah boleh jugak dapat 30% . ni disebabkan faktor aku excident . rasanya ramai yang tahu . aku mengalami amnesia sementara . dan ada beberapa perkara yang aku tak ingat . sampai rasanya macam orang gila bila asyik tanya banyak kali . pukul berapa dah ? pukul berapa dah ? pukul berapa dah . cuma dua paper je sempat aku ambil . dan dua paper je lah markah aku yang terbaik sikit .tapi still aku dapat pergi kem daerah . dan aku dapat number 3 dalam kelas . tupun sebab kira aku amik 8 subjek je . nilai gpa jadi tinggilah berbanding classmate aku yang ambil 10 subjek . padahal , markah diorang lebih tinggi sebenarnya .




sampai sekarang lekuk ni ada kat dagu . tapi warna parut dah hilang . 
#mana ada guwa control cun








kemudian , aku mula bangkit seperti waktu form 3 dulu . aku dah tak hiraukan orang-orang disekeliling aku . aku cuma buat kerja sendiri je .sebab masa tu aku banyak terasa hati dengan orang sekeliling aku . terharu bila ada kawan baik aku yang selalu ada dengan aku :"( . slalu kongsi cerita dan masalah .






exam trial , aku naik mendadak . orang siap cakap lagi , " ni sebab dia tak ingat ahh ni dulu , otak dia refresh balik " .






melalui markah exam trial ni aku berjaya merangkul beberapa anugerah dalam majlis graduasi . . ceewaah , merangkul tak tahan tu . 


anugerah pelajar cemerlang aliran sains sosial
anugerah pelajar cemerlang 5ssi
anugerah pelajar cemerlang subjek tassawur islam
anugerah lulus semua mata pelajaran


kedudukan aku dalam kelas ranking 1 daripada 35 orang pelajar dan ranking 9 dalam 252 pelajar dalam tingkatan .
#guwa sendiri tak percaya dapat jadi top ten dalam tingkatan ! suka !



kemudian , tibalah spm sebenar . alhamdulilah , aku berjaya dapat 6a3b1c . walaupun bukan straight a . dan aku juga layak diterima masuk ke universiti . sekarang aku dah tarik diri dari uitm,sebab ?  akan melanjutkan pelajaran lagi . dan sememangnya peluang yang boleh menjamin masa depan .



p/s : aku baru tahu yang subjek akaun , cuma 3 orang yang A+ . salah seorangnya aku . tak mustahil bukan aku yang dari kelas ranking ke 3 ? dan 2 orang lagi dari kelas ranking pertama . 








kalau suka saya boleh like fan page ni aqmar jusof blog



hey,saya dah ada kat malaysia !

assalamualaikum






usai flight berhempas di air port , aku terus menarik luggage menuju ke kaunter scan . terhendap-hendap mencari paras ibuku . tak jumpa , hendap lagi . hendap lagi . hendap lagi . dah cukup !






bajet lah aku belajar kat luar negara . padahal kat dungun je pun . still malaysia lagi . alaa , podah minah ni !








hey , aku dah ada kat kemaman ni ! alaa , chill lah kemaman dengan dungun satu jam je pun . nak heboh sangat .








ahh , tak peduli . yang penting dah dapat balik rumah . then , dua minggu lagi dah nak pergi sambung nursing pulak . alahai , sekejapnya masa . tak adil tak adil *sambil hentak kaki atas lantai*






semalam mak aku dah ambil aku bawa balik dari uitm . dalam jam 6.30 p.m tu aku bertolak balik rumah . lapar . perut dah nyanyi lagu hindustan . aku cuma makan biskut je pagi . pastu dah tak makan-makan dah . tu pun nak bagitahu . ye ye ol je kan .








mulut kempunan gila nak makan fast food . perut kata ok , takpe je makanan apa-apa pun . mulut tetap nak fast food . tak nak kalah der . 








nah mulut nak sangat kan . mak guwa pun ajaklah makan mcd . senyumsikit . bajet gangster ahh cakap guwa-guwa .


sumpah rindu gila kat maisarah . dalam kereta dia tak berhenti-henti cakap .




nenek,mak , mak saudara aku cakap , nak tahu muka aku masa kecil macammana . tengok je lah sarah . ye aku memang comel masa kecil . heyeewww , perasan .




sampai je kemaman , aku pandang luar tingkap . ala-ala , orang yang dah dua tahun 3 bulan tak balik kampung halaman . meskipun aku di dungun cuma 2 minggu 3 hari .kemaman dah banyak berubah lah . ceh !




sampai rumah . angkat barang . barang aku banyak gila rasa . semua orang kat uitm tegur macam tu . penat . 




hari ni , aku pergi beli broadband celcom dengan abang aku . susah gila tak de internet der kalau nak belajar ni . susah payah aku daftar wifi kat uitm , tapi tak leh nak guna pun . best guna wifi rumah . laju je . terima kasih wimax ! nanti ambillah saya jadi duta . yang ado ! 




p/s : tapi broadband tak leh daftar nama sendiri . alaa , nak ngajuk ahh kalau macam ni . abang celcom ye ye ol je mintak ic aku muka budak-budak masa darjah 6 . pastu dia tengok tahun 1993 . julai . 21 , so tak cukup lapan boles lagi . eden cuak ahh . terpakso ehh guno ic abang eden . tadi tak tanya dulu umur berapa .



hai saya baru 17 tahun , berapa bulan ntah .



p/s : sebelum balik sempat lagi buat tutoriol shawl untuk kawan-kawan di uitm . suka . 

surat cinta layang buat ala-ala kim hyun jung

ala-ala kim hyun jung
uitm dungun
06 jun 2011


assalamualaikum,


hai ala-ala kim hyun jung . senyum sikit . malu . saya dah nak keluar uitm dungun hari rabu ni . lepas ni dah tak dapat curi pandang tengok muka awak . tapi yang paling saya suka tengok cara awak jalan . sejibik (nanti awak tolong betulkan ayat ni,ok ?) baek song joo dalam cerita playfull kiss . dan mulalah saya berangan jadi oh ha ni . oh , gedik nya saya .




dua tiga menjak ni , kerap bertembung dengan awak . tadi pun . saya tunduk , saya malu , jantung saya dup dap dup dap . saya nampak awak cool je . hati saya asyik cakap malu malu malu . oh , saya memang macam ni .




awak banyak peminat , tak kira senior atau junior . saya selalu stalker muka buku awak . orang asyik updated wall awak . "terima kasih appr abang **" . awak balas , "terima kasih sebab add" . oh , awak comel bila balas komen peminat awak macam tu *sambil kelip-kelip mata* .tapi saya takut nak add awak . ahh , saya malu sebenarnya . bajet lah awak tahu siapa saya kan . akhirnya , saya add jugak *sambil masukkan kepala dalam baldi*




awak tinggi , lebih tinggi dari saya . orang cakap awak cakap macam control . saya rasa tak . awak cun apa bila cakap macam tu . eh , cun pulak . sory , awak macho bila cakap macam tu k-.hari tu saya pernah nampak awak pergi solat jumaat . pakai kain pelekat petak-petak dengan baju melayu warna hijau . muka awak suci je . baru lepas ambil air sembahyang barangkali . comelnya awak ! berdosanya saya tak tunduk pandangan .




kalau tiga tahun duduk sini , maybe saya akan selalu angau bila bertembung dengan awak . hari tu , awak pernah cakap  dekat student-student perempuan , pakai baju kurunglah comel . saya dah mula tersipu-sipu sebab masa tu saya pakai baju kurung . comel tak saya ?k yang ni gedik .





saya cuma nak tulis sampai kat sini je . ada jodoh kita jumpa lagi . eeeiiii , jiwangnya saya . nanti kalau awak sakit awak , awak datanglah klinik tempat saya kerja tiga tahun lagi . eeeiii , mengada-ngadanya saya . 


saya malu . auww !



pecah kaca pecah gelas ,
sudah baca harap balas ,


yang ikhlas ,
gadis bajet oh ha  ni