Followers

malam air mata . alhamdulilah :')

assalamualaikum




sebenarnya saya nak taip entry ni dari semalam lagi . tapi mata tak nak consider , ngantuk sangat . nak-nak pagi tadi ada kelas ganti . so , semalam after rollcall , kami student nurse julai 2011 ada buat perjumpaan untuk bincang masalah-masalah kami . maka wujudlah malam air mata semalam . alhamdulilah , saya lega , saya lega bilamana melepaskan apa yang terbuku dalam hati . terkadang saya takut dan saya segan untuk menegur kerana sedar dengan usia saya diantara yang paling muda , takut juga ada yang terasa . baiklah itu tak boleh larikan . as long kita tahu , nak jaga hati semua pihak itu susah




apabila sudah dilantik menjadi pengawas dan kemudian saya akur terima tanggungjawab tersebut walaupun ada sedikit rasa bersalah dan masih tertanya kenapa saya yang terpilih ? saya seorang yang hyperaktif dalam kelas , banyak cakap , selalu pegang microphone nyanyi lagu ombak rindu dan yang terkadang akan gelak besar bila ada sesuatu yang kelakar dan biasanya kena tegur dan sekarang saya pulak perlu tegur orang *nasib kelas semuanya perempuan , tak de lelaki :p* mungkin ada sesuatu yang Allah nak beri pada saya . ya Allah , saya terima ini dan saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan kemampuan saya . insyaAllah




so , berbalik kepada perjumpaan malam tu , semuanya bagai emosi dan moga-moga terbit kesedaran antara kita . air mata mencurah bila hati terdetik . dan saya selalu ingat , bilamana seseorang itu bercakap menggunakan mata hatinya maka yang mendengar itu akan tersentuh jua hatinya . hati penting . penting . hati mainkan peranan untuk memaafkan orang lain . hati yang membantu bicara meluahkan rasa maaf . dan alhamdulilah , saya lega . lega sangat . sekurang-kurangnya soal dimaaf atau tidak diterima maaf itu urusan seterusnya . terpulang kepada mereka sendiri . Allah , terima kasih detikkan hati saya walaupun kadang-kadang saya ego dan memberontak tidak mahu ucap ucapan maaf . terima kasih Allah :')





saya sayang mereka kerana Allah swt :')



1 comment:

Ayumi Comot said...

moga terus tabah menghadapi ujian hidup:)