Followers

bila lama tak bersua

assalamualaikum hai :)

bila kehidupan busy bagai nak gila , penat tak tunggu masa , hati pulak jadi gundah gelana . dan sekarang , bila ada kat rumah . wow , rasanya awesome gila ! ! ! hehe



"kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai , aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat"


okay , bila kerja bagai tak henti pagi petang pagi petang . vericose vein mula muncul dikaki . penat okay penat sangat berdiri lama bila kerja dalam wad . and almaklumlah bila masuk je praktikal ni macam-macam terjadi . bila tengok iklan realiti mentor , protege kena marah teresak-esak menangis ,  ek eleh pasal nyanyi je pun bukannya penting sangat . guwa ni hari-hari kena marah and dah lali pun bila bekerja under orang yang lebih tinggi pangkatnya dengan kita . and ofcourse lah rasanya bagai hot sangat kat hati .

saya tak tahu andai saya ni ego sangat atau saya ni memang tak boleh nak kawal emosi . okay-okay mengaku , kadang-kadang memang saya akan terlalu ikut cakap hati . kadang-kadang saya dah bosan asyik kena marah , kena perli dan kena suruh . okay terus terang lah kan , saya bercakap soal pangat diantara seorang doktor dan seorang nurse . kamon-kamon lah setiap orang ada tugas masing-masing and kita ni memang saling memerlukan . and ada kata-kata yang buat saya panas teling sangat . masa tu dia tengah check i/o chart and maybe ada sedikit kesalahan kat situ (kejadian ni terjadi kepada orang lain , tapi saya ada berhampiran disitu) so , he said

" saya boleh buat kerja nurse you ingat you boleh buat kerja i ! " sambil ketuk-ketuk meja kardiak

aiseyman , memang kita tak belajar tinggi macam doktor , but at the same time cuba fikir , kalau nurse tak de , sempat ke doktor buat semua tu ? nak update ni nak update tu . berlagak lah . okay , saya sendiri mengaku yang saya sendiri tak mampu nak buat kerja doktor but okaylah kot  , sebab kami tak belajar apa yang doktor belajar . wajarlah , sesuatu ilmu yang kita belajar kita tahu dan mampu lakukan. tapi cuba doktor buat kerja nurse , tukarkan pampers pesakit , buang air kencing pesakit ataupun yang lebih awesome sikit , basuh berak patient ? can you do that ? sebab buat semua ni tak perlu ilmu pun , cuma perlukan skill dan tahan busuk . bolek ke doktor ? ni tak , bila tiba-tiba patient kencing tau b/o mulalah nnak panggil adik student suruh cuci . so apa yang tak kena dengan awak ah doktor ?

okay situasi kedua , hari tu after buat vitalsign saya tertinggallah pen dekat fail patient sebab saya nak cepat-cepat pergi buang branula patient dah boleh discharge , then bila saya teringat dekat pen saya balik , saya terus pergi dekat fail tersebut nak ambil balik pen tersebut . bermulalah kisah , bila ada doktor tengah tulis report dan fail yang ada pen tu tertindihlah bawah report dia . so , saya pun katalah

" sory , doktor saya nak ambil fail ni jap " *dah lembut sangat suara*

tahu dia cakap apa ?

" nah ! nah ! ambil ! pergi ! pergi ! "

hilang respect saya pada masa itu jugak ! of course lah bila saya cakap baik-baik , tapi dibalasnya dengan secara kasar dan seperti menghalau , ini dah naik lemak doktor-doktor ni . you ingat vitalsign tu tak penting ke hahh ? bukan ke bila you buat report you refer pada fail vitalsign ? siapa yang ambil vitalsign ni ? nurse jugakkan . dah tak reti nak elokkan bahasa ke ? sekalipun pangkat you tinggi , you ingat i heran ke ? okay heran lah jugak kalau dalam wad or hospital kan . tapi kalau dekat luar , jangan harap guwa nak pandang lu , guwa buat lu macm warga asing je ! 

situasi ketiga , bila ada adik freshy baru masuk wad . mestilah macam agak blur sikitkan , saya dulu pun macam tu terpinga-pinga jugak . and then adalah pulak doktor ni suruh adik tu ambil bakul tertutup untuk letak blood . tapi dia cakap dalam bahasa omputeh lah , ntah saya sendiri tak faham sebab dia cakap laju sangat . then , adik tu macam terpinga-pinga lah tak tahu nak ambil apa , pastu dia pergi ambillah tempat letak blood yang penutup colour kuning bagi doktor tersebut . lepas tu boleh pulak doktor tu cakap

" eh bukanlah , kenapa lah malangnya nasib saya bekerja dengan orang blur ni "

guwa dengar pun guwa panas der ! lu suruh orang , pastu lu ejek pulak orang eh ? dah tu kerja kau kan , tak reti-reti nak buat sendiri ! dahlah mengarah orang ! lu ingat tu kerja kitorang ke kena buat ? kata mintak tolong tapi hampeh gila ayat . kesian lah adik tu kan .memang orang yang tak pernah kerja dalam wad tak tahu mendalah apa sebab yang nak letak blood tu dah rupa macam tong airbatu kecik dah saya tengok. then , tengah-tengah saya update i/o chart dia panggil pulak saya suruh tolong hantar ABG dekat makmal . hello , u ingat i ni despatch ke hah duk suruh hantar barang ? okay takpe orang mintak tolong kita tolong , kita releks dulu . 

bila nak masuk lif tu , alih-alih dia pun masuk lah dekat kawan-kawan dia yang doktor jugak dengan kot putih yang tinggi pangkatnya tu . dia tengok saya ada dalam then dia cakap

" adik nanti awak tunggu sekali keputusan dia eh , pastu awak bagi dekat staffnurse bertugas , saya nak rehat sekejap "

guwa pun apa lagi , hati guwa macam dah nak terbakar nak menjerit pun ada . tapi still kena jaga kesopanan lagi , tak boleh bikin malu depan-depan budak-budak berpangkat lah sangat ni . so , saya pasrah saya hantar dan tunggu je result . tunggu je then ikut je apa yang dia suruh hantar dekat staffnurse . sampai skip waktu rehat , tahu tak guwa lapar ? tahu tak ? !! dahlah mengarah orang , berterima kasih pun tak . how dare you . main-main dengan AJ . haha . jangan haraplah saya nak buat lagi mendalah-mendalah gini . 


based on the situation , kita sama-sama tahu yang kita saling memerlukan , so jangan nak sombong dengan pangkat yang kau ada . gaji kau tinggi ke , kerja kau awesome ke , tak heran sebab masih ramai lagi doktor yang baik hati , yang ikhlas kerjanya berbanding dengan mereka diatas ni . mereka okay yang menunjukkan beberapa orang jugak . bye !




" JAWATAN BUKANLAH SATU KEHORMATAN , TETAPI ADALAH AMANAH DARIPADA ALLAH SWT "
-khalifah othman affan-



assalamualaikum



1 comment:

Hamizullani (Mimi Zulkifli) said...

terbaikkk!.be patient,ikhlaskan diri kerana Allah.btw,you rock girl!!.nice to know you and your blog!.keep updating =))