Followers

hari kelepasan

assalamualaikum


tak biasa biasanya saya menaip untuk bagitahu aktiviti saya dalam sehari . ya lah , aktiviti saya kan macam membosankan . masuk kelas , masuk wad , balik asrama , basuh baju , angkat baju , gosok baju dan makan . semuanya sama dan tak ada beza dalam sehari . so , bila dapat cuti sehari , rasanya awesome bila dapat keluar dengan kawan-kawan , shopping dan makan-makan . tapi jadi tak awesome bila duit diperhabiskan ! mentang-mentang akhir bulan kan elaun masuk . hehe . dont worry dont worry , kan ada buat saving jugak untuk bulan ni . hee :)



kitorang ramai dalam belas-belas jugak keluar , tapi dalam arah yang berbeza . satu group pergi megamall and satu group lagi pergi east cost mall . as a student , kita kena jimat cermat . kalau naik teksi kompem rm10 melayang . so kitorang decide naik bas rapid kl gitu haha tapi kat kuantan bukan rapid kl lah , bee huat je kot . actually ni second time saya naik bas , masa mula-mula dulu pergi giant fuhh jakun gila , sampai tong sampah dalam bas tak nampak pergi langgar je . haha . tapi specialnya bas ni ada icon dan cuma bayar rm1 je . jimat kan ?



dan saya sendiri tak tahu kenapa sekejap sangat duit melayang rm70 . ya , mungkin banyak masuk dalam perut . tengok boros lagi . bila banyak sangat nampak berkenan semua main bantai nak . perempuan kan , biasalah :P . oh kejap . dekat tengah-tengah ruang legar ecm ni banyak sangat perabot ala-ala korea gitu . kebanyakannya colour putih . my fovourite colour :) . sangat berangan nanti dah habis belajar kerja , ada rumah and nak hias ala-ala korea . saya tak nak rumah yang besar , mewah dan segala bagai . cukuplah kecil molek  comel dan ruangnya cukup untuk family saya . impian :) yang gambar atas ni almari solek .




actually kitorang pergi ecm dalam 5 orang . then , bila balik cuma 3 orang . berpecah kesana dan kesini . menunggu dan ada lagi nak pergi mana-mana jadi decide untuk berpecah .




ni berhenti penat sekejap . tapi cari kerusi tak jumpa pun . so , tersadai je lah . sambil bercerita dan bersembang yang entah sendiri tak masuk exam , padahal final seminggu lagi kot . hebat betul . takpe release tension before exam . esok kan dah nak start gila-gila struggle.
dah tak tahu arah tuju nak pergi mana . so , kitorang decide untuk balik . sakan kot jalan hari ni .
nak upload gambar banyak sebenarnya . tapi after dah nak habis loading , dia loading lagi sekali . lambat sangat nak tunggu . maybe ni je kot . tak semena-mena update activity biasa hari ni . okaylah .

p/s : saya memang terbiasa akan panggil budak-budak muda adik . even diorang sebenarnya dalam 20 han dan lebih tua dari saya . bukan apa , bila diorang anggap kita lebih tua daripada diorang , maybe akan lebih hormat kita sikit kot . takde lah kalau nak beli apa-apa , diorang buat main-main dulu ye dak ? haha . sampai patient pun saya panggil adik . then , bila diorang perhati ic dalam matrik kad saya , baru diorang tegur yang saya ni adik :P

assalamualaikum :)

No comments: