Followers

kalau dulu

assalamualaikum 

sedar tak sedar ni dah bulan 5 dah , sedar tak sedar semester dua dah nak labuhkan tirai . jangan cakap pasal labuh tirai , jangan cakap ! result tak keluar lagi , tirai dah labuh . sedar tak sedar jugak dah nak masuk setahun saya berdiri teguh dekat bumi kuantan . wawh , bangganya dah boleh berdikari . kikiki .

 kalau dulu ,saya disekolah , menelaah buku account , ekonomi dan tassawur . disini saya dikolej menelaah buku anatomy & fisiologi , mdical nursing dan surgical nursing . nampak perbezaan dia ? nampak permainan untuk entry kali ini ? hehe . kalau dulu saya exercise dekat padang sekolah main bola baling dengan kawan-kawan , disini saya exercise dalam hospital main baling-baling patient dengan kawan-kawan . eh eh , kita gurau je . disini , saya exercise naik turun lif tolong hantar patient pergi xray , ultrasound dan sebagainya .

kalau dulu , saya merempit naik TAL402 pergi sekolah , disini saya merempiat guna dua batang tiang ada 10 jari . kalau dulu , saya asyik cari balah dan marah-marah budak kelas (biasalah kak long , kahkahkah) , disini saya asyik kena marah . kalau dulu , tak siapkan kerja sekolah boleh copy waktu pagi , disini buku log tak penuh , kau kerja lah lebih masa dan tergesa-gesa cari kes untuk lakukan prosedur . cari kes ? macam polis lah . hehe . kalau dulu , waktu rehat pergi dekat canteen , disini saya pergi makan dekat cafe , hujung bulan baru bayar .  kalau dulu saya pernah excident and kena masukkan air , disini saya asyik masukkan air dekat patient ,

tapi , itu semua kalau dulu . waktu sentiasa berganti hari . sedar tak sedar dah hampir setahun saya dibandar kuantan ni . excitedlah jugak , kan saya orang kampung . haha . cuma apa , kadang-kadang berlalulah zaman berzaman , hari berhari , saya takkan pernah lupakan zaman sekolah . yang pasti zaman sekolah dan zaman kolej berbeza . seperti yang saya nyatakan diatas . hehe

apa yang tak bezanya ? apa yang still sama pada saya disini . saya still beruniform colour putih , saya still ada baju sukan colour oren (samakan gnses pun baju sukan colour oren) , saya masih wakilkan diri dalam permainan ping pong , insyaAllah akan pergi johor bulan 9 ni untuk wakil kkj kuantan . hehe . saya masih seorang yang kuat makan . ini yang penting .:P



dan simsimi asyik kata saya pergi sekolah bawak rumput . asal ah simsimi ? dekat celah mana saya nak letak rumput tu ? ! hish


disini , saya masih perlu berjuang , berjuang dengan memakai uniform putih dan baju sukan dengan colour yang paling saya tak suka ni . ya oren !

disini , saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang telah mengajar saya . terima kasih cikgu . cikgu , dulu cita-cita saya pun nak jadi cikgu . kikiki


2 comments:

zahra iman said...

kenangan di gnses tak kan luput di minda fikiran . rindu sgt time tuh .

aqmar jusof said...

kan . samalah kita :')