Followers

apa yang anda tahu tentang berdikari ?


assalamualaikum

pagi ni rasa nak menaip pulak sebab hari ni saya shift petang . kalau nak tunggu malam ni takut penat pulak nanti sebab esok saya kerja shift pagi pulak . okay mukadimmah je :)

berdikari bagi saya shortcut untuk "berdiri diatas kaki sendiri" . semua orang akan alami situasi untuk berdikari sendiri , cuma bezanya ada yang berdikari sejak dari kecil , ada yang diusia zaman sekolah , diusia zaman universiti dan etc lah . ye lah kan , sebab kita dari kecil lagi duduk dengan mak ayah , mak ayah yang selalu buat ni untuk kita , buat tu sampaikan bila kita jauh dari mak ayah , kehidupan bagai serba tak kena , cuma berbeza pulak dengan anak-anak yatim , mereka dari kecik lagi dah tahu banyak tentang kehidupan luar berbanding kita

saya sendiri akui , yang saya agak kelam kabut mula-mula start untuk sambung belajar dulu . first time saya jauh daripada mak ayah . masa tu dekat uitm . maybe kalau ada yang ikuti blog saya ni , mereka akan tahu kehidupan saya dulu . tapi , berbeza dengan uitm saya lebih diuji bila lanjutkan pelajaran di kkj kuantan ni . ya , sangat berbeza . sebab dekat sini lebih strict . mula-mula saya pun macam tak biasa dengan peraturan dekat sini . ketat sangat bagi orang yang macam saya ni tak pernah duduk asrama . dan alhamdulilah , dah semester dua pun . saya okay je kat sini .




peta hidup

first saya masuk asrama , saya banyak kali merungut . yang ni lah , yang tu lah . sebab tu tak berkat tu . haha . but at the same time , saya jadi hargai kehidupan saya yang dulu , okay dulu semua mak tolong , sekarang semua kena buat sendiri . sebagai contoh , kalau dekat rumah akan guna machine untuk basuh baju , tapi kat sini kena berus sendiri (nampak sangat selalu guna machine) , tapi bila dah biasa basuh guna tangan sendiri , ianya awesome jugak . boleh main buat roti canai , main buat kuih , tabur sabun debu ibarat tabur gula , renjis air bagai letak minyak , haha awesome kan ? sambil bercakap sorang-sorang , bajet buat rancangan masakan sendiri . hehe . orang cakap nak hilangkan stress , kita boleh memasak . habis tu kat sini tak boleh memasak , kiranya basuh baju tu berlakonlah ala-ala masak kan . hehe . tapi kadang-kadang guna jugak machine kolej sebab kalau busy sangat memang tak sempat . apatah lagi kalau kena tunggu turn untuk basuh baju .

oleh kerana kemaman ke kuantan bukan lah jauh sangat . saya tak pernah naik bas balik rumah sejak saya datang belajar sini . hehe . no wonder , jugak sebab kakak saya kerja dekat kuantan , tiap minggu dia balik kemaman , so saya balik lah dengan dia . walaupun kadang-kadang , mak ayah atau abang saya hantar pergi balik . cuma pernah sekali , saya naik bas tu pun balik dari mersing sebab saya ikut family balik kampung , so kalau nak balik kuantan naik bas lah sebab family saya still ada urusan kat sana . mula-mula macam cuak jugak sebab sorang-sorang . ashik call kawan tanya dia naik bas yang sama atau tak . alih-alih bas lain . okay takpe , dengan berbekalkan semangat dan kekentalan jiwa , cewah . saya paksakan diri berlagak slumber je , macam dah biasa sorang-sorang walaupun terkadang telan air liur tengok lelaki cina yang penuh dengan tatu . okay chill , rileks-rileks .

kalau dulu , sekolah dekat pun akan naik scooter pergi , kalau motor tak de mesti mak atau ayah yang hantar pergi sekolah . tak pernah pulak saya jalan kaki , tapi kat sini nak pergi kuantan parade pun jalan kaki . hakikatnya , kuantan parade agak dekat lah hospital . so , mula-mula rasanya macam jauh sangat nak boleh ke sampai tu . tapi lama-lama dah terbiasa , 10 minit pun jadi dah sampai guna kuasa kaki jalan laju-laju . sebab dah biasa , pergi pasar malam jalan gambut pun jalan kaki , pergi mydin pun jalan kaki . sihat apa ? then , mesti korang tanya , kenapa tak naik teksi ?

okay biasalah student , duit kena jimat . walaupun pada hakikatnya , saya ni boros sangat . ada je nafsu nak beli tu , nak beli ni  takkan nak mintak dengan parents lagi . tapi alhamdulilah , tak delah lagi saya mintak duit dengan parents sejak saya duduk sini , sebab tiap bulan dapat elaun  rm 621 dan tolak bahagi campur tambah semua untuk bayar apa-apa , tinggallah lagi rm300 or kurang atau lebih untuk buat belanja . i think cukuplah sangat untuk tampung diri sendiri kat sini .  tapi tiap kali balik , mesti mak ayah akan kasi jugak duit . kadang-kadang saya ambil dan kadang-kadang saya tak ambil . hehe . dan saya memang suka sangat dengan flat shoe , tudung syria (dulu asyik suka shawl , tapi bila pakai syria rasa macam mudah sikit , pakai sarung je kan) , tiap dapat gaji/elaun mesti akan TERbeli jugak . (tengok ashik boros) tapi btw , adalah jugak saya buat saving untuk masa depan or masa kecemasan nanti .


dalam beberapa flat shoe , saya lebih suka yang colour merah ni sebab dia awesome . haha , okay tipu .


walau betapa banyak hakikat perbezaannya . alhamdulilah , ujian dan cabaran ni rasa macam awesome bila kita dapat lepasi , dapat terbiasa dengan kehidupan ni . cuma kadang-kadang letih dan busy memang tak dinafikan lagi . tapi apa-apa pun , ianya awesome bila kita berumur 18 tahun dan keatas , bila kita rasa feel "berdikari" tu :D dan jangan pernah risau , Allah swt tak pernah jauh daripada hambaNya , Dia sangat dekat dengan kita dan Dia kana bantu kita disaat kita meminta pertolongan daripadaNya . alhamdulilah :')


"berjalanlah dengan penuh harapan walau diri ini tak selalu bahagia , sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan , belajarlah memaafkan bila dirimu terluka , berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran . hiduplah dalam iman walau hari penuh dengan dugaan dan berpeganglah pada Allah swt walau Dia tak kelihatan . bukti kasihNya , kita wujud didunia pimjaman ini . ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya "



quote

\



"orang takkan pandang kita bila kita berada dibawah , kelak nanti bila kita berada diatas, jangan lupa untuk pandang orang yang dibawah dan buat-buat tak pandang je orang yang tak pandang kita sewaktu kita berada dibawah dulu"


bila bercakap soal jodoh ?


assalamualaikum


"bila bercakap soal jodoh , ramai memilih untuk berusaha keras mencari , walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan 
tapi bila bercakap soal hidayah , ramai pula yang memilih menunggu biarpun sedar 
hidayah itu perlu dicari , bukannya jatuh ke riba "


bila bercerita tentang jodoh , semua menjadi persoalan , semua mula jadi pertanyaan . dan pertanyaan yang paling famous ialah "siapa ya jodoh aku? , dia kerja apa , dia asal orang mana ? handsome/cantik tak dia?" soalan yang pencetus bagi mengetahui siapa gerangan yang diciptakan oleh Allah swt untuk kita . apa yang perlu kita tahu ajal , rezeki , jodoh Allah yang tentukan . janji Allah . cuma hakikat manusia sekarang , suka berusaha untuk mencari rezeki , berusaha untuk mencari jodoh tetapi berpaling jauh daripada ajal . walhal , yang paling dekat dengan kita adalah mati .


bila bercakap soal jodoh , nak related pulak dengan gelagat manusia sekarang :

situasi satu :
ada seorang gadis yang cantik . semua orang memuji tentang kecantikan . punya pakej yang mampu cairkan hati mana-mana lelaki . dan kemudian , orang akan tertanya-tanya . boyfriend dia macam mana erk ? ditambah pulak boyfriend dia memang handsome , macho dan semualah . orang mesti akan cakap , padanlah mereka , yang girlfriend cantik dan yang lelaki kacak :D

situasi dua
kita guna pendekatan gadis yang cantik lagi . okay , ada seorang gadis , cantik , menawan dan bla bla bla seangkatanlah dengan mendalah cantik . tup tap tup tap tengok boyfriend dia tak handsome , gemuk dan bla bla bla . orang mesti akan cakap , girlfriend dia cantik , mesti lelaki tu banyak duit , kaya , kereta besar


bila berkait dengan perempuan cantik je , mesti orang akan samakan dengan lelaki kacak . bila berkait dengan perempuan cantik je , mesti orang akan kaitkan dengan lelaki kaya . kenapa ya ? kerana hakikat yang manusia sekarang lebih memandang kearah kecantikan , harta , darjat dan intelektual semata-mata . 


Allah swt berfirman "perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat , dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat , perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-nur : ayat 26)


segelintir manusia pula berkata , perempuan yang cantik adalah untuk lelaki yang 
kacak , boleh juga kalau perempuan yang cantik adalah untuk lelaki yang kaya 


hakikat mana yang harus kita lihat sekarang ? jodoh sebenarnya adalah seperti rezeki , ia telah ditentukan . siapa pun gerangan sidia , cepat atau lambat pertemuannya , ia kuasa Allah . ia janji Allah . siapa kita mahu percepatkan ? siapa kita mahu melambatkan ? siapa kita mahu menentukan sesebuah hakikat ? siapa kita ?

justeru kadang-kadang , cuba fikir sejenak . apakah orang yang sedang kita cintai sekarang ini adalah jodoh kita ? apa benar labuhan cinta sekarang adalah orang yang benar-benar ditakdirkan untuk kita . cinta tidak salah pada zahirnya , cuma manusia yang punya salah untuk menzahirkan cinta itu dalam segi bentuk yang bagaimana . sebagaimana Allah ciptakan adam untuk hawa , sebegitu juga Allah cipta muhammad untuk khadijah . the true love story . 

saya jadi teringat kisah cinta nabi yusuf dan zulaikha . Allah sudah nyatakan zulaikha adalah untuk yusuf , tapi kenapa takdir tidak menyatukan mereka pada awalnya ? tapi takdir satukan mereka diakhirnya . ianya adalah kerana jodoh dan masa . Allah sudah jodohkan mereka untuk bersama , itu janji Allah swt tetapi masa yang menentukan segalanya . mereka dipertemukan kembali bila mana zulaikha menzahirkan cintanya hanya pada Allah swt . kemudian , Allah beri cinta yusuf kepada zulaikha :') . takdir Allah menyatakan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik :')

jadi walaupuan siapa kita , kita cantik atau kita tak cantik , kita pandai atau kita tak pandai , kita kaya atau miskin . hakikatnya , untuk mencintai Allah , Dia tidak pandang semua itu . cukup lah , hati kita suci mencintaiNya melebihi dunia :') dan percayalah , Allah sangat mencintai hambanya . bilamana dia tidak pernah sesekali meninggalkan kita . pada suatu saat nanti , Allah beri cinta yang selayaknya buat kita iaitu jodoh yang telah Allah tulis untuk hambaNya yang dicintai 


jodoh sendirilah yang menerangkan tentang cinta dan percintaan




cinta adalah ikhlas . ikhlas mencintai seseorang kerana Allah swt :)


im back !

assalamualaikum

sungguh saya nak menaip entry hari ni , betul-betul nak . cuma , cuma , cuma saya penat sangat sebab baru habis exam then besok saya kerja masuk wad shift pagi . saya tangguh untuk esok dulu ya ? terima kasih

oh alhamdulilah , exam dah habis , lega sangat-sangat . even soalan nakal sangat-sangat . ohh main-main eh soalan . saya gagahkan juga otak perah apa yang mana ada . saya dah usaha semampu saya , apa-apa pun keputusan saya redha . okay maybe akan cakap takde apa-apa lagi sekarang , tapi bila dah dapat result nanti , tak tahu nak cakap apa . 





kamu tak tahu sejauh mana kamu boleh pergi , jika kamu tak melangkah . bila sudah melangkah , pandang belakang kembali , lihat masa lalu kamu dan lihat masa depan kamu . which one better ? and said  "jannah Allah is more than better" :')


lama saya tak taip blog bukan apa , bukan saya menyendiri , bukan saya saja-saja tak taip , cuma saya dalam minggu exam . so saya hadkan dulu mendalah-mendalah online ni . esok , saya buka entry baru , serius saya nak taip entry , bayangkan tengah jawab exam saya boleh ada ayat untuk taip blog . tengok obses tak nak menaip blognya ? cuma bukan hari ni . 




okay tu je penerangan kali ni . assalamualaikum :)




p/s : esok saya kerja wad 7c , htaa kuantan . doakan saya :)






a lots of love , aqmar jusof

assalamualaikum


*hari ni tak nak cakap pasal cinta-cinta lagi * hai semua . apa khabar sihat ? saya ? awak tanya saya pulak . alhamdulilah saya sihat , sangat-sangat sihat dan sangat-sangat gembira . cuti siapa tak gembirakan ?  tapi ahad ni saya dah nak balik dah sebenarnya . dan biasanya kalau nak balik ianya tak awesome lagi . kehidupan akan kembali sibuk , pengawas akan menjalankan tugas seperti biasa dan ohh ya , saya dah nak exam . *tarik nafas dalam-dalam bila dengar pasal exam* okay , entry sebelum ni cakap last dah , tak nak taip-taip lagi untu bulan 3 ni . tapi ! tertaip pulak . okay , hari tu kan kata tak janji . serius jari mendorong untuk tekan lappy je ni padahal hari ni cakap tak nak online =,= so , entry kali ni berbeza sikit  mungkin . sebab ramai cakap , blog aqmar jusof ashik sedih-sedih je , lagu sedih , ayat-ayat sedih , tambah pulak ada bunga berguguran gitu haha dan semualah sedih 




baiklah , tak nak taip banyak pun sebenarnya . cuma nak minta tolong :) 


tolong doakan saya dapat tempuhi exam kali ni dengan sebaiknya
tolong doakan exam kali ini saya lulus dengan jayanya
tolong doakan penerimaan ilmu saya adalah yang sebaik-baiknya
tolong doakan saya tak keliru bila ada jawapan yang nak dekat sama
tolong doakan idea dan ilmu datang mencurah-curah time jawab soalan SEQ
tolong doakan kesihatan saya baik ketika menjawab exam 
tolong doakan apa yang saya baca , masuk dalam exam walaupun beberapa topik . atleast maybe boleh cover
tolong doakan ilmu saya ini dapat dimanfaatkan dan saya takkan lupa , walau saya dah tua sekalipun
tolong doakan semester kali ini pencapaian saya meningkat
tolong doakan saya dan kawan-kawan lain juga


alhamdulilah . setakat ini semuanya berjalan lancar :) alhamdulilah hati sangat-sangat tenang dan gembira sejak akhir-akhir ini :) alhamdulilah kadang-kadang rasa nak senyum sampai telinga :) alhamdulilah , tiada apa-apa masalah :) alhamdulilah tiada kesedihan :) alhamdulilah saya sangat-sangat gembira didetik dan ketika ini :) moga ia berlanjutan . say alhamdulilah ! :)

setiap hari adalah hari yang gembira jika kita mencuba untuk senyum walau hakikatnya kita ni panas baran .*take note sape-sape panas baran* dan senyum jugak boleh buat kita awet muda *take note yang pentingkan kesihatan dan kecantikan*




"Ya Allah , aku bahagia , amat bahagia dengan rahmat dan kurnianMu , kerana aku tahu  bahagia itu datang dariMu , dan kau kurniakan mereka-mereka yang engkau pilih untuk bahagiakan aku , terima kasih Allah "

a lots of love
aqmar jusof

p/s : sungguh kali ini entry terahir sebelum exam :)

jaga hatinya untuk aqmar jusof

assalamualaikum

mungkin ini entry terakhir saya sebelum saya exam . atau mungkin akan jarang update blog lepas ni . okay tak janji . so , untuk entry terakhir sebelum exam , kalau cakap bab-bab cinta lagi boleh ? rasa ramai orang suka kan ? apa yang akan saya taip ini mungkin bakal mengubah sesuatu . sesuatu yang bagaimana ? okay nanti akan faham bila kamu habis baca sampai bawah


terkadang saya juga seperti orang lain . punya hati dan perasaan ingin mencintai dan dicintai . punya rasa rindu dan sunyi . punya seseorang dalam hati ini untuk dicintai . tak mahu sekali mengaggap cinta seperti kisah cinta bagai romeo dan juliet , rose dan jack (titanic) . yang kadang-kadang tak sempurna bila sangat menjiwai watak nora elena(nora elena) dan dhia(tentang dia) . ah ! angan-angan . yang kadang-kadang tidak semena-menanya akan menangis sebelum tidur . 

sungguh , dalam hati saya ini punya seseorang yang saya cintai . ada . saya bukan seorang yang tidak punya rasa , getar dan cinta kurniaan Allah itu . cuma , saya hanya mampu berfikir , sampai bila cinta ini harus bertapak dalam hati ini sedangkan ia tak memberi fungsi pada hati malah , ia makin menyakitkan hati . sampai bila ? lalu saya nasihatkan diri , agar jangan terlalu menyoal hati . hati tak tahu apa-apa . tugas hati salah satunya adalah untuk meyayangi dan menyintai sesiapapun yang diingininya kerana Allah swt . sungguh saya kalah dengan perasaan ini . sungguh saya sakit dengan perasaan ini . tapi yang sakit cuma mata yang ashik mengalirkan cecair jernih, sedangkan hati masih setia menunggu . kuat benarkan hati saya ? :')

saya juga punya khilaf . saya tak berniat untuk memainkan perasaan siapa-siapa . juga kadang-kadang saya takut untuk rapat dengan siapa-siapa . bukan saya tak hargai perasaan mereka , cukup hargai tapi hati ini lebih menghargai cinta yang dulunya . sehingga saya sentiasa membandingkan perasaan sekarang dan perasaan lalu . berbeza . jika ada cinta kamu buat saya , saya tak mampu untuk kata lupakan . saya juga tidak akan biarkan kamu terus-terusan simpan perasaan itu . tapi andai kamu luahkan , saya takut . saya takut tak mampu nak balas . dan saya takut akan lukakan perasaan kamu . saya takut kamu terasa dengan saya . sungguh saya takut :'(

soal apa yang telah saya lakukan dulu , mematahkan hati orang lain walaupun pada mulanya saya tiada niat dan pada akhirnya ia terjadi juga .saya kejam . tapi punya hikmah juga disebalik kisah-kisah dulu . dan untuk kesekalian kalinya , saya takut . takut-takut kalau nanti ada juga yang akan patahkan hati saya . bukankah orang selalu cakap "bila kita buat mainkan perasaan seseorang , nanti orang lain pula yang akan permainkan perasaan kita " kan , ramai yang cakap macam ni , kan ?  tapi ini akan berlaku , bila dia tak pernah nak padamkan dendam dia pada orang lain . apa gunanya dulu , berbaur kata cinta dan sekarang peroleh kata nista ? maaf , sungguh saya tiada niat untuk lukakan hati mereka , cuma ia terjadi pada akhirnya .maaf 

saya masih simpan perasaan ini . masih menjaga perasaan ini . dan saya sendiri yang akan menjawab persoalan yang saya sendiri tanya . adanya dia dalam hati saya , menguatkan saya . biar saya cari redha Allah dahulu , mungkin ada silap yang masih saya lakukan . saya percaya janji Allah :') biar sakit menunggu cinta ini menjadi penghalang daripada saya melakukan dosa . sungguh saya mahu jadi yang halal buatnya . biar lafaz cinta ini terlafaz apabila saya menjadi halal buatnya . kerana saya tahu lain rasanya :') halal yang saya cari . jadi biar sakit hati ini bila menunggu . biar .

ya Allah , aku mencari redhaMu , dalam mencintainya  :'(

hati ini tak mahu mencintai orang yang salah . walausiapapun dia dalam hati saya ini , saya harap dia bukanlah orang yang salah . jodoh itu rahsia Allah . jodoh boleh membatasi sesebuah cinta itu , walaupun dia punya cinta sejati . jadi berfikiran positiflah . saya yakin dia akan kotakan janji dia dulu , sangat yakin . walau siapa pun yang hadir dalam hidup dia sekarang , siapa pun , saya tak boleh tergugat kerana saya tahu Allah jaga hati dia untuk saya . boleh jadi , kalau kedatangan saya nanti boleh mengugat imannya , maka ya Allah , kuatkan hatinya juga kuatkan hati saya :'(

cinta yang saya cari adalah cinta yang boleh membawa saya ke syurga Allah . walausiapapun dia nanti , dia boleh meletakkan syarat , tapi saya tidak akan meletakkan apa-apa syarat . cuma , cukuplah sekadar dia "tahu" .

tahu tentang tanggungjawabnya pada Allah dan agama
tahu tanggungjawabnya kepada ibubapa
tahu tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga yang akan dibina
tahu arah mana untuk syurga Allah :')


sejak blog ni ada , kira-kira setahun lebih yang lalu dah banyak hint saya taip dalam blog ni untuk mentionkan siapa dia . soal dia tahu atau tidak , dia baca atau tidak , soal ini yang selalu jadi persoalan buat saya . mungkin dia tahu , mungkin dia sedar , mungkin dia sedang membaca ini sekarang atau mungkin dia saja-saja buat tak tahu :') Allah selamatkan hati dia , Allah selamatkan hati saya ,Allah selamatkan hati "mereka" , dan Allah selamatkan hati readers saya yang tengah baca entry kali ini . insyaAllah . ameen :')



hari tu , saya ada pergi sekolah . saya tak sangka teacher pun  baca blog saya . sangat-sangat hargai :')


p/s : nanti akan ada yang akan tanya . habis tu shahir ? hahaha . okay shahir dongeng semata-mata



ini soal respect atau dalam bahasa melayunya hormat

assalamualaikum




alhamdulilah , sekarang saya sedang bahagianya bercuti dekat rumah sebab cuti mid sem selama seminggu . student mana yang tak suka balik rumah tercinta kan ? student mana jugak suka balik kolej yang "tercinta" . tolong aj , kena ingat yang saya akan merindui kuantan nursing college after  3 tahun nanti . so , sabarlah dulu untuk dua tahun lagi dan cipta banyak kenangan . yang penting jaga hati , jangan sampai tersangkut hati kat siapa-siapa disana nanti . ceh , gitu . haha , tapi kalau dah jodoh no wonderlah kan . dah lari dari topik ni ! 


ok start . apa yang kita faham tentang hormot ? yang pasti bagi saya hormat bukan lah atas dasar kata-kata dan perlakuan sahaja . as long dalam hati dan fikiran kita punya dan tahu rasa hormat itu , jadi ianya ada . jangan anggap hormat berkaitan dengan usia semata , jangan anggap hormat atas dasar senior atau junior , jangan atas dasar dia punya harta dan pangkat , jangan atas dasar dia punya kecantikan dan populariti . tapi hormat kan seseorang kerana dia hamba Allah dan punya hati dan perasaan , sama seperti kita . 


kalau kita hormatkan seseorang itu , kerana dia lebih berusia daripada kita , so maybe akan wujud yang berusia tak hormat orang muda . nampak tak permainannya kat sini ? as long kita saling hormat menghormati , jadi tidak kira muda atau tua . semua selesa dan boleh tolenrasi . kan ? kalau dari segi senior atau junior ? disini lah saya tekankan supaya menghormati manusia itu kerana mereka sama seperti kita , iaitu hamba Allah , punya hati dan perasaan . bila salah seorang antara junior atau senior yang tidak menghormati antara satu sama lain . maka wujudlah persoalan lain pulak nanti . lalu , tercetuslah pergaduhan . right ? pendek kata , bilamana sebelah pihak je yang menunjukkan rasa hormat , yang sebelahnya tidak , bagaimana dia akan merasa dirinya dihormati . sedangkan dia sendiri tak hormatkan orang lain . tepuk sebelah tangan , takkan berbunyi kan ?


nak orang hormatkan kita , kita kena hormatkan orang jugak . tak gitu ? and alhamdulilah hubungan saya dengan junior tak de masalah . dan hubungan senior dengan saya pun alhamdulilah , baik-baik sahaja . selagi , saya dan masing-masing tak timbulkan masalah . insyaAllah , ameen ! dan nak panggil saya dengan panggilan "kak" pun boleh , no hal . padahal saya antara yang termuda lagi kat kolej tu . okay , takpe dah adat kolej macam tu . accept . tapi , nak panggil nama pun okay je , lagi tak kisah :)






ni masa tahun spm . oh ya , hari isnin nak pergi sekolah . nak amik sijil spm . apakah ?


p/s : mood jadi tak baik . okay stop menaip . thank you . okay entry macam tergantung . sory . assalamualaikum


kalau ada yang perasan shoubox saya dah kembali okay :)