Followers

laporan final exam setakat ini

assalamualaikum


tak tahu nak start dari mana actually . ahh , masuk klimaks terus boleh ? saya taknak cakap pasal 3 paper yang dah lepas , dan 3 paper yang masih menunggu . cuma nak cakap pasal OSCE untuk hari ni . ya , final osce . 


bismillahirahmanirahim , dengan ini aqmar jusof fail stesen injection . uwarghhhh uwarghhh *ketuk kepala kat dinding* . baiklah ia bermula dengan baik pada mulanya bila saya masuk bilik osce . saya start dengan stesen nosooropharyngeal suction (sedut kahak melalui hidung dan mulut) , alhamdulilah agak yakin walaupun agak cuak first station dapat procedure yang agak susah dah kan . takpe takpe takpe alhamdulilah dapat buat . then , second saya masuk pulak stesen pemberian ubat melalui oral iaitu ubat gtn (untuk hilangkan rasa sakit dada) . ianya juga alhamdulilah berjalan dengan lancar dan proper seperti yang telah dilatih tubikan . alhamdulilah :)


masuk pulak third station saya kena lakukan prosedur dressing iaitu prosedur yang kena cuci luka dan bla bla lah kan . sekali lagi alhamdulilah ianya smooth dan proper je . dapat habiskan cuci luka dalam masa yang ditetapkan iaitu lima minit . seterusnya , stesen ke empat iaitu memberitahu patient cara menggunakan matered dose inhaller . alaa , yang macam orang sakit asthma sedut tu , tahu kan ? ya , again ianya alhamdulilah baik sahaja menerangkan itu dan ini .


seterusnya , jeng jeng jeng . bagi tisu dulu boleh ? guwa masuk station yang terakhir . iaitu station untuk injection insulin melalui subcutaneos . wa macam dah yakin je , bunyi loceng terus masuk . then mulakan dengan memberi salam dan menerangkan prosedure . sampai je dekat troli untuk mulakan prosedure , tiba-tiba wa jadi blur , wa panic . asal ni ? asal ni ? ce cerita ? wa dah berlatih banyak injection , wa excited bagi injection dalam wad dekat patient , tapi kenapa untuk FINAL wa jadi blur ? wa tak tahu nak start dari mana . wa , tarik nafas dalam-dalam , masa 5 minit tengah berjalan tu , wa apa lagi ? teruskan wa masuk ubat dalam syringe then wa cocok terus patung ! apa yang wa buat tu ? wa dah langgar prinsip . sepatutnya wa , check ubat dulu , bla bla dan check ubat lagi baru lah mulakan misi seterusnya , tapi wa pakai hentam pergi cocok je patung tu . padahal wa dah berlatih banyak kali , wa berlatih tak tengok buku dah tapi akhirnya , di masa dan waktu yang perlukan sangat-sangat skill guwa , guwa jadi blur :'(


tapi actually saya takdelah cengeng mana pun. hihi . insyaAllah the other station akan cover untuk station injection tu . insyaAllah aamiin :') cuma apa yang saya risaukan , pointer saya mungkin turun . ya mungkin ya ataupun tidak . padahal saya dah set mind , jangan fikir macam tu . huhh , sudah sudah . tinggal 3 paper je lagi untuk saya habiskan . then , i will be freedom ! kehkehkeh *kau rileks je eh , injection fail!*



saya student nurse aqmar jusof melaporkan dari tv 9 :P



No comments: