Followers

menunggu itu tidak akan lama jika kita ikhlas

assalamualaikum

alhamdulilah , berkesempatan juga menulis blog . assigment dah siap , homework pun dah siap . giliran cuci tandas dah cuci dan hari ni hati tenang sangat . alhamdulilah 


baiklah . saya nak tanya sesuatu . kamu pernah tunggu seseorang ? bukan seperti kamu menunggu bas . bukan jugak kamu tunggu kawan nak pergi sekolah . maksud saya di sini , menunggu seseorang yang belum tentu jodoh kita . kiranya ini berkisar tentang soal hati , perasaan atau lebih lagi  saya nak sentuh soal cinta ? okay tepat ! :)


apa sebenarnya erti cinta menurut kamu ? sila balas pada comment ya . saya perlukan pengertian cinta daripada kamu . menurut saya , cinta sebenarnya adalah sesuatu anugerah Allah swt yang boleh membawa kita ke syurga Allah , dan boleh jadi ia akan membawa kita ke neraka Allah . terpulang kpada kita sendiri mahu ke haluan yang mana . pernah seseorang tanya saya 

"qem , awak tak nak luahkan ya perasaan awak?"

lalu saya senyum , saya tidak menjawab soalan nya , kemudian dia tanya lagi . 

"sampai bila awak nak tunggu lagi?'

saya tak tahu kenapa , bila bercakap soal "tunggu" or something like penantian , ianya seperti er ? macam tak tahu nak cakap apa . mungkin orang yang menunggu seseorang ini , mereka sudah terbiasa . sudah terbiasa dengan keadaan ini dan kemudian ianya menjadi satu norma yang normal bagi mereka . bagi saya mungkin


orang kata , bila kita luahkan perasaan kita . kita boleh rasa lega . ya , lega bila dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kamu . tapi jika sebaliknya ? ia tak lagi lega . ia gundah gelana . bagaimana nak mengungkapkan cinta kepada seseorang ? caranya adalah , beritahu Allah swt . Dia yang menjaga hati kita , Dia yang menyatukan hati kita , dan yang paling penting Dia pemilik hati kita . alhamdulilah . jadi bagaimana kita nak pastikan yang cinta kita akan berbalas ? think positif . andai kata dia bukan jodoh kita , kemudian dengan tidak semena-mena dia mengungkapkan rasa cinta kepada kita , walhal takdir kita bukan untuk hidup bersama nya . maka kita sudah mencintai orang yang salah . ini yang saya selalu kata pada hati "jangan mencintai orang yang salah"


bagaimana , nak tahu dia lah orang yang salah (bukan jodoh) ? mungkin cara kita berlainan , mungkin setiap orang punya cara berbeza . tapi bagi saya , jika kita berasa was-was untuk menerima seseorang itu , jadi jangan terima . boleh jadi ia akan menyakitkan hati kita , juga menyakitkan hati si dia . kerana cinta itu bukan menyakitkan , ia memberi kebahagian . andai kata disaat ini , kamu adalah diantara insan yang terpilih untuk jatuh cinta . maka bersyukurlah , kerana cinta itu pemberian Allah swt . terpulang kepada kita ingin menikmati "rasa" itu dari sudut yang mana .  cinta adalah abstrak , perasaan ini dapat kita lihat melalui tingkahlaku kita sendiri . 


andai di saat ini , kamu sedang putus cinta . jangan terlalu sedih , jangan salahkan hati , jangan marahkan cinta . tapi bersyukurlah . kamu sedang lepaskan orang yang salah . dulu masa zaman sekolah , saya selalu cakap . andai nanti kita berjumpa seseorang , kemudian kita jatuh cinta , bla..bla..bercinta..then ada masalah..clash..tapi kalau hati saya tak nak orang lain nak dia jugak , macam mana ?lebih senang cakap ala-ala lagu berdua bersatu by fourteen "bila dengan mu salah , ku tak mahu yang benar" *masa ni agak tak matang kot* macam mana ? okay , bila usia semakin meningkat , saya jadi berfikir . bila kita ambil seseorang itu walhal kita bukan di jodohkan untuknya , bagaimana pula dengan si dia yang sudah dijodohkan untuk saya ? lagi sekali kita kena think positif . 


"kalau Allah swt sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita , walau seluruh isi alam ini menghalang kita untuk mendapatkan nya . kita tetap akan dapat .  namun kalau Allah swt sudah takdirkan sesuatu itu bukan untuk kita , walau seluruh isi alam ini membantu untuk mendapatkan nya , kita tetap tidak akan dapat"


andai kata , kita menunggu seseorang itu dalam tempoh yang agak lama . kemudian kita dapat tahu dia sudah punya kekasih hati . maka bersyukurlah . pertama , Allah swt tunjukkan bukti kebenaran sebuah cinta . kedua . bukan sia-sia tempoh kamu menunggu seseorang itu , bukan kah dalam tempoh itu membibitkan rasa sabar dalam hati kamu ? kan . nak menunggu seseorang itu bukan mudah menurut saya , apatah lagi dalam satu tempoh yang lama .  sedar tak sedar , kamu ialah orang yang sabar . dan pabila kamu mengetahui tentang kebenarannya . kamu adalah orang yang redha dengan ketentuan Allah swt .macam ayat dalam ombak rindu "redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah"  tak apa nak menangis pun , bukan menangis di atas kesal dengan tempoh tersebut , tetapi bersyukur dengan tempoh tersebut . 


"menunggu itu tidak akan lama jika kita ikhlas"
-sinetron kupinang kau dengan bismillah-


lantas , berdasarkan semua di atas , apakah kita tidak boleh mencintai atau dicintai ? jawapannya boleh . apakah cinta itu adalah kurnia sehingga boleh dinikmati dan disyukuri ? jawapannya ya . atau ia berupa godaan sehingga harus dibelenggu ? jawapannya kita sendiri yang membawa haluan ke mana nilai sebuah cinta itu harus pergi . 



ya Allah , ketika aku menyukai seseorang . tolong ingatkan lah aku bahawa di sunia ini tidak akan pernah ada sesuatu yang abadi . sehingga ketika seseorang meninggalkan aku , aku tetap kan kuat dan tabah kerana aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir , iaitu cintaMu ya Allah swt :')


jawapan untuk seseorang yang bertanya kepada saya itu :


ikhlas , buka hati baru :)


p/s : saya baru create fanpage untuk this blog . kalau sudi , boleh lah buka link di bawah ini dan like. terima kasih :)






6 comments:

aween said...

Assalamualaikum..ukhti,mau tanyer..lagu di blog ukhti apa ye? subhanallah sedap sgt dengar lagu ni..harap2 ukhti tak kisah jika berkongsi memberitahu lagu yg sedap ini.

~ terima kasih ukhti..

aqmar jusof said...

waalaikumsalah . muhasabah cinta :) by mestika :) takpe , takde hallah :)

FatinKpopLover said...

"Berdoalah pdku nescaya akan ku kabulkan permintaanmu", kata Allah. Bagaimana kalau doa kita specific like jodohkanlah aku dgn sekian2 dan jika dia tidak baik utkku maka perelokkanlah. begitulah juga dgnku? haha bunyi cm xnk org lain kn? ^^

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Tertarik dgn ayat ni...

"andai kata , kita menunggu seseorang itu dalam tempoh yang agak lama . kemudian kita dapat tahu dia sudah punya kekasih hati . maka bersyukurlah . pertama , Allah swt tunjukkan bukti kebenaran sebuah cinta . kedua . bukan sia-sia tempoh kamu menunggu seseorang itu , bukan kah dalam tempoh itu membibitkan rasa sabar dalam hati kamu ? kan . nak menunggu seseorang itu bukan mudah menurut saya , apatah lagi dalam satu tempoh yang lama . sedar tak sedar , kamu ialah orang yang sabar . dan pabila kamu mengetahui tentang kebenarannya . kamu adalah orang yang redha dengan ketentuan Allah swt .macam ayat dalam ombak rindu "redha itu ikhlas , pasrah itu menyerah" tak apa nak menangis pun , bukan menangis di atas kesal dengan tempoh tersebut , tetapi bersyukur dengan tempoh tersebut."

walaupun entry ni dah agak lama..rasa nak komen jugak.. hehe..memang pengalaman saya sendiri, saya jatuh hati pada seseorang dalam diam..saya tak de kekuatan nak luahkan perasaan saya. lepas 2 tahun memendam rasa, dia kawen dgn org lain.. hati mmg sedih. but life goes on.. Alhamdulillah, Allah has better planning dan kurniakan kesempatan utk saya berjumpa yg lbh baik dari yg sblm ni.. :)

nuha

Dahlia Fadzlia said...

Assalamualaikum
Saya rasa bl bace blog ni hati saya tenang sgt...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Terima kasih atas nasihat dlm blog
Saya redha dgn ape yg berlaku ke atas sy..dlm masa yg sama sy bersyukur sbb Allah noticed sy untuk di uji. Sedih dan sebak tp hidup mesti diteruskan tpkali ni lebih dekat dgn pencipta