Followers

manusia , tolong lah

google (tertarik dengan gamba ini)


manusia , tolong manusia . jangan pernah ambil hak orang lain .


" aku jadi begini , aku jadi teramat benci , boleh jadi aku tak mampu untuk memaafkan , manusia yang menipu untuk kepentingan sendiri , dan manusia yang mencuri justeru mengambil hak orang lain . manusia , tolong lah ! "

jadi teringat peristiwa yang dicerita kan di entry  rompakan di butik selendang miera

from facebook

ni apa ni ? berlumba-lumba korang post kat wall kawan-kawan korang . tapi saya rasa ni , gambar berantai . like mesej yang selalu korang dapat kan . korang kena hantar dekat 9 rakan anda , kalau tak demi Allah anda akan dapat musibah . siap cakap "demi Allah" berani ya manusia sekarang , main-main dengan nama Tuhan . okay berbaik pada gambar di atas , i think lebih baik lah dia tulis " kalau anda sayangkan Allah , laku kan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya , dan kamu tidak akan sama sekali mencintai syaitan laknatullah . agree ? dan tak perlu kamu post dekat wall kawan kamu , cuma cukup lah kamu ingat kan dalam hati dan diri kamu . ingat ya , iman ini kadang-kadang tak seteguh mana jika kamu tak berusaha untuk tingkatkan iman kamu . peringatan buat diri sendiri juga :')


" moga Allah swt kuat kan iman yang lemah ini "


assalamualaikum




hala tuju selepas pmr

assalamualaikum


memandang kan status banyak sangat cakap pasal result pmr , so saya pun nak taip entry lah . ada yang kecewa , ada yang happy , ada yang sedang-sedang saja . okay , takpe adik-adik . kamu dah cuba yang terbaik . kamu dah usaha yang termampu . tapi , mungkin bukan rezeki . so , dont be sad . ya , saya tahu tak dapat keputusan yang cemerlang buat kamu rasa down , rasa tertekan , nak-nak kalau tengok kawan-kawan dapat result yang agak "gah" juga . 




baiklah , cool down . berdasarkan pengalaman saya dulu , di antara saya dengan kawan-kawan saya lah yang paling rendah sekali . perasaan rendah diri ? ya , dah tentu ada . tapi alhamdulilah saya juga bersyukur , sebab saya sendiri tak percaya result saya . dan saya lah yang paling lambat ambil result masa tu . datang awal , then beratur nak ambil result , lepas tu asyik suruh orang belakang pintas dulu . then bila tengok kawan-kawan menjerit bagai nak runtuh dewan , saya pulak yang lintas orang depan . kemudian tak jadi , pergi belakang balik . gelabah betul saya masa tu . bila dah tiba masa kat depan cikgu tanya nombor kad pengenalan and nama . lepas tu , hamik kau ! slip peperiksaan pmr . saya dapat 5A je pun . tapi okay lah . alhamdulilah , syukur dah sangat-sangat




then , yang sedihnya . kawan-kawan semua dapat keputusan yang "gah" . so , diorang dapat lah sekolah-sekolah yang "gah" jugak . dan ofcourse lah diorang masuk kelas aliran science . tapi chill dulu , saya pun dapat jugak aliran science . yang bezanya , diorang science 1 and saya science 2 . dalam sebulan jugak lah saya fikir . kadang-kadang saya nak tukar kelas . saya taknak ambil aliran ni . sebab saya macam tak boleh bawak je subjek science stream . okay lepas tu saya tukar kelas . saya masuk kelas sains sosial . dan alhamdulilah , saya betah dengan aliran sains sosial . 




jadi , adik-adik . mungkin sekarang adik-adik tengah fikir , aliran mana nak masuk ni . tapi maybe sekolah dah bahagikan aliran ikut korang punya result kan . takpe takpe takpe . saya cadangkan adik-adik pilih aliran yang "kena" dengan jiwa adik . jangan main serkap jarang je pilih . maybe sebab kawan ambil giliran ni , adik-adik pun ikut kawan nak ambil aliran ni . padahal adik-adik tak minat  ni bahaya ya adik-adik . mentang-mentang orang pandang , aliran science stream ni , student pandai-pandai , adik-adik pun nak ambil aliran ni walhal , adik-adik tak mampu nak bawak subjek-subjek aliran ni . ni pun salah jugak . tapi tak saya nafikan lah student science stream memang pandai-pandai . so , ketahui lah minat adik-adik . ketahui lah cita adik-adik . rasa nak jadi doktor , result pun gempak , go on lah dengan sains tulen ni . okay ? tapi lepas spm pun nanti mesti pening jugak . nak jadi lain , tapi universiti bagi kos lain . terpaksa lah pergi jugak , kata nak masuk u kan . dan kadang-kadang saya fikir , bercita-cita tapi besar jadi lain jugak . like me kot , nak jadi cikgu tapi sekarang belajar sekolah nurse . lepas tu orang yang baca ni pun akan cakap "budak ni tak habis-habis nak jadi cikgu" kan ? hahahaha




okay , tak kira lah kamu nak jadi apa-apa pun besar nanti , doktor ke , cikgu ke , engineer ke dan dll , yang penting kamu dapat banggakan parents kamu . kan ?


"dan janganlah kamu berasa lemah , dan jangan pula kamu bersedih hati , kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"



tips mengulang kaji dalam pelajaran

Assalamualaikum




musim sekolah dah nak start . adik-adik mesti dah banyak shopping peralatan sekolah kan ? dah beli beg , baju sekolah , kasut , pencil box and dll lah kan . teringat pulak zaman sekolah *sambil lap air mata* . sekarang , saya nak bagi tips atau rahsia nak cemerlang dalam pelajaran . so , macam mana cara kita nak ulangkaji kan ? jom kupas sikit jom




1 . sebaik-baiknya , kita mengambil wudhuk sebelum memula kan sesi mengulang kaji . sebab bukan kan kita digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk . syaitan pun tak berani nak datang dekat and goda korang supaya lupakan buku . okay ? wudhuk penting ya .


2 . pilih tempat belajar yang kondusif . contohnya macam bilik perpustakaan , yang berhawa dingin or ada jugak lah kipas kan sebab kalau korang panas and peluh-peluh , korang selesa tak ? takkan . same goes with me . tapi better korang pergi library lah . jadikan library rumah ke tiga korang . sebab rumah pertama rumah sendiri and rumah ke dua pulak sekolah . 


3 . mulakan dengan bismilah dan kemudian beristighfar kerana perlu di ingatkan segala maksiat boleh menjadi penghalang kepada korang memahami ilmu kurniaan Allah swt


4 . baca topik-topik utama dan yang paling penting ingat fakta-fakta yang biasa ditekan kan dalam setiap subjek . contohnya , kalau subjek sejarah , kita perlukan proses penghafalan and kalau subjek matematik , kita perlukan proses latihan


5 . apabila sudah ingat sesuatu fakta itu , cuba tulis di atas kertas semula . ini bagi menguji daya ingatan korang . okay ?


6 . gunakan masa cuti anda untuk mengulang kaji . jangan buat perkara-perkara yang tidak berfaedah . eh ?


7 . wujudkan study group . tapi ada jugak yang tak boleh nak study ramai-ramai kan ? nasihat saya , korang cuba kuasai subjek yang korang mahir and then korang ajar pulak kawan-kawan korang . ini bagus ya untuk tingkatkan ingatan kita . 


8 . tumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru di dalam kelas . sebab 80 peratus kefahaman kita terjadi semasa fokus apabila guru mengajar . maksudnya , di dalam kelas jadi lah seorang yang se serius mungkin dan fokus , bila di luar kelas pula main lah sebanyak mungkin sebab otak kita dah banyak terima ilmu waktu dalam kelas kan . itu baru cool and smart


9 . cuba tanam kan minat membaca . sebab melalui pembacaan lah korang akan dapat tahu pelbagai info . dan melalui membaca lah korang akan nampak seperti orang yang bijak pandai and berilmu . nak ke tak nak ? 


10 . jangan putus berdoa kepada Allah swt . minta lah apa sahaja kepada Nya , kerana Allah swt suka hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya . laku kan solat hajat setiap hari . baca al quran setiap hari . dan yang paling penting jangan tinggal solat . nak jadi cemerlang bukan mudah kalau ia nya tak lahir dalam niat kita sendiri . dan nak jadi cemerlang ni , kamu akan berdepan dengan pelbagai cabaran




based yang di atas tu . korang boleh lah cuba amal kan . ia nya sesuai untuk adik-adik yang nak ambil exam sebenar dan exam-exam lain . exam komputer nak ambil lesen pun boleh . pendek kata semua generasi lah kena amalkan . 




tapi bagi saya . nak cemerlang bukan sebab nak dapat kan banyak A semata-mata , bukan sebab nak dapat anugerah banyak-banyak masa majlis graduasi , bukan sebab nak dapat kan button pelajar target semata-mata . tapi niatkan dalam hati , kamu nak cemerlang sebab kamu nak bangga kan mak ayah kamu :')





dulu :')




kini :)



wordless wednesday









surat untuk hawa , jawapan untuk adam

Surat untuk hawa

Assalamualaikum
Entah bagaimana harus saya katakan , entah darimana saya perlu mulakan . yang hanya saya tahu , saya mahu sampaikan hasrat saya kepada kamu . hasrat yang bagi saya penting untuk layari hidup ini . saya adam , ingin menjadikan kamu yang sah dan halal bagi saya . ya , sepatutnya saya harus mengkhabarkan hasrat ini kepada yang berhak pemilik kamu iaitu ibu bapa kamu .tapi saya sudah sampaikan kepada Allah swt melalui niat dihati saya . jadi bukan kah saya perlu mendapatkan kepastian daripada kamu dahulu hawa ? saya bukanlah terlalu gentlement untuk berhadapan dengan kamu , untuk memberitahu hasrat ini . jujur , saya mahu berjumpa orang tua kamu , tapi saya juga punya was-was . takut-takut pinangan saya akan ditolak . ya , kita tidak pernah berteman . saya mengenali kamu hanya dari jauh sahaja . entah-entah kamu sendiri tidak pernah tahu kewujudan saya . tapi untuk dekat dengan kamu , saya mahu jalinkan hubungan yang halal dengan kamu iaitu dengan mengambil hawa sebagai isteri adam . saya bukan lah seorang yang terlalu uptodate , untuk berkawan dengan kamu , facebook pun saya tiada untuk add kamu . tapi , percaya lah saya bukan sekadar mahu berteman dengan kamu , tapi saya mahu jadi kan kamu sebagai srikandi saya dalam perjuangan hidup ini . pabila istikharah , hati ini kuat mengatakan kamu lah yang Allah swt cipta untuk saya . insyaAllah . hawa , saya tidak mahu menjanji kan sesuatu yang manis untuk kamu , saya tidak mahu berlembut lidah untuk melenturkan hati kamu memilih saya sebagai suami kamu . cukuplah dengan kamu menjadi isteri saya ,semakin ini dapat menguatkan iman saya . cukuplah dengan mencintai kamu , semakin kuat cinta saya kepada Allah swt . hawa , keikhlasan itu bukan sekadar bicara nya , keihlasan itu adalah dari Allah swt . hawa , saya perlukan jawapan kamu . andai kamu berada dalam pilihan , istikharah lah hawa .bismillahirahmanirahim , hawa ? sudikah kamu menjadi yang sah dan halal untuk adam ?



Jawapan untuk adam

Waalaikumussalam
Adam , hawa..hawa… baiklah adam , saya sangat terharu dengan surat kamu . jujur , air mata ini menitis ketika membaca surat ini . saya puji sikap kamu untuk mengambil saya sebagai isteri yakni yang sah dan halal buat kamu . saya puji dengan terus terang kamu ini . adam , saya juga mencari yang halal , jalan yang diredhai Allah swt . saya perlukan seorang khalifah yang boleh membimbing saya ke jannah Allah . yang sama-sama boleh berjuang menjalani kehidupan ini . yang mencari kebahagiaan melalui cinta yang Allah swt titipkan . Adam , saya bukanlah seorang yang sempurna kerana kesempurnaan itu milik Allah swt . untuk berkawan dengan saya , adam tidak perlu punya accaunt facebook kemudian add saya , tidak perlu adam . tanpa saya sedari , rasa ini sudah bertapak di hati saya . sebenarnya , saya sentiasa merasa kan kewujudan kamu . saya juga punya rasa was-was . saya tidak memberitahu kamu tentang rasa ini , kerana saya sudah memberitahu Allah swt . alhamdulilah , Allah swt jaga hati kamu untuk saya  . sesudah istikharah , saya temukan jawapan nya . bismilahirahmanirahim , adam , saya hawa , menerima lamaran kamu , menerima untuk menjadi yang sah dan halal buat kamu , menerima untuk menjadi srikandi untuk kamu . dan yang paling penting perjuangan bagi jannah Allah swt  dan mahukan kamu sebagai imam solat berjemaah nanti . insyaAllah


“ Pabila seseorang itu bercakap menggunakan hatinya , maka yang mendengar itu juga akan tersentuh hatinya “



tips apabila jatuh cinta

assalamualaikum




cinta dengan manusia ? itu perkara biasa . siapa yang tak jatuh cinta , dia bukan orang biasa barangkali . baiklah , entry kali ni kupas soal cinta lah . okay sebelum tu , jaga hati ya :)




1. apabila kamu jatuh cinta , perteguhkan hati kamu , agar tidak lalai dari mencintai-Nya 




2. apabila kamu jatuh cinta , jangan terburu-buru untuk mengatakan cinta kamu pada si dia . tapi beritahu Allah swt dahulu . bukan kah Allah swt yang memiliki hati dia .




3. apabila kamu jatuh cinta , dekat kan diri kamu dengan Allah , mohon agar ini bukan sekadar penyakit hati 




4. apabila kamu jatuh cinta , selidiki si dia agar kamu tidak jatuh cinta pada semberangan orang . kan ingatkan lelaki , alih-alih perempuan . susah tu . nauzubillah ya kamu semua :)




5. apabila kamu jatuh cinta , jaga lah hati agar kita tidak akan pernah berpaling daripada Allah . biar cinta ini yang menguatkan cinta kamu pada Tuhanmu . insyaAllah :')




6. apabila kamu jatuh cinta , jangan kamu tawan hati si dia dengan lenggok rupa paras mu . tapi tawan lah hati nya dengan akhlak kamu yang terpuji . 




7.apabila kamu jatuh cinta ,kamu tidak perlu berubah menjadi orang lain . jadilah diri kamu yang sendirinya . baik atau buruk kamu , itulah keistimewaan kamu . 




8. apabila kamu jatuh cinta , jangan melampaui batas . jaga akhlak kamu , jaga pergaulan kamu , jaga aurat mu , jaga iman mu dan yang paling penting jaga maruah kamu . 




9. apabila kamu jatuh cinta , istikharah lah . mungkin dia jodoh kamu . andai bukan , mohon agar Allah hilang kan cinta ini . bukankah cinta kita hanya layak di miliki oleh orang yang ditakdirkan untuk kita ? habis tu sekarang yang pasang ramai sangat tu kenapa ? hah ! tak boleh tak boleh okay kamu




10. apabila kamu jatuh cinta , jangan lupa siapa kamu , jangan lupa keluarga kamu , jangan lupa ibu bapa kamu dan yang penting , jangan lupa Allah swt




"  tidak perlu terlalu menganggung-agungkan sebuah cinta itu , kerana cinta itu memang sudah sesuatu yang agung . tidak boleh digambarkan melalui kata , tidak boleh diertikan melalui gambar . ia datang dari Allah swt  "




Allah swt berfirman " pasti akan mendapat cinta Ku , orang-orang yang saling mencintai kerana Aku , saling berkunjung kerana Aku , dan saling memberi kerana Aku " (hadits qudsi)




tips berhadapan dengan orang kurang disukai

assalamualaikum




baiklah , dalam hidup ni kita terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam orang . ada yang satu kepala dengan kita , ada yang dua kepala dengan kita dan ada yang berkepala-kepala dengan kita . hah ? macam mana tu ? memang tak dinafikan , kadang-kadang ada orang yang kita suka , ada orang yang kita tak suka . suka or tak suka bukan disebab kan kecantikannya , bukan disebab kan harta nya or so what ever . tapi yang saya maksudkan kat sini adalah dari segi perangainya . so , hari ni jom kita kupas sedikit-sedikit tips yang boleh menolong awak semua menghadapi situasi seperti ini




1 . cuba fikir positif tentang orang yang kita tak suka tu . jangan lihat dari segi aspek perangai nya yang buruk sahaja , cuba pandang dan olah perangai nya yang baik . sebab mustahil , seseorang manusia tu tak pernah buat baik kan ?


2 . sabar . nak menghadapi orang sebegini , kesabaran amat penting . cuba kita jadikan situasi ini sebagai pengajaran buat kita . yang elok jadi kan tauladan , yang tak elok ? nak buat apa ? buang lah . 


3 . boleh jadi Allah SWT memberi ujian kepada kita melalui orang yang kita kurang suka itu . so , kalau bukan dia yang buat kita rasa kadang-kadang naik minyak . mungkin orang lain . mungkin juga orang disebelah anda . cepat tengok siapa kat tepi tu . hee :)


4 . usah peduli apa yang dia katakan , apa yang dia lakukan , apa-apa sahaja berkaitan dengan dia usah ambil peduli . kalau boleh elak sebaiknya elak lah daripada apa sahaja tentang dia . ini boleh jaga hati kita daripada berkata buruk tentangnya .


5 . apabila kejahatan yang diberikan kepada kita . cuba balas dengan kebaikan . mampu tak ? mungkin ini payah kan ? cuba kamu mudahkan . semuanya terletak kepada hati kamu .  kesakitan , kemudharatan yang ditimpa kepada kamu , ianya bukanlah saja-saja Allah nak bagi melainkan Dia telah mempersiapkan yang terbaik untuk hambaNya . maka , perbanyakkan lah kita beristighfar ketika berhadapan dengan seseorang yang sebegini


6 . cuba kawal lidah . jangan sesekali mengeluarkan perkataan carutan . contohnya , jika dia mengatakan kita bodoh , maka kita kata dia bodoh balik . eh , tak jadi ni . maknanya , kita sama je lah perangai dengan dia . nak sama dengan orang yang kurang kita suka tu ? nak ?


7 . jangan post apa-apa tentang orang yang kita tak suka tu , di dalam facebook atau blog . jika mahu post juga , jaga lah sikit perkataan nya . moga ia bermanfaat dan boleh memberi iktibar kepada yang lain juga . yang paling penting , jangan lah di mention pulak nama nya . ingat bahawa , jika kita membuka aib saudara kita sendiri , nescaya suatu hari nanti Allah SWT sendiri yang akan menbuka aib kita . nak ? tak nak kan


8 . tak suka kan dia , tak bererti tak suka kan orang disekeliling dia juga . contohnya , dia berkawan dengan A dan B , jadi kamu juga turut tidak sukakan si A dan B . tu tak elok tu . salah tu .  silap nanti mereka pulak yang tak suka kan kamu


9 . jangan terlalu berfikir soal orang yang kurang kamu sukai itu dengan berlebihan . tenangkan fikiran kamu . antara kamu benar atau salah , cuba lafazkan perkataan maaf . mampu ? berusaha . moga Allah lembutkan hati kamu . insyaAllah




10 . dan yang paling penting , solat dan berdoa lah kepada Allah . Dia yang lebih mengetahui tentang hidup hambaNya . dan perlu kita ingat , doa itu adalah senjata mukmin ! orang-orang di sekeliling anda adalah objek ujian dan cubaan Allah . okay ? bertabah lah





“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)



ini sahaja rasanya . terasa nak updated tentang tips lain pulak lepas ni kot . dan tak lain tak bukan adalah untuk peringatan diri sendiri juga . insyaAllah  . assalamualaikum




apa engok-engok itew ? tak shuke itew le tew ! 






tagged :)

assalamualaikum


okay blog memang ada masalah sikit , tapi takpe lah dalam proses pembaikian lagi . er er er header baru please =,= HAHA , baiklah oleh sebab dah kena tagged post hari ni jawab soalan tagged je lah kan . 


 WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage : mushroom soup (ready made punya)
2. Last phone call : tak de siapa pun kot yang nak call saya
3. Last text message : from fatin amani , sebab saya ada minta something dengan dia
4. Last song : tanpamu by helena and sabidhi
5. Last time you cried : malam semalam kot 

HAVE YOU EVER :
6. Dated someone twice : dated ? tak payah lah dengan mendalah dated ni
7. Been cheated : semua manusia pernah kot
8. Kissed someone and regretted it : tak pernah . soalan apa ni ?
9. Lost someone special : er er er ...
10. Been depressed : selalu , nak nak bila balik kuantan nanti
11. Been drunk and threw up : jauhkan lah . never .

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12 white
13.white
14.white

SINCE LAST YEAR (2010), HAVE YOU :
15. Made a new friend : ramai . nak-nak dalam facebook kan
16. Fallen out of love : er er er , okay soalan seterusnya
17. Laughed until you cried : hurm..
18. Met someone who changed you : ada :')
19. Found out who your true friends were : o course !
20. Found out someone was talking about you : ada eh ? tak pernah tahu dan tak nak ambil tahu
21. Kissed anyone on your FB friend's list : pesal banyak sangat soalan kissed-kissed ni ? no !



general
22. How many people on your FB friends list do you know in real life : 150 maybe
23. What is your dream : sampai sekarang memang nak jadi cikgu . walaupun sekarang ambil bidang lain . apakah ?
24. Do you have any pets : tiada
25. Do you want to change your name : tak kot
26. What did you do for your last birthday : roomate buat suprise
27. What time did you wake up today : 6.00 am solat subuh
28. What were you doing at midnight last night : berangan sebab tak boleh tidur . mesti lah ni kan . haha
29. What is something you can't wait for : graduated , pergi buat umrah dengan my family , insyaAllah :')
30. Last time you saw your mother : hari-hari jumpa sebab sekarang tengah cuti sem
31. What is one thing you wish you could change about your life : sekarang still tengah merangkak-rangkak untuk berubah . moga ianya lebih baik . insyaAllah
33. Have you ever talked to a person named Tom? : tom ? tak de kawan nama mat salleh . haha
34. What's getting on your nerves right now : naik semester dua kot , sebab ramai cakap subjek tough =,=
35. Most visited webpage(s) : facebook, blog
37. Nickname(s) : aqmar jusof . aqmar , qema , qem
38. Relationship Status : inrelationship with Allah
39. Zodiac Sign : cancer
40. He or She : she
41. High School : gnses
42. College : kuantan nursing kolej , kementerian kesihatan malaysia
43. Hair color : bab aurat tak payah nak mention eh
44. Long or short hair : hahhh , ni pun sama !
45. Do you have a crush on someone? : er ?
46. What do you like about yourself? : siapa yang tak suka diri masing-masing kan ?
47. Tattoos : None
48. Righty or lefty : -

WISH:
49. wish ? saya ada banyak harapan . dan harapan yang paling penting buat saya ialah saya nak bangga kan mak ayah saya . itu yang paling penting :')
50. kahwin ? er er er . okay gatal :p

okay siap . thanks nurul liyana


assalamualaikum :)



Tuhan , jaga hati ini agar tidak lalai dengan mencintainya

assalamualaikum




saban hari , hati kadang-kadang memberontak . terlalu asyik terkenang tentang dia . sungguh lalai . saban hari fikiran terkadang merusut , asyik memikirkan tentang dia . sungguh lalai . Tuhan , sekatkan rasa cinta ini , terkadang aku bimbang rasa ini boleh mengalirkan air mata ku . yang sepatutnya tidak harus aku jatuh kan . aku lari dari mendengar soal dia . aku diam bila ada yang berkata soal dia . namun aku tak mampu menutup mata ku . Tuhan , ampuni rasa ini :') . aku tahu ada yang lebih berat ujian nya . ini bukan lah apa sangat jika nak dibanding kan ujian para anbia . ini bukan suratan , ini juga bukan kebetulan . aku percaya janji Mu , aku percaya takdir Mu . aku takut aku leka . aku takut dengan kecemburuan ku yang pada zahir nya aku tahu ia akan memakan diri ku sendiri .




aku tak berani . aku terkadang lemah . aku terkadang tidak menghiraukan rasa ini . tapi rasa ini masih ada . aku sendiri tak mengerti dengan rasa ini . aku rebah dengan rasa ini . Tuhan lindungi aku dari lalai dengan rasa ini . Tuhan kuatkan aku , lindungi aku dari putus asa . 




kata-kata cinta terucap indah , mengalir berzikir di kidung doaku , sakit yang kurasa biar ia menjadi penawar dosaku . butir-butir cinta air mataku , teringat apa yang telah Kau berikan untuk ku  , ampuni khilaf dan salah ku :'(


Tuhan , andai nanti aku jauh dan dia juga jauh , moga kami tidak jauh dariMu . dia yang terindah dalam hidup ini dan ia tidak akan berubah andai Engkau yang mengubahnya . aku percaya janji Mu ya Rabb :') . aku mampu hidup tanpa dia , aku mampu bernafas tanpa dia . ya , aku mampu . kerana Engkau yang memberi hidup ini kepada aku . biar hati ini ikhlas menerima , biar rasa ini pergi . biar jauh sejauh yang boleh . kerana aku , putus asa dengan rasa ini :'(



andai nanti , aku pergi dulu sebelum dia . dan aku tidak sempat melahirkan rasa ini . moga ini jihadku dijalanMu . Tuhan , jaga hati ini agar tidak lalai dengan mencintai dirinya :')



assalamualaikum