Followers

shopping raya last minit !

assalamualaikum 

cepat sangat ramadhan berlalu rasanya . ya Allah cepat sangat . tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita nak akhiri ramadhan tahun 2012 ni . :(

since mall memang dah penuh dengan ramai manusia , kalau nak shopping masa macam ni , memang taklah kan . pening . nak memilih pun macam nak tak nak je . so that , saya dah prepare awal-awal dah pun nak raya ni . hehe . untuk kali pertama raya pakai duit sendiri (elaun kerajaan) , barulah saya macam "aqmar jusof ! kena jimat !" sebelum main pilih je , parents bayarkan . tapi still mak ayah bagi limit jugakkan . haha . ehem , ehem actually mak ayah still sponsorkan lagi sebenarnya . kantoi , kantoi .

baju kurung
sebenarnya tahun ni , saya ingat tak nak beli pun baju kurung . sebab baju-baju yang lama tu boleh kira je berapa kali saya pakai . pakai masa ada event atau kenduri sahaja . hehe . baju masa graduate hari tu pun , cuma pakai dua kali sahaja . ingat macam nak pakai yang ni je . memandangkan birthday saya jatuh pada 1 ramadhan . erm , apa kena mengenanya ? hehe . so , mak saya adalah bagi hadiah dekat saya . dia cakap rahsia , taknak bagitahu . tapi last-last bagitahu jugak . dia ada belikan saya baju kurung . tapi yang masih rahsianya , saya tak tahu lagi colour apa . takpe lah balik ni tahu jugak . 

hijab
actually saya ada beli 5 helai tudung . tapi saya ni tak boleh kalau beli awal-awal sangat . nafsu nak pakai tu mesti ada . haha . jadinya , saya dah pakai 3 helai ! 3 helai wa cakap lu ! punya lah tak sabar guwa ni . hehe . bab tudung saya tak kisah sangat . sebab tudung ni dia murah-murah je . banyak pilihan tau . okay kalau kat kuantan ni , nak cari syurga tudung yang murah-murah . boleh lah datang kuantan parade . kat situ memang korang boleh tengok macam-macam dan rambang mata nak pilih . tapi kena lah pandai menawar sikit . baru dapat harga yang urm ! kalau bab colour pun saya tak kisah sangat , sebab boleh mix & match je kan . tu pun saya lebih suka pakai tudung bawal dengan inner shawl . dah biasa main dengan colour , pakai baju warna lain , tudung colour lain pun takpe . hehe

dress
dah kata pun kalau beli awal mesti ada yang pakai punya . hehe . saya ada beli 3 pasang dress . and macam biasa , saya dah pakai satu daripadanya . memang macam ni aqmar jusof ni . dia selalu gelojoh . haha ! 

cardigan/blazer
kali ni jimat sikit . cuma beli 1 cardigan dan 1 blazer . senangkan nak mix & match . so , boleh tukar-tukar nak pakai dengan dress or baju apa-apa pun . kan bagus tu boleh jimat . 

kasut
saya bukanlah seorang yang suka sangat pakai heel atau wedges . sebab rasa macam tak stabil je pakai yang tinggi ni . lagipun saya pun dah tinggi kan , nanti nampak macam menara klcc pulak tinggi sangat . tinggi ke ? 163cm tinggi lah jugak :P . saya lebih suka dan selesa pakai flat shoes . suka sangaaaattt ! oleh kerana dah 3 pasang kasut flat dah rosak *nampak tak , saya memang sangat menggunakan flat shoes ni! , maknanya dia memang nak yang baru lah tu . saya dah beli pun sepasang .tapi bukan buat raya lah , just beli . tu pun ingat nak beli satu lagi hari tu , tapi kak lina tak kasi ! dah lah satu tu je yang ada lagi . colour merah pulak tu . saya dah tahu memang orang dah kebas dah kot kasut tu . okay , kat kuantan ni kalau rasa nak cari flat shoes yang murah-murah . boleh pergi area terminal makmur . banyak sangat kasut flat shoes kat situ , and korang boleh buat pilihan , warna pun banyak . harga dia pun araoun rm25 ke bawah . kalau korang pandai tawar , boleh dapat rm 22 atau rm20 ! untuk raya , kasut tak beli lagi pun . ingat nak ushar kat terminal jugak . tapi tunggu nak balik nanti je lah . minggu ni takde masa lagi . 

beg
untuk beg saya decide untuk pakai yang sedia ada je . mix & match je lah . takkan everything nak kena beli baru *sejuk hati future husband baca ni , orang tak boros sangat pun future husband , orang pun berjimat-cermat jugak :P haha

aksesori
saya bukanlah seorang perempuan yang begitu addict dengan aksesori macam rantai , gelang , subang . ntah , memang kurang minat sikit pakai aksesori ni . cuma adalah sikit beli kerongsang yang comel-comel . tu pun beli ramai-ramai dengan kawan 5 biji rm10 . itu sahaja . tapi even saya tak suka aksesori , saya still suka dengan cincin . 

mekap
kalau tengok apa yang dah ada , lebih pada cukup dah tak perlu beli yang baru . lagipun mekap yang dinner hari tu tak pakai sangat pun . dan yang pentingnya , masih dalam mood dalam kempen loose kan mekap . cuma sedikit foundation , bedak and lip ice . tu je dah cukup rasanya :) lagipun nak pergi sembahyang raya pagi-pagi takkan nak mekap-mekap bagai kan ==" hurm , tak payah beli aqmar :)

lain-lain 

untuk kali ni , saya lebih spent untuk buat kuih/puding and bagi duit raya . hehe . sarah , tahun ni acu bagi duit raya sendiri . hehe .excited acu ! kahkahkah

sebab itulah saya tak suka membeli last minit . saya bukannya cerewet bab-bab nak pilih apa-apa . kalau ada duit , semua jalan . tak de duit , main ushar-ushar je lah . haha . untuk raya kali ni , lebih elok sederhana je . tak rasa macam banyak ke saya beli . tak . sebab tahun lepas lebih banyak rasa . eh , ntah . takpe , still dalam bajet yang saya simpan lagi . *sejuk lagi hati future husband ! hehe



kalau nak shopping je , kena bawak kak lina . pastu nanti dengar lah suara dia "qema , jangan beli ! kan dah banyak ! , qema , jangan ambil colour merah , kan dah ada colour merah ! qema bajet undercontrol lagi ke? *dengan guna suara nyaring dia , yang boleh buat orang tarik balik angin bila sendewa . okay , ni lah kak lina !



4 comments:

hasyikin ismail said...

uit.. sekali dia list. banyak gila.. and this time as pon akan ckp, 'qema, stop shopping!!'.. hehe :)

aqmar jusof said...

kasut belum beli lagi . kasut je lagi . shopping !! hehe

Emira Zaharin said...

Hahaha. Suka ayat second last tu haha XD

aqmar jusof said...

yang boleh tarik balik angin bila sendewa ? hahahahaha