Followers

soal masa depan

assalamualaikum

sekarang saya sedang menanam anggur selama sebulan . nak kerja ? takkan kerja sebulan je kot , tak sampai hati pulak buat majikan cari pekerja lain nanti . haha . okay , back to normal , berbalik pada title " soal masa depan" haha . bab-bab masa depan ni kita serius sikit okay . ehem ehem baiki suara .

okay , saya dah nak masuk umur 19 tahun dah 21/7 ni . saya dah besar dah pun . tak lama tahun depan saya dah nak masuk umur 20 han dan . jadi wajar dah kot kalau nak cakap bab masa depan . cuma dua tahun je lagi , untuk saya tamatkan waktu belajar saya , so dalam masa dua tahun ni , saya cuma perlu fokus pada pelajaran . noktah ya aqmar jusof , pelajaran ! 



perbezaan dua tahun yang lalu . nampak tak dah lain ?harharhar


julai 2014 (21 tahun)

insyaAllah waktu ni saya dah tamat belajar sebagai student nurse dan akan menunggu posting kerajaan nak campakkan saya dekat hospital besar atau daerah mana . dan kalau ada yang follow blog saya ni maybe mereka akan tahu , kalau boleh saya nak mintak HKL . kalau boleh lah , sebab umum yang tahu HKL ni adalah salah satu hospital tersibuk dekat malaysia , so boleh la kumpul pengalaman dan mana tahu mudah pulak saya nak tukar tempat kerja ke kuantan atau kemaman . hehe . pandai tak permainan saya ?

bila dah mula kerja , dah ada duit gaji sendiri , saya akan berjinak-jinak untuk ushar kereta . kalau bab kereta ni saya ingat , saya nak kereta kecil-kecil je , yang comel-comel dan sesuai untuk perempuan , viva ke , myvi ke , takpun mini cooper pun okay ! haha , berangan (gaji guwa tak sampai pun nak bayar bulan-bulan nih) ataupun kereta idaman saya yang sebenarnya ialah suzuki swift colour merah . cukuplah saya bawa untuk berfoya-foya makan angin bersama keluarga atau kawan-kawan . oh lupa bagitahu , saya dah start ambil lesen dah , nampak tak macam orang dah besar ada lesen nanti ? sebab kakak saya sendiri pun tak de lesen . ofcourse , adik lebih advance dari kakak . haha . padahal ramai dah pun orang yang bawah umur pada saya dah ada lesen ==' excited kemain

okay cukup pasal kereta . rumah ? ya , satu lagi impian saya , nak gabung duit dengan adik beradik buat rumah untuk mak ayah . dan kalau rumah saya sendiri , saya tak nak rumah yang besar-besar . kecil cukup lah , tapi mesti comel dan warna putih . ya colour putih sebab saya akan hias barang-barang dalam rumah saya dengan pelbagai warna . actually nak buat ala-ala korea semua perabot colour putih . dapur pulak , cukuplah untuk saya sorang , sebab sebagai seorang perempuan comfirm kita yang akan conquer dapur . ada cukup lengkap barang ala-ala nigella . 

seterusnya kalau boleh atau kalau ada rezeki , saya nak kerjakan haji dengan family saya , nak pergi sama-sama :') insyaAllah , ada rezeki untuk jadi tetamuNya nanti :')

*untuk yang diatas , saya tak boleh nak budget umur , sebab itu adalah berdasarkan kewangan juga



as a staffnurse :)

2016 (23 tahun)

mungkin saya dah boleh transfer ke hospital yang saya mahu , atau saya still lagi berada dihospital yang telah diberi oleh kerajaan . ingat senang ke hah nak dapat tukar ? atau pada waktu ini , saya akan ushar-ushar universiti untuk sambung degree . ye lah takkan nak jadi jururawat je kan sampai ke tua ? hehe . kalau kerajaan luluskan or nak tanggung, okaylah kot tak payah keluarkan duit sendiri . tapi kalau difikirkan dua tahun je kerja , pengalaman pun tak sehebat mana , mungkin pakai duit sendiri untuk sambung degree . 

2018/ 2019 (25 tahun)

mungkin kalau saya sambung belajar saya dah habis dah kot masa ni . barulah diiktiraf sebagai jururawat yang punya ijazah . yayy ! kenapa saya nak sambung ijazah ? ya kenapa ? sebab walaubagaimanapun , saya tetap mahu realisasikan cita-cita saya yang terkandas untuk menjad i seorang guru , iya dalam bidang nursing . sebagai pengajar jururawat . boleh pakai kot putih ala-ala doktor gitu . haha . dan gred gaji sama dengan doktor house officer . nampak tak gila kuasa tu ? haha . taklah , saya nak sangat jadi cikgu , walaupun dalam bidang yang berbeza . tak nampak ke muka ada inspired sebagai seorang pendidik ? haha ? doakan , ini impian saya :') aamiin


kalau dah jadi tutor , mesti student akan panggil puan aqmar . hah , nampak tak panggil "puan" . 


2019/2020 (26 tahun)

mungkin , saya boleh lebih serius untuk berfikir soal kahwin . sekarang kan orang kahwin muda , kenapa tak nak kahwin muda ? *jika soalan ini dituju kepada saya* jawapan saya mudah , selagi saya tak dapat apa yang saya nak , saya tak nak kahwin lagi . but ! kalau jodoh sampai awal , apa salahnya kahwin dulu . hehe . tapi ,  berpegang dengan prinsip dulu , saya nak jadi seorang yang bekerjaya , yang punya kerja tetap , yang mampu menyara hidup sendiri tanpa bergantung penuh kepada bakal suami , dan juga sebagai seorang yang boleh membantu suami dalam kewangan rumah tangga . yes ! so , siapa nak kahwin dengan saya ? harharhar . lupakan . 7 tahun lagi .




*kakteh : pelik aku kau buat status gini , buat tabiat ? aku tahulah nak habis belajar dah =='*



kang , kalau cakap ni jodoh kang , shahir zawawi pulak merajuk ==' dia dah start dengan shahir dia dah

selepas rentetan usia seterusnya , saya sendiri belum boleh lihat masa depan dan kehidupan saya . tapi apa yang pasti Allah berikan kehidupan yang terbaik buat saya dan kita semua . dan dalam setiap kehidupan itu , ada dugaan dan cubaan yang akan menguji kita . sehebat mana pun kita merancang , tapi nescaya perancangan Allah itu adalah lebih baik buat kita ;') . yang diatas cuma rentetan dan bukannya kronologi lagi . cuma sedikit apa kata orang "semangat" untuk saya capai impian saya dulu .kemain semangat . walhal impian saya ni banyak dan bertimbun-timbun , so macam mana nak kahwin tu ? fikir .

berikutan semua ni , semakin meningkat usia kita , semakin kita dekat dengan mati , semakin kita mahu masa dicepatkan , semakin hampir kita dengan ajal . moga , kehidupan yang telah diberi Tuhan ini adalah titik lulus kita diakhirat nanti . aamiin

thanks :D


2 comments:

Cik Tasya merapu said...

Wooww...Nice entry Dear . ;) jrang sekali jumpa entry like dis..awesome!:)

aqmar jusof said...

hehe . kadang2 rasa mengarut jugak entry ni cik tasha :D btw , thanks