Followers

bila bercakap soal jodoh ?


assalamualaikum


"bila bercakap soal jodoh , ramai memilih untuk berusaha keras mencari , walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan 
tapi bila bercakap soal hidayah , ramai pula yang memilih menunggu biarpun sedar 
hidayah itu perlu dicari , bukannya jatuh ke riba "


bila bercerita tentang jodoh , semua menjadi persoalan , semua mula jadi pertanyaan . dan pertanyaan yang paling famous ialah "siapa ya jodoh aku? , dia kerja apa , dia asal orang mana ? handsome/cantik tak dia?" soalan yang pencetus bagi mengetahui siapa gerangan yang diciptakan oleh Allah swt untuk kita . apa yang perlu kita tahu ajal , rezeki , jodoh Allah yang tentukan . janji Allah . cuma hakikat manusia sekarang , suka berusaha untuk mencari rezeki , berusaha untuk mencari jodoh tetapi berpaling jauh daripada ajal . walhal , yang paling dekat dengan kita adalah mati .


bila bercakap soal jodoh , nak related pulak dengan gelagat manusia sekarang :

situasi satu :
ada seorang gadis yang cantik . semua orang memuji tentang kecantikan . punya pakej yang mampu cairkan hati mana-mana lelaki . dan kemudian , orang akan tertanya-tanya . boyfriend dia macam mana erk ? ditambah pulak boyfriend dia memang handsome , macho dan semualah . orang mesti akan cakap , padanlah mereka , yang girlfriend cantik dan yang lelaki kacak :D

situasi dua
kita guna pendekatan gadis yang cantik lagi . okay , ada seorang gadis , cantik , menawan dan bla bla bla seangkatanlah dengan mendalah cantik . tup tap tup tap tengok boyfriend dia tak handsome , gemuk dan bla bla bla . orang mesti akan cakap , girlfriend dia cantik , mesti lelaki tu banyak duit , kaya , kereta besar


bila berkait dengan perempuan cantik je , mesti orang akan samakan dengan lelaki kacak . bila berkait dengan perempuan cantik je , mesti orang akan kaitkan dengan lelaki kaya . kenapa ya ? kerana hakikat yang manusia sekarang lebih memandang kearah kecantikan , harta , darjat dan intelektual semata-mata . 


Allah swt berfirman "perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat , dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat , perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-nur : ayat 26)


segelintir manusia pula berkata , perempuan yang cantik adalah untuk lelaki yang 
kacak , boleh juga kalau perempuan yang cantik adalah untuk lelaki yang kaya 


hakikat mana yang harus kita lihat sekarang ? jodoh sebenarnya adalah seperti rezeki , ia telah ditentukan . siapa pun gerangan sidia , cepat atau lambat pertemuannya , ia kuasa Allah . ia janji Allah . siapa kita mahu percepatkan ? siapa kita mahu melambatkan ? siapa kita mahu menentukan sesebuah hakikat ? siapa kita ?

justeru kadang-kadang , cuba fikir sejenak . apakah orang yang sedang kita cintai sekarang ini adalah jodoh kita ? apa benar labuhan cinta sekarang adalah orang yang benar-benar ditakdirkan untuk kita . cinta tidak salah pada zahirnya , cuma manusia yang punya salah untuk menzahirkan cinta itu dalam segi bentuk yang bagaimana . sebagaimana Allah ciptakan adam untuk hawa , sebegitu juga Allah cipta muhammad untuk khadijah . the true love story . 

saya jadi teringat kisah cinta nabi yusuf dan zulaikha . Allah sudah nyatakan zulaikha adalah untuk yusuf , tapi kenapa takdir tidak menyatukan mereka pada awalnya ? tapi takdir satukan mereka diakhirnya . ianya adalah kerana jodoh dan masa . Allah sudah jodohkan mereka untuk bersama , itu janji Allah swt tetapi masa yang menentukan segalanya . mereka dipertemukan kembali bila mana zulaikha menzahirkan cintanya hanya pada Allah swt . kemudian , Allah beri cinta yusuf kepada zulaikha :') . takdir Allah menyatakan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik :')

jadi walaupuan siapa kita , kita cantik atau kita tak cantik , kita pandai atau kita tak pandai , kita kaya atau miskin . hakikatnya , untuk mencintai Allah , Dia tidak pandang semua itu . cukup lah , hati kita suci mencintaiNya melebihi dunia :') dan percayalah , Allah sangat mencintai hambanya . bilamana dia tidak pernah sesekali meninggalkan kita . pada suatu saat nanti , Allah beri cinta yang selayaknya buat kita iaitu jodoh yang telah Allah tulis untuk hambaNya yang dicintai 


jodoh sendirilah yang menerangkan tentang cinta dan percintaan




cinta adalah ikhlas . ikhlas mencintai seseorang kerana Allah swt :)


No comments: