Followers

setiap orang punya tarikh tersendiri

assalamualaikum





maxi dress : facebook online shop
cardigan : padang besar masa pergi lawatan kat Langkawi
shawl : my mum bought from mecca

hari ni hari last di kolej , esok balik , gambar diatas tak kait . sekejap je kan masa . saya count down dari dua minggu sebelum nak balik lagi . kalendar tak de siap tulis atas kertas lagi . kemaman , here i come . tanah tumpah aku dibesar kan . then balik johor pulak . mintak-mintak lama sikit lah kan dekat kemaman . hihi




baiklah , 31/8 merdeka , 31/8 agak-agak raya pertama atau raya ke dua . ikutlah yang mana pun , tak kisah . so , 31/8 adalah tarikh tersendiri saya .





ada sesuatu sebanarnya di sebalik post ini . tapi tak payah nak kecoh . hal kecil je . senyum sikit .

kita punya orang yang kita minat , kita punya orang yang kita suka , tapi kita punya seorang sahaja yang kita letakkan dia dalam hati kita , dan jaga dia baik-baik , dengan harapan dia takkan pernah keluar dari hati kita . pendek kata orang yang kita cinta noktah



umur dah 18 tahun , tak pe lah kot nak bercakap soal cinta . 


apa yang perlu saya tegaskan dalam diri saya sekarang ia lah . tak payah nak teruskan dengan konsep melupakan . sebab semakin kita mahu lupakan seseorang itu , semakin kuat rasa sayang kita pada nya . jadi , apa salah nya jika cuba konsep lain ? cuba konsep berhenti .


31/8 nanti saya akan berhenti mencintai dia , sama seperti dua tahun lepas bagaimana dia meluahkan perasaan pada saya . dan sudah tiba masanya  , saya buka hati saya untuk orang lain . ia nya mengambil masa selama dua tahun , buka dua hari . dan selama itu lah perasaan cemburu tak pernah jauh dari hati . dua dua tak salah sebenarnya , tapi cop ! mungkin saya yang salah . ia nya adalah lebih baik menyalahkan diri sendiri daripada orang lain . saya belajar itu .


31/8 nanti kita lihat jika saya boleh atau tidak . saya rasa macam tak boleh =,= . kan , cepat sangat judge sesuatu yang belum pasti . insyaALLAH boleh 





"  kalau ALLAH dah takdirkan kita dengan seseorang itu , kita pasti dengan dia juga . percaya itu . "



bye , assalamualaikum . ohh btw , SELAMAT HARI RAYA #takut tak tertaip blog untuk hari raya nanti HAHA


anatomy and fisiology

assalamualaikum




hari ni dah 24 ramadhan , esok dah 25 ramadhan . 26 ramadhan dah balik kemaman :) sukanya hati . asyik count down tak henti-henti . lepas tu raya , ya ALLAH , pejam celik pejam celik sekejap je masa . kemudian dua minngu seterusnya , balik kuantan balik . huhh . tak nak fikir , tak nak fikir . nanti tak semangat nak raya .




baiklah , berpandukan tajuk di atas , sebenarnya saya dah nak exam . first time ni exam nursing . so , title tu sebenarnya subjek yang saya ambil . memang wajiblah ambil setiap student nurse kan . tapi masalahnya saya sangat-sangat lah lemah subjek ni . korang ingat senang eh tajuk ni ? ya ALLAH , bagai mahu terkeluar baca dan hafal subjek ni . lain lah kalau orang bijak pandai sains kan . :) tapi serius lah weh , bagi saya agak susah sebab saya bukan dari aliran sains tulen , saya budak akaun . agak culture shock jugak minda saya nak menerima semua ni .




tapi ,  takpe , oleh kerana semangat yang membara , saya akan berusaha juga . yeah ! sebelum balik kemaman , saya ada test hari jumaat ni . means, pagi lah kan . sebab saya balik petang jumaat tu naik bas sebab tiket pagi habis . k tipu , tak balik naik bas pun , mak saya datang ambil .ya ALLAH , tak sabarnya . dalam kelas ilmu ntah ke mana dah , sebab hati dah ada kat kemaman . jasad je masih di kuantan . HAHA , over ! tapi serius , semua student batch saya asyik count down hari je . suka lah tu boleh SOP !




baiklah , berbalik pada anatomy and fisiologi . apa itu anatomy ?


ianya adalah kajian tentang struktur tubuh dari segi binaan , susunan , organ dan perhubungan manusia di antara sistem-sistem tubuh .




fisiology ?


ianya adalah kajian tentang tugas-tugas dan fungsi-fungsi organ dan sistem yang terdapat dalam tubuh badan 




gila tak pening nak belajar semua ni ? pening ya lah , gila tak ahh . nak kena hantar dekat wad dahlia ? tak nak tak nak ! baiklah , dalam kelas saya lah yang selalu ditujukan soalan . ya lah , student lemah kan :( . so , setiap kali puan afrah masuk , orang lain tak perlu berteka-teki siapa yang akan ditanya reverse topic , tak lain tak bukan saya lah kan . dan setiap malam , saya akan berbincang dan berborak dengan roomate , soalan apa yang akan puan afrah tanya saya besoknya . nampak tak permainan nya ? tapi , puan afrah sangat-sangat lah baik . ada kala dia juga tegas . tapi saya tahu , dia nak saya improve dalam subjek dia . misalnya hari ni , dah tahu setiap hari memang kena tanya , eh , saya tertinggal nota pulak . gelabah mak nyah ! 




lepas tu , bila puan dan nak start tanya reverse topic , saya cepat-cepat angkat tangan . tapi , macam pelik ahh tiba-tiba angkat tangan . soalan tak di tuju lagi . mentang-mentang ahh , setiap hari kena tanya , hari ni tak tanya lagi nak jawab dah . HAHA . tak tak , sebenarnya , saya cepat-cepat angkat tangan sebab nak bagitahu puan yang saya tertinggal nota . alhamdulilah beliau tak marah . pastu dalam hati ber sorey lah , hari ni maybe tak kena tanya soalan lagi . TAPI , tetap sahaja ditanya , apakah contoh penyakit yang dibawa oleh bakteria staphylococus aureus ? alamatnya , mengelabah lah eden . TAPI ! nasib baik puan tak marah jugak . huhh , hari ni selamat . kita tengok esok pula . 








jadi inilah meja perjuangan saya :)





jadi , doakan kejayaan saya disini , dan insyaALLAH saya juga mendoakan kejayaan anda 




p/s : 5ss1 2010 jangan lupa check even korang okay ? tak pergi tak dapat suprise :) HAHA





klik untuk besarkan . dan perhati apa yang telah dihighlight kan :)


ok , bye , assalamualaikum

5ss1 2010 tak baca , aku nak mengajuk

assalamualaikum




hai , korang ingat aku lagi ? apa ? lupa ? eh , kang aku cepuk karang . tahu tak korang "betapa" aku rindu korang ? tahu tak ? rindu aku dah setengah mati nih . ye ye ol je kan . eh , korang tahu tak apesal aku cakap macam tu ? eh , bukan senang-senang aku nak cakap . aku nak ajak , oh tak , aku nak paksa korang pergi reunion ataupun majlis berbuka puasa nanti . nak tahu lebih lanjut , korang pergi dekat group kita . jangan buat-buat lupa . ingat asal kita dari 5 ss 1 . kelas terbersih dan ceria 2010 . ehem ehem ehem . bangga !




oleh itu , aku dengan berbesar hatinya , nak tulis post pasal nak paksa korang . eh , ingat apa ? entry sepesel ni , entry ke 111 . special tak special tak ? ahh , aku tak nak mengediks , aku nak tegas sikit . eleh , macam tak tahu aku kan 




ok , baiklah . aku nak ingat kan korang ni . eh , korang tak nak pergi eh reunion tu ? korang dah lupakan 5ss1 eh ? korang dah lupakan gnses eh ? korang dah lupakan aku ? #ni tak kait . ehh , korang dah lupakan semua ni ? sampai hati korang . nak nangis ahh macam ni . =,= 




korang ingat tak kelas kita pernah dapat A+ untuk kebersihan . kenapa aku asyik ulang yang ni ? HAHA . ahh , korang ingat tak aku dengan fatin pernah buat rosak banting 5mv1 buat tulis nama suhaili dan alang-alang juga aku cipta kain basahan ? HAHA , pastu kitorang kena marah dengan cikgu marina . pastu korang kan tolong siapkan banting tu semula . pasti banting tu dapat yang terbaikkan . bagus kan aku pergi rosakkan banting lama diorang . HAHA . korang ingat tak korang selalu letak kepala atas meja then , ustazah akan ketuk meja kuat-kuat buat kita terkejut pastu kita akan bangun . tak kurang juga ada yang melatah . pian lah tu , orangnya . HAHA 




korang ingat tak setiap pagi setiap hari selasa korang akan copy homework subjek akaun ? korang jangan lupa , sebab aku ingat . korang ingat tak teacer salma pernah merajuk dengan budak kelas kita , sebab ramai yang tak datang kelas tambahan ? korang ingat tak tiap kali kelas tambahan weekend , budak-budak kelas kita akan pakai bagai orang nak pergi kenduri ?xpecially perempuan . tak pe lah , aku pun sama . ehem ehem . korang ingat kedai pok soh nasi minyak akan penuh bila waktu rehat . yang buat order tak menang tangan . 




korang ingat , teacer norwati akan tawarkan hadiah berupa duit untuk selesaikan masalah addmath ? korang ingat tak yang korang akan mengeluh time masa addmath ? korang ingat umi ? tak menang bagi nasihat dekat kita . korang ingat dia akan selalu baling marker pen keluar kelas bila dakwatnya dah habis . ingat tak jilbab dia selalu kotor kena marker pen sebab nak ajar kita matematik . ingat tak cikgu rohani selalu sebut pasal kelas tambahan ? sebab dia yang selalu uruskan kelas tambahan  . ingat tak pasal kisah-kisah cinta budak kelas , halim dengan isya , aliff dengan suliana ? HAHA #tetibe . 




ingat tak ? jap jap , aku mengimbas kembali . ohh ! ahh ! ingat tak cikgu nermani suka nyanyi dalam kelas . ingat tak "ayat gramatis - ayat gramatis " HAHA . ingat tak aqli selalu kena buli dengan budak kelas . ingat tak aqli selalu kembangkan lubang hidung dia ? ingat tak kita selalu akan berusaha untuk dapat markah tertinggi ? 




ingat tak isya kena marah dengan cikgu salmi sebab tak datang exam pergi ambil lesen ? kahkahkah ! ingat tak masa cikgu marina pergi umrah , kita salam peluk cium cikgu marina ? ingat tak yang nabila selalu buat muka toye masa addmath ? ingat tak suliana dengan amalina , student paling senyap dalam kelas kita ? ingat tak mata syakir selalu merah , sebab selalu tidur dalam kelas ? tapi dia dapat A tassawur .ingat bila ada salah seorang yang buat lawak antara kita ? kita gelak sama-sama.  ingat majlis berbuka puasa dengan ustaz mizan ? kita makan sama-sama :( ingat solat hajat dan qiamulail ? kita nangis sama-sama :'( korang ingat kenangan kita sewaktu bulan ramadhan ? :'(




ingat time aku xcident ? korang datang rumah aku melawat kan . korang bawak buah-buah . sekarang boleh bagi lagi sikit ? HAHA . ingat tak masa sambutan raya kat sekolah ? aku nak buat lakonan pasal yang dari mesir , tapi tak jadi kan . ahh , malu ! pastu ingat tak kita sama-sama naik pentas nyanyi lagu ku ada kamu untuk cikgu tajul ? juga disokong oleh kelas lain . aku ingat suhaili tak ingat lagi "suasana hari raya" . dia akan miming bila tak ingat part lirik tapi dia kuat kan suara bila part lirik "kuih dan muih " "ketupat rendang" sebab dia cuma ingat part lirik tu je . harharhar ! 




ingat masa kita nak ambil exam sebenar spm ? kita bermaafan sesama kita . kita buat gila-gila punya study group . kita bagi semangat sesama kita . korang ingat ? :')




korang ingat lepas habis exam kita buat jamuan dekat western geliga food ? korang bergaya sakan eh , korang ambil gambar tak ingat dunia eh . jadi sekarang cakap siapa yang tak rindu suasana ni : 






korang tengok tarikh kat gambar tu kalau korang lupa :'(


jadi sekarang , beri motif kat aku kenapa korang tak nak pergi berbuka puasa ? cakap lah cakap lah , kang aku merajukkan .


korang tak nak tengok ke muka kawan-kawan korang sekarang ? korang tak rindu ? korang tak nak peluk aku ? #perempuan je . aku nak peluk korang ! #pun perempuan je . 


aku tahu korang banyak story pasal korang kat kitorang . so , apa tunggu lagi ? :') . kalau betul korang ingat , korang takkan bagi alasan pun nak pergi ke tak pergi . yang pasti , aku tak nampak muka korang , aku nak merajuk. then , bila jumpa korang aku akan buat "dek" je . hahh , nak ? nak ? tak nak kan . pasti nanti kalau korang jadi pesakit aku , aku nak buat kasar-kasar ! hahh , takut leteww ..HAHA ..tak tak tak , kena pecat aku dengan KKM . 


jadi inilah apa yang aku ingat , aku tahu kalau kita bergabung dan meletup , kita boleh buat novel pasal 5ss1 2010 .  tak , aku tak melampau , aku cakap betul . sambil kenyit mata .


so , ini adalah senjata psycology aku untuk korang . harap korang faham . 


bye ! ooppss , macam kurang ajar kalau tak bagi salam . bye . assalamualaikum :'(





betapa aku mahu pulang pada zaman sekolah dulu

assalamualaikum




saya aqmar jusof . saya baru 17 tahun , tahun 2010 ni . tahun ni saya spm . tapi saya tak ready lagi . saya selalu main-main dengan kawan saya . saya suka main lompat getah , main kapten tikus , main kahwin-kahwin . dah cukup , kenapa aku makin jadi budak-budak eh sekarang ? mungkin badi aku jadi junior disini . jawapan tak munasabah langsung .




baiklah , saya aqmar jusof . saya baru je masuk 18 tahun bulan lepas . jadi , saya dah boleh keluarkan duit dalam bank tanpa perlu dikuotakan lagi jumlahnya , tak kait k . saya rindu zaman persekolahan . inilah topik sebenar . senyum sikit . so , hari ni saya nak cerita peristiwa-peristiwa di bulan puasa bulan lepas . means saya masih bersekolah di masa itu .




esok nak puasa hari saya dan kawan semua akan makan banyak-banyak dekat kantin . gila tamak kan ? saya ingat classmate saya cakap , zuliani "baik kita makan banyak-banyak hari ni , esok puasa dah " dan seterusnya semua orang gelak . ohh , rindunya . entah ke mana dia sekarang . setiap kali dalam kelas sibuk bercerita pasal makanan . semua makanan sebut , semua nya macam tak dan nak sebut nama makanan yang best-best . dengan harapan , kawan-kawan lain akan menjerit dan akan berkata "bestnya" . ya ALAH rindunya .




jika ada yang tak boleh berpuasa , diorang akan bawak bekal . macam air , gula-gula , kuih-kuih . tak de nya lah kan nak bawak nasi lemak . nak over sangat ? HAHA , so taktik yang akan diguna kan ialah , konon-konon pen akan jatuh dari meja , tangan kanan pegang gula-gula . bila tangan kiri ambil pen , tangan kanan suap dalam mulut . bila ada kawan-kawan lain yang nampak , mesti berbunyi ayat nih " hahh ! tak puasa eh " , yang sorang lagi akan tunjuk isyarat jari dimulut . rindu :( . dan saya pulak , bila tak puasa , akan bawak kek batik dengan air masak . bila waktu rehat , orang duduk ulang kaji , saya dan kawan saya , nick akan pergi dekat bilik wudhuk dan makan selaju-lajunya . time nak bawak makanan tu , kitorang nyorokkan dalam tudung sekolah , sebab takut ada yang perasan . . setakat tu , tak pernah kantoi k . HAHA




then , bila masa belajar semuanya , kepala atas meja . nak-nak masa ustazah . dan tiap kali tu ustazah akan ketuk meja kuat-kuat dan kami akan bangun terkejut dan buat muka selamber bagai tiada apa yang berlaku . tangan pulak sibuk duduk conteng buku teks , kononnya kitorang tak tidur dan fokus se fokusnya . 




bila keesokannya harinya , semua akan bercerita apa yang mak masing-masing masak , masing-masing cakap dengan penuh semangat , konon mak masing-masing masak paling sedap . ya lah kan , mak siapa yang tak pandai masak kan .




kemudian , tiap pagi kami akan laku kan solat dhuha , solat hajat . memandangkan kami memang dah nak ambil exam kan tahun lepas . dan yang paling best , bila ada berbuka puasa dan qiamulail di sekolah . kami terawih sama-sama . kami happy sama-sama . teruja doh dapat tidur sama-sama dekat sekolah . then , kami nangis sama-sama tiap kali ada perkara yang menyentuh hati . ya ALLAH , aku rindu semua ni :'( . pulak , bila dah nak balik , semua mata dah bengkak sebab banyak sangat nangis . di sini , kami rasa bagai kami keluarga . kami peluk kawan masing-masing bila ada yang menangis . kami bertepuk tampar bila ada perkara yang kelakar #ingat tak yang ustaz mizan cakap "ketuat dekat leher pun boleh nampak bila tudung tak mencukupi dengan syarat-syarat ? " masa tu semua akan pandang dekat aku sebab aku ada ketuat kat kening . dan semua akan gelak sakan termasuk aku . kat kening k bukan kat leher ! HAHA . aku rindu :'(





5ss1 2010 #cubalah cari mana saya



ini kelas kami . sentiasa dapat anugerah kelas ceria dan terbersih . #bangga , saya warga 5ssi 2010



mereka kawan dunia akhirat :(



mereka juga . terserlahkan betapa rapatnya kami . that why , saya merindukan semua ni .

kerana mereka lah saya berjaya :')



p/s : sekarang , semua dah melanjutkan pelajaran . moga mereka berjaya dunia akhirat . saya doakan . :(

lepas geram !

assalamualaikum




usai solat terawih dekat masjid sultan ahmad , terus balik kolej lagi . dan macam biasa , dalam hati selalu wish , sesakkan lah jalan malam ni . guwa malas balik kolej . jahat kan ? hari ni rasa tenang sangat , solat terawih beriman kan ustaz dari syria . bacaan yang menyentuh kalbu . ditambah dengan suasana ramadhan . pulak ada anak-anak yatim berbuka puasa dekat masjid . pendek kata , masjid hari ni meriah sangat . baru feel ramadhan




kemudian , tunggu bas , agak lama lah jugak berdiri tunggu bas sampai nak ambil kitorang balik kolej balik . tak nak nya balik kolej ! tak kisah lah menunggu lama pun , tak pe lah berdiri pun , sebab nanti akan terbiasa bila di wad HTAA . mana boleh duduk kan  .




penantian yang tak dinanti , akhirnya muncul . hai , saya dah sampai kolej "kesayangan" saya . senyum sikit . tapi apa pun agak semangat lah jugak sebab dapat ketenangan dari bacaan surah-surah dari ustaz tadi . sampai je bilik . jeng jeng jeng . arghh , tak payah nak bersuprise sangat , sebab memamg aku akan dapat suprise pun . tak sempat lagi nak rehat sikit , nak minum air sikit , dah kena pasang bendera , then kena kemas peti sejuk , then kena basuh TANDAS . saya ulang TANDAS . ohh , "sukanya" , aku memang suka buat kerja semua ni .




ye lah kan , sebenarnya , aku tak pe nak buat semua ni . dah perempuan , kena buat kerja rumah kan . kat rumah kita kena bersih semua ni . yang aku geramnya , kamu di suruh oleh "mereka" dan "mereka" cuma tahu mengarah . adalah jugak salah seorang mereka yang buat jugak , sebab semua ni tanggungjawab dia jugak . tapi mana kawan-kawan dia nya ? mana ? mana ? ! cuma tahu lihat dari arah bertentangan dan bersembang entah apa entah ! dasar ! hey , korang pun guna tandas tu kan ? ke korang tak pernah mandi ?






dah tu , dah nampak dah aku tengah cuci tandas , tak reti-reti nak bagi laluan ? sibuk duduk basuh baju kau . then , bercakap dengan buayafriend kau . ahh , manjalah sangat kau bercakap tu . dengan kitorang , kau menengking bermaki hamun sekali . tu dengan perempuan tu . dengan lelaki elok pulak kau cakap eh . kau miang kan ? serius aku geram gila dengan kau . start aku datang sini lagi , kau dah ejek klip reben aku kan . aku ingat kau kutuk-kutuk style aku , style kau tu hot gila lah . eleh , style kau ! arghh , tak reti aku nak komen . yang penting , kau ketinggalan zaman . aku bagi salam ada kau jawab ? pandang pun tak ! senyum pun tak ! menjeling pulak kau ! 




kau ingat apa kau pernah cakap ? "binatang" kan ? kau sedar tak yang orang tengok kau macam binatang ? eh , serius aku tak de nak bermaki hamun sangat dekat orang , kalau orang tu tak over melampau . hey , start aku datang depan parents aku doh , kau duduk cakap belakang pasal aku . hey , kurang ajar kau perempuan ? malu lah jadi mak bapak kau . kasar kan main mak bapak ? hey , perempuan siapa mula dulu ? kau atau aku ? aku harap lah , boyfriend kau tu tak de mengena dengan anak beranak aku . ohh memang tak lah , aku nak buat kau sebahagian dari family aku . tetibe pulak aku . HAHA




kau ingat dengan nama glamour kau tu , kau hot sangat . eh , memang tak lah . hey , benci benci  benci gila aku kat kau . kau ingat kat siapa ? lebih baik kau cepat keluar dari sini . sumpah , aku meluat dengan kau . kau cakap jangan mengedik sangat depan senior kan ? kau yang gedik depan lelaki , kau nak bagi motif apa kat aku ? ya ALLAH , meluat nya aku . padahal hari ni mood aku baik , dari pagi semuanya lancar tak de masalah aku hari ni . apa yang lecturer aku tanya , alhamdulilah aku boleh jawab . tapi malam ni . aku memang dah tak tahan dengan kau .




aku bukan lah balik sangat . cuma aku nak bagitahu , bila aku tengok kau , aku rasa macam nak lilit rambut kau kat dinding sampai urat kat dahi kau meregang lebih dari orang pakai botox , aku nak patahkan kaca mata kau guna kepala lutut aku sampai kau terkial-kial meraba bagai orang buta . aku nak patah kan gigi kau , buat kikis salji dalam peti sejuk , biar urat kau rasa geli geliman . aku nak rampas boyfriend kau biar kau merana dan merayu dekat aku suruh lepas kan bf kau #yang ni tipu je .aku nak koyak paper exam kau . biar kau tak dapat jadi nurse , aku nak kunci kau dalam bilik kau sampai kat jadi meroyan dan masuk wad dahlia ! 




dan sekarang aku pula rasa , tak lama lagi aku akan masuk wad dahlia . nauzubillah .




aku tahu berdosa sangat aku hari ni , aku dah hilang sabar . cuba korang fikirkan aku kena dengan minah ni dari hari pertama aku mendaftar disini . aku ingat kau siapa weh , sampai bila-bila aku ingat weh . bila aku kena dengan kau , aku telefon mak ayah aku nangis-nangis mengadu . ye lah aku nak mengadu kat siapa lagi ? nak ngadu dekat kau ? kau yang buat aku jadi macam ni , aku pulak nak ngadu kat kau ? memang tak lah kan . kau boleh bayang tak apa perasaan parents aku bila mereka tengok anak dia tak dapat mejalani kehidupan yang baik disini ? tiap kali anak dia mengadu tak mahu jadi nurse ? dan tiap kali itu , mereka akan pujuk aku ? kau tahu berapa kredit aku dan parents aku habiskan untuk berbahas soal apa yang kau buat dekat aku ? kau KEJAM wahai perempuan !




aku mungkin tak tahan dengan dugaan . ya , ALLAH berikan dia untuk beri ujian pada aku . tapi malangnya , dia terlalu over . aku tak nak maafkan kau dunia akhirat , sebab kau kejam bagi aku dan kejam bagi batch aku noktah !






aku nak beritahu pada seluruh dunia , yang lingkaran bawah mata aku gelap sebab asyik nangis bila dibuli oleh dia . biarlah nak kata aku mengada pun . dia suka lah kan , sebab aku boleh buat raya .



p/s : hari ni ruang chat jangan nak ber hai sangat lah kan . guwa tak de mood . serius . kbye





20 perkara , apa yang suka tak suka tentang..

assalamualaikum


apa yang saya tak suka tentang :


(1) orang yang malas nak kemas bilik sendiri . just biarkan bersepah dan buat "dek" je . kalau ada maid bagus lah jugak . tapi pemalas !


(2) orang yang meniru dalam exam pastu bila dapat markah tinggi , ye ye ol bagitahu orang buat sendiri . sekarang siapa yang bodoh sombong ?


(3) orang yang suka tengok orang lain atas bawah atas bawah . dengki atau pelik ? tak puas hati ? baiklah nilai diri sendiri.terima kasih


(4) orang selekeh yang suka mengumpat orang yang berstyle sikit . cemburu ? atau tabiat ?


(5) orang yang tak mandi dan ketiak berbau . pening . mandi bukan lama pun =,=


(6) orang yang kurang ajar dengan orang yang lebih tua


(7) orang yang tak hormat orang tapi suruh orang hormat dia . apakah ? tinggi sangat pangkat tu ?


(8) orang yang suka bercerita tentang kelebihan sendiri , walhal "benda" tu tak de pun 


(9) orang yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain . lepas tu buat muka "toye"


(10) orang yang menyatakan cinta palsu . playboy mungkin .


(11) orang yang berlagak baik di depan , di belakang mengumpat kita . ni paling tak leh blah !


(12) orang yang malas nak ambil barang sendiri , tapi suruh orang lain yang ambilkan .


(13) orang yang suka mencarut sebab mulut tak de lesen .


(14) orang yang suka cakap "bodoh" sebab mungkin dia yang paling pandai didunia . tak ingat mati ! #tetibe


(15) orang yang asyik-asyik suka marah . marah marah je kerja dia . pendek kata panas baran


(16) orang yang hanya tahu mengarah , tapi tak pandai selesaikan


(17) orang yang letak kan kesalahan di bahu orang lain . salah sikit , tak mengaku


(18) orang yang tak boleh tengok kelebihan orang lain . dan pastikan dia juga punya kelebihan itu .


(19) orang yang dulu cakap lain , sekarang cakap lain . baru tahu langit tinggi ke rendah ? dulu , baik jangan nak ber "sumpah" sangat .. dasar !


(20) orang yang tak berani nak bagitahu mak dan ayah saya , dia suka saya . HAHA

header lama :)

ada sesuatu yang menarik tentang terawih semalam

assalamualaikum , 




hal semalam punya cerita hari ni pula cerita . maaflah , semalam balik terawih , rollcall , makan-makan sikit dengan roomate , study dan terus tidur . 




semalam pergi terawih dekat masjid sultan ahmad . bukan tiap hari boleh pergi terawih sebab kadang-kadang ada kelas malam . ganti untuk hari raya . padat bukan masa ? so , ada kesempatan semalam , pergi lah terawih dekat masjid sekejap , baru lah rasa feel ramadhan . baru lah dapat keluar dari kolej ni walaupun sementara . apa yang menarik nya , bila waktu balik , ada budak kecil comel , perempuan , pakai tudung , pakai brooch panjang , tapi dia memang kecil lagi , 2 tahun lebih mungkin . sambil minum air yang disediakan untuk moreh , dia tarik tangan roomate saya . ingat mungkin dia salah orang , nak pegang tangan mak dia ke , kakak dia ke , abang dia ke . rupa-rupanya dia nak salam . ohh , comelnya ! kemudian dia tarik tangan saya pulak , dia salam lagi . ya ALLAH , bagusnya budak comel ni . kita tak hulur tangan pun , dia dah tarik tangan kita . alhamdulilah , moga berterusan hingga dia dewasa . ameen .






sebenarnya , ni baru balik kelas . kelas bel . nurse pun kena belajar english :) . rasanya saya amat selekeh disini . tak bukan " rasanya " tapi " memang " . saya malas nak bersiap . kadang-kadang pergi kelas pun tak pakai apa-apa . kalau rajin sikit , pakai toner , pelembap then bedak sikit pastu calitkan lip ice , tu pun kalau ingat lah . pakai tudung putih ntah apa-apa , pakai seluar trek dengan kasut bertumit satu inci . kau ado ? HAHA . pastu bawak beg kitar semula "anakku" yang selalunya orang bawa untuk shopping sayur . sebab , saya rasa sini dah macam rumah "tertutup" . malas nak bersiap , malas nak pergi kelas , rutin harian yang sama , tiada apa yang menarik . takpe lah , kalau saya bersiap elok-elok orang pandang atas bawah pulak , ni lagi tak selesa . serius . saya tak tahu apa yang tak kena dengan style saya disini . saya pelik atau orang disini yang pelik ? kat kemaman ok je pun .




26/8 ni dah start cuti raya . petang habis kuliah saya balik . angah ambil . nak naik bas memang tak lah kan . alahai , dekat je pun . kalau saya naik bas thong aik tu pun belum tentu dapat sampai dalam masa 45 minit , 2 jam ada lah . tu pun nanti nak berasak-asak dengan orang ramai . warga asing jangan cakap . pastu mula lah penyakit tibi menular dalam kalangan rakyat malaysia . jangan tak tahu ya , penyakit tibi berasal dari warga asing ! pastu saya nak pergi bazar kemaman pulak , saya nak berbuka puasa dengan kawan-kawan saya . rindunya ! 




cuti cuma dua minggu . ok lah tu kot . rata-rata orang lain saya servey dalam muka buku , cuti seminggu je . terima kasih goverment ! #cepatkanlah masuk elaun ! haha , pastu 11/9 dah start balik kuantan balik . huhh , lambatkan lah hari ! naik cuti dah kena ambil exam mid sem pulak . first time ambil exam nursing , cuak doh . kemudian fully masuk kerja wad . saya posting dekat hospital tengku ampuan afzan je . so , tak payah lah nak punggah barang ke hospital-hospital daerah . alangkah baiknya , kalau dapat posting dekat hospital kemaman . dan , tahu-tahu je lah kalau masuk wad , busy lah memanjang . takpe lah , cari pengalaman :)




kemudian lepas habis posting , exam lagi . exam osky pulak . maknanya exam berkaitan dengan praktikal-praktikal yang kita dah buat kat hospital . ni yang saya takut ni . sebab akan ada judge yang akan tengok dan beri markah . takpe lah , akan buat yang terbaik untuk tiga tahun akan datang . yang paling penting untuk mak ayah ! yeah ! semangat-semangat .




jadi , sampai disitu saja lah . terima kasih :)




p/s : raya tahun ni macam tak de mood nak raya . kalau dekat rumah ni dah servey-servey dah baju raya .

3 tahun akan datang

assalamualaikum




dah lewat malam tak tidur lagi . nak study , tak de mood . pemalas betul sekarang . nauzubillah . 




beri berapa tahun untuk sampai ke masa sekarang . seperti kita perlu bersyukur andai masa dulu boleh mengajar kita . saya sebenarnya sedang berangan tiga tahun akan datang . kakak senior ramai plan dah nak kahwin . wawh , sweetnya ! 




baik lah , jika 3 tahun akan datang :






# pada usia 21 tahun ,  saya dah jadi seorang staff nurse bukan jururawat pelatih lagi




# saya akan bekerja di hospital kuala lumpur (HKL) . kenapa ? sebab saya akan minta posting disana . dan lagi satu , HKL lah paling senang dapat . pilih je , dapat kat situ jugak . kalau saya pilih Terengganu , dengan harapan dapat posting kat Kemaman , memang kementerian kesihatan Malaysia akan hantar dekat HKL juga . hospital yang paling sibuk di Malaysia . takpe lah , cari pengalaman .




# saya akan kumpul duit dari sekarang untuk beli aset-aset saya . rumah , kereta dan semua yang patut saya miliki . pastu saya nak hias rumah saya lawa-lawa ! eksitednya ! HAHA




# saya nak pergi buat umrah , dan kalau ada rezeki saya akan buat haji . dan ofcourse lah insan yang akan saya bawa ialah parent saya sendiri .




# kemudian , saya nak pergi bercuti dalam Malaysia dulu . saya nak pergi Langkawi sekali lagi , eh tak , banyak-banyak kali . kenapa Langkawi ? sebab saya suka Langkawi *jawapan takleh blah . 




# pastu , baru lah saya nak pergi oversea . dan ofcourse lah saya nak pergi korea dulu . makan breakfast,lunch dan dinner lepastu jalan-jalan keliling korea dalam masa satu hari dengan LEE MIN HO *ni tak berharap sangat kot HAHA 




# then , saya nak kahwin . saya nak kahwin dengan ala-ala kim hyun jung tapi kawan-kawan cakap dia ada iras remy ishak  . HAHA . moga ALLAH kabulkan doa saya . dan saya akan menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya dan sentiasa ingatkan TUHAN dan kedua ibu bapanya *bakal ayah dan mak mertua sekali . seterusnya , membentuk sebuah keluarga yang bahagia , ameen . *sambil suka kikiki






agak-agak boleh ke ? saya ni dah lah selalu gopoh-gopah kalau cari kunci . *k tak kait :)




# saya akan jaga pesakit saya sebaik mungkin . dan akan memberi perkhidmatan yang terbaik supaya mereka ingat siapa "misi aqmar" . HAHA




# saya akan sambung belajar ke peringkat degree dan akan menjadi lecturer jururawat . tak dapat jadi cikgu , jadi pengajar jururawat pun tak pe . ameen .




# dan yang paling penting , saya nak bahagia bersama orang-orang yang saya sayang . dan mereka ialah mak dan ayah saya .




YA ALLAH , panjangkan lah umur kedua-dua ibu bapa agar mereka dapat melihat kejayaan ku kelak . mereka insan yang terpenting untukku , di dunia dan akhirat . berkati hidup mereka . ameen . 




dan ini lah yang saya mahu 3 tahun akan datang . untuk semua ni , saya perlu belajar rajin-rajin . saya perlu past exam setiap sem . saya tak boleh tidur masa lecturer mengajar . saya tak boleh malas baca buku dan saya perlu fokus pelajaran dahulu . saya laku kan untuk semua itu , dan untuk parent saya . kbai :'(





berbuka puasa

assalamualaikum




hari ni hari ahad . hari ahad mean off diet . so , boleh ahh makan makanan sedap-sedap ikut suka hati kita . cafe cuma sediakan makanan dari hari isnin hingga hari sabtu sahaja . jadi tak payah lah makan makanan diet je kan . kemudian , akhir bulan timbang berat , ukur bmi , huhh . saya bukan masuk sekolah nurse , saya masuk the biggest loser . sebab tu saya makin kurus sekarang . benci ! benci ! benci ! #padahal suka




hari ni berbuka puasa kat padang . save kos mungkin . rasa suasana orang tiada rumah juga . tapi syok . sangat syok . boleh tengok gelagat orang . satu padang penuh dengan semut-semut manusia . ada yang berfamily . ada yang berkawan-kawan . ada yang ber couple-couple . ehem ! ehem !




mula-mula beli makanan tak ingat dunia . saya beli nasi ayam "boxing" . siap ahh mana-mana orang kacau aku ! aku boxing karang ! HAHA . tapi tak habis pun :) tamak kan . pastu saya beli kek batik , ni memang sahlah kan . sebab makanan favourite saya . kuantan memang syurga kek batik saya rasa . pergi sana ada , pergi sini ada .tapi tak boleh tanding yang buatan kemaman punya . padahal buat sendiri pun boleh . boleh , tapi bak ahh bagi dapur kat saya . kat sini mana ada dapur . 








otw nak pergi . depan bilik . ni lah asrama saya 



padang ni , berdekatan dengan bazar , so boleh lah beli makanan kat sana je . yang paling penting , berdekatan dengan masjid . jadi , lepas berbuka boleh lah tunaikan solat maghrib selalu :)



jadi tak lengkap lah kalau tak ambil gambar sorang-sorang sekeping untuk di upload menjadi profile pic . HAHA



kemudian saya mula teringat , kalau kat rumah ni mesti berbuka puasa dengan mak dan ayah . dah mula nak sedih dah :(




k lah , sampai disini sahaja buat masa ini . terima kasih .




p.s : terima kasih untuk beberapa hamba ALLAH yang sudi sedekah kan kami surat khabar untuk kami duduk :)





rutin harian

assalamualaikum




lappy siap rajin lah jugak update blog . tu pun kalau ada masa terluang . saya sibuk . saya sibuk sangat-sangat . tapi rasa nya minggu ni relaks sikit . 




pagi , dalam bulan puasa ni saya bangun pukul 4.30 pagi untuk sahur . kadang-kadang depend lah jugak . kadang-kadang tak bangun , terlajak sampai pagi . then pukul 7.15 saya dah kena masuk kuliah dah sebab pukul 7.30 memang dah start dah belajarnya . 




walaupun kami baru pelatih , tapi jadual kami ikut waktu kerja . so , kalau bulan puasa dari pukul 7.30 a.m hingga 4.30 pm . kalau hari biasa pukul 8 pg hingga 5 ptg . dan kami cuma boleh rehat untuk makan dan solat pada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang . 1 jam je pun . 




balik kuliah , solat asar . lepas tu , saya basuh baju pulak . masa pulak depend jugak sebab kita perlu menunggu giliran untuk memberus baju , membilas , dan meletakkan downy . ada yang tanda baldi diorang dulu . so , saya masih perlu tunggu untuk tuan punya baldi datang dahulu , kemudian dia basuh baju dia dan kemudian kawan dia datang , kawan dia pulak basuh baju dia dan kemudian baru lah saya . lama tak ? sekejap je kan (tangan ke dada mata ke atas) . lepas tu saya pergi jemur baju pulak . kemudian , kalau ada masa terluang sikit , saya rehat lah sekejap .




6.30 petang saya dah kena turun dah dekat dewan makan . kalau datang lambat tak de tempat lah nak berbuka . sebab pelatih ramai . lepas berbuka puasa , saya solat maghrib dan seterusnya bersiap untuk kelas prep . kalau tak de kelas prep saya pergi terawih . kelas prep ialah kelas dimana kita perlu membuat ulangkaji atas apa yang kita belajar pada hari itu juga . tak boleh tak datang , kedatangan diambil . cubalah ponteng kalau nak kena !




saya cuma boleh cuti pada hari sabtu dan ahad sahaja . masa tu baru rasa relaks sikit . dah jadi kebiasaan bila mata lebam tak cukup tidur . dalam kelas asyik mengangguk sebab mengantuk . kuiz ? yakin dengan jawapan . tapi eja pulak salah . rasanya saya lah yang paling lemah dalam kelas bagi subjek anatomi dan fisiologi . tapi alhamdulilah , subjek lain masih  boleh jawab . puan afrah setiap kali kelas mesti akan tanya saya dulu setiap soalan . saya tahu saya pelajar lemah :( . tak termasuk lagi , saya kena ingat setiap prosedur-prosedur klinikal . ye lah , nanti bila masuk wad terkial-kial tak tahu buat apa . mula lah nanti kena marah kan . 




saya tak sempat nak bertext dengan sesiapapun . sebab phone mana boleh bawak setiap kali pergi kelas . kalau ada spotcheck memang kena lah kan . saya "masih" budak sekolah .




jadi , saya memang tak sabar nak balik cuti raya ni . then , bila balik kuantan pulak saya kena tempuh mid exam pulak . doakan saya . nak-nak subjek anatomi dan fisiologi . bukan senang nak kaji semua sistem dalam badan manusia :( tapi seronok jugak . sebab sekaranh ohhhh , baru lah saya tahu kenapa macam ni macam tu . dan saya dapat lihat kebesaran Allah :)






sampai disini sahaja , saya kena buat lakonan untuk assigment . alhamduliah assigment lakonan pertama berjalan lancar dan ada positive feedback daripada semua . saya jadi mak cik yang banyak complain dalam wad . lakonan ? ni nak jadi nurse ke , nak jadi artis ? haha . klah , sampai sini sahaja . bye semua ;. have a good day tomorrow :)





if you love something let it go , if it comes back to you it's your

assalamualaikum


awuks temua tehat tak ? tehat cikgu ! HAHA . ohh pleaselah , eja elok-elok boleh ? sejak ada blog , saya dah tak tulis ringkas-ringkas lagi . well , saya amat menghargai bahasa . ofcourselah , kita orang malaysia berbangsa melayu . senyum sikit . 


ok , berbalik pada title . tu sebenarnya datang dari google . search-search quotes , eh tertarik pulak bab ni . ewah . 


zaman sekarang , zaman orang bercinta . alaa , ketinggalan lah minah ni . setiap zaman , zaman orang bercinta . ok , baiklah . zaman sekarang , kalau tak de bf or gf dikira ketinggalan zaman . eh , bukan saya cakap . orang lain yang cakap dekat saya macam tu . ahh , nak merajuk ah macam ni . kalau saya cakap saya tak de boyfriend , mula ahh tarik muka . ntah ya , ntah ndak ? ya lah . kat sini , semua orang asyik cerita pasal boyfriend diorang . saya dengan muka tak malunya , asyik tanya tu tanya ni . ala , kemon lah . guwa baru 18 tahun . yang kat sini semua labih tua dari guwa kan . wawh , terharu doh jadi nurse paling muda . ahh , terharu ahh sangat .


tiap hari ada yang call-call bf dia . ada yang main misscall-misscall . ada yang bertext-text . ada yang selalu wish bersahur atau berbuka tiap hari . dan saya selalu terima mesej dari number 23238 yang berbunyi :


rm0 : mahu mencati teman tapi mesra . taip on teman dan hantar ke 23238 . sidia sedang menunggu anda . bla bla bla..


hampeh betul hantar mesej-mesej macam ni . ni baru yang ni kan . yang lain ntah lah kan . semua nak buat duit je . macam lah dia tahu jodoh seseorang tu . teman tapi mesra konon . aku tak percaya semua tu . mesej berantai . entah ada ke ndak join contest ni . saya tak rasa saya sorang je yang dapat kan . memang ramai lagi yang dapat . jangan percaya noktah !



"if you love something let it go , if it comes back to you it's your "






p/s : saya ada terima komen dari kakak azy pada entry yang lepas . saya cuma nak bagitahu , terima kasih atas nasihat-nasihat tu . saya akan terbiasa disini nanti dan saya punya seorang lecturer yang sangat berinspirasi dan saya mahu jadi seperti dia . terima kasih sangat-sangat kak azy :)




kadang-kadang kita boleh jadi dua insan yang berbeza , walhal kita satu jasad . ALLAH lebih tahu :)

kalau nanti akan ada yang bertanya , saya sebenarnya nak jadi apa ?

saya akan jawab ," saya nak jadi dimana suatu hari nanti akan ada yang mahu menjadi aqmar jusof "