Followers

hari pertama praktikal untuk semester 2

assalamualaikum


3 bulan dah habis untuk teory . after habis mid sem exam , terus saya masuk wad untuk praktikal selama 2 bulan lebih mungkin , tapi depend jugak . then , akan ambil FINAL :) sebenarnya bukan hari pertama , ni sebenarnya dah hari keempat termasuk dengan hari kelepasan cuti saya . so , ada masa rasa nak share sedikit sebanyak , walaupun saya rasa agak penat sebab semalam kerja shift petang , hari ni terus injak ke pagi . balik tadi pun after solat , basuh baju , angkat baju . lipat baju , buang sampah , saya terus tertidur , lenguh sangat kaki . dan sempat jugak bila saya terkejut bangun tidur tu , saya ingat saya dah terlepas bangun pagi untuk pergi kerja . lepastu tengok jam rupanya baru pukul 5pm . siap termimpi lagi buat dextrostik dalam wad . haha


so , untuk semester dua , lebih banyak lagi yang saya teroka pasal pramedic ni . kalau dulu masa sem 1 , ianya lebih kepada care patient and sekarang banyak prosedur-prosedur yang agak rumit barangkali . tapi alhamdulilah , semuanya dalam keadaan baik . alhamdulilah saya dapat beri injection walaupun mula-mula nak buat terketar-ketar tangan , then bila lama-lama jadi ketagih pulak nak beri injection since dapat buat dengan jayanya masa percubaan pertama . ya lah kan , sebelum ni buat kat patung je , bila buat kat patient sebenar agak cuak lah kan . tapi alhamdulilah , semuanya dalam keadaan baik :D


then , saya jaga bahagian ubatan and boleh tahu , ni ubat apa , ubat ni untuk apa walaupun pada asalnya ashik tanya staffnurse macam mana nak baca medication chart tu sebab ala faham-faham je lah tulisan doktor . lidah saya pun berangkai nak baca , sama naik dengan tulisan doktor . but it's okay , tulisan doktor takdelah buruk sangat pun , cuma kadang-kadang diorang tak sempat , wad busy . tu yang kemainnya berangkai tu . 


dan macam biasalah bila masuk wad , banyak perkara-perkara sensitif yang menyentuh hati . first day pun dah ada seorang patient and pelawat nangis depan saya . masing-masing dengan masalah dan dugaan tersendiri . oh lupa nak bagitahu , untuk minggu ni saya masuk wad medical perempuan . yang kadang-kadang aktif dan kadang-kadang pasif . takpe , hati kena ikhlas . selalu saya tekankan , kalau masuk wad perempuan , ianya seperti saya jaga mak saya sendiri dan bila masuk wad lelaki , ianya seperti ayah saya sendiri :')





rasa nak makan kek dengan aiskrim banyak-banyak ! haha tiba-tiba




apa lagi erk ? okay itu je kot . assalamualaikum :D





No comments: