Followers

iras?

assalamualaikum


nampak gedik tak title . takut-takut saya nak cetuskan entry kali ini . takut jadi kontoversi gitu . haha . baiklah , kita dicipta daripada tujuh lapisan dan no wonderlah ada diantara kita yang berwajah seakan sama . haha . nampak tak permainan entry yang akan saya wujudkan selepas ini . okaylah , pendek cerita lah kan . muka saya memang familiar agaknya . even dalam wad sendiri patient akan cakap muka saya macam muka anak saudara diorang lah , macam jiran diorang dan etc dan yang paling tak tahan macam muka EX-GIRLFRIEND diorang . oh no no , saya bukan ex-girlfriend awak , siap bercerita panjang lebar lagi macam mana boleh bercinta dan clash . haha . kelakar


jadi kadang-kadang saya tak kisah dah orang nak cakap muka saya iras siapa-siapa . pernah jugak saya pergi cafe nak beli nasi then , ada orang tegur saya muka macam adik dia . sama ! sebiji ! dengan kening tebalnya sama , ( ni nak ngajing guwa ke apa bro ) dan boleh detect lagi yang saya ni anak bongsu . dan bila saya tanya "macam mana tahu?" dan dia jawab " tengok muka tahu dah manja" . hello ! muka saya rasa macam ganas seribu kali garang dia kata saya manja . silap besar . haha


okay , kalau iras artis macam mana ? haha . sudah dia buat dengan artis dia dah . haha






ayu raudhah ? ini macam tak kena . tapi pernah jugak orang cakap . tapi ini berangan je . haha


scha alyahya ? ini juga tidak kena . tapi masih ada yang cakap . ini mimpi belaka . agak-agak jodoh pun ada iras awal ashari ke ? eh , tak nak lah . nak shahir  zawawi je. kehkehkeh dia dah buat dah dengan shahir dia :D



rafidah ibrahim ? ini yang paling ramai cakap iras saya . pernah saudara-mara pesakit tanya saya "muka awak ni macam alya lah " then saya  jawab "alya , anak saudara makcik ke?" taklah alya yang pelakon tu . saya pun tanya lah kawan saya , ada ke pelakon nama alya ? then dia jawab yang berlakon cerita apa ntah tu , kasih alya ? so , ya again rafidah ibrahim . but , saya memang tak suka orang cakap iras muka dia , bukan tak suka dia , dulu suka jugak , tapi bila dia ni banyak sangat kontroversi . rasa macam daH kurang tengok dia berlakon . tapi apa-apa pun lakonan dia pun boleh kira okay jugak :)



okay ini sorang lagi . masa zaman sekolah dulu , disuatu petang saya dah balik sekolah . menunggu dibus stop dengan kawan-kawan seperjuangan . tiba-tiba ada satu suara kawan sekelas saya bagitahu " eh qema , tengok mak cik tu , macam muka mu lah " dan saya berpaling kearah yang ditunjuk sambil menjawab "mak aku lah !" iras wajah yang terbaik pernah orang cakap ialah aqmar jusof merupakan fatimah ngah junior . hehe

tetapi walau iras siapa pun kita . jadilah diri sendiri . ya , itu lebih bagus , dan bersyukurlah dengaan nikmat yang Allah swt berikan . alhamdulilah :')

p/s : dalam inbox message (facebook) saya , ada beberapa orang yang tanya saya tentang apa yang mereka hadapi atau masalah peribadi mahu tidak peribadi . tapi ada yang saya belum reply lagi , dan ada juga yang tak baca lagi . sorry , insyaAllah , saya akan balas as soon as posible . tapi kalau ada yang dah lama tanya , still saya tak jawab , cuba fikir balik dengan soalan-soalan yang diberikan . adalah sebab saya tak jawab tu . chill



1 comment:

Siti Nurazlinda said...

hee.. macam Ayu Raudah <3 apa-apa pun kak Aqmar cantik dengan cara tersendiri okayy. Saya suka cara akak.