Followers

cinta kepada rasulullah bererti cinta kepada Allah

assalamualaikum




okay lama dah tak taip entry . and seperti biasa , saya busy . maaf , maaf , maaf . hari ni ada ceramah maulidur rasul dekat kolej , dan ini adalah ceramah-ceramah terhebat yang saya pernah attend . alhamdulilah , ilmu yang diperoleh hari ni cukup bermanfaat . diawalkan dengan gelak ketawa sebab takut pelatih pengantuk kemudian diakhiri dengan air mata . semuanya adalah kerana junjungan besar baginda rasulullah saw . ustaz nur hamizi best :) so , hari ni , untuk entry ni saya akan selit-selitkan sikit ilmu yang saya dapat bila ada kaitan dengan beberapa-beberapa pendekatan okay ? jom start :)














berdasarkan tajuk yang saya taip , jadi perlu saya simpulkan sejauh mana kamu yakin , teguh dan percaya apa yang dijanjikan oleh Allah swt ? nak-nak , apabila terkadang kita putus asa dengan ujian dan dugaan yang Allah swt . tak kata orang lain , saya juga pernah rasa putus asa bila pointer sem1 saya adalah dalam kalangan student yang tercorot . tapi bila saya fikir balik , ada sesuatu yang Allah nak bagitahu saya , ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada saya . dan ianya perlulah melalui keputusan exam saya . alhamdulilah :')




saya percaya janji Allah , saya percaya Allah akan berikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya . namun , kadang-kadang kita tergelincir daripada landas yang sepatutnya . dugaan dan ujian adalah untuk menguatkan kita , bukan melemahkan kita . dan ianya juga adalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah , bukan menjauhkan . ia juga untuk melahirkan rasa cinta kita kepada Allah dan rasulullah bukan melupakan mereka . dan kenapa payah untuk kita menzahirkan "alhamdulilah" apabila kita punya kesenangan , kemudian barulah kita ingat akan Dia apabila kita ditimpa kesusahan ? dan Dia masih bersama kita , walaupun selama ini kita sering alpa dan lupa akan Dia , tapi Allah tak pernah melupakan kita . tak pernah . maha suci Allah :')




telah berkata jibrail "wahai Tuhanku , kau sampaikan lah hajat hambaMu " maka Allah swt menjawab " biarkanlah hambaKu itu , kerana aku merindui suaranya (doa) "
-riwayat anas bin malik-




dan pernah tak kita ingat , pernah tak kita bayangkan . pabila disaat kematian rasulullah , baginda menyebut umatku , umatku , umatku sebanyak 3 kali . betapa disaat kematian baginda , baginda masih ingat akan kita :'( . andai , andai rasulullah saw masih ada dan dia lihat keadaan umat-umatnya sekarang , baginda sudah pasti menangis . dan andai kita yang berhadapan dengan baginda , bagaimana kah perasaan kita ? bagaimana kita menzahirkan perasaan cinta kita pada Allah dan baginda ? 




*input yang saya dapat masa ceramah siang tadi* , kita akan selalu menyebut nama orang yang kita suka , orang kita cinta , hari-hari akan sebut bukan ? walhal dengan benda yang remeh sekalipun akan terpancul juga nama orang kita cinta setiap hari . itu kita apabila mencintai seseorang . dan begitu juga lah cara kita untuk menzahirkan dan menanamkan rasa cinta kepada Allah dan rasulullah , dengan selalu  berzikir menyebut nama Allah dan berselawat ke atas rasulullah :') *peringatan untuk diri sendiri juga*




kita ambil iktibar dari kisah bilal bin rabbah . apabila rasulullah meninggal dunia , beliau membawa diri jauh daripada madinah kerana beliau tak sanggup memandang setiap penjuru madinah , beliau lihat setiap kenangan beliau bersama rasulullah . betapa rindu dan sayangnya beliau kepada rasullulah . sehinggakan pada suatu saat , pabila beliau kembali ke madinah , ada seorang sahabat , maaf saya lupa dan tak pasti namanya , menyuruh bilal bin rabbah melaungkan azan bila sudah masuk waktunya , beliau berat hati untuk laungkan azan . walhal beliau lah yang selalu melaungkan azan ketika rasulullah saw masih ada . kerana beliau tidak sanggup untuk menyebut nama muhammad yang ada pada kalimah azan . beliau rindu pada rasulullah , beliau sayang pada rasullulah sehingga tak mampu untuk menyebut nama rasulullah . namun , bilal bin rabbah tetap juga melaungkan azan , dan apabila sampai dikalimah muhhamadan rasulullah terketar-ketar suara beliau , sayu dan sedih teringatkan rasulullah yang pada waktu itu sudah pergi meninggalkan dunia . maka , semua sahabat-sahabat yang ada disitu turut menangis kerana rindu akan rasulullah :'(






begitu rindunya mereka pada rasulullah , bagaimana pula dengan kita ? layakkah kita perolehi syafaat nabi muhammad ? kita marah apabila rasulullah dihina , islam dipermainkan tapi kita masih tidak sedar keadaan diri kita yang kadang-kadang cinta hanya dibicara , bukan dari praktiknya . nauzubilahimzalik . kita beruntung , sangat beruntung , kerana walaupun kita tak pernah melihat wajah rasulullah saw , tapi kita masih sayangkan baginda , masih mengikuti ajaran dan sunnah baginda . letakkan didalam hati bahawa , kekasih kita adalah rasulullah iaitu kekasih Allah swt . cinta kepada rasulullah bererti cinta kepada Allah swt




masa mula-mula hijrah saya dahulu , ada sorang kawan pernah bagi video ni untuk saya tengok . barangkali ada yang dah tengok . klik link dibawah 







dan ada yang sangat saya tersentuh tentang kisah Dr harun din mimpi jumpa rasulullah :'(





"aku bersyukur dengan hijrah yang mengubah hidup ku ini ya Rabb , aku lepaskan segala-galanya dan aku dapat segala-galanya yang tak pernah aku dapat dulu , alhamdulilah  :') "












5 comments:

Nur Farhah Izzaty said...

alhamdulillah ........
saya turut berharap moga saya mendapat hidayah utk berhijrah seperti anda suatu hari nanti ... doakan saya juga ya ! :')

aqmar jusof said...

paah ! sebenarnya lama dah qema nak cakap..paah nampak lain sekarang..paahhhhhhhh..alhamdulilahhhhhhhh :')

Nur Farhah Izzaty said...

laennnnnnn ? apa yg laennnyerrrr awok ??

aqmar jusof said...

tudung paah lebih labuh dan menutup dada . saya perasan tu :) alhamdulilahhhhh :)

Nur Farhah Izzaty said...

tudung saya yang labuh tuh dari dulu lahh sayanggg ! huhuhu :') moga kekal lah bertudung yg mcm tuhhh ... doakan ! :))