Followers

detik-detik cuti semester

assalamualaikum

oleh kerana cuti semester dah tak lama dah . tinggal beberapa hari je lagi . excited kemain . tapi berbanding dengan semester-semester lepas , kali ni kitorang just 17 hari je cuti . disebabkan kena ganti cuti yang raya haji lepas tu . tapi takpe lah . still okay lagi . tapi baru tadi kami dapat berita kena ganti praktikal 3 hari . ya Allah :( kenapa skrg baru nak bagitahu ? cuba fikir kitorang dah start boleh balik pada 6hb ni dah . hari dah 3hb . maknanya esok 4hn kena start ganti 3 hari tu termasuklah 5hb and 6hb . dah macam mana dengan bebudak yang ambil tiket awal pagi pada 6hb?

salah siapa ni tak bagitahu apa-apa ? nak bash lebih-lebih ada kena tatatertib pulak aku ni haa ==' . tapi alhamdulilah saya takde lah terasa sangat sebab boleh call parent untuk bagitahu boleh ambil after balik kerja je kan . alhamdulilah rumah dekat . tapi kesian jugaklah dekat kengkawan lain . tak patut betul . hish . tapi apa yang nanti agak kalut . dah lah barang-barang tak kemas lagi , rehearsel persembahan untuk dinner lagi . haaa mesti agaklah penat nanti . kenapa kolej ni penuh dengan kejutan dan last minute ? kenapaaaaaaaaaaaaa ? sabar-sabar . 3 semester je lagi nak habis ni . sia-sia je nanti

since bilik kena kosongkan tapinyaaaa , barang saya banyak kot . malasnya nak cari kotak , kemas bagai orang nak pindah rumah . nanti balik kuantan still kena kemas lagi . why ? why ? why ? saya cuma nak hidup tenang disini , eh ? tiba-tiba =='



ni meja perjuangan . ni meja semangat . sebab tu ada orang-orang pemangkin semangat saya disini . pendek kata , apa-apa sahaja yang berbentuk semangat tak kira gambar , nota , buku , saya akan letakkan disini . sebab saya suka kumpul semangat-semangat yang orang bagi dekat saya :')


sebenarnya rak yang dekat atas saya simpan shawl,syria and tudung ni untuk tempat simpan makanan . tapi almari saya dah penuh dengan pakaian lain . so , jalan lain saya letak dekat rak ni . makanan letak mana ? scroll dekat bawah dulu



sebahagian buku yang sudah dimasukkan dalam 2 buah kotak . so , tinggal yang ni je lagi dekat atas meja . nak cari dekat mana lagi kotak ni?



berbeza dengan uitm dulu . just ada satu pintu sahaja almari . ni pun dah jimatkan ruang . tu tak bawak semua lagi tu yang dekta rumah tu haa . eh jap , asal sikit nak bezakan dengan uitm . melampau aku ni . ada kena bash dengan kolej . haha !



so , ini pemandangan penuh nya . 



nampak box colour biru atas tu kan ? haa ni lah pantri kecil . meja makan pun jadi .

dan tinggal beberapa hari je lagi . kalau boleh just nak fokus benda-benda penting je . tapi takpelah busy pun , sekurang-kurangnya boleh lupakan hal-hal remeh . tu lagi bagus . cuma memnag tak sabar nak balik kali ni . acu kan nak jumpa anak buah baru acu . and satu lagi walaumacammana pun saya kena habiskan untuk ambil lesen kereta tu . arghhh , ni satu lagi aku lemah =='


the busy woman

assalamualaikum

since saya kata nak buat entry pasal result . ya , rasanya ini lah entrynya ! tapi korang tahulah saya kan mesti tokok tambah hal-hal lain jugak . takpe jimat entry nak story dalam satu page je . ce ce ce . 

alhamdulilah . kan saya selalu cakap bila kita semua letak kebergantungan Allah , nescaya kita akan redha dengan setiap apa yang Allah berikan kepada kita . alhamdulilah , teka apa ? kami jururawat pelatih kumpulan julai 2011 lulus 100 % . *lap air mata . masa pengumuman result diumumkan pada hari assembly , kamilah yang handle untuk assembly kali ini . disebabkan sem-sem senior yang lain ada hal-hal tertentu . so , hanya semester 3 sahaja yang tinggal untuk handle semua tu . so proud of semester 3 sesi julai 2012 . hehe

hanya Allah swt yang tahu betapa happy nya+ sedih puan pengarah umukan yang group kitorang dapat 100% lulus . setelah hampir setahun menempuhi sem 1 dan sem 2 . akhirnya Allah dengar dan kabulkan doa-doa kami . terima kasih Allah :'D . but at the same time , saya masih rasa berdebar untuk tahu pointer . eventough kalau tak cemerlang sekalipun saya harap pointer kali ini lebih tinggi daripada sem lepas . aamin aamin aamin . 

saya dah usaha , work hard . padahal masa zaman sekolah ambil spm dulu tak pernah saya usaha sekuat ini .dulu , tak pernah saya berjaga malam selepas pukul 12 , tak pernah tak tidur untuk exam . tak pernah . tapi dekat sini , duduk asrama saya rasa feel bila orang lain study , yes kita pun kena study . macam mana pun kena jugak . takut betul dengan soalan-soalan kkm yang menduga akal . kadang-kadang terpaksa guna logik . tapi , dah sampai tahap lulus . tu dah lega dah hati tau :'D




bye semester 3 . hai semester 4 . hehe

bukan sahaja pengumuman result pada assembly kali ini . tapi group kitorang juga kena handle untuk pelancaran tabung kecemasan gaza . and untuk last minit . last minit i told you ! saya , yuyu and as terpaksa buat persembahan sketsa . ni pun rahsia . tak bagi tahu sangat pun dekat bebudak lain . hehe . suprise katanya . so , story kita pasal save gaza , boikot mcd and menderma . kitorang terpaksa buat sevara spontan . cuma kitorang just bincang flow jalan cerita tu je . thanks to yuyu dengan as yang sama-sama bagi idea untuk jalan cerita kali ini

cerita dia bermula dengan KLIA . trisha tengah tunggu kawan dia baru balik dari gaza dalam misi pertolongan . setelah balik , trisha nak belanja kawan dia , irma husnie makan mcd . then ada sorang rakyat malaysia yang buat tabung untuk minta derma bagi pihak gaza . tu lah serba sedikit jalan ceritanya :)


video persembahan kami . tapi taknak upload ke apa . malu malu malu !

then , malam tu ada sesi perkenalan dengan perlantikan majlis bersama pelatih . dan malangnya nama saya tercalon . kesian saya . :( kalau boleh saya dah tak nak ambil jawatan-jawatan dah . saya tak nak terima apa-apa tanggungjawab dah . cukuplah yang dah ada sekarang . selain nak elak stress , saya jugak takut kalau tak dapat lakukan tanggungjawab saya dengan baik . takut ni tau . takut ! tapi masa bila kena perkenalkan diri , cakap kat depan , pegang mikrophone , saya cakap dengan yakin . ni simptom aku bila pegang microphone , tak nak lepas , tak nak berhenti cakap ! why qema ? why !!! haaa . sepatutnya saya kena shaking dan buat suara jadi terketar-ketar . sepatutnya macam tu !




doakan saya . doakan saya kalah . pleaseee . sebab saya tak de hak nak refuse pencalonan ini T T

dan saya sangatlah penat . sangatlah busy . tak termasuk lagi practice untuk persembahan dinner 5hb/11 nanti :( tapi takpe , even busy sekalipun , tetap Allah bagi masa untuk rest . hari ni pun banyak kali tidur sebab nak ganti waktu tidur yang sebelum-sebelum ni . eh ? hahaha . dan satu lagi saya bersyukur , bila dan busy ni , kita akan lupakan dan taknak fikir hal-hal remeh . terus pandang hadapan lihat masa depan je . ce ce ce ce .


Allah takkan sia-siakan kita . Dia nilai setiap usaha kita :'D

p/s : dah tak sabar nak balik cuti semester minggu depan . nak jumpa anak buah baru . asif kautsar .dilahirkan pada 27/11/2012 . acu dapat anak buah lelaki kali ini . khalisa maisarah and asif kautsar ! tunggu acu balikkkkkkkk ! hehe

assalamualaikum thanks for reading 

i am nothing special of this . i am sure

assalamualaikum

*apa ni entry pasal result ke ? eh no no . result tak keluar lagi okay . tak tahu bila . kan kata ura-ura je hari ni .* rasa macam hari ni nak bagi tips-tips or something yang boleh tingkatkan semangat diri sendiri or sesiapa sahaja yang membaca . boleh ke ? okay boleh ya .

saya tak tahu saya sedang down ke apa ni . rasa macam tak feel apa-apa tapi kadang kita boleh sedih , kecewa dan bersangka macam-macam . sedang kita rasa tak de semangat untuk diri sendiri , takde harapan lain , takde cara lain dan masa itulah kita asyik terfikir , apa kelebihan kita sendiri ?apa ? yang asyik kita lihat keburukan , keburukan demi keburukan yang ada . tak cakap orang tau ni . cakap diri sendiri . dan sebab itulah kita akan tiba-tiba rasa down . ya sebab kita terlalu memikirkan hal-hal yang remeh sekalipun . why aqmar jusof ?

sedang orang lain ada masalah lain . menangis dengan masalah mereka , sedang kita kadang menangis untuk apa ? tiba-tiba . sebab tu yang saya rasa nak menangis , nak menangis kuat-kuat tanpa tahu reason apa saya nak menangis . nak lepas semua yang ada dalam hati tanpa tahu apa sebenarnya ada dalam hati ni . yang kadang-kadang banyak sangat nasihatkan orang lain sampai diri sendiri pun tak ternasihat . yang kadang-kadang beri semangat untuk orang tapi diri sendiri pun tak terbagi semangat . apa kena aku ni ?=="



 not all of us can do great things . but we can do small things with great love

saya disini bawa harapan mak ayah . kalau saya silap langkah , tergelincir or terjatuh itu bermakna saya jatuh bersama harapan-harapan tersebut . punya banyak impian sampai tak tahu nak realisasikan yang mana dulu .tapi kadang-kadang tahu sendiri yang angan-angan lebih banyak dari impian .  kelam kabut betul saya ni . cuba untuk jadi yang terbaik , special ,cekap, hebat but incase ada je sesuatu yang menghalang . tapi tak salahkan sesiapa . kan kena bersangka baik dengan takdir Allah :'( kan letak semua kebergantungan pada Allah :'( kan kena redha dengan setiap yang berlaku :'( kan ? Allah sangat baik dengan hamba-hamba Dia . redha perlu dicari bukan dinanti .



"i am good , but not an angel . i do sin , but i am not the devil . i am just a smart girl in a big world trying to find someone to love . but i am nothing special of this . i am sure . really sure :') "

atau perlukan seseorang untuk share semua ni padahal sendiri tak tahu nak share apa . atau ada tapi sekadar nak simpan semua dalam hati . ada ke tips dekat atas ni ? takde kan ? cuma isi tersirat nak sampaikan cuma tak mampu nak luahkan . saya nak diam kan semua ni . insyaAllah i will :)



assalamualaikum :)

life is what happen to you while you are busy making other plan

assalamualaikum



hehe *sambil mata kelip-kelip sebulan sekali je sekarang boleh update blog . sekejap nak taip sekejap padam balik . okay okay sebenarnya nak bagitahu yang minggu praktikal untuk semester 3 dan beberapa semester yang lain dah habis . yayyy ! tak lama lagi cuti sem . yayy ! after 7 minggu teory 3 bulan lebih kerja , ya ini masa untuk saya berehat pula . nampak tak makin naik sem , makin kurang minggu teory ? haa , takpelah praktikal buat kita jadi mahir kan . so takpe . 

jadi hari ni last saya kerja dan wad terakhir saya ialah surgical perempuan 4c . tak tahu kenapa aku ni memang tak boleh lari dari 4c . asyik dapat 4c je . padahal tahu je yang aku sangat tak suka subjek surgikal . tapi kena berfikiran positif , boleh jadi apa yang kita tak suka , tu lah yang buat kita jadi suka . hmm ce ce . but atleast okaylah sebab dapat banyak pengalaman . untuk 3 bulan kali ni merekod sejarah yang saya tak masuk pun wad lelaki berbanding sem sem sebelum ni, kali ni semua wad perempuan . yayyy . haha , tu pun nak yayy?

padahal kawan-kawan lain semalam dah last , so hari ni ramai yang keluar pi jom heboh . heboh lah sangat sebab hujan and ada lecak-lecak . so , saya jangka lebih baik pakai boot or selipar jepun sudah . kan naya nak pakai heel , takut tenggelam . haa . tapi saya tak pergi pun , sebab kena kerja shift pagi hari ni disebabkan saya request untuk cuti pada hari sabtu oleh kerana ada hal sikit . ce ce . so , hari ni saya kerja sesorang je dekat wad 4c.pity me T___T. dah rasa macam dah graduated jadi staffnurse dah sebab takde mana-mana student pun hari ni melainkan saya . weee ! 

walhal , adalah sangat penat hari ni . bukan hari ni je . minggu ni ! saya rasa macam nonstop je . kerja , bertugas bkkd & rollcall , tolong untuk jamuan pengawas , praktis persembahan dinner and etc . cuba teka apa ? ura-ura mengatakan esok result final exam keluar! dan one of the reason saya menaip ni , hehe nak korang doakan saya . keputusan memang kita dah tak boleh ubah , tapi moga-moga saya akan redha dengan tiap apa yang tertulis . Allah sangat baik pada hambaNya dan nescaya Dia juga akan beri yang terbaik untuk kita . saya dah usaha , apa pun besok saya terima . ya saya terima . saya terima nikahnya..eh eh eh . 

recent activity november :


 suprise birthday for sheera and mizah


request hari sabtu untuk ini . "biar kita yang control masa , bukan masa yang control kita"


dan dilamar . eh ? koya koya koya ! ini tipu je :P

disebabkan saya adalah seorang gegurl yang amat busy . gegurl ? haha . masa saya biasanya banyak dihabiskan di wad , kelas dan asrama . tiga tempat wajib ini kecuali hari ahad utnuk cari makanan di benteng . itu sahaja . kesiannya student lagi dah busy , dah kerja nanti super duper busy haa .

okay rasanya tu je kot . thank you  :)

"don't cry because it's over  , smile because it happen"





back again :)


Assalamualaikum . hehe .
 yayy saya kembali bagai chipsmore . sekejap ada sekejap takde . serius ,kekok nak menaip . lambat pulak tu haa . ce ce ce , kekonon lama tak update lah ni . pastu macam tertanya-tanya , blog ni ada lagi ke orang baca . takpelah . ya Allah , kadang-kadang dah tak tahu nak update apa lagi .

since saya tersangatlah busy dalam praktikal sekarang ni , kira-kira seminggu lagi saya akan hadapi final exam  . alhamdulilah dapat jugak seminggu study week before final . takdelah penat sangat nak kerja , nak study lagi kan ? tapi habis je final , saya still akan sambung praktikal lagi . kira-kira dah dua bulan saya praktikal dalam semester 3 ni . bila saya dah terminated broadband , memang jarang saya online facebook , blog etc . Cuma twitter je lah sebab senang pakai phone je kan haa. Hasil dari terminated bb saya dapat saving duit , tidak terlalu menghadap lapptop , tidak selalu stalk crush , tidak juga ramai yang tahu tentang saya sekarang . eh ? haha  *sorokkan identiti* disebabkan saya busy , dalam seminggu Cuma dapat sehari cuti , kan dah kata busy . haaa busy , siapa nak kahwin dengan aku nanti T___T eh eh ? haha . selain pergi kerja , study , duduk asrama . yes , untuk hari yang takde diet pi lah keluar cari makan dengan kawan-kawan area hospital ni . kuantan parade , benteng , pasarmalm , nora aman , hospimart etc





dalam masa 2 bulan saya dah habis praktikal dalam wad medikal , surgical , obstetrik & gynaecology , antenal & postnatal , paedetric . paedetric adalah paling tak best dan paling bosan . okay paedetric ni wad budak-budak . bukannya nak kata ni tak suka budak-budak ke apa . tapi bila masuk wad tu kadang-kadang rasa tak belajar apa-apa pun . selain daripada buat observation , bagi neb ,  bed making dan a few of work . ya , itu sahaja yang student boleh buat . haa , satu lagi bagi ubat . nak main-main dengan bebudak ? memang tak lah sebab diorang sakit , lagi satu diorang just nak dengan mak diorang je . diorang takut tau tengok misi . baru masuk nak check bp bagai , semua dah nangis , “kakak buat apa ? kakak tak buat apa-apa pun T___T kesian kakak tau L” . sampaikan doktor pun tak pakai kot putih diorang sebab nak elak bebudak ni rasa takut , misi-misi siap pakai apron lagi . nasib baik seminggu je .

 ohh haa , btw haritu dalam entry-entry lepas saya pernah cakap yang saya nak sangat masuk labour room and tengok orang bersalin live depan mata sendiri . yes , I did it ! subhanaAllah  hebat sangat Allah cipta perempuan ni . hebat sangat . bangga jadi perempuan . untuk delivery yang pertama , saya speechless yes speechless ! tak tahu nak gambarkan macam mana . actually , kitorang Cuma boleh masuk dalam labour sehari sahaja berbanding dalam wad yang kadang-kadang ambil masa satu hingga dua minggu . nak jadikan cerita , time saya masuk ada 6 kelahiran yang saya tengok . kira banyaklah tu sebab shift saya dari pukul  7 hingga pukul 2 je . dan semuanya itu adalah kelahiran secara normal . haa , lepas je ibu bersalin , terus cuci baby , pakaikan baju , balut dan terus panggil ayah untuk azan atau iqamatkan baby . sedih masa ni tau T ___ T . and yes , saya tak kekok pun pegang baby , tak kekok tau ulang lagi . kalau dapat duduk dekat labour seminggukan best

so, actually saya baru je balik dari cuti raya aidiladha . tapi seminggu je pun . dengar seminggu macam lama  tapi hakikatnya duduk dekat rumah sekejap je . rehat pun tak cukup mana . raya kedua dah balik kuantan balik T ___ T pity me pity me . tapi takpe lah , dah setahun lebih dekat kuantan dah biasa dah dengan kehidupan dekat sini dan lagipun setahun lebih jugak lagi nak habis . sabar sabar tarik nafas hembus . 


balik keluar dengan depa ni jelah


nak story pasal praktikal takut korang bosan kan . sebenarnya banyak je cerita dua bulan kerja ni .  nak cerita soal hati , perasaan dan cinta lagilah korang bosan kan . nak story apa ni ? takde idea dah nak taip  lately , banyak sangat benda yang terjadi . tapi bukan semua perlu dikongsi . kadang-kadang cukup untuk kita sendiri yang simpan dalam hati . saya belajar untuk simpan semuanya dalam hati . tapi ya Allah sakit sangat tahan apa yang perlu kita lepas . saya belajar untuk tahan emosi  memandangkan saya adalah seorang yang beremosi . saya belajar untuk salahkan diri dan tidak menyalahkan orang lain sebab saya juga punya perangai yang tidak dapat diterima orang lain , saya belajar untuk lebih berdiam diri dalam segala hal , saya muhasabah diri balik , saya ada banyak kelemahan dan saya perlu tangani semua itu dengan perlahan-perlahan , sabar dan tawakal . dan saya juga belajar untuk tidak mudah jatuh cinta kelak nanti saya dah tak boleh percaya hati sendiri  . haa , bahaya bahaya . saya belajar untuk lebih nasihatkan diri sendiri sebab kita adalah penasihat yang terbaik untuk diri kita . trust me :’)



“jangan sebab kawan kita bertunang dan berkahwin awal , kita pun nak bertunang dan berkahwin awal . akibatnya kita akan tergesa-gesa dalam memilih pasangan . jodoh itu janji Allah . janji Allah yang mengatakan setiap makhluk dicipta berpasangan . kalau tak jumpa didunia , Allah temukan diakhirat ataupun disyurga insyaAllah. Biar Allah tentukan kita bertemu dengan cara yang bagaimana . itu kerja Allah“ remind to my self

Balik semula kepada impian . kan saya ada baaaaanyaaaak impian . capai tiap satu yang penting . niat kerana Allah . sekurang-kurangnya ia adalah masa depan kita dengan usaha kita sendiri . buat pilihan untuk kukuhkan kerjaya , jangan tergesa-gesa . sabar aqmar jusof . what you give, you get back . Allah sangat adilkan ? alhamdulilah . so , kalau macam tu doakan lah saya lulus cemerlang untuk final kali ni . doakan saya . ingat kukuhkan kerjaya ! tolong ingatkan saya sekali lagi , kukuhkan kerjaya ! tingkatkan pointer ! demi cintaaaa dalam hati kuuuu bla bla bla . ce ce ce


Haa , konan tak tahu nak taip apa . tak ke berjela entry kali ni ? takpelah , mana tahu ada yang rindu . ni kira ubat kerinduan lah kot . puihehehe . okay sampai sini sahajalah . jangan lupakan doakan saya ya . kita akan terasa kita sangat dekat , ianya dengan doa :’) assalamualaikum

cinta kan kembali

assalamualaikum . hee :)

dah cukup sebulan belum guwa tak update ? apa? rindu ? eceh eceh , kekonon rindulah ya . sebab kali ni saya datang dengan tajuk lagu shahir yang terbaru . kulihat dunia merobek segalanya . haha . kalau ada yang perasan , baru-baru ni saya ada privatekan blog ni , deactive facebook . eceh eceh , kekonon tak nak online sangat sebab merajuk sikitlah . kahkahkahkah . merajuk bagai lepas tu tak nak online , terus pergi terminated bb . akhirnya , tudia buka jugak . hahh . sekarang merana saya ashik turun bawah untuk online . nampak tak usaha nak taip blog malam ni . dah pukul berapa dah ni . sanggup tu . hahh , tu lah usaha namanya . *sambil tepuk dada . 

tapi kalau memang perasan , saya memang dah lama jugaklah tak aktif facebook . tapi tapi tapi , boleh je cari saya kat twitter , kat situ kita boleh bersembang kencang , lebat dan berangin . over tau , macam ribut guwa kasi . okay okay okay , memandangkan saya semakin busy sekarang , alaa macam biasalah kalau dah start praktikal , kerja , wad . ya Allah , busy sangat . sementelah pulak saya baru je habis mid sem exam . nampak tak macam kekelaruan kat situ . dah lah kerja ikut shift , ada exam pulak tu , asal balik kerja penat-penat terus ulangkaji . dah qualified nanti tak tahu lah busy dia macam mana pulak , sebab masa student ni boleh lah nak mencelah sikit-sikit . kesian husband dengan anak-anak i nanti . mama pergi kerja tolong orang tau :'( HAHAHAHA ! 

sorylah kalau macam gini-gini sikit , sebab kali ni saya praktikal dalam wad yang ada ibu mengandung , baby-baby dan bapa baby (husband yang teman isteri) . dan oleh sebab itu , perasaan nak kahwin ni macam er macam . okay lupakan . guwa selalu je excited macam ni . ya Allah best sangat masuk wad cenggini , tak de lah sebusy wad medikal dengan surgical . dah lah ada baby . alolo , comel sangat-sangat . mandikan baby , pakai baju , suap susu , dah rasa macam keibuan gitu . phewittt ! haha

okay dah stop cerita pasal praktikal ya . sebelum exam group kitorang ada terlibat dengan mini maha apatah pasal pertanian bagai dekat bentong . tengok gambar bawah ni je lah , tapi tak banyak pun uploadnya , line wifi ni ashik main-main , sekejap ada sekejap takde . hahh , dah hampir putus asa dah tadi nak taip .




the best friend ! tapi even saya dah ada kak lina , sheera and mizah kat kuantan ni , saya tetap takkan lupakan kawan-kawan baik saya atin dengan nik . rindu :')


dah kata pertanian , lepas tu ada arnah yang diorang bela and jual . subhanAllah , comel sangat . comel comel comel . actually tu tangan sheera tau , bukan tangan guwa eh . haha tiba-tiba =='


dan selepas bertungkus lumus dengan exam . yakni 5 paper .5 paper wa cakap lu . hahh , ala standard lah kan . hehe . dan sedang elok pulak saya dapat cuti pada hari sabtu , mak & ayah yang dari mersing singgah rumah along sebelum balik kemaman . inilah peluangnya jumpa parents :') walaupun cuma 2 jam , banyak benda cakap . tu pun ada lagi yang tak habis cerita . pastu mak pulak bekalkan saya banyak sangat kuih . tahu-tahu je macam nak makan benda-benda manis ni kan . bila difikirkan balik , untuk sem kali ni , cuma sekali je saya balik kemaman , tu pun sebab raya . kalau sem 1 dulu , tiap-tiap minggu balik . konon nak jadi perantauan sangatlah kan . kemaman kuantan pun 45 minit je . tapi , bila ura-ura mengatakan kolej akan bertukar tempat . ya , masa ni lah kalau betul-betul nak jadi perantauan . tempat baru rahsia , taknak bagitahu . nanti nak menyendiri . konon-konon =='



dan dan dan , kali ni perasan tak saya banyak cakap 3 kali 3 kali 3 kali . haha . hari ni keluar dengan kawan-kawan lepas stress sebab ashik kerja je memanjang . kan stress tu . kerja kerja kerja . workholic saya ni . untung future husband . haha tiba-tiba ==' biar jadual kolej yang sedia pun kan . hahh :(

rasanya macam sampai sini je lah kot . lepas-lepas ni tak tahu lagi akan update bila . kan busy . so , kalau rindu dekat saya nanti banyakkan lah berdoa untuk saya . kan dengan doa kita akan rasa dekat . hehe . doakan saya ya :') assalamualaikum :)

p/s : oleh kerana shahir pun kembali dengan album terbaru dia . so , saya pun kembali dengan update terbaru saya lah ni . hehe

p/s : terkadang hati ni rindu sangat , tapi masih tak tahu rindu pada siapa . pencarian bermula :')

ceritera raya part 2

assalamualaikum 


akhirnya , entry yang dijanjikan semalam ditunaikan jua . haha . bajet gempak je entry kali ni . tak gempak pun . biasa-biasa je padahal , sengaja je saya ni . okay , pada hari raya kedua saya memang dah janji pun dengan nik , fatin untuk keluar sama-sama . of courselah kalau balik kemaman , saya tak keluar dengan orang lain pun , keluar dengan mereka ni jelah . 

kitorang gerak dalam pukul 2 macam tu sebab janji lepas zohor . suruh angah hantar dekat rumah fatin sebab kesian pulak fatin nak ambil nik pulak . lagi senang sekali harung kan .sampai je rumah atin , macam takde orang . dah mula cuak nak call kredit pulak habis kan . masa ni lah pulak dia nak habis . tapi ketuk-ketuk , ada rupanya . kus semangat guwa . 




sementara atin bersiap , koya kan diri dulu dengan ambil gambar sendiri . bhehehe


lepas tu pergi ambil nik . dan macam biasa , atin lah yang drive . nik pun actually dah dapat lesen . guwa ni je baru L . dah bila nak dapat P ni ? aku sendiri takut nak bawak kereta ==' daripada kemaman sampai ke destinasi , tak berhenti cakap , habis semua perkara-perkara lama diungkit . sampai kering bibir , sampai sakit tekak . cakap banyak sangatkan . nak-nak bila dah lama tak jumpa .

lepas tu tak cerita lagikan nak pergi mana . actually kitorang pergi dungun . atin drive dari kemaman ke dungun .. berapa jam erk ? dalam sejam lebih jugak . sebab kemaman dengan kuantan lebih dekat daripada kemaman ke dungun . kenapa kitorang pergi dungun ? sebab nak jumpa bakal mak mentua kata nik . hahaha . sebenarnya , kawan nik ada buat makan-makan sikit sempena raya , kawan ke ? maybe lebih sikit daripada kawan lah . and jangan lupa aqmar jusof bakal jadi pengapit ! hahaha . guwa pulak yang over eh



memang tak senang duduklah kan . semua benda tak jadi . sampai berjangkit-jangkit atin dengan saya . tapi kitorang still cool lagi , cuma nik tahap cool dia lain macam sikit hari tu . ala , biasalah nanti semua orang akan rasa debar jantung tu macam mana . sampai makan pun rasa tak puas . padahal nak tambah lagi , malu punya pasal + segan lagi . sampai air pun ambil satu kongsi tiga . lepas tu tak tahan jugak , saya dengan atin terus pergi ambil air lain . ni giliran nik ni , giliran saya pulak nanti macam mana ntah . thats why , saya lebih prefer kenal rapat mak dulu lah daripada kenal anak , nak kenal anak lepas kahwin takpe , nak ambil hati mak ni rasa dan debar dia lain sikit . cewah . hehe


sebab perut still rasa berkeroncong lagi wa cakap lu , sebab malu sangat kan , makan pun tak puas , kitorang pun berhenti dekat mcd kerteh untuk makan round ke-2 . tapi sebelum pergi dungun tadi memang dah decide balik tu nak pergi mcd . 


sebab kempunan nak makan mcflurry . kempunan wa cakap lu , padahal kat kuantan , asal pergi kuantan parade , hari-hari wa beli . bukan kempunan ni , ni nafsu nih . dia dah start nak makan uncontrol lagi lah ni . dia dah start dah . pastu mula complain bila berat naik . okay perempuan :)

sekejap sangat masa berlalu , kalau zaman sekolah ashik duduk cerita bab-bab jodoh , kahwin ,tunang , sampailah satu tahap , kawan baik kita sendiri yang akan mengalami fasa-fasa tersebut . ya Allah , sedih pulak rasa . dah besar dah nak fikir bab-bab peralihan status ni . untuk kawan-kawan saya yang akan beralih status lah , saya tak lagi . hehe . nak tunggu imam muda naufal masuk meminang memang tak lah . bwahaha . hahh , dia dah start im naufal dia dah , shahir zawawi macam mana ?? okay . gila =='

yang pasti jodoh itu rahsia Allah , kita bukan sahaja boleh menunggu dan terus menanti , kita perlu berusaha dan mencari untuk dapatkan jodoh yang terbaik . biar Allah tentukan masa dan tempat untuk kita dan sidia berjumpa . biar dalam keredhaan Allah . atau dia sendiri dah muncul , saya sendiri pun masih belum tahu :') percaya janji Allah :')

Rasulullah bersabda " barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda , maka menangislah syaitan . dan ia (syaitan) mengeluh : aduh celaka aku,agamanya telah terpelihara dari godaanku "
-HR ibnu 'Addi

p/s : sentiada doakan nik dan pasangannya . tak lupa juga untuk mai dan pasangannya yang akan melangsung pernikahan pada 31/ogos ini . barakallahu lakuma wa baraka alaikumawa jama'a filkhair :D

ceritera raya part 1

assalamualaikum . hehe

sungguh bila balik rumah ni saya jadi malas nak update blog . ala , macamlah duduk kolej ashik menaip je memanjang . takkan ? hehehe . actually saya patut siapkan tiga entry . tapi ya Allah , malasnya . lantak pi lah . kita review guna gambar je lah . hehe

sebenarnya nak cerita jugak pengalaman first time naik bas masa balik raya haritu . tapi , malas pulak rasa dan masa juga tak mengizinkan . ni pun just review untuk first day raya , after balik solat raya , terus bersiap-siap  balik kampung ayah dekat merchang , sampailah petang . then pergi rumah nik , pastu pergi rumah fatin . itu sahaja . hehe .  memang saya tak bercadang nak pergi beraya sangat sebab , adalah sebabnya kan . hehe




si kecil maisarah , sibuk nak salam wan dulu



turn angah pulak salam



hakikatnya inilah family saya , kebetulan mok dah dengan tok raya kemaman sekali tahu ni . hehe . gambar senget sebab stand pun pakai kotak . dah tak tahu macam mana nak pasang stand yang dah ada . 


ambil gambar ikut ketinggian ya . sedang elok pulak ikut turutan . dari kanan , along , kakteh and me . nampak sangat yang sulong kecik sekali and yang bongsu besar sekali . bukan besar kata mak . tinggi :) hehe



turn maisarah salam cium umi dia , oh ya tahun ni insyaAllah dia dapat adik hehe . maknanya , acu pun dapat anak buah baru lah ni . hee :)



okay , inilah adik beradik saya . lagi sekali beratur ikut ketinggian . 


dah mestilah ambil gambar seorang untuk dijadikan dp . haha . okay , thanks untuk mak sebab hadiahkan baju yang sata pakai ni , sempena birthday , tapi saya suka . suka sangat sebab dia banyak warna and senang nak matching tudung . apatah lagi sebab ada colour merah gitu . 

nak upload gambar lagi rasa lama sangat nak loading . so pilih-pilih yang ni jelah . insyaAllah , entry seterusnya saya akan review pasal raya kedua . sebab memang ada keluar dengan best friend pun tadi , and memang ada cerita disebalik esok . tunggu eh , tunggu tau :P


nah review untuk entry seterusnya , kenyit mata sikit ;)

p/s : taip pun macam takde mood je . memang pun , sebab sakit tekak . nak cakap , nak telan air liur sakit ==' takpelah . redho je . esok baik kot insyaAllah :)

shopping raya last minit !

assalamualaikum 

cepat sangat ramadhan berlalu rasanya . ya Allah cepat sangat . tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita nak akhiri ramadhan tahun 2012 ni . :(

since mall memang dah penuh dengan ramai manusia , kalau nak shopping masa macam ni , memang taklah kan . pening . nak memilih pun macam nak tak nak je . so that , saya dah prepare awal-awal dah pun nak raya ni . hehe . untuk kali pertama raya pakai duit sendiri (elaun kerajaan) , barulah saya macam "aqmar jusof ! kena jimat !" sebelum main pilih je , parents bayarkan . tapi still mak ayah bagi limit jugakkan . haha . ehem , ehem actually mak ayah still sponsorkan lagi sebenarnya . kantoi , kantoi .

baju kurung
sebenarnya tahun ni , saya ingat tak nak beli pun baju kurung . sebab baju-baju yang lama tu boleh kira je berapa kali saya pakai . pakai masa ada event atau kenduri sahaja . hehe . baju masa graduate hari tu pun , cuma pakai dua kali sahaja . ingat macam nak pakai yang ni je . memandangkan birthday saya jatuh pada 1 ramadhan . erm , apa kena mengenanya ? hehe . so , mak saya adalah bagi hadiah dekat saya . dia cakap rahsia , taknak bagitahu . tapi last-last bagitahu jugak . dia ada belikan saya baju kurung . tapi yang masih rahsianya , saya tak tahu lagi colour apa . takpe lah balik ni tahu jugak . 

hijab
actually saya ada beli 5 helai tudung . tapi saya ni tak boleh kalau beli awal-awal sangat . nafsu nak pakai tu mesti ada . haha . jadinya , saya dah pakai 3 helai ! 3 helai wa cakap lu ! punya lah tak sabar guwa ni . hehe . bab tudung saya tak kisah sangat . sebab tudung ni dia murah-murah je . banyak pilihan tau . okay kalau kat kuantan ni , nak cari syurga tudung yang murah-murah . boleh lah datang kuantan parade . kat situ memang korang boleh tengok macam-macam dan rambang mata nak pilih . tapi kena lah pandai menawar sikit . baru dapat harga yang urm ! kalau bab colour pun saya tak kisah sangat , sebab boleh mix & match je kan . tu pun saya lebih suka pakai tudung bawal dengan inner shawl . dah biasa main dengan colour , pakai baju warna lain , tudung colour lain pun takpe . hehe

dress
dah kata pun kalau beli awal mesti ada yang pakai punya . hehe . saya ada beli 3 pasang dress . and macam biasa , saya dah pakai satu daripadanya . memang macam ni aqmar jusof ni . dia selalu gelojoh . haha ! 

cardigan/blazer
kali ni jimat sikit . cuma beli 1 cardigan dan 1 blazer . senangkan nak mix & match . so , boleh tukar-tukar nak pakai dengan dress or baju apa-apa pun . kan bagus tu boleh jimat . 

kasut
saya bukanlah seorang yang suka sangat pakai heel atau wedges . sebab rasa macam tak stabil je pakai yang tinggi ni . lagipun saya pun dah tinggi kan , nanti nampak macam menara klcc pulak tinggi sangat . tinggi ke ? 163cm tinggi lah jugak :P . saya lebih suka dan selesa pakai flat shoes . suka sangaaaattt ! oleh kerana dah 3 pasang kasut flat dah rosak *nampak tak , saya memang sangat menggunakan flat shoes ni! , maknanya dia memang nak yang baru lah tu . saya dah beli pun sepasang .tapi bukan buat raya lah , just beli . tu pun ingat nak beli satu lagi hari tu , tapi kak lina tak kasi ! dah lah satu tu je yang ada lagi . colour merah pulak tu . saya dah tahu memang orang dah kebas dah kot kasut tu . okay , kat kuantan ni kalau rasa nak cari flat shoes yang murah-murah . boleh pergi area terminal makmur . banyak sangat kasut flat shoes kat situ , and korang boleh buat pilihan , warna pun banyak . harga dia pun araoun rm25 ke bawah . kalau korang pandai tawar , boleh dapat rm 22 atau rm20 ! untuk raya , kasut tak beli lagi pun . ingat nak ushar kat terminal jugak . tapi tunggu nak balik nanti je lah . minggu ni takde masa lagi . 

beg
untuk beg saya decide untuk pakai yang sedia ada je . mix & match je lah . takkan everything nak kena beli baru *sejuk hati future husband baca ni , orang tak boros sangat pun future husband , orang pun berjimat-cermat jugak :P haha

aksesori
saya bukanlah seorang perempuan yang begitu addict dengan aksesori macam rantai , gelang , subang . ntah , memang kurang minat sikit pakai aksesori ni . cuma adalah sikit beli kerongsang yang comel-comel . tu pun beli ramai-ramai dengan kawan 5 biji rm10 . itu sahaja . tapi even saya tak suka aksesori , saya still suka dengan cincin . 

mekap
kalau tengok apa yang dah ada , lebih pada cukup dah tak perlu beli yang baru . lagipun mekap yang dinner hari tu tak pakai sangat pun . dan yang pentingnya , masih dalam mood dalam kempen loose kan mekap . cuma sedikit foundation , bedak and lip ice . tu je dah cukup rasanya :) lagipun nak pergi sembahyang raya pagi-pagi takkan nak mekap-mekap bagai kan ==" hurm , tak payah beli aqmar :)

lain-lain 

untuk kali ni , saya lebih spent untuk buat kuih/puding and bagi duit raya . hehe . sarah , tahun ni acu bagi duit raya sendiri . hehe .excited acu ! kahkahkah

sebab itulah saya tak suka membeli last minit . saya bukannya cerewet bab-bab nak pilih apa-apa . kalau ada duit , semua jalan . tak de duit , main ushar-ushar je lah . haha . untuk raya kali ni , lebih elok sederhana je . tak rasa macam banyak ke saya beli . tak . sebab tahun lepas lebih banyak rasa . eh , ntah . takpe , still dalam bajet yang saya simpan lagi . *sejuk lagi hati future husband ! hehe



kalau nak shopping je , kena bawak kak lina . pastu nanti dengar lah suara dia "qema , jangan beli ! kan dah banyak ! , qema , jangan ambil colour merah , kan dah ada colour merah ! qema bajet undercontrol lagi ke? *dengan guna suara nyaring dia , yang boleh buat orang tarik balik angin bila sendewa . okay , ni lah kak lina !



tips melupakan dalam cinta

assalamualaikum

kalau perasan dalam chatbox sebelah kiri korang tu , ada dua pertanyaan daripada gadis-gadis comel tentang bagaimana nak melupakan seseorang . boleh refer dekat chatbox saya . malas nak print screen ==' hehe . so memandang orang dah tanya , saya nak jawab lebih proper dalam entry kali ni . ehem ehem test suara test suara . haha . okay , saya bukanlah pandai sangat bab cinta-cinta ni . pengalaman dalam bercinta apa lah sangat . setakat cinta monyet masa zaman sekolah tak kira eh . hehe . tapi pengalaman kawan-kawan yang bercerita kepada saya dan daripada segi bacaan buku-buku juga , saya kongsilah dengan korang . nak diingatkan , saya bukanlah doktor cinta sebab saya ni jururawat . jururawat cinta lah ? boleh . haha . kemain mukadimah nak start bila ???

okay okay okay . jangan marah nanti cepat tua . nak ? kalau orang tanya saya pernah tak dikecewakan , saya akan jawab . ya ! pernah . tapi saya nak buat pengakuan juga , saya pun pernah mengecewakan orang lain . karma lah ni , kena diri sendiri . haha . nak melupakan ? tak de orang yang pernah rasa senang atau mudah . yang pasti , bagi saya sendiri , ia mengambil masa yang bagi saya agak lama dan sukar . air mata ? tu kawan baik kita dalam proses melupakan orang . kira balancelah , bila jatuh cinta , happy tak terhingga bila dikecewakan , sedih tak terkata . but infact , ujian cinta yang Allah beri kepada kita , adalah kerana kita mampu untuk menghadapinya . tiada yang lebih agung daripada mencintai Allah swt :')

sebagai hamba Allah , kita jangan pernah putus untuk berdoa . doa senjata kita , dengan doa , kita rasa kita dekat dengan Allah . pemilik segala cinta itu adalah Allah . datangnya ia , perginya ia juga kerana Allah . berhak Allah nak ambil milik dia iaitu cinta kita kerana itu cuma pimjaman kepada kita . bersyukurlah , sekurang-kurangnya Allah limpahkan kasih sayang melalui cinta yang Dia titipkan . berdoa jika benar sidia adalah jodoh kita , jangan biar Allah tarik balik rasa ini , sebab yang pasti kita nak 'rasa' cinta ini disalurkan kepada orang yang istimewa dan berhak sahaja iaitu jodoh kita (future husband/wife) . tetapi kalau cinta ini sekadar mainan syaitan . minta Allah buang ia jauh-jauh . syaitan tak pernah berhenti nak hasut kita , sampaikan satu tahap kita terlalu menganggungkan cinta manusia daripada cinta Allah . ingat , pemilik segala cinta itu adalah Allah swt :') baca balik kisah nabi yusuf dan zulaikha .nabi yusuf jatuh cinta pada zulaikha bilamana zulaikha hanya sandarkan cintanya kepada Allah :') the true love story

doa tanpa usaha tak boleh jadi . kita berdoa pada Allah nak lupakan dia , pagi petang siang malam . tapi kita tak pernah usaha untuk lupakan dia . macam mana ? kita selalu , tengok gambar dia , kita selalu stalk dia facebook , twitter , kita selalu ingat kenangan dengan dia dan others yang sewaktu dengannya . tetapkan prinsip , dalam 5 hari (ikutlah tempoh mana yang korang nak) aku nak lupakan dia ! maka , pedulikan dia . tak payah ambil tahu siapa dia , tak payah tengok muka dia , tak payah simpan apa-apa kenangan tentang dia , tak payah dengar lagu sedih , tak payah baca novel sedih , tak payah sentuh soal-soal cinta . tak payah ! dalam masa yang korang tetapkan lah . hehe . fikirlah yang dia pernah kecewakan kita , dia pernah lukakan hati kita , siapa dia nak terima cinta kita yang mahal ni ? cewahhh ! 

bagi yang telah dikecewakan oleh playboy atau playgirl . muhasabah diri balik . nak ke jatuhkan hati kita pada mereka yang kurang kasih sayang ni ? why saya kata kurang kasih sayang , sebab playboy/playgirl ni dia tak cukup dengan satu , dia selalu nak lebih . see , tak pernah nak cukup . actually mereka ni adalah golongan yang penakut . percaya tak , mereka sebenarnya takut apa yang mereka dah buat yang demikian kepada orang lain, mereka takut timpa atas diri mereka balik . sekali lagi ya , cinta kita ni mahal hanya untuk yang halal dan berhak :')

seterusnya , penuhkan aktiviti-aktiviti kita dengan perkara-perkara yang happy je . sampai satu tahap , tiada sesaat pun fikiran kita melayang berfikir tentang dia . ya , busy kan diri anda . itu yang saya lakukan . ehem ehem . dah memang kehidupan saya busy pun . kalau nak tidur , comfirm kita akan teringat dekat dia kan ? takpe , saya pun macam ni dulu . ya Allah sia-sianya aku dulu :( . dalam tempoh tu , bacalah komik ke , buku rujukan ke , main sudoku ke sampai buat kita lali then tidur . jap jap , jangan lupa baca doa tidur dulu ya . dan sebelum tidur , still muhasabah diri balik , kita rasa kosong dia tiada , tapi cuba betul-betul tanya hati , kita rasa hati kosong sebab dia tiada atau kita rasa kosong sebab kita jarang sekali ingat Allah ?*peringatn untuk diri sendiri jugak .

kita punya kawan , apa guna kawan kalau tak beri manfaat . sesekali cakaplah dengan kawan "weh , nasihat aku sikit , biar bernanah telinga aku ni" . ya , kawan main peranan penting , kita banyak cerita dekat kawankan ? minta kawan bantu kita dalam proses untuk melupakan si dia . saya pun banyak cerita dekat kawan-kawan saya & banyak jugak cerita dekat mak saya . mak saya sporting sikit . hehe . dan nasihat dari mak sendirilah yang buat saya lebih kuat . yang saya pegang sampai sekarang apa yang mak ayah saya cakap "kalau tak nak , cakap terus tak nak , jangan permainkan perasaan orang , walaupun tanpa niat , lelaki ni lain dik" berani cerita dekat mak sendiri ? saya cabar ! tapi kena pandai cari situasi lah . kalaulah masa tu mak korang tengah bad mood ke apa , jangan nak cuba-cuba . korang yang kena belasah kang saya tak tanggung. hehe

jangan bandingkan kisah cinta kita dengan kisah orang lain . kisah dalam drama hindustan ke , korea ke , nora elena ke , dejavu dikinabalu ke dan bla bla .padahal saya selalu je perasan berangan cinta ala-ala cerita korea . hehe . yakin Allah cipta kisah cinta kita dengan unik , tak sama dengan orang lain . biar Allah pertemukan kita dengan jodoh kita mengikut cara Allah yang tersendiri . Dia tahu apa yang kita tidak tahu , dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita , yang selama ini kita tak tahu . alhamdulilah , hampir 3 tahun juga , 3 tahun ke ? hampirlah , saya dapat lupakan dia totally sebagai orang yang pernah saya cinta suatu ketika dahulu . lama kan ? rasa macam agak loser jugak actually saya ni . nasihatkan orang . sebenarnya saya menunggu sebab tu lama , dan saya ambil keputusan untuk melupakan after 3 words yang dia cakap . dan masa tu lah , saya muhasabah diri saya . 3 words tu ada dalam ayat-ayat diatas . malas saya nak mention , takut ada yang terasa baca nanti . haha ! saya pernah tulis dalam entry menunggu itu tidak akan lama jika kita ikhlas . 





hurm , saya dalam proses nak habiskan buku diatas . apabila dia menyapa , jodohkah namanya . try lah cari and beli , murah je . rm 15 je . banyak manfaat yang korang akan dapat dan seriously , buku ni betul-betul buka mata saya . tak tipu :)



bila berkait soal cinta , tekan kan prinsip yang cinta kita ini mahal hanya untuk yang halal dan berhak sahaja . baik lelaki mahupun perempuan . like saya selalu taip dalam mana-mana entry , jaga hati untuk future husband ! eventhough kita masih tidak tahu dia siapa :') dan kepada lelaki , mahar kamu adalah untuk dia yang dijodohkan untuk kamu , jangan tersalah pilih . #kalau ada yang nak belanja buku yang saya pegang kat atas tu (bercinta kerana Allah) , saya sangatlah berbesar hati . mengada kemain !

p/s : penat tau taip . saya ambil masa 51 minit untuk wujudkan entry ni . hehe . tapi takpe , saya suka :D kalau ada sebarang pertanyaan lagi , ceh ceh ceh . boleh im saya atau tweet dekat link bawah ni :







weekend iftar part 2

assalamualaikum


macam biasa semalamkan hari ahad , off diet , so kitorang pun berbuka dekat mana ? kat mana lagi . dekat padang depan masjid sultan ahmad ! hehe . macam biasa  , ni sepatutnya entry semalam . baru publish hari ni . sebenarnya saya and bff ada plan lain . ingat semalam nak pergi giant , nak beli barang dapur . kitorang plan nak memasak . so hari ni patutnya dah pergi rumah along(kakak) untuk buat puding triffle , kek batik and burgerdil . tapi sayangnya ! kolej ada buat aktiviti hias-hias bagai sempena kemerdekaan . means kitorang kena siapkan mendalah tu semua sebelum balik cuti sebab cuti kitorang habis sampai 2/9 . sedih betul . orang dah lah excited nak masak-masak ni .


oleh kerana boleh keluar selepas pukul 12 , kitorang decide petang tu untuk pergi padang berbuka puasa . alaa , macam biasa lah kan . 





datang awal kemain cop tempat . kredit tikar by kak lina and kak seha . 




berbuka sekali kecuali mun dengan ila (dua kanan) kebetulan diorang datang sekejap


untuk bulan ramadhan ni , saya try untuk loosekan mekap (sokong kempen im hot , so please dont touch me) lagipun senang kalau nak solat , tak payah nak ber "remover" and warna-warna mekap tak melekat dekat kain sembahyang . yang mana suka-suka mekap tu , yes! kita sama-sama try ya ? hihi takpe , saya pun suka mekap , tapi apa kata kita loosekan . tidak terlalu tebal :) bukan untuk bulan ramadhan je , bulan lain jugak okay .

seterusnya , bermulalah posing ala-ala excited berbuka dekat padang . padahal dah biasa dah pun . kredit untuk euyla sebab tolong ambilkan gambar kitorang 4 orang ni . *kak lina , hamizah , sheera and me!* tapi sayangnya besut (linda) tak de hari ni . dia ada hal lain tak boleh nak berbuka sekali . kalau ada dia mesti bising meriah sikit .





masa ni along call tanya jadi tak datang rumah dia . terpaksa cakap cancel :(



popia sira kuantan , salah satu favourite saya dengan kawan-kawan . berebut bila dapat . bukan senang nak beli ni tau , kena beratur panjang dulu dan meredah selautan manusia . silap haribulan , kalau lambat terus tak sempat nak beli !

rasanya sampai sini je roger dari saya . saja nak promote apa-apa yang sedap dan tempat-tempat yang menarik dekat kuantan ni . nanti bolehlah bawak family bercuti-cuti malaysia eh . haha . eventhough , saya tak merantau mana lagi pun kuantan ni . banyak tempat lagi tak pergi . insyaAllah lah nanti kalau ada kesempatan .assalamualaikum :) salam nuzul quran :)