Followers

suprise birthday party to our "mama" part 1


assalamualaikum

alhamdulilah final exam dah melabuhkan tirainya . haha . labuh betul tirai . mana taknya selepas seminggu bertungkus lumus sentiasa berhadapan dengan buku , nota , latihan . tidur pun terganggu tau . hehe . so , mata panda ? alah , biasalah student kan ? sempena habis exam , kitorang (jp julai 11) plan untuk buat suprise birthday untuk "mak" kitorang kat sini iaitu puan rafidah yang jatuh pada 10/5 beberapa hari yang lepas . memandangkan kitorang exam hari tu , so terpaksalah tunda sampai kita habis exam hihi . termasuk sempena hari ibu , hari jururawat dan hari guru . hehe . actually kita bukan maksudkan celebrate hari ibu , jangan salah faham .tahulah dah hebohkan pasal sambutan hari ibu ni . bagi saya no komen kot. sayangkan mesti hari-hari . cuma kita decide untuk beri sedikit penghargaan untuk mak kitorang disini .

baiklah , kalau tak tunjuk gambar macam tak sahkan ? nak bercerita mestilah melalui gambar . ye dak ? okay jom kita mulakan




kalau buat apa-apa majlis , takde kek tak sahkan ? baiklah ni cake yang kak nad and the geng yang tempah and pilih . chocolate cake , 3 kg , untuk 60 orang jp dan puan rafidah


lepastu kalau takde mc pun mesti tak sahkan . so acu teka siapa mc dia . ha ah . yang pegang microphone tu lah . haha . percaya tak ? percaya lah . asal ada pengumuman , muka ni lah yang akan umumkan . and saya memang obses kot dengan microphone . nampat tak permainannya macammana ? kehkehkeh



representing *sambil bunyi drum* . yang diraikan pn rafidah binti abdul aziz , tegas , garang , suka buat lawak dan penyayang :)



baiklah untuk memberkati majlis , kita mulakan dengan bacaan doa darupada kak izzah :)




comel sangat bila puan teruja tengok kek tu . sampai dia sayang nak potong .



ini adalah penyanyi yang kita import khas daripada seberang tanpa dikenakan caj . hehe . siti goslow , fatin septriasa dan dora pelangi

  
okay ini AJ . dia makin gemuk sekarang . katanya , hati senang so makan banyaklah . betul tak AJ?


sebahagian daripada kami jp julai 11


ini adalah diatara makanan-makanannya . so , kita lihat siapa yang paling rakus . ya , agai AJ lagi yang merampas gula-gula kenyal kaler merah daripada tangan kawannya . nampak tak permainan dia? hehe


yang lain semuanya kena bawak cawan sendiri . cuma puan kami beri cawan special . nampak tak specialnya puan dalam hati kami ? :')


dengan kak shazi yang banyak tolong ambil gambar . kan saya jadi mc . lupa ? hehe


er , saya tak tahu nak letak caption apa . bantai ahh sendiri


last but not least , puan rafidah terharu . so , plan ini berjalan dengan lancar dan proper. terima kasih kepada sesiapa yang terlibat . insyaAllah saya akan sambung part 2 kalau masa mengizinkan okay . wawh , gitu

p/s : esok dah start kerja . adui , penatnya =,=


No comments: