Followers

weekend iftar part 2

assalamualaikum


macam biasa semalamkan hari ahad , off diet , so kitorang pun berbuka dekat mana ? kat mana lagi . dekat padang depan masjid sultan ahmad ! hehe . macam biasa  , ni sepatutnya entry semalam . baru publish hari ni . sebenarnya saya and bff ada plan lain . ingat semalam nak pergi giant , nak beli barang dapur . kitorang plan nak memasak . so hari ni patutnya dah pergi rumah along(kakak) untuk buat puding triffle , kek batik and burgerdil . tapi sayangnya ! kolej ada buat aktiviti hias-hias bagai sempena kemerdekaan . means kitorang kena siapkan mendalah tu semua sebelum balik cuti sebab cuti kitorang habis sampai 2/9 . sedih betul . orang dah lah excited nak masak-masak ni .


oleh kerana boleh keluar selepas pukul 12 , kitorang decide petang tu untuk pergi padang berbuka puasa . alaa , macam biasa lah kan . 





datang awal kemain cop tempat . kredit tikar by kak lina and kak seha . 




berbuka sekali kecuali mun dengan ila (dua kanan) kebetulan diorang datang sekejap


untuk bulan ramadhan ni , saya try untuk loosekan mekap (sokong kempen im hot , so please dont touch me) lagipun senang kalau nak solat , tak payah nak ber "remover" and warna-warna mekap tak melekat dekat kain sembahyang . yang mana suka-suka mekap tu , yes! kita sama-sama try ya ? hihi takpe , saya pun suka mekap , tapi apa kata kita loosekan . tidak terlalu tebal :) bukan untuk bulan ramadhan je , bulan lain jugak okay .

seterusnya , bermulalah posing ala-ala excited berbuka dekat padang . padahal dah biasa dah pun . kredit untuk euyla sebab tolong ambilkan gambar kitorang 4 orang ni . *kak lina , hamizah , sheera and me!* tapi sayangnya besut (linda) tak de hari ni . dia ada hal lain tak boleh nak berbuka sekali . kalau ada dia mesti bising meriah sikit .





masa ni along call tanya jadi tak datang rumah dia . terpaksa cakap cancel :(



popia sira kuantan , salah satu favourite saya dengan kawan-kawan . berebut bila dapat . bukan senang nak beli ni tau , kena beratur panjang dulu dan meredah selautan manusia . silap haribulan , kalau lambat terus tak sempat nak beli !

rasanya sampai sini je roger dari saya . saja nak promote apa-apa yang sedap dan tempat-tempat yang menarik dekat kuantan ni . nanti bolehlah bawak family bercuti-cuti malaysia eh . haha . eventhough , saya tak merantau mana lagi pun kuantan ni . banyak tempat lagi tak pergi . insyaAllah lah nanti kalau ada kesempatan .assalamualaikum :) salam nuzul quran :)

2 comments:

al anon anon said...

bila kamu mahu dtg putrajaya..berbuka di dataran putrajaya

aqmar jusof said...

insyaAllah kalau dapat kerja atau posting dekat hosp putrajaya . hehe