Followers

"saya orang kampung dan saya bangga dengan title itu"


assalamualaikum

weehee , saya kembali dengan tajuk yang hangat . haha . sebenarnya tak de kena mengena dengan apa-apa pun , just saja nak taip tajuk macam tu sebab sekarangkan saya tengah bercuti dikampung sebab cuti sem . tapi cuma tinggal dua minggu je lagi untuk habiskan cuti . ya , duduk rumah cuma membina badan dan meningkatkan lemak sahaja . syoknya jadi gemuk . haha . kenapa semua orang kata saya gemuk ? saya bukan gemuk cuma happy sahaja . okay dah melalut .  sebenarnya saya just nak update aktiviti yang saya buat dalam tempoh dua minggu ni . 

first mula-mula balik saya dah terlibat dengan kenduri belah ayah . maksudnya anak mak saudara saya kahwin lah . tapi tak sempat pun tengok pengatin dah balik dulu sebab tok tinggal sorang-sorang kat rumah . biasalah kan kalau cuti mesti banyak kenduri kerja kahwin ni




yang pakai baju kurung tu , tak asing lagi dalam kehidupan saya .dialah khalisa maisarah yang bakal punya adik tahun ini . yayy , dapat anak buah sorang lagi !


yang ni anak sepupu 

lepastu , kalau tak keluar dengan bff tak sah lahkan kalau balik ni . so , kitorang decide untuk jumpa nak kumpul 5 orang actually tapi adalah sorang tu buat hal takboleh join .tak cukup lah fairytale . sampai hati suhaili :'( haha . tapi takpelah dia ada kerja lagipun keesokkannya dia akan balik melaka untuk teruskan perjuangan dia sebagai kaunselor . er ? haha . mula-mula jumpa dah menjerit bagai sebab dah lama tak tengok rupa masing-masing . semua ada perbezaan , kecuali nick still je kurus macam dulu . tak dengki pun , saya tahu saya makan banyak . haha . mula-mula kitorang pergi kemaman station untuk makan , then memandangkan hari tersebut hari khamis , lepas makan terus kitorang pergi pasar malam dekat padang astaka . tapi sekarang dah tukar nama kan ? dah jadi taman bandar kan . nampak tak ? arah yang dituju semua bab makan . almaklumlah saya dengan kawan-kawan ni memang suka bebenor bab makanan ni . suka sangat lah .



disini , cuma sorang je yang sudah kepunyaan seseorang . yang lain nak belajar dulu katanya . hahaha :D


my favourite kalau pergi kemaman station . mee tom yam !

okay next , saya keluar lagi dengan bff saya . tapi kali ni sorang lagi takde sebab dia pun nak prepare keesokkannya masuk kolej . so ,kitorang pun berfoya-foyalah dekat mesramall . dan ya , setiap keluar yang drive kereta mesti fatin amani (FA) . dia baru dapat lesen beberapa bulan yang lepas , lama dah lah jugak . sangat-sangat pemandu yang berhemah dan pandai potong lori ! yayhhh ! haha




lihatlah dunia pipi aqmar jusof naik bagai diletak mauripan(penaik roti)

dan seterusnya teman maisarah main buai dan menjaga keselamatan anak saudara sewaktu bermai di taman . ya itulah kerja dan aktiviti saya . untung tau sarah ada acu macam ni . ehem!








lepas tu saya ada terlibat dengan pengambilan lesen kereta . ya actually saya baru je habis teory and amali . tak lama lagi dapatlah lesen L . dan saya dah try drive dah tadi . syok jugakan bawak kereta . selama ni duk bawak motor je kehulu hilir . tapi, actually saya takut sebenarnya walaupun tadi tak mahir lagi , okaylah duk main pusing-pusing dalam kawasan tu je kan .padahal tadi masa saya nak belok kiri , cikgu cakap pulas kuat-kuat , then saya pulas lah kuat-kuat ala-ala aksi stunt gitu. sikit punya gabra sampai hon saya pergi tekan . orang depan yang baru belajar kereta terkejut terus brek mengejut . hahaha . tengoklah siapa bawak , ehem ehem ehem ! hahaha . so , saya dah nak dapat lesen L ni , saya nak saya drive dia bawak pergi jalan-jalan ? hahaha . comfirm tak de orang berani .

baiklah itu sahaja buat masa ni . jadi marilah kita berbangga dengan ayat ini 
"saya orang kampung dan saya bangga dengan title ini" . best apa jadi orang kampung . nak-nak kampung-kampung dekat kemaman ni . kan ? :D


1 comment:

zaLikha zAkaria said...

aku tak kire. aku nak ckp jgak. dungungg pongg bestt jugopp laa. hahaha. :PP