Followers

maruah diri wanita dan nilainya disisi lelaki ?

assalamualaikum :)


ada satu situasi yang membuatkan saya untuk menaip entry kali ni 

"ada seorang gadis , begitu menyayangi kekasihnya , begitu mencintai kekasihnya , walaupun hakikat lelaki tu cuma biasa-biasa sahaja . nak kata lelaki tu berperibadi mulia ? solat pun still terkontang-kanting , nak kata handsome ? still tak boleh lawan shahir zawawi (ehem-ehem) , nak kata kaya ? dia masih belajar lagi , dan semua perbelanjaan dia mak ayah yang tanggung , nak kata apa lagi ? pendek kata , dia cuma biasa-biasa sahaja , tetapi ada seorang gadis begitu menyayangi dan mencintainya sehinggakan apa sahaja kata lelaki itu dituruti , walhal mereka bukan pasangan yang halal lagi "

tapi kenapa seorang gadis itu terlalu mencintai lelaki itu ? cinta ? ianya bukanlah disebabkan cinta semata-mata , ianya mungkin dari aspek lain pula . okay sekejap , apa yang nak saya utarakan ini mungkin akan menyentuh sensitiviti beberapa pihak . dan pihak itu mungkin dalam kalangan yang membaca ini .  saya jadi teringat kata-kata seorang wanita (sudah berkahwin)

"ada sesetengah perempuan , yang tak boleh nak tinggalkan atau lupakan seseorang lelaki itu , berkemungkinan mahkota dirinya sudah diragut oleh lelaki tersebut"

ada betulnya apa yang diberitahu wanita tersebut ,  cuba fikir dari segi logik akal , lelaki tidak punya apa-apa kesan atau tanda apabila kejadian songsang tu berlaku , tapi perempuan , impaknya besar . sebab tu lah kadang-kadang kejadian bunuh diri banyak berlaku pada kaum wanita . am i right ? mungkin ramai yang tak kisah tentang maruah diri , mungkin ramai yang lihat dengan hanya sebelah mata , but at the same time , tahukah kamu wahai kaum hawa ? Allah pandang tinggi nilai sebuah harga diri itu ? yang pastinya ianya hanyalah untuk yang halal buat kamu , bukan untuk seseorang lelaki pemusnah ! bukan !

dan mungkin ada yang akan kata , ala kamonlah zaman sekarang mana ada yang kisah lagi dengan mendalah maruah diri ni ? hello ! yang tak kisah tu cuma orang yang bercakap tu je , walhal bila diteliti , ramai weh orang kisah , ramainya yang boleh hapuskan komuniti pemusnah maruah diri seseorang macam yang bercakap tu . 

"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik , perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan perempuan yang penzina adalah untuk lelaki yang penzina"




"aku tidak akan menjatuhkan kesucian wanita dengan menyentuh dirinya , aku tidak akan mengetepikan martabat wanita dengan mengusik hatinya , aku tidak akan menghanyutkan maruah wanita dengan keluar bersamanya , aku tidak akan merendahkan kehormatan wanita dengan memegang tangannya"
via lelaki soleh idaman wanita solehah


kaum adam , apa nilainya maruah diri seorang perempuan dimata kamu ? dan kaum hawa , tolonglah nilai dengan sebaik-baik nilai maruah diri seorang lelaki juga . maruah kita yang lain jantina ini , tinggi disisi Allah swt . jangan pula nak salahkan cinta jika , kita sendiri yang membawa haluan sesebuah cinta itu ke arah neraka Allah swt . cinta itu mulia pada asalnya , kerana ia adalah pemberian Yang Pencipta dan cinta itu jadi keji bila seseorang manusia itu gabungkan sessebuah cinta itu dengan nafsu . yang sedang mereka hadapi bukan cinta , tapi nafsu semata-mata.


"andai nanti aku jatuh cinta , dicintai dan saling mencintai , lindungi aku dan dia dalam perlindunganMu , pelihara kesucian cinta pemberianMu , dan satukan kami dalam satu ikatan halal yang diredhaiMu , walau siapapun dia yang masih belum aku tahu siapa"

p/s : bercinta itu tidak salah jika kita tahu bagaimana harus membawa nilai sesebuah cinta itu , ke neraka Allah atau syurga Allah . moga Allah merahmati pasangan yang bercinta , dan moga Allah mlindungi kita daripada tipu daya syaitan . ameen

perempuan yang cantik ialah perempuan yang pandai menjaga maruah diri 



1 comment:

shdhiqbal6 said...

Salam sis mohon share yer entry ni..